Rabu, 5 April 2023

Lawak apa petang ni (cerpen)

Lawak apa petang ni.. Minit mesyuarat penubuhan Badan Bertindak KOA Sungai Keruh. Ucapan dasar dari Batin Manja a/l Potot; Hadirin yang dihormati, oleh kerana PH melalui DS Anwar Ibrahim, telah dilantik sebagai perdana menteri maka, saya mencadangkan ditubuhkan segera AJK Bertindak Wilayah Tanah Adat, KOA Sungai Keruh. Ini bagi memastikan kerajaan baharu yang ditubuhkan, menunaikan janji dalam manifesto mereka terhadap MOA diseluruh negara. Meskipun parti keramat yang disokong penuh oleh kita sejak berdekad lama iaitu, UMNOBN telah tewas teruk pada PRU15, kita masih berharapan kerana BN masih membentuk kerajaan perpaduan dengan PH. Saya sendiri tidak pernah percaya bahawa, DS Anwar akan menjadi PM kita, memandangkan kepada kekuatan BN sejak pasca merdeka lagi. Walaupun kawasan rayau dan tanah adat kita telah lama pupus akibat pengambilan balak dan penerokaan felda serta beberapa syarikat swasta, saya percaya bahawa, kita boleh kemukakan rayuan kepada PH untuk dikembalikan semula hak-hak tersebut. Atau pun, ganti rugi khas berbentuk ex-gratia kepada seluruh penduduk. Saya juga ingin memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada, BN yang telah banyak membawa perubahan dan kemajuan terhadap kampung kita. Dimana, kita telah pun menikmati kemudahan asas seperti, jalan tanah merah, genarator, saluran paip sungai, titi gantung malah, sebuah surau meskipun tidak digunakan. Kita juga amat berterima kasih dan terhutang budi kepada kerajaan BN, yang memberi BSH juga barangan dapur dan sejumlah wang, untuk mengundi menjelangnya PRU. Kita belum pernah nampak, apa-apa sumbangan daripada pihak pembangkang, semenjak pasca merdeka lagi. Perkara ini, begitu menyentuh hati kita semua dan saya, ni.. nampak tak?? Mata saya lebam akibat seminggu menangis kerana, kecewa yang amat parah diatas kekalahan parti BN kita. Sungguh pun demikian, kita harus bangun dan bangkitkan kembali semangat BN, untuk menang pada PRU16 nanti. Dengan ini, saya ingin memilih dan melantik AJK BERTINDAK KOA SUNGAI KERUH, untuk menghalang kerajaan sekarang daripada menghalau kita semua dari perkampungan kita. Sekian terima kasih.. Pengerusi majlis.." Terima kasih kepada Tok Batin yang dikasihi. Hadirin semua boleh angkat tangan dan mencadangkan nama-nama calon untuk undian AJK tersebut. Dan pastikan calon-calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk setiap jawatan yang dipertandingkan. Calon-calon yang mendapatkan undian tertinggi, akan dikira sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak dan seterusnya bagi lain-lain jawatan. Ada faham..?? Ok, yang angkat tangan tu, persilakan.." Kopek a/p Justin Bebeh.. " Saya cadangkan jawatan Tok Batin dibuat undi seperti ini kerana, gagal memainkan peranan dan buta huruf.. Harap bini sahaja yang ramai.." Pengerusi majlis.. " Itu bukan cadangan. Mana boleh jawatan Batin ditukarkan. Kesianlah pada keempat orang bininya tu.. Cadangan ditolak. Haa.. Pakcik Kelapa, silakan beri cadangan nama.." Kelapa bin Bali.. " Adakah jawatan pengerusi tersebut bergaji? Sekiranya ada gaji seperti Tok Batin, saya cadangkan nama saya sendiri.." Pengerusi majlis.. " Mana boleh cadangkan nama sendiri.. What's up la pakcik Kelapa ni. Lagi pun, memang jawatan itu tidak bergaji. Ok, next.." Meriam a/p Atom.. " Saya cadangkan suami saya, Ketot a/k Kemetot sebab, mungkin selepas ini beliau akan berhenti tikam ekor dan minum samsu.." Pengerusi majlis.. " Itu tidak masuk akal. Takkan nak jumpa menteri besar bau mulut bau bewok. Imposible.. Next.." Campor Bin Adok.. " Bah Dusun a/k Bah Cadang.. Selain daripada pandai speaking english, beliau pernah menjawat jawatan ketua bilik asrama ketika, bekerja di Genting Hotel.." Pengerusi majlis.. " Oh, no..no..no.. Tidak layak bertanding kerana, dia adalah orang luar walaupun sudah berkahwin dengan janda muda tempatan. Next.." Amboi a/p Ewah.. " Surihani binti Suraghani. Baru tamatkan sarjana muda dari UiTM dan mahir dalam jurusan pentadbiran awam.." Pengerusi majlis.. " Jangan!! Bahaya..!! Kau pun tahu dia baharu sahaja berkahwin dengan Bangla lori tong gas. Takut nanti suaminya masuk campur dalam urusan Jawatankuasa, mampus kita. Cuba tengok di Cameron Highland dan Lojing, Bangla jadi tauke sayur.. Next.." Matam a/p Ucuk.. " Saya cadangkan atok saya, mangi a/k Arom, sebab beliau pakar dalam sumpit- menyumpit. Kalau DS Anwar tak warta tanah adat, beliau boleh pergi ke pejabat Anwar di Putrajaya dan sumpit jew bontot dia.." Pengerusi majlis.. " Dah tua bangka lagi tidak fasih berbahasa Melayu. Silap haribulan, kononnya nak minta warta tanah, jadi terbalik, nak minta janda pula. Cancel.. Next.." PRAANNGGG!!! Tiba-tiba sebuah kerusi plastik singgah pada kepala pengerusi majlis. HADDHOII..!! Jerit tuan pengerusi majlis. Orang kampung semua panik. Tok Batin leboohh.. cabut.. karya asal-Bah Akim

Bila dihujung nyawa (cerpen)

Bila dihujung nyawa.. Pandak Apam berasa sakit hati betul dengan sikap dan tabiat anak-anaknya, yang enam orang itu. Tiga jantan dan tiga betina. Dahlah semuanya sudah berkahwin dan punyai anak tetapi, masih tidak boleh berdikari. Masih mahu tinggal dengannya dan isteri. Pandak tahu, mereka semua takut untuk hidup berasingan sebab, malas berusaha mahupun bekerja. Nasib baik pandak dapat rumah PPRT tiga bilik. Selebihnya, terpaksa Pandak sambung empat bilik lagi dengan menggunakan bahan-bahan hutan dan buangan. Kalau tidak, bagaimana mereka hendak buat anak.. Memang malang dan celaka betul nasib Pandak. Sejak mendirikan rumah tangga pada usia 15 tahun dengan isteri, Andak Seri, 13 tahun, dia bertungkus-lumus dan bermandikan keringat yang keras untuk membesarkan anak-anak. Kerja kuari sebagai buruh kasar sehinggalah belajar membawa berbagai jenis jentera dari lori hantu, Sawa, Excavator dan Bulldozer. Pada cuti pula, masuk hutan cari gaharu atau petai untuk pendapatan tambahan. Sekiranya cuti panjang seperti cuti perayaan, Pandak berkebun menanam pelbagai buah-buahan. Tidak ada istilah cuti atau rehat baginya. Sekiranya tidak ada overtime, dari jam 5 hingga 7 petang, dia akan menebas didusunnya. Menjelang malam pula, Andak Seri tergedik-gedik menuntut tanggungjawab.. Pandak tidak kisah bekerja keras sebagai tanggungjawab ketua keluarga tetapi, kenapa anak-anaknya tidak ada perasaan kasihan terhadapnya. Sudahlah mereka menamatkan awal persekolahan, menganggur dan berpoya-poya ditempat joget lambak. Akhirnya, yang perempuan bawa balik perut boroi dan yang lelaki, keluarga pihak perempuan datang menuntut tanggungjawab. Akhirnya, simpanan wang yang bertahun-tahun dikumpulkan, habis untuk majlis perkahwinan anak-anak. Ingatkan, bila sudah berkahwin akan berubah dan mula berdikari tetapi, itu semua tidak berlaku. Kerja sekejap berhenti. Lepas itu, cari kerja baharu pula. Kemudian, berhenti lagi dan cari kerja baharu lagi. Begitulah seterusnya. Puas sudah hingga berbuih-buih menasihat dan tunjuk ajar namun, umpama siram air didaun keladi. Marah lebih-lebih kang, emaknya pulak marah pada Pandak.. Nasib baik Pandak ada mengusahakan dusun buah-buahan bermusim sedikit-sebanyak, bolehlah menampung barangan dapur mereka sekeluarga. Walaupun bergaji tinggi sebagai pemandu jentera berat namun, tidak dapat menampung perbelanjaan besar mereka. Apatah lagi dengan kelahiran beberapa orang cucu yang memerlukan susu tepung dan pampers. Terpaksalah Pandak bersama isteri, bekerja sebagai Jaga atau sekuriti pada sebelah malamnya. Dan selain ada kebebasan sebagai suami-isteri, dapatlah wang tambahan. Bayangkan, setiap bulan Pandak perlu menyediakan tiga guni beras 50 kilo, 24 kilo gula, 30 dozen sardin besar, 50 peket minyak masak dan 50 kilo tepung gandum. Itu belum termasuk bawang, kari dan lain-lainnya serta bahan-bahan mentah.. Ya.. Nasib Pandak memang celaka. Dia menemui ajal bersama isteri dalam kemalangan, ketika menaiki motorsikal ke tempat Jaga. Kemungkinan akibat mengantuk setelah membawa jentera berat dipagi hari. Sejak peristiwa itu, baharulah anak-anak Pandak, mula huru-hara dan haru-beeru mencari pekerjaan untuk mengantikan tugasnya yang berakhir. Barulah masing-masing terkial-kial kais pagi makan pagi. Ada ketika, terpaksa ikat perut apabila beras dan barangan makanan yang lain kehabisan. Walau demikian, mereka tidak ada perasaan sedih atau kesedaran tentang kasih sayang dan pengorbanan Pandak dan isteri terhadap mereka. Malahan, masing-masing bertengkar sesama sendiri tentang pembahagian wang KWSP dan PERKESO ayah mereka itu.. karya asal-Bah Akim

