Khamis, 26 September 2019

Susur galur pemerintahan awal negeri sembilan

OA Biduanda (N.Sembilan) ada sejarah tersendiri menurut buku RJ Wilkinson. History of N.Sembilan Puteri Mayang Selida berkahwin dengan Raja Johor Lama. Puteri ini dikatakan sangat jelita seperti puteri Gunung Ledang juga.

https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/12/31/nusajaya-is-now-iskandar-puteri-johor-reverts-to-its-old-name-as-it-has-historical-significance

Kredit:perkongsian dari fb Yus Yus

Selasa, 24 September 2019

Sejarah suku temuan negeri 9

ASAL USUL 'NEGERI' SEMBILAN MENURUT TEROMBA ORANG ASLI.

Berikut ialah dua jenis Teromba Orang Asli yang mengisahkan sejarah pembukaan 'Negeri' Sembilan yang disebut sebagai Ayer Semilan.

Sumber rujukan boleh dilihat pada imej yang dipetik daripada kitab Pagan Races of The Malay Peninsula.

#TerombaBlandas

Gobang Gubin Buloh Bohal,
Melengkong Pulau Percha,
Lilit Pulau Mengkabau,
Jatoh ka-tanah Pagar-Ruyong,
Jatoh ka-tanah Jati,
Jatoh ka-Tanjong Pagar,
Jatoh ka-tanah Johor Lama.

To' Bombong muka' Ayer Semilan
1. Batin Chap,
2. Batin Maruis,
3. Batin Lengges,
4. Batin Bireh,
5. Batin Kantun,
6. Batin Galang,
7. To' Klambu, Gendeh (Nenek) Beoi,
8. Batin Minah,
9. Batin Wat.

Betasap batang pinang,
Betasap batang niyu,
Melempei daun pinang,
Melempei daun niyu.
Memuka' tanah Semujong,
Kan wakil mata Semilan Suku,
Memangku Negri Ampat
Nating yang Ampat Suku.

Menempoh ka-Ginting Bidai,
Menempoh ka-Ginting Naning,
Menempoh ka-Batang Labu,
Menempoh ka-Gendeh Beoi,
Pulang ka-negri To' Bombong,
Lantik To' Bombong jadi To' Klana,
Memuka' tanah Semujong,

Batin Galang turun ka-laut,
Turun ka-laut jadi Bajau,
Gendeh Beoi dcngan Batak Gerodok,
Turun ka-Rawang naik darat.
Rawang kechil Rawang besar,
Jengku kechil Jengku besar.

---------------------------------------------------------------------

#TerombaBesisi

Gobang Gubin Buluh Bohal.
Tanah Jati, tanah Endau.
Terjatoh ka-tanah Johor Lama
Tengki-tengkel Jeram Lama

Naning Naneng Batin Baruis.
Batin Banggai punya asal.
Bukit Nuang, Bukit Galah.
Bukit Gentel Batin Mara.
Punya' asal Batin Mara.

Batin Barai kerna Batin Barai.
Batin Suntai kerna Batin Suntai.
Turun chelui Batin Galang.
Tolak ka-laut, jadi rayat laut.
Rayat laut jadi Bajau.

Selayan Batin Batang Niyu,
Selayan Batin Batang Pinang.
Cherteng Perteng Tagun Broga.
Tunggul-si-Jaga' di-Hulu Langat.
Ching, Beranang, Pejam, Gebok.
Langkap Berjuntei, Bangkong Menggoh.
Bangkong, Gadeng, Kechau, Langlang.
Batu Jamun, Batu Lalau.
Pra' Charek, Batu Bergentel.
Merbau Karawang, terjatoh Ayer Tawar.
Lebah Bergoyang, Bertam Tenung.

Ginting Pauh, Lantei Nibong.
Lalu ka-bukit Perentian Rimbun.
Lalu ka-bukit Perentian Tinggi.
Lalu ka-tanjong Batu Berdaun.

Samah muka' Tanah Semujong
Adik Nyai Techap Ponghulu Klambu.
Samah muka Tanah Semujong.
Lep baju jala' juanda'.-
Menjadi Jebah Rombau.
Lep baju blah chakap sisi'.

-Macam Ayat Jampi Ritual.
[ sumber pagan races...1906 ]

Perkongsian dari fb
Takashi Hirata

Selasa, 10 September 2019

Hari menugal /menanam padi














Pada 9/9/2019(isnin),penduduk kg lubok WONG telah mengadakan upacara menugal atau menanam padi. Tradisi menugal ini lazimnya akan di jalan kan pada bulan sembilan sehingga hujung bulan sebelas, setiap rumah akan menanam padi untuk Sara diri mereka kerana tidak mahu bergantung 100% beras yang dibeli dari kedai, semasa menugal padi dijalan kan saudara mara telah di panggil untuk bergotong royong menanam padi, mereka akan dijamu makanan dan di bekal kan beras utk dibawa pulang selepas upara menugal selesai. Begitu lah adat tradisi suku jahut pahang, mereka masih mengekalkan adat warisan tinggalan nenek moyang Mereka ini.