Ahad, 1 Mac 2020

Ke mana hilang suku Sakai?

Siapa Suku Sakai?

Misteri kehilangan Suku Sakai, dimana mereka sekarang?

Kita susuri Sejarah yang jarang pengkaji fokuskan adalah maksud Sakai? Kita teliti sebarang kejadian sebelum tahun 1957 merdeka sebuah negara.

Kita hairan wujud tinggalan warisan paling berharga sebagai contoh Sakai Rezab Tanjung Sepat Dan Sakai Rezab Sungai Pian. Tetapi jarang orang peduli tentang fakta kepupusan Sakai Rezab Dan semakin hari semakin mengecil saiznya. Kenapa?

Bedah pemikiran daripada konteks Orang Sakai sendiri merujuk bangsa yang bekerjasama "berderau". Bersakai kita tanam padi huma. Sungguh indah sekali.

Sakai dalam pandangan orang luar khususnya Melayu merujuk bangsa yang pakai cawat Dan bersenjata sumpit. Berdasarkan Anthropologist, Hassan Mat Nor, Melayu merujuk Orang Sakai sebagai Hamba.
Jesteru, pandangan luar ini mempengaruhi Minda Orang Sakai yang dikenali Orang Asli selepas kemerdekaan secara rasmi.

Dimana secara konduksif bahawa berlaku bentuk penjajahan minda.
Orang Asli telah mengalami proses evolusi, ketakutan, trauma dan krisis identiti serta rendah diri menyebabkan mereka tidak mahu lagi dikenali sebagai " Sakai".

Tiada salah untuk makna istilah " Sakai" tetapi Yang salah adalah "maksud kenyataan" misalnya " awk ni macam Sakai".
Label ini adalah satu Racism Dan ethnocentric yang dilakukan oleh pelampau dominant yang mengangap kebudayaan mereka terbaik bukan kerana ajaran agama. Berbangga dengan bangsa anda. Bangsa Sakai merupakan satu identities  untuk pribumi asal tiada yang salah "makna" cuma anggapan mereka yang salah berbaur stereo type Dan lebih kepada negatif konatasi.