Detik itu pergi (bahagian akhir)

Detik itu telah pergi.. (bah. Last kopek) Aku tinggal di Segambut, Kuala Lumpur, setelah sudi menerima pelawaan seorang pakcik berbangsa India. Dia beriya-iya kerana kasihankan aku yang benar-benar jadi gelandangan. Kami bertemu disebuah kedai menjual liquer atau samsu. Setelah borak-borak dan berkenalan, dia memperkenalkan diri sebagai Rajan. Aku beritahunya, aku adalah Orang Asal dari Perak. Cuba ubah nasib di Kuala Lumpur ini. Atas dasar aku adalah Orang Asal, Rajan terbuka hati kerana dia percaya, Orang Asal punyai kejujuran hati yang tinggi dan boleh dipercayai. Lagi pun, dia pernah suatu ketika dahulu berkawan baik dengan beberapa Orang Asal dari Pulau Banting, Selangor. Malah, hampir berkahwin dengan seorang gadis Mahmeri disitu tetapi, jodoh tiada.. Rajan dan keluarga, hanya tinggal disebuah rumah setinggan yang agak tidak terurus dan kotor. Dia menyewa dengan isteri serta dua orang anak lelaki yang masih bersekolah menengah. Aku tidur diruang tamu kerana hanya ada dua bilik sahaja. Aku tidak kisah yang penting, ada tempat untuk berteduh. Aku bekerja ditempat kitar semula bersama-sama Rajan. Dia sudah lebih 10 tahun bekerja disitu. Kami asingkan besi, aluminium, tembaga dan pelbagai plastik serta barangan buangan. Meskipun agak kotor dan sulit, aku gagahi juga untuk sementara waktu.. Setelah mendapat gaji bulan pertama, aku berasa sungguh gembira atas titik peluh sendiri. Aku hulurkan belanja dapur dan rumah sewa serta bil kepada, Rajan. Lepas itu, kami berdua pergi ke kedai samsu dan bersukaria untuk melepaskan sedikit keresahan dan penderitaan hidup. Malam itu, ketika kami sampai dirumah, aku terperanjat apabila melihat seorang gadis sedang duduk disofa tempat tidurku dan begitu asyik menonton tv. Aku tidak menyangka, yang Rajan mempunyai seorang anak gadis yang sungguh jelita dan putih. Sedangkan, Rajan berkulit agak gelap tetapi, isterinya kurang gelap. Memang isterinya agak cantik dan boleh dikata, tidak sepadan dengan Rajan. Malam itu, aku dan kedua anak lelaki Rajan tidur diruang tamu. Anak gadis yang bernama, Mageswari Aiswarya itu tidur dalam bilik.. Memandangkan pagi itu hari ahad dan cuti, kami buat makan besar setelah mendapat gaji dan pemberian Mageswari. Dari situ, aku lebih mengenali Mageswari dengan rapat. Ibunya sendiri memperkenalkan dan menceritakan sedikit latar belakang Mageswari. Rupanya, Mageswari Aiswarya adalah anak kacukan lelaki inggeris hasil perkahwinan terdahulunya. Lelaki inggeris itu telah meninggalkan dirinya ketika, Mageswari dalam kandungan lagi. Kemungkinan balik ke negara asalnya di, England. Aku tumpang simpati. Aku dapat melihat Rajan tidak begitu selesa dengan keramahan isterinya. Mungkin dia berasa rendah hati. Patutlah Rajan tidak pernah menceritakan padaku kisah keluarganya yang sebenar. Aku diberitakan, Mageswari akan menetap disisi kami kerana telah berhenti kerja. Dia tidak selesa dengan beberapa rakan sekerjanya yang membuli. Maklumlah, gadis muda yang ayu dan jelita yang menjadi buruan lelaki sekerja dan cemburu iri hati beberapa rakan wanita. Aku tidak berkata apa.. Setelah mendapatkan gaji bulan yang ketiga, aku meminta izin untuk berpindah tempat kerja dan rumah. Rajan dan isteri, tidak bersetuju dengan niatku. Mereka sudah anggap aku adalah sebahagian daripada keluarga mereka. Paling menyentuh perasaan, Mageswari juga tidak dapat menerima keputusan itu. Aku bingung. Sebenarnya, aku tidak mahu menganggu kebahagiaan keluarga mereka dan jauh disudut hati, aku mula terpaut rasa terhadap Mageswari. Aku mulai jatuh cinta kepadanya dan, begitu juga dengannya. Aku dapat rasakan kerana, Mageswari begitu mengambil berat akan keadaanku. Makan minumku, pakaian dan segalanya dia yang uruskan. Dia selalu menasihatiku dan memberikan semangat untuk berubah. Kami berdua selalu keluar malam ditaman berdekatan untuk berbual-bual dan bersantai. Dari situ, acap kali aku mendengar lafaz hati dan perasaannya tentang lelaki idaman. Mageswari berterus-terang, dia teringin memiliki teman hidup yang seperti aku. Peramah, pandai mengambil hati dan kelakar. Dia tidak pernah impikan yang berlebihan kerana, dibesarkan dalam persekitaran yang susah.. Aku berasa berat hati. Sebelah jiwaku, berada disisi keluargaku dikem PGA, Lapangan Terbang, Ipoh. Sebelah lagi, menjadi sebahagian daripada keluarga Mageswari, di Kuala Lumpur. Aku dapat merasakan, keluarga Mageswari seperti merestui perhubungan kami. Kami berdua diberikan kebebasan keluar bersama dan pulang lewat malam. Nasib baik aku tidak berani masuk bilik Mageswari. Walaupun sering kali dia tergedik-gedik dan seolah-olah memberi syarat lampu hijau. Aku berasakan kepalaku seperti masuk air namun, aku terpaksa mengawal dan cuba bersangka baik.. Sekuat mana hati ini cuba menolak dan menghindari, sekuat itu jugalah bisikan-bisikan cinta dan berahi menyusup jauh dilubuk hatiku. Aku seperti sudah hilang pertimbangan. Ketika sambutan hari kemerdekaan negara yang sungguh meriah di Dataran Merdeka, aku bersama-sama Mageswari bertungkus-lumus disebuah bilik hotel di Jalan Pudu. Ya, Mageswari ingin menikmati kemerdekaan hidup dan memerdekakan kegadisannya disampingku. Aku mendakap erat tubuh yang seksi dan putih gebu itu sepenuh kasih dan cinta. Aku hanya membiarkan Mageswari teresak-esak menangisi kepergian kesuciannya dibahuku. Itulah pengorbanan terbesar Mageswari terhadap diriku dan cintanya.. Semenjak peristiwa itu, aku dan Mageswari tinggal sebilik. Tidak ubah seperti suami dan isteri. Ayah dan ibunya mahu kami disatukan mengikut ajaran Hindu. Sementara itu, kami sedaya-upaya mengumpul modal untuk majlis tersebut. Biar ringkas tetapi, memenuhi istiadat agama, ujar keluarganya. Aku hanya berserah dan pasrah dengan apa jua takdir yang menentukan kerana, bunga-bunga cinta semakin mekar dan mewangi. Aku sudah melupakan segala peristiwa lalu dan kepahitan bersama Chang Foong Ling, Sharmila dan Saidatul Akmar. Aku kini telah mendapat yang terbaik dari terbaik. Mageswari bukan sahaja masih dara malah, punyai kejujuran dalam perhubungan dan menyenangkan. Paling mengujakan, wajahnya yang seakan-akan Angelina Jolie yang seksi dan jelita.. Malangnya, Mageswari telah pergi meninggalkan aku dan keluarganya buat selama-lamanya. Aku mendapat berita dari ibunya yang menalipon ke tempat kerjaku. Mageswari telah dilanggar lari ketika melintas disebuah jalanraya untuk mendapatkan barangan persiapan perkahwinan kami. Ibunya tidak mengizinkan tetapi, Mageswari berkeras. Aku tahu, dia amat teruja tentang persiapan itu.. Hatiku seperti disambar petir dan hancur terbakar. Aku berguling-guling dicelahan besi-besi buruk dan timbunan aluminium seperti dalam filem Tamil. Aku menangis tanpa henti dan terpaksa ditenangkan oleh Rajan dan beberapa rakan sekerja dan majikanku. Mataku mula berpinar dan ingatanku telah hilang.. "Bang..! Kenapa menangis ni..?" Aku lekas-lekas menyapu air mataku yang bergenang. Aku menatap wajah isteriku, Salamah. "Sudahlah bang.. Jangan dikenang peristiwa lama. Biarkanlah ianya berlalu. Hidup perlu diteruskan selagi Tuhan, masih berikan nyawa. Pergilah jemput anak kita disekolah tu, dah nak tamat waktu.." Aku bergegas menaiki motor kapcaiku menuju sekolah. Akhirnya, Tuhan memberkati hidup dan jodohku yang sebenar, bersama sesama bangsa sendiri. Aku mengenali Salamah ketika aku mengikuti seorang kawan pergi ke majlis perkahwinan rakannya, di kampung Orang Asal Batu Berangkai, Kampar, Perak. Masa itu, sudah enam bulan aku tinggalkan Kuala Lumpur dan segala kenangan pahit dan manis bersama Mageswari. Sungguh pun Salamah tidak secantik atau sejelita Mageswari, Saidatul Akmar, Sharmila dan Chang Foong Ling, aku dapat kebahagiaan dan ketenangan disini. Apatah lagi sudah memiliki sepasang kembar perempuan yang sangat petah dan comel. Sememangnya aku selalu cuba melupakan kenangan silam. Tetapi, adakalanya ia datang dengan sendiri seolah-olah, roh Mageswari masih mendampingi hidupku dimana-mana aku berada.. Ehh..! Sape plak kat luar rumah tu? Oh.. Bah Jais dan Bah Kayong rupanya. Janji tengahari nk jala ikan kt lombong Batu Gajah. Bosa-bosa ikan situ terutamanya tongsan, patin dan tilapia. Wah! Bah Kayong mengeluarkan sebotol besar samsu cap Snooker pulak. Ini nk menjala ke hapo..😅😂😇 karya asal-Bah Akim

