Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Nama aku Michael (bahagian 2)
Namaku Michael (bah.2)
Sejak aku pulih dan berehat di rumah, otak aku sudah tidak berfungsi seperti sediakala. Aku tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif lagi. Macam OKU mental layaknya. Mujurlah aku ada tiga ekar kebun yang aku tanam pisang abu dan serai serta cabai burung sebelum jatuh sakit. Sedikit sebanyak dapat jugalah menampung kehidupan ibu dan aku. Dikala itulah aku bertemu dengan teman-teman baru yang begitu berminat dengan muzik orang Asal. Pada masa itu, kumpulan Jelmol yang diketuai oleh penyanyi Itam begitu terkenal dan meletop dipersada industri muzik tempatan. Disusuli pula oleh kumpulan Seneroi yang terkenal dengan lagu ala-ala Hindustan dan etnik orang Temiar. Maka, dengan sedikit pengalaman bermain gitar, aku telah dipaksa oleh teman-teman untuk menubuhkan sebuah group muzik. Sejak dari itu, aku sering berlatih muzik dan memberikan harapan dan semangat untuk group. Mereka yang support kerana ketika itu aku sudah jatuh terduduk dan tidak memiliki sebarang pekerjaan..
Setelah aku pulih sepenuhnya, aku ingin memulai kehidupan yang baharu. Aku bincang dengan ibu untuk memulakan perniagaan yang boleh menguntungkan iaitu, jual-beli kayu gaharu. Sungguh sedih, bila ibuku sudah tidak memiliki apa-apa untuk dibuat modal. Yang ada hanyalah beberapa rantai dan gelang pemberian arwah ayahku. Dengan berat hati, ibu langsung berikan barang pusaka itu untuk dijadikan modal. Aku berasa serba salah dan terhutang budi yang amat sangat..
Sebagai pakar dalam bidang bisnes, aku buat-buat berani dan mula membuat risikan dan kertas kerja untuk mendapatkan informasi dan strategi terkini dalam bisnes kayu gaharu. Aku siasat harga pasaran dan tauke-tauke pemborong besar dan nilai harga pasaran terkini yang ditawarkan oleh peraih. Akhirnya aku dapati, orang Asal ketika itu adalah tidak celik kepada pasaran gaharu sedunia. Mereka sering ditindas oleh peraih terutamanya, tauke Cina dan Melayu. Mereka dibayar bawah 200 peratus hingga 1,000 peratus daripada harga pasaran semasa. Contohnya, peraih bayar rm100 per kilogram tetapi menjual di pasaran luar sehingga lebih rm1,000 perkilo. Angka itu adalah tidak adil kepada orang Asal yang tidak berpelajaran dan tidak tahu tentang pasaran semasa..
Semenjak aku mula bersaing dalam pasaran gaharu, aku mula jelajah pasaran gaharu di Perak, Pahang dan Kelantan. Aku membuka harga yang tertinggi sehinggakan para pesaing aku jatuh bankrup dan mula menjadi musuh buatku. Ada juga yang berani bersaing sehingga hampir tidak mendapat apa-apa keuntungan pun. Janji aku bungkus dan berhenti berniaga. Tetapi, aku tidak pernah berhenti. Ini sesuatu yang menguntungkan dipihak bangsa aku. Malangnya, ada pihak dikalangan orang Asal sendiri yang tidak cari makan dengan hasil gaharu tetapi menyokong peniaga kaum luar atas sedikit komisen. Mereka memainkan peranan menghasut dan memfitnah supaya MOA tidak menyokong aku lagi dalam bisnes gaharu itu..
Dikala itulah aku mula menyatukan teman-teman lama untuk menubuhkan group SURVIVAL dan menerbitkan beberapa album. Setelah kumpulan Survival Meletop dipasaran dan mendapat liputan meluas di radio orang Asal 'asyik fm', aku mula membuka peluang kepada kumpulan-kumpulan yang lain termasuk kumpulan Ramsa dari Pahang. Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada penyokong dan peminat-peminat kami diseluruh negara terutamanya kem-kem PGA di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak. Malangnya, ketika zaman kegemilangan ini berlangsung, aku telah dijemput kembali untuk mengalami pengalaman yang sama seperti mula-mula aku belajar sebagai usahawan. Aku hilang dalam diri sendiri dan mulai trauma dan koma kembali..
* Pulak dah.. macam cerita Tamil la pulak.. Sambung kendian..ðððð¬
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan