Isnin, 30 Disember 2019

Pencerobohan tanah warisan adat jahut krau




 Lagi cerita semlam, lawatan ke Dusun Tak Depuk Tanah Adat yang di rosakkan oleh Pembalakkan

5 April 2014 -Lawatan hari ini di ketuai yang di kenali Tak Hindi bersama 8 orang, sebelum bergerak mereka bertanyakan kepada orang yang lebih tua iaitu Tak Kok atau dikenali Tak Ngoi salah seorang waris yang pernah menduduki Dusun Tak Depuk.

Dusun Tak Depuk merupakan sebuah tempat banyak Makam-makam yang terdapat dalam kawasan Wilayah Adat ini.

Kumpulan pementau telah menemui Jentera berat dan artipak lama iaitu serpihan pingal lama yang setebal hampir 1 inci di kawasan Makam Yang Kari (Makam Muyang Bolat) selain menemui artipak lama kumpulan pemantau semalam menemui Bukau akar Bendrak (Bunga Pak Ma) atau dikenali Rafflesia di Kuala Egul.

Ahad, 29 Disember 2019

Patung perubatan jahut (sepilih)

"Sepilih" dari patung untuk dibuang untuk menjauhkan Sial, di komersialkan kepada Patung yang sangat berseni untuk pelancong dari dalam dan luar negeri .
Jenis patung “bes” untuk pelancong dan pembeli berasal dari konsep sepili tapi diperbesarkan dan tak digunakan untuk perubatan. Jenis kayu digunakan pun berlainan. Yg ni jenis merbau atau rengas.
Namun tukang ukir Jahut sangat berkurangan sekarang kerana kekurangan kayu sesuai dan pasaran terhad. Hanya ada dua yang masih aktif.

Isnin, 23 Disember 2019

Pokok jelai

Ahmad Bah Ngav ... org Temiar panggil pokok kariel, org Temuan (kalau tak silap) panggil pokok lanchang, org Semelai panggil pokok jelai. pokok yg sama dimana bijinya dibuat rantai atau tasbih. sebab tu perkataan jelai ada di negeri sembilan, pahang dan perak

Kerchang

Kercang tu apa?
sejenis 'puzzle', alat menguji minda
 dipanggil Cek Rej Noj..kiranya tersesat didalam hutan kita hendaklah mainkan benda ini, kalau lepas itu tandanya kita akan dapat jalan keluar. Sebab ada mahkok halus yang menyesatkan kita. Cerita orang tua dulu dulu.
ye betul, kisah asalnya kerchang dicipta adalah bila org kita sesat dalam hutan. kerchang diberi ilham dalam mimpi untuk diberi kepada makhluk halus yg sesatkan kita tu, supaya dia leka selesaikan kerchang tu dan kita boleh sempat cari jalan keluar



Orang Asli dalam pemerintahan beraja Silam

Dan perlantikan ketua Orang Asli watikah perlantikan dikeluarkan oleh pihak Istana dan ditandatangani oleh Tuanku Sultan sendiri.
 selangor dan negeri sembilan  . perak juga jika berdasarkan catatan di atas
 Pahang, Perak, Selangor dan Negeri 9. Kelantan dan Johor says x pasti.

Jumaat, 20 Disember 2019

Simpai bukan sekadar hiasan(seni kraf)



Simpai bukan sekadar hiasan seni kraf orang asli, kepada yang tahu kegunaannya, simpai di katakan boleh digunakan sebagai azimat berguna di masa kesusahan.
Saudara Kana Poteh dari kg parit gong, jelebu. Menceritakan pengalaman beliau semasa masuk hutan memburu.
"..simpai 9...menurut org2 tua dulu,simpai merupakan azimat kpd si pemakai nyer,selain dpd hasil seni kraf MOA... tpi simpai yg di anyam rotan dgn resam,ada keistimewaan nyer tersendiri...saya sndiri mengalami nyer,ketika masuk hutan pd awal 2017 yg lalu,utk menyumpit..nasib kurang baik,apabila bertembung dgn langsuir...mmg amat menyeramkan...."
" Abg Zam wjh langsuir bengis..mata bsr dan rambut panjang,lbh panjang drpd badan nyer...rasa nyer sya dah tak blh buat apa pd ketika itu..sbb kwn yg sorg lagi dah seakan2 trkena pukau...mcm bodoh jerr...mujur d celah telinga sya secara tetiba mcm ada suara brbisik,yg mnyuruh bukak lengan baju belah kanan..sya terus bukak baju d lengan,rupa nyer simpai 9 yg sya pakai itu seakan bergerak...dan ia seakan mngerakkan smngat Sya utk bangkit melawan..."
Sya tetba jadi berani utk bertindak terhadap langsuir yg ada d depan..Sya juga teringat pd sumpitan,dan pd ketika itu Sya terus menyumpit langsuir tersebut..tpi,rasa nyer tdk kena langsuir anak yg d lps kn,sbb langsuir bergerak lebih pantas...terbang ke udara...mengilai ketawa...dan terus terbang lari,sungguh laju..!!
..wjh langsuir mmg dahsyatt..!! cuma taring tak nampak..kaki nyer mmg tdk jejak ke bumi,berdiri d awang2an...wjh hitam dan badan nyer seakan perang dan coklat...tangan pendek,mcm tangan kanak2 umo 5 tahun...

Rabu, 18 Disember 2019

Di mana kedudukan kita?









Kita disini dari zaman (prehistoric,zaman Neolitik, zaman besi, zaman kesultanan melayu..zaman kolonial)...Disebut sebagai the  Malaysia original people.. sejarah asal kita sdh ujud  beribu tahun lamanya baik di Thailand ada Sakai Cave dan disemenanjung byk juga bukti arkelogi...tapi tiba2 MB Perak dan Kelantan kita kata OA tiada tanah adat.

Dimanakah silapnya adakah kita kurang Subject Sejarah  !!!