Detik itu pergi (bahagian 3)

Detik itu telah pergi.. (bah.3) "Sharmila, Sharmila..! Sharmilllaaa..!!" Itulah teriakan aku setiap hari setelah terputus hubungan dengan Sharmila. Aku tidak dapat menonton atau mendengar filem atau lagu hindustan lagi. Itu semua akan membuatkan hatiku bertambah parah. Aku amat bersedih kerana, akhirnya Sharmila dijodohkan sesama bangsa sendiri. Aku tahu Sharmila amat mencintaiku namun, keadaan memaksa. Dia terpaksa akur dengan keputusan keluarganya. Itulah realitinya bangsa Benggali. Keluarga perempuan masuk meminang lelaki. Dan, mereka lebih pentingkan sesama bangsa sendiri.. Sudah dua bulan aku berhenti kerja kilang stokin. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa, Sharmila sudah berhenti kerja dan telah meninggalkan aku terkapai-kapai dan kelemasan. Pada sudut ini, aku berasa putus asa dan mahu sahaja tamatkan riwayat hidup. Ketika aku mabuk teruk dan tertidur disebuah kedai rm2, tiba-tiba, bahuku digoncang dengan sangat kuat. Aku buka mata perlahan-lahan dan nampak sosok seorang wanita Melayu yang berseragam polis. Dia bertanyakan aku, kenapa tidur malam buta disitu. Aku tidak menjawap pertanyaannya. Kemudian, dia mendesak lagi. Aku terpaksa berbohong, yang aku adalah seorang gelandangan dan hidup hanya sebatang kara. Dia merenung tepat ke wajahku tanpa berkelip mata. Lama.. Kendian, dia mengajakku naik keretanya. Ah, sudah.. Tidur lokap kot aku selepas ini.. Sangkaanku tidak benar sama sekali. Polis wanita itu membawa aku ke rumahnya. Aku disuruh mandi dan diberikan pakaian persalinan. Dia menyediakan hidangan buatku. Dalam keadaan buntu itu, aku menuruti apa sahaja arahannya. Dia memperkenalkan diri sebagai, Saidatul Akmar. Sudah lima tahun berkhidmat sebagai anggota. Masih bujang dan menyewa rumah di taman bersatu, Simpang Pulai. Aku kurang bercakap. Dalam hatiku hanya teringatkan Sharmila.. Sedar tak sedar, sudah seminggu aku tinggal dirumah Saidatul. Aku diberikannya layanan paling istimewa. Dari segi pakaian, makanan dan segala keperluanku dia sediakan. Aku berasa segan dan minta izin untuk meneruskan perjalananku. Tetapi, Saidatul marah dan tidak mengizinkanku pergi. Pelik juga aku. Malam itu, Saidatul benar-benar menunjukkan kegilaannya. Dia masuk ke bilikku dalam keadaan tiada seurat benang pun. Dia menindihku diatas dan terus mencium dan meraba seluruh anggotaku. Aku tidak dapat berbuat apa. Seterusnya, dia membuka kain pelikatku dan mula mengulum.. Semenjak peristiwa semalam, aku mulai sedar bahawa, selain comel dan ayu, Saidatul adalah seksi dan bergetah. Tetapi, aku tidak dapat menerima cintanya kerana, aku tidak berminat dengan pegangan agamanya. Aku sayang dengan topiku. Aku takut ianya akan dipotong dan dibuang entah kemana. Bukankah Tuhan telah berikan secara semulajadi. Waduh.. Saidatul tidak mahu berpisah denganku. Dah kena cenduai aku gamaknya. Ya.. cenduai semulajadi.. Oleh kerana Saidatul punyai barang baik, hampir dua bulan aku bersekedudukan dengannya. Tetapi, hatiku meronta-ronta untuk melarikan diri. Betul.. Aku tidak pernah bersedia peluk Islam. Semenjak dibangku sekolah lagi, terlalu banyak gadis Melayu mengutus surat cinta dan ingin menjadi kekasihku. Namun, aku tolak secara baik. Aku hairan, kenapa aku disukai oleh ramai perempuan. Kalau nak dikatakan punyai batang besar, memang. Tapi, aku tidak pernah menunjukkannya. Atau, wajahku yang unik kot.. Pagi itu, setelah Saidatul meminta izin dan peluk cium untuk bertugas, aku nekad melarikan diri. Aku menapak dan menaiki bas menuju ke bandaraya Kuala lumpur, berbekalkan sedikit wang pemberian Saidatul. Hati kecilku teramat sedih dan hiba. Sepanjang perjalanan, air mataku bercucuran membasahi pipi. Aku dapat membayangkan, Saidatul pasti akan kecewa dan menangisi kepergianku.. Ring.. ring.. Ring.. ring!! Apahal pulak Bah Jais talipon aku pagi buta ni. Bukankah aku dah rekomen janda muda bergetah tadi. Memang awek tu nak kat aku. Tapi, saja aku bagi kat Jais. Takde mood nak dating malam ni. So, aku lepak sorang-sorang dalam kereta sambil minum Tiger beer. Sayup-sayup, terdengar ketukan drum dari Bah Pudi bersama group Mijo Band diiringi suara mak lampir. Lantak koranglah. "Haa.. apa hal..?" tanyaku. "Keym, tolong aku.. Tak boleh cabut.." Cilakak punya Jais, nak bagi aku stim la tue.. 😆😆 karya asal-Bah Akim

Detik itu pergi (bahagian 2)

Detik itu telah pergi.. (bah.2) Hampir setahun aku bekerja dikilang stokin di Gunung Rapat, Ipoh. Walaupun gaji agak kecil tetapi, aku sedikit lega dan terhibur. Setelah hatiku tersakiti dan kecewa yang amat mendalam terhadap, perempuan Cina yang bernama Chang Foong Ling. Sudah tidak dapat diselamatkan lagi percintaan diantara kami. Setelah hampir setahun terbina semenjak kejadian pada malam itu, ketika terunaku diragut buat pertama kalinya.. Hanya memori-memori indah yang masih tertanam dibenakku. Aku tidak dapat membayangkan betapa, kemiskinan hidup telah menjadi penghalang percintaan kami. Akhirnya, Foong Ling lebih memilih lelaki yang kaya-raya sebagai pasangan hidupnya. Inilah hakikat sebenar, cara hidup dan berfikir bangsa Cina. Aku tidak dapat membayangkan, Foong Ling sanggup berada dalam dakapan seorang lelaki tua yang berperut boroi dan tidak handsome sama sekali.. "Heii.. Keym! Kenapa termenung panjang tu.. Macamlah orang putus cinta.." Tersentak aku dari lamunan. Kelihatan wajah jelita dengan hidung mancung dan berbibir munggil lagi bermata besar, tersenyum ayu padaku. Itulah Sharmila, seorang gadis berketurunan Sikh. Orangnya ramah dan telah tiga tahun bekerja dikilang yang sama. Dia juga adalah penyelia kami. Kadang tu, aku agak kasihan melihat kengkawanku kena marah-marah oleh Sharmila kerana, salah buat kerja. Tetapi, dengan aku pula, dia agak mesra dan manja. "Keym, u sudi tak temankan i malam ni pergi shopping. Nanti i belanjalah makan-makan.. Kan esok holiday. Please.." rayunya. Aku terkedu dan agak gusar sedikit.. Malam itu, setelah selesai shopping dan makan malam, Sharmila bawa aku kesebuah pub di Green Town, Ipoh. Aku tak dapat menghalang, kerana aku naik keretanya. Aku tak menyangka rupanya, dia seorang pemabuk. Aku dipaksanya untuk minum beer. Mungkin dia tidak tahu, aku pun sebenarnya sudah biasa minum beer. Kami berborak lebih mesra dan intim setelah kepala sama-sama naik tocang, akibat stim beer. Aku agak terperanjat, tiba-tiba Sharmila mencium bibirku, setelah tamatnya lagu Celine Dion yang bertajuk, My Heart Will Going On. Mungkin dia tidak tahu bahawa, aku sudah cukup berpengalaman dalam bidang kucup-mengucup ini. Saat itu, aku berikan kucupan maut yang membuatkan Sharmila kelemasan dalam keghairahan.. Aku berasa kedinginan yang amat pada malam itu. Aku mula terjaga dari tidur. Aku terperanjat apabila melihat sekeliling bilik yang begitu asing. Paling memeranjatkan, disebelahku terbaring sosok wanita yang bernama Sharmila. Kami sama-sama berbogel. Aku memandang tubuh langsing yang putih gebu itu dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya yang ikal mayang. Aku menatap sedalam-dalamnya wajah sijelita yang sedang asyik dibuai mimpi yang indah. Aku tahu, baru dia rasa penangan jejaka Orang Asal yang luar biasa. Rupanya, kami bermalam disebuah hotel. Sebelum check out, Sharmila menagih sekali lagi untuk game yang kedua. Mungkin dia rugi duit bayar hotel yang mahal tersebut atau, memang dia sudah melekat dengan auraku.. Sejak itu, hubungan intim diantara aku dan sharmila sering berlaku. Malah, dia sudah berani mengajakku ke rumah sewanya. Mula-mula, aku tidak berani kerana, takut apa kata jiran-jiran. Mestilah mereka janggal apabila, melihat pasangan sejoli yang berlainan paras rupa dan ras. Aku, sebagai jejaka tampan Orang Asal yang miskin manakala, Sharmila adalah seorang wanita Singh, yang muda dan berjaya lagi jelita seiras Preitty Zinta. Tapi, Sharmila memang bergeliga kerana, memilih kejiranan Cina. Aku tahu, Cina tidak suka masuk campur hal peribadi kejiranan.. Waduhh.. Kawan talipon pulak. Ajak aku engkem kat bar dilorong gelap. Katanya, malam ni ada lima tempat joget lambak. Mijo band ada show kat batu 14, jalan Pahang. Ajak aku cari janda. Dia tahu, kalau aku ada, pasti dia pun akan dapat. Bijak betul kepala hotak beliau. Tp ok gak. Sbb dia yang belanja. Kepala atas dan bawah dpt stim.. Sambung kot..😃😃 karya asal-Bah Akim

Detik itu pergi (cerpen)

Detik itu telah pergi.. Masa remaja.. Aku seperti remaja yang lain juga. Inginkan kebebasan hidup, berdikari dan bergembira menikmati kehidupan. Aku berasa ghairah dan teruja apabila mengalami persekitaran dan suasana baharu. Segalanya amat indah dan mengasyikan. Melihat pemandangan serta menemui orang-orang yang baharu, yang berbagai rupa dan watak.. Kadangkala, aku terus sahaja melupakan segala detik-detik hitam dan gundah gulana ketika, berkenalan dan berbual mesra dengan orang baharu. Sering kali bertukar-tukar pendapat dan pengalaman hidup. Itulah yang dikatakan, teman-berteman dan akhirya menjadi rakan. Aku memang agak peramah dan suka berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Aku disukai oleh ramai teman-teman kerana, aku pandai mengambil hati dan menjaga perhubungan dengan baik. Aku hormat dan menghargai kelebihan serta kekurangan mereka.. Bagiku, Tuhan menciptakan ramai manusia sekeliling sebagai anugerah yang besar dalam kehidupan. Apatah lagi berbangsa-bangsa dan berbagai budaya yang unik. Sungguh, aku amat gembira apabila berpeluang menghadiri majlis seperti, perayaan agama Kristian, Islam, Buddha dan hindu. Aku menikmati apa sahaja hidangan dan minuman yang disajikan tanpa prejudis, sangsi atau mual kerana, aku seorang yang bebas agama. Dari situ, aku agak disenangi oleh rakan-rakan serta keluarga mereka.. Suatu hari, ketika umurku mencecah 18 tahun, ketika aku memohon untuk mendapatkan lesen motorsikal disebuah sekolah memandu di Gunung Rapat, Ipoh. Aku berkenalan dengan seorang kerani perempuan berbangsa Cina. Orangnya cantik dan menawan lagi peramah berusia 19 tahun. Pada mulanya, sekadar untuk belajar memandu tetapi, amoi Cina itu mengajak aku pergi lebih jauh. Dia melamarku sebagai agen atau ahli kepada stokis jenama antarabangsa, Amway. Aku menolak kerana aku tidak berpengalaman dalam bidang jualan langsung. Namun, setelah dipujuk bertubi-tubi dan diberikan semangat oleh amoi itu, aku mula menerima pelawaanya.. Dari situ, aku dan amoi tersebut sentiasa bertemu setiap kali ada meeting dipejabat stokis Amway. Dia menjemputku pergi dan pulang dengan kenderaannya. Makan malam bersama dan ada ketikanya, bermalam dirumahnya. Setelah hampir tiga bulan berlalu dan aku pun telah banyak membuat jualan, hubungan kami semakin mesra. Suatu hari, amoi Cina itu mengajakku kerumahnya untuk mantapkan ilmu jualan langsung. Aku seperti biasa, pergi kerumahnya. Kali ini, dengan motorsikal Honda EX5 setelah mendapat lesen. Setibanya aku dirumahnya, agak sunyi dan tidak seperti biasa. Dia membuka pintu sambil menjemputku masuk dengan wajah berseri-seri yang agak luar biasa. Aku sedikit kehairanan kerana, pertama kali aku melihat dia memakai seluar pendek yang agak sendat dan baju t-shirt yang menampakkan pusat. Aku pura-pura berbuat biasa. Dalam hatiku, aku berdoa agar imanku kuat dan tabah.. Seperti tahu isi hatiku, amoi itu menceritakan bahawa, keluarganya semua bercuti ke Bali, Indonesia selama lima hari. Dia tidak dapat bersama kerana ada banyak tugasan. Aku hanya melopong dan mengucapkan syabas kepada keluarganya. Setelah habis makan malam yang disediakan sendiri olehnya, kami menyambung kembali ilmu dan demo. Melihatkan amoi itu tidak berganjak dan jam telah menunjukkan hampir sebelas malam, aku minta izin untuk pulang. Namun, dia merayu agar aku bermalam sahaja dirumahnya. Dia takut keseorangan dan memintaku menemaninya. Hatiku lemah, apabila menatap wajah seorang amoi Cina yang cantik lagi putih melepak lagi seksi, merengek-rengek manja.. Amoi itu tidak mengizinkan aku tidur dibilik tetamu ditingkat bawah, seperti biasa. Aku diajaknya tidur dalam biliknya ditingkat atas. Aku menolak kerana, aku takut akan menjadi bermacam-macam hal. Amoi menarik tanganku naik ketingkat atas dan menyuruhku mandi dibilik mandinya. Aku ingatkan, mandi seorang, rupanya, mandi sama. Aku seperti terpukau dan terpana apabila melihat, satu persatu pakaiannya ditanggalkan dihadapanku. Kemudian, dia mula menanggal pakaianku pula. Aku sudah seperti robot, hanya ikuti arahanya.. Ah, sudah.. dah hampir 7 pagi. Aku dah janji dgn kawan nk carik pucuk paku. Ada restoran Cina order, rm7 sekilo. Lepaslah belanja Royal Stout tu.. Aku chow dulu, sambung nanti..😁😁 karya asal-Bah Akim

Orang Tua di Puncak Gunung (cerpen)

Seorang tua dipuncak gunung Memang memenatkan apabila membuat kerja-kerja kebajikan, sebagai sukarelawan. Tambahan pula, apabila menjadi sukarelawan dipenempatan Orang Asal. Tetapi, itu semua tidak mematahkan semangat dan ketabahan hatiku. Kegembiraan, keterujaan dan kebahagiaan bercampur-baur diantara rasa sedih-pilu dan simpati yang mendalam, setiap kali bertemu insan-insan yang malang. Ucapan terima kasih dengan wajah yang berseri-seri, sudah cukup membuatkan hatiku berasa sebak, setiap kali menatap wajah mereka.. Aku bersama-sama rakan dari kaum Orang Asal, telah lama menubuhkan "Kelab Cinta Kasih Orang Asal Donation", yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Kami sama-sama mengeluarkan modal sendiri, disamping beberapa sumbangan daripada individu dan syarikat. Walaupun sumbangan kami tidak seberapa tetapi, amat berharga untuk masyarakat Orang Asal yang terpinggir dan memerlukan. Kami menghantar bekalan makanan, perubatan dan pakaian serta sedikit wang belanja kepada balu, janda, duda, ibubapa tunggal, anak-anak yatim serta warga emas disetiap perkampungan yang terpilih.. Hari ini, aku bersama seorang rakan yang bernama Bah Dusun, diarahkan untuk menziarahi seorang lelaki tua, dipinggir sebuah kampung Orang Asal. Diberitakan, tidak ada sesiapa yang dapat membantunya lagi memandangkan, penduduk disitu pun miskin tegar. Tambahan pula, beliau tinggal jauh disebuah puncak gunung bersendirian. Dikatakan juga, beliau sedang sakit tenat dan tidak ada saudara-mara kerana, berasal dari negeri lain. Isterinya sudah lama meninggal dan mereka hanya dikurniakan seorang anak lelaki. Tetapi, anak lelakinya telah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini.. Setelah hampir tiga jam perjalanan dengan menaiki pacuan empat roda akhirnya, kami berdua sampai dan disambut mesra oleh penduduk kampung. Setelah mengagihkan beberapa bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan, kami diiringi oleh seorang yang bernama Dhano, menuju ke sebuah gunung berhampiran perkampungan. Memandangkan pacuan empat roda pun tidak dapat mendaki bekas jalan balak yang rosak teruk itu, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki mendaki gunung tinggi itu. Kami membawa beberapa bakul makanan dan perubatan seperti biasa.. Hampir sejam mendaki, kelihatan sebuah dangau buruk buatan sendiri berada ditepi jalan balak lama. Dhano menunjukkan, itulah pondok lelaki malang tersebut. Aku dapat melihat, wajah tua yang sedang kesakitan dan menderita cuba tersenyum padaku. Keadaannya amat tidak terurus dan persekitaran pondok buruk itu sangat kotor dan busuk. Aku dah biasa berhadapan keadaan seperti itu. Tidak ada sedikit pun rasa mual atau janggal. Malah, hatiku amat tersentuh dan hampir mengalirkan air mata apabila, teringatkan kesempitan dan penderitaan yang ditanggung seumur hidupnya.. Apa?? Anjang Bintang a/l Pandak Buntal, anak pakcikk.. Terperanjat aku diatas pengakuan dan cerita oleh lelaki tua itu. Rupa-rupanya, beliau adalah ayah kepada salah seorang kenalan aku yang kini berada di Sydney, Australia. Anjang Bintang bukan calang-calang Orang Asal, beliau seorang kontraktor berjaya di Sydney. Seorang jutawan terkemuka dan memiliki seorang wanita inggeris yang jelita sebagai isteri serta tiga orang anak. Aku dapat cam apabila menatap gambar wajahnya ketika berusia 18 tahun, yang disimpan rapi oleh lelaki tua itu. Aku masih teringat, Anjang Bintang pernah mengakui bahawa, beliau anak yatim-piatu dan sebatang kara ketika bertemu denganku 20 tahun yang lalu. Kami bertemu di Kuala Lumpur, ketika dia merempat dan menjadi gelandangan. Sebagai satu bangsa, aku bawa pulang ke rumahku dan menjaga kebajikannya, sebelum dia bersetuju untuk berhijrah ke Australia. Dia benar-benar ingin berjaya dalam hidup dan akan membantu Masyarakat Orang Asal yang dalam kemiskinan. Aku percaya dan bangga dengannya, sebagai anak muda yang menghargai keturunan dan bangsanya.. Malam itu, sekembalinya aku dirumah, aku mula menalipon Anjang Bintang, di Sydney. Aku tahu apa yang akan aku sound padanya. Aku amat kecewa dengannya meskipun, dia adalah salah seorang penyumbang terbesar dalam Kelab kami. Dihujung talian, terdengar suara riang dan gembira dari Anjang Bintang seperti biasa.. karya asal-Bah Akim

Selamat Menyambut Hari Orang Asal (cerpen)

SALAM DAN SELAMAT HARI ORANG ASAL SEDUNIA Bersempena sambutan hari Orang Asal sedunia yang disambut dengan meriah saban tahun, penulis cuba menghayati dan mendalami, apa makna sebenar atau istimewanya menjadi seorang, Orang Asal.. Nama penulis, Bah Kuncuj a/k Bah Cereg. Umur 50 tahun dan asal dari Kampung Bor, Kampar, Perak. Dah berkahwin dengan empat orang isteri serta dikurniakan sembilan orang anak iaitu, enam lelaki dan tiga perempuan. Penulis hanya hendak berkongsi pengalaman sendiri serta kawan-kawan yang berada disekitar beberapa perkampungan.. Pada zaman kanak-kanak dan meningkat remaja iaitu, sekitar tahun 80'an ke 90'an, kehidupan kami sekeluarga amat daif sekali. Jarang mendapatkan wang serta berbelanja di pekan berhampiran. Waktu itu ekonomi negara bergerak perlahan dan kami orang-orang kampung hanya bergantung hidup hanya mengumpulkan rotan, buluh serta buah-buahan bermusim. Harga oleh peraih pula agak rendah sekali namun, untuk mendapatkan beras, gula dan kopi serta minyak masak, terpaksalah kami turuti. Itulah sebabnya barangan keluaran orang kampung dikenali antara termurah dan boleh ditindas. Itulah juga ramai peniaga Cina dan Melayu bersaing sehingga berbalah sesama sendiri. Dengan demikian, muncullah beberapa peraih Orang Asal sendiri sebagai orang tengah. Makanya, bertambah-tambah murahlah harga kepada kami.. Sungguh pun demikian, kehidupan ketika itu amat mewah dengan lauk-pauk liar seperti, rusa, kijang, kancil, pelanduk, kambing gurun dan monyet. Di sungai pula, ikan kelah, tengas, baung, keli, haruan, ketutu dan pelbagai lagi. Ibarat cakap, setiap hari akan bertukar menu mengikut keinginan. Hari ini makan monyet dengan tupai, esoknya rusa dan babi hutan, lusa pula udang galah dan ikan tapah. Demikianlah pertukaran menu makanan harian, mengikut kecenderungan nak makan apa. Semuanya percuma janji rajin masuk hutan atau lembah sungai. Ada yang rajin menjerat, menyumpit, berlembing dan menjala atau memancing. Ada yang menyuluh waktu malam dan keesokan paginya, membawa berpuluh-puluh kilo katak atau labi-labi. Sehinggakan tidak termakan dan ada kalanya dibuang begitu sahaja.. Ketika meningkat dewasa dan nafsu membuak-buak kepada wanita, kami akan berkumpul pada malam hari. Main gitar dan menyanyi bersama rakan-rakan sealiran sambil minum arak. Ada yang berjudi daun terup atau mahjung. Maklumlah, ada yang dapat duit katak atau lelabi. Ada yang dapat duit jual rusa atau kijang. Paling hebat, ada yang meletup teras gaharu atau kena nombor ekor. Berkumpul sambil berborak dan buat lawak adalah, kebiasaan pada malam hari terutamanya, malam pesta joget lambak. Waktu begitulah untuk mencari pasangan hidup atau satu malam. Best woo.. Oleh kerana penulis agak kacak dan bergaya, lagi banyak belajar ilmu pertahanan diri dan pengasih juga cenduai maka, ramailah wanita yang jatuh cinta. Ada yang gila bayang sehinggakan boleh lakukan apa sahaja demi penulis. Itulah kisahnya kenapa berbini empat. Itu pun, ada control sedikit. Kalau tidak, mungkin lebih daripada itu lagi. Itulah betapa pentingnya orang kita, belajar menimba ilmu kebatinan disamping ilmu pelajaran disekolah. Tak rugi punya.. Oleh kerana mengamalkan tradisi dan adat resam lama, penulis tidak perlu pening-pening kepala nak memikirkan tentang dosa dan pahala atau huru-hara sembah bodek Tuhan atau cuci dosa. Cukuplah sekadar memuja alam ciptaan Tuhan dengan memelihara dan menlindungi tempat-tempat keramat, gunung-ganang dan hutan-rimba serta kehidupan liarnya. Supaya berkekalan dan menjadi sumber kehidupan buat generasi baharu. Kenalah hormati penghuni alam ghaib, tanah dan sungai serta hidupan yang lainnya termasuklah Orang Asal. Sekiranya tidak, berbagai musibah dan bencana alam akan menimpa semua. Berusahalah secara berpada-pada dan jangan merosakkan segalanya.. Sebenarnya, Orang Asal dilahirkan sebagai benteng terakhir untuk melindungi hutan dan alam liar. Orang Asal tidak banyak dosa didunia ini. Bangsa yang banyak dosa adalah bangsa pendatang. Baik Orang British, Jepun, Melayu, Cina dan India, adalah bangsa yang paling banyak berdosa dinegara ini. Mereka datang hanya untuk ekspoitasi dan menjarah kekayaan tempat kita. Mereka tidak peduli samada membunuh, menghamba-abdikan, menindas dan menipu atau merosakkan segala kesucian alam maya ini. Kerakusan dan ketamakan golongan politik dan kapitalis dinegara ini, mencapai tahap maksima. Walaupun mereka cuba menyuci dosa dan menyuci diri, Tuhan tidak mudah mengampunkan bangsa-bangsa ini sehingga generasi ke generasi. Sembahyanglah, gunakan apa sahaja anutan keagamaan, tidak akan mengurangi dosa-dosa mereka. Melainkan, ada kesedaran dan keinsafan diri yang telus, berintegriti tinggi, bermaruah, cintakan keadilan dan kedamaian sesama manusia. Tidak lagi melakukan penindasan, penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Baharulah akan sedikit demi sedikit akan mendapat pengampunan oleh Tuhan.. Untuk hampir seluruh rakyat berbilang kaum dalam negara ini, tidak begitu mudah untuk larikan diri daripada cengkaman parti-parti politik yang korup lagi zalim. Mentaliti para pengundi terutamanya Bumiputra dan Pribumi, tidak akan berubah selagi miskin dan mudah terhutang budi kepada gula-gula politik parti-parti yang tidak mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar. Ini menarik seluruh azab dan bencana melanda negara ini termasuklah kemelesetan ekonomi dan kebankrapan. Semua rakyat akan menerima tempiasnya termasuklah golongan elit dan puak kapitalis. Negara akan hancur dan musnah dalam bencana alam dan era kemuflisan. Jadi, harus sedar dan tolak parti politik yang memainkan sentimen perkauman tegar dan agama yang sempit. Terutamanya Umno, Mca, Mic, Ppbm dan Pejuang. Ingat tu.. Penulis agak terkesan pada usia begini sebagai Orang Asal. Sudah tiada lagi kemewahan dan kemakmuran lauk-pauk seperti zaman dahulu. Kemewahan untuk mencari sumber hutan dan ubat-ubatan. Kebebasan untuk berkebun atau menanam padi huma. Semua ini gara-gara ketamakan dan kerakusan kerajaan negeri dan pusat serta para peneroka felda atau individu Melayu dan Cina serta India yang menghimpit dan merampas wilayah tanah adat kami. Sedangkan, para pengundi berterusan memberikan undi mereka kepada kerajaan yang zalim. Moga, terbuka pintu hati para pengundi di PRU15 ini, untuk humbankan BN & PN kelautan Segitiga Bermuda.. karya asal-Bah Akim

Otak Bergeliga (cerpen)

Memang bergeliga otak kau.. Petang itu aku terima panggilan daripada seorang rakan lama. Rasanya, hampir lima tahun terputus hubungan. Yalah, semenjak dia berhijrah ke New York, Amerika Syarikat. Bah Kayong, namanya. Sama-sama belajar di University Malaya. Jurusan kedoktoran bidang sakit puan sebelum sambung pengajian ke Harvard University.. " Hei, Michael..!! Ini satu peluang besar tau? Aku nak bantu kau la.. This is most interresting things you know..". Umm.. Malam itu, aku memandu menuju Hilton Hotel dimana pertemuan akan berlangsung. Setelah sampai di lobby hotel, aku nampak kelibat Bah Kayong yang agak luar biasa. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, wow..! Vogue.. Dah macam artis hollywood pulak. Kami menuju kafeteria dan mula perbincangan.. "Apa?? Kau gila ke, mana ada kerja full time memeriksa "dara"..? Kau jangan nak buat lawak bodoh, Yong.." rengusku. Memanglah aku ni pakar sakit puan tetapi, bab memeriksa dara ni memang jarang-jarang berlaku. Itu pun sekiranya ada kes rogol atau cabul. Oleh kerana Bah Kayong bersungguh-sungguh menerangkan dengan teliti dan serius maka, aku mulai percaya dan agak terkejut. Dengan bukti dan fakta yang dia tunjuk, aku mengalah.. Sesampai dibangloku di bukit Damansara, aku termenung panjang. Puas aku memikirkan, bagaimana Bah Kayong telah berjaya membuka sebuah syarikat firma insuran berkaitan Dara di New York. Kreatif.. Ya, di US sekiranya tidak menyalahi undang-undang disana, tidak menjadi persoalan bagi golongan intelektual dan kreatif membina nama dan empayar perniagaan. Asalkan mendatangkan cukai yang lumayan kepada government. " Remember it's, Michael.. Aku tunggu jawapan kau dalam seminggu ini.. Sambil garu-garu kepala yang tidak gatal, aku teringat kata-kata Bah Kayong, " US$30k sebulan, Michael.. Apartment suits luxury lagi for free. Mana kau dapat peluang sebesar ini kat Malaysia ni.. Fikir masak-masak..". Aku tidak dapat bayangkan dengan tawaran itu.. Akhirnya, aku dicided menerima tawaran lumayan dari rakanku itu. Telah seminggu aku menjalani tugas sebagai, pemeriksa Dara profesional di firma insuran, KARYOUNG VIRGIN'S ASSURANCE. Tak sangka, bisness beliau mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan. Kebanyakan daripada customer kami adalah terdiri daripada, para ibu-bapa kepada anak-anak gadis mereka. Selebihnya, para perawan yang masih bujang yang berumur dibawah 15 tahun. Ini adalah polisi yang ditetapkan dalam terma dan syarat skim insuran berkenaan. Oleh kerana gejala sosial yang terlampau di USA, para ibu-bapa terpaksa mengawal dengan membeli insuran ini. Yakni, anak dara sunti sedari umur 9 tahun hingga 15 tahun, layak mendapatkan perlindungan insuran. Mereka akan dibayar oleh firma sekiranya mengekalkan Dara mereka sehingga usia 21 tahun ke atas dan menjalani perkahwinan yang sah. Sekiranya gagal, pihak insuran tidak akan membayar sebarang pampasan. Ramai juga pencarum yang gagal pertahankan Dara mereka dan mengakibatkan terkeluar dari skim. Akan tetapi, ramai juga yang berjaya dan dapat membendung gejala sosial tersebut sehingga dihari perkahwinan.. Untungnya, pencarum insuran ini sentiasa mendapat tawaran tinggi daripada para lelaki yang ingin memilih jodoh. Dan sudah pastinya, pihak syarikat akan menjadi orang tengah lalu mendapat laba yang lumayan atas perkhidmatan tersebut. Bijak betul kepala otak Bah Kayong ini.. Paling untung, adalah aku sebagai panel.selain menikmati gaji US30k, aku dapat cuci mata seharian dengan kerjaya ini. Paling best, ketika membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti dan mengesahkan "kedaraan" bakal pengantin perempuan. Berpinar-pinarlah juga mata ini. Maklum saja, kebanyakannya gadis-gadis berketurunan Eropah, Arab dan Hindustani. Tetapi, kami mengikuti procuder yang ditetapkan melalui kawalan disiplin yang ketat. Yalah.. benda ketat ghaann.. AHH..!! Itu dulu.. Sekarang ini, setelah 10 tahun berlalu, aku mula muak dengan pekerjaanku itu. Jenuh dah tengok pelbagai saiz dan bentuk. Sampai aku dah nak naik gila. So, aku resign. Sebelum aku benar-benar gila..😅😅😅 karya asal -Bah Akim

Malaikat Maut (cerpen)

MALAIKAT MAUT Jenuh juga aku memikirkan, kenapa diri ini sering didatangi sesuatu yang misteri dan luar biasa. Ada juga bertanya kepada orang-orang tua serta rakan-rakan. Tetapi, jawapan yang diberi tidak begitu memberangsangkan. Entahlah.. Seumur hidupku, ada beberapa kali mengalami peristiwa yang aneh lagi menyeramkan. Kalau cerita pun, tidak akan ada seorang pun yang akan percaya. Begini kisahnya.. Pada usiaku sekitar empat tahun, aku pernah hilang daripada rumah. Malah, orang kampung tidak menemui aku selama berjam-jam disekitar perkampungan. Mustahil diusia begitu aku boleh melepasi kawasan sekitar kampung. Ceritanya, aku mencari ibuku yang sering meninggalkanku kerana menoreh getah. Kebetulan, kakak yang di amanahkan menjaga aku begitu cuai dan leka bermain dengan teman-teman sebaya. Bayangkan, aku boleh melewati sebuah titi yang sangat kecil untuk menyeberangi sungai yang besar lagi deras. Yang pasti, ada seseorang yang memimpin tanganku yang aku sendiri tidak kenali. Seorang manusia tanpa wajah.. Riuh-rendah orang-orang kampung dan ibuku, mencari aku ke segenap pelusuk kampung. Akhirnya, mereka menemui aku betul-betul dalam kawasan kebun getah yang ibuku menoreh. Mereka kehairanan, bagaimana aku boleh sampai ke situ. Sedangkan, ibu tidak pernah bawa aku ke situ.. Ketika aku berumur dua belas tahun, aku bersama-sama rakan telah mandi di sebuah empangan. Empangan itu terlalu dalam dan merbahaya. Akibat kedegilan itu, aku telah tersedut ke dalam salah satu paip empangan lalu membawaku ke alam yang tidak mungkin dapat diselamatkan lagi. Aku terasa dalam kelubung paip besi yang panjang berpuluh kilometer tersebut seperti tidak dapat bernafas lagi. Tiba-tiba, seseorang tanpa wajah menarikku keluar dan melakukan CPR demi untukku bernafas kembali. Rakan-rakan aku begitu terperanjat apabila melihat aku boleh kembali menemui mereka.. Semasa diawal usia tujuh belas tahun, aku mengikuti bapa saudara dan teman-temannya mencari rotan. Kami beriringan sebelum aku mula keluar jauh dari pasukan. Aku ghairah melihat rotan yang banyak dan lorong cantik yang berbunga-bunga. Akhirnya aku tersesat dan tidak dapat menemui kumpulan kami. Sedar tak sedar, sudah seminggu pasukan penyelamat dan orang kampung mencari aku. Sedangkan, aku rileks je lepak dirumah atukku di hujung kampung. Aku terjumpa seseorang yang seperti gadis tetapi tanpa wajah yang menunjukkan jalan keluar. Tetapi, kali ini aku melihat seakan-akan wajah seorang gadis yang sungguh jelita timbul dan tenggelam. Aku tidak kisah kerana, aku agak rapat dan mesra sedari kecilku walaupun, tidak mengenali dengan jelas.. Pabila usiaku meningkat dua puluh satu tahun, aku terjerumus dengan cinta tiga segi. Ada seorang gadis berusia tujuh belas tahun menagih kasihku. Sedangkan, dia sudah ditunangkan oleh keluarganya. Akibat jalinan cinta itu, aku telah dibelasah dengan teruk oleh tunang dan kengkawannya pada satu pesta joget. Dah tu, mereka mencampakkanku ke sebuah sungai yang agak besar lagi deras. Aku pengsan dan fikiranku kosong.. Sekali lagi gadis tanpa wajah merawatku. Kali ini, disebuah rumah yang agak mewah dan besar. Aku yang agak pelik lagi memelikkan, hairan. Kenapa setiap kali aku dalam kesusahan dan kesulitan, pasti dia datang membantuku. Dalam kesakitan itu, aku cuba bertanyakan namanya dan kenapa dia ada disisiku pada setiap kali aku menderita. Alangkah terperanjatnya aku apabila, gadis itu membuka topeng tanpa wajahnya. Yang selama ini aku anggap dia tiada wajah. Wahh..!! Garisan raut wajah yang ayu lagi jelita memandang dengan senyuman manis yang tidak terkata kepadaku. Tiba-tiba, hati dan perasaanku tersentap dengan agak kuat. Suatu perasaan terpukau dan terpana meresap ke dalam kalbu lalu membuahkan kerinduan dan cinta abadi. "Lysa..?!" Oh.. Lysa. Buah hatiku, pujaanku dan cinta kasih abadiku. Aku tidak menyangka sama sekali yang kita akan dipertemukan kembali. Aku memeluk erat tubuh Lysa sambil tidak henti-henti mengkucup bibir munggilnya. Aku terasa kerinduan yang amat mendalam. " Iya, abang Keym.. Lysa telah lama menunggu kepulanganmu. Kepulangan yang sebenar yang ikhlas dari jiwamu. Meskipun Lysa tidak dilahirkan kembali kedunia ini tetapi, cinta dan kasih Lysa hanya kepadamu. Syukurlah abang telah mengingati Lysa dan cinta lama kita.." Selamat tinggal dunia.. Selamat segalanya.. karya asal-Bah Akim

Batu Delima ( cerpen)

BATU DELIMA MERAH Berpeluh-peluh aku di buatnya pepagi ini. Seram sejuk pun ada. Jantungku berdenyut dengan agak kuat dan terasa hampir tercabut. Aku tidak menjangkakan bahawa, perkara begini akan terjadi dalam hidup ini. Fikiranku mula terawang-awangan dan melayang-layang jauh kepada masa silamku.. Aku memang terlahir sebagai anak terakhir arwah bapaku. Semenjak usiaku setahun lebih, bapaku telah pergi meninggalkan kami enam beradik. Kehidupan keluargaku selepas itu begitu menderita, sengsara dan dihimpit oleh kemiskinan hidup yang melampau. Benar-benar umpama kais pagi makan malam. Ibu, terpaksa memikul bebanan yang amat besar untuk membesarkan kami semua. Apa sahaja benda yang boleh mengalas perut, pasti ibu akan bawa pulang demi kelangsungan anak-anaknya.. Oleh kerana aku masih baby, ibu terpaksa serahkan aku kepada pakcikku dan isterinya sebagai anak angkat. Lagi pun, pakcik dan isterinya tidak di kurniakan anak sejak berkahwin. Maka, terlepaslah aku daripada kehidupan yang memeritkan itu. Aku ditatang seperti minyak yang penuh, sehinggalah melangkah ke alam persekolahan.. Pakcik dan makcik yang aku sangkakan sebagai ibu dan bapa kandungku, begitu sayang dan memanjakan aku. Apatah lagi kami tinggal di perkampungan yang berlainan dengan keluarga asalku. Semenjak berumah-tangga, pakcikku telah berpindah ke kampung isterinya. Itulah puncanya aku tidak mengenali ibu dan beradik kandungku sendiri.. Setelah tamat SPM, aku tidak berminat untuk teruskan pengajian diperingkat tinggi. Aku lebih berminat dengan kehidupan bersosial dan berfoya-foya. Lepak-lepak dengan kengkawan sambil engkem(minum arak), merempit serta berjoget lambak. Oleh kerana rupa parasku yang kacak dan segak, mudah sahaja gadis-gadis kaki joget lambak jatuh hati.. Suatu hari, keluarga salah seorang gadis yang pernah aku dampingi, datang ke rumah kami. Mereka mendesak aku untuk bertanggung-jawab atas kandungan anak gadis mereka yang bernama, Sarah. Ayah dan ibuku mula bertanyakan kebenaran peristiwa itu. Aku panik dan takut. Aku tidak bersedia untuk menjadi ayah kepada kandungan Sarah. Aku gusar akan kemungkinan, Sarah mengandung benih lelaki yang lain meskipun, aku yang pecah daranya. Aku tahu, Sarah adalah salah seorang gadis yang cantik dan menawan dikalangan kaum Semai di perak. Tetapi aku tidak bersedia. Aku tidak mengaku. Aku lihat Sarah dan keluarganya amat tertekan dan sedih. Akhirnya, ayahku terpaksa membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menutup malu.. Semenjak peristiwa itu, ayah mula berubah sama sekali. Dia lebih tegas dan tidak memanjakan aku lagi. Aku sudah tidak lagi mudah mendapat wang dari ayah. Ayah mahu aku berdikari dan belajar hidup susah serta belajar ilmu-ilmu kebatinan dan rohani. Aku memang tidak berminat untuk mendalami ilmu kebatinan meskipun, ayah menawarkan dirinya sendiri sebagai guruku. Aku sememangnya arif, ayah adalah bomoh dan pawang yang hebat dan disegani. Malah, atas dasar itu, beliau hidup mewah dengan kedatangan beratus-ratus pesakit serta pelanggan yang berubat pada setiap bulan. Walaubagaimana pun, aku tahu ayah amat menyayangiku. Tetapi, aku nekad untuk hidup berdikari dan memilih berhijrah ke bandaraya Ipoh. Dengan sejumlah wang yang dibekalkan oleh ibuku, aku melangkah dengan berat hati. Di kejauhan, aku dapat melihat ibuku mengesat-ngesatkan air matanya yang bercucuran.. Berbekalkan sijil SPM, aku hanya mampu melamar kerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang Omputih. Lama juga aku berkhidmat di situ. Malangnya, setelah agak stabil dan menjadi penyelia, perangai lamaku berulang kembali. Apa boleh buat, bukan mudah menjadi seorang jejaka yang kacak. Aku akhirnya tergoda dengan godaan seorang gadis Melayu yang bekerja sebagai kerani, di kilang yang sama. Gadis yang bernama Neiyana itu baru setengah tahun bekerja. Orangnya putih melepak, berwajah ayu dan comel serta seksi. Mulanya aku tidak berminat dengan gadis bangsa lain tetapi, dengan telatah manja dan berani Neiyana, aku mulai hanyut.. Lama juga aku usung Neiyana ni keluar masuk disco, pusat karaoke dan bilik-bilik hotel. Memang seronok dan mengghairahkan pabila menjelang hujung minggu. Walaupun aku menyedari Neiyana bukanlah seorang dara tetapi, layanan yang disajikan, cukup untuk membuatkan aku ketagihan. Nak dijadikan cerita, pada satu malam ketika aku dengan Neiyana sedang memadu kasih disebuah taman iaitu Taman Polo, kami telah diserbu oleh beberapa lelaki yang aku tidak kenali. Mereka mengarahkan aku keluar dari kenderaan. Salah seorang daripada beberapa lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai tunang kepada Neiyana dan baru balik setelah tamat pengajian di London. Dan seorang lagi mengaku sebagai abang kandung kepada Neiyana. Dia sudah lama memperhatikan kami dan tidak suka dengan hubungan kami. Aku hanya mampu meminta maaf dan tidak tahu tentang pertunangan Neiyana serta minta izin undur diri. Tiba-tiba, Neiyana keluar dari kenderaan dan menjerit tidak mahu berpisah denganku dan meminta diputuskan pertunangan sebab, dia terlalu mencintai aku dan kini sedang berbadan dua. Setelah itu, aku terasa ditarik ke belakang dan dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki tanpa belas kasihan. Dalam kekalutan dan haru-biru itu, pukulan demi pukulan hinggap pada seluruh tubuhku sambil kedengaran ugutan dan ancaman terhadapku agar, tidak lagi mendekati Neiyana. Sayup-sayup aku dengar jeritan dan tangisan Neiyana memanggil-manggil namaku.. Sesedar aku terlantar di hospital besar, Ipoh. Dikatakan aku telah dihantar oleh beberapa mat rempit. Aku berasa terharu dengan jasa baik mereka. Seluruh tubuhku terasa remuk-redam. Setelah tiga hari, aku dibenarkan keluar wad. Aku menghubungi manager bahawa aku alami kemalangan dan akan mula bertugas keesokan harinya. Esoknya, aku mendapat berita bahawa Neiyana telah berhenti kerja. Aku mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan kes. Neiyana pun, aku call sudah tidak dapat. Mungkin sudah bertukar nombor atau dikurung oleh keluarganya. Aku berasa kesal kerana berdosa besar kepada Neiyana. Niat asal aku hanya untuk berhibur dan melampiaskan nafsu sahaja. Aku tidak mungkin boleh berkahwin dengan Neiyana kerana, ayah dan ibuku tidak dapat menerima Islam. Tetapi, bagaimana Neiyana mengaku mengandung? Sedangkan kami mengamalkan seks selamat dan guna kondom.. Atas kesedaran dan keinsafan yang menggunung, aku nekad berhenti kerja dan pulang kepangkuan keluarga. Sudah lebih lima tahun aku tidak jejakkan kaki atau menghubungi ayah dan ibu di kampung. Rindu meluap-luap dan perasaan ingin mohon jutaan kemaafan terpahat dalam hati. Paling penting, diusia sekarang aku ingin belajar ilmu kebatinan daripada ayah. Aku sudah mula menghargai dan memerlukan kuasa-kuasa keajaiban dan mistik demi melindungi keselamatan diri dan membantu orang yang dalam kesusahan. Ya.. Aku sudah berubah. Berubah kepada insan yang berhati mulia, yang banyak menolong insan yang dalam kesulitan seperti, ayahku. Acap kali ayah menasihatkan aku supaya menitik beratkan memdalami ilmu-ilmu batin dan kuasa-kuasa kesaktian Keramat Negeri namun, aku tidak endahkan langsung. Ayah suruh aku pelajari ilmu persilatan, ilmu pertahanan diri seperti, ilmu kebal, ilmu tahan rangka, ilmu tolak bayang, ilmu perapuh dan ilmu penderas. Juga ilmu berubat orang yang sakit akibat gangguan jin dan makhluk halus. Ilmu pengasih, pemanis dan seri muka serta penerang hati. Dan termasuk ilmu untuk mencegah dan meredakan bencana alam seperti ribut taufan, tanah runtuh, petir dan guruh serta banjir lumpur.. Hampir sampai ke rumah ayah dan ibu, aku berasa hairan dan cemas. Kenapa tiada kenderaan dan pesakit yang selalu memenuhi halaman rumah seperti biasa? Apakah ayah dan ibu sudah berpindah atau tidak lagi berubat orang sakit? Setelah keluar dari kenderaan, aku hampiri dan memanggil ayah dan ibu. Tiba-tiba, pintu dibuka dan dapat aku melihat sosok wajah ibuku yang dirindui. Hatiku mula berasa lega dan mula memeluk tubuh ibuku sambil meminta ampun dan maaf berkali-kali. Air mata membasahi pipi tua ibuku. Aku bertanya, kemana ayah. Ibu hanya tertunduk dan menangis. Aku terkedu dan dalam hati mendoakan yang baik-baik sahaja.. Akhirnya, setelah semuanya reda, ibu menceritakan segala yang berlaku. Ayah telah dua tahun meninggal dunia akibat sakit tua dan merindukan aku. Ayah kesal kerana membenarkan aku hidup berdikari dan risaukan keadaan aku. Apatah lagi aku tidak mengutus khabar berita dan tidak beritahu tinggal dimana. Puas anggota keluarga serta keluarga kandungku cuba menjejaki aku sehingga ke Johor Baharu. Barulah aku tahu dan terbongkarnya salasilah sebenar diriku dan keluarga kandungku. Ibu terpaksa ceritakan perkara yang sebenar kerana, ibu merasakan hayatnya serta kesihatannya yang buruk. Hal ini kerana ibu terlalu merindui ayah dan aku, sehingga terjejas kesihatannya. Ibu harap aku boleh kembali kepada keluarga kandung sekira hayatnya tamat. Aku berjanji akan menjaga ibu dan membahagiakan hidupnya demi menebus kesalahan dan dosa-dosa silam.. Tersentak aku, tiba-tiba ibu memanggil namaku. Ibu menyuruh aku mandi dan ambil sarapan. Fikiranku mula tertumpu kepada mimpi malam tadi. Apakah mimpi semalam adalah mainan mimpi atau kenyataan? Dalam mimpi itu, ayah muncul seperti dalam dunia nyata. Dia berpakaian serba hitam dan wajahnya terpancar berseri-seri umpama malaikat. Suasana dan kediaman ayah sangat hebat dan mewah. Ayah mengucapkan terima kasih kerana kembali kepangkuan keluarga dan menjaga ibu dengan baik. Ayah minta maaf kerana tidak sempat memperturunkan segala ilmu-ilmu kebatinan kepada aku ketika hayatnya. Aku sempat memohon jutaan maaf kerana tidak mengikuti kehendak ayah dan banyak melukakan hatinya. Kami berpelukan dan ayah bisikkan sesuatu ketelinga.. " Anakku.. Ayah harap, kamu tunaikan permintaan terakhir dari ayah. Ayah tahu, keluarga kita serta masyarakat kita Orang Asal akan terjejas dengan teruk dimasa akan datang. Dimana, hak-hak kita akan dirampas dan ditindas oleh kerajaan pemerintah. Nasib bangsa kita Orang Asal akan merana dan kehilangan jati diri dan wilayah sejarah dalam negara ini. Pengislaman dan pertukaran budaya dan adat resam, akan memupuskan identiti kita. Ayah mahu kamu perjuangkan nasib anak bangsa kita. Kita harus kuat dan berani dalam berpolitik. Celikkan politik orang kita supaya bersatu menentang kebobrokan dan kezaliman. Jangan biarkan bangsa lain memperkotak-katikkan bangsa kita sehingga menyebabkan kepupusan akibat kemiskinan harta dan ilmu. Anakku.. Ayah telah memohon Raja kepada segala Raja dunia ini untuk mengizinkan dan merahmati Raja kepada Raja Batu iaitu, Batu Delima Merah untuk dianugerahkan kepada anakku. Supaya anakku dapat mengawal segala kekuasaan dan kesaktian alam maya serta alam mystery ini, demi melindungi segala hak-hak bangsa kita. Syukur, ayah telah memperolehi kebenaran untuk tujuan tersebut. Ayah mahu, kamu datang berjumpa dengan ayah di puncak gunung Teduh dalam masa terdekat ini. Ayah akan menunggu anakku. Jangan takut anakku. Lihatlah dijari manismu apabila terjaga nanti. Itulah alat pelan yang akan membantu kamu bertemu dengan ayah. Bisikkan sesuatu yang diniatkan, pasti cincin rotan itu akan membantu anakku. Jangan lupa anakku, ayah menunggumu.." Aku terus menoleh ke jari manisku. Ternyata, cincin rotan itu tersemat rapi dijariku.. karya asal-Bah Akim