Jumaat, 23 Ogos 2019

Orang Asli/Asal dan Merdeka

Sempena Hari Kebangsaan ini kita seharus menghormati hari kebangsaan tetapi kita juga perlu apa yang nenek moyang kita dulu takuti.

Teringat dgn tugasan pertama Tok Pangku Hamid  menjelang Hari Kemerdekaan dahulu yg dilantik sebagai Senator OA yg pertama adalah memujuk suku OA supaya menerima dan memahami erti hari Kemerdekaan pd 31 0gos 1957 untuk mengelak persepsi kebanyakan OA akan dipinggir hilang hak dibumi mereka ini.

Ketakutan OA sememangnya ada asas dari dulu lagi dan telah nyata berlaku sekarang mereka akan dinafikan dan hilang hak terhadap tanah adat mereka...ditambah lagi oleh kenyataan PM Mahadhir Mohammad (1970) 'Orang asli tiada pernah dikenali dan diiktitaf oleh masyarakat luar kerana mereka tidak pernah membentuk kerajaan dan Aborigine state sebaliknya hanya bangsa Melayu layak pernah membentuk kerajaan dan sememangnya mereka berhak claim sbg orang asal peribumi di Semenanjung ini.

Mimpi ngeri nenek moyang OA sebelum hari kemerdekaan adalah satu kenyataan.
By




Credit:fb yus yus

Ahad, 11 Ogos 2019

Kehebatan ilmu Batin Suku Negrito

Perkongsian dari Fb yus yus
Ilmu kebatinan Negrito (blackist colured drawf) Ha-la = Ha-li memang dikenali semasa zaman Dinasty Tang / Dinasty Liang cerita rakyat Cina dgn kehebatan ilmu kebatinan hamba Negrito bernama Kunlun-Nu dan Mo-le...cerita rakyat ini  masih dalam pencarian Beliau (Beliau akan update kisah selanjutnya)
Manakala saudara Sanjanabili pula, ada perkongsian cerita dari nenek MOYANG beliau(suku mahmeri)
Menarik cerita nenek moyang Orang asli ke negara China puluhan ribu tahun ada nenek moyang Orang asli cerita begini Orang asli naik kapal sakti nk ke negara China, sap fo kong berkata kepada Orang asli jika ke negara China kena tutup mata 7Hari 7mlm pantang buka mata dalam masa tu dn Orang asli tadi blm lagi sampai kenegara china sudah buka mata kerana banyak dugaan dlm pejam mata kapal mereka naiki langar balak, bukit gunung gaming Dn sebagainya,akhirnya kerana buka mata sumpahan sam poo kong tadi oa tersadai Tk sampai tempat yng dituju tadi.... Cerita ni diceritakan nihang tok batin atau arwah tok batin turun temurun puluhan ribu lampau .. Cuma sedikit sahaja dapat sekerat tak seberapa, mungkin suku mahmere lain Orang lama boleh, mungkin boleh cerita lebih lengkap dari saya... Ini info sejarah dahulu Kala... Zaman nenek moyang kita zaman dahulu

Sabtu, 10 Ogos 2019

UNDRIP PBB sempena Hari Orang Asal seDUNIA

Selamat Hari Orang Asal (Asli) Sedunia.

Makna sebalik Hari Orang Asal

Semalam 9 Ogos adalah hari Orang Asal Sedunia, 9 Ogos di ambil kerana pada hari tersebut badan dunia (PBB) telah mengiktiraf bahawa Orang Asal/Asli ada hak keatas tanah dan tradisi adat melalui iaitu Deklarasi Hak Orang Asal Sedunia (UNDRIP)

UNDRIP mengandungi 48 artikel, di mana isi kandungan nya berkaitan hak asasi Orang Asli terhadap tanah adat dan sumbernya.

Apa yang penting dalam UNDRIP adalah, Izin-MABT.

Izin, membawa maksud keizinan berasaskan Maklumat Awal Bebas dan Telus.

Manakala

M dan A yang membawa maksud

Maklumat Awal.

Orang Asal/Orang Asli diberitahu awal sebelum sebarang projek, undang-undang, polisi dirancang. Ini juga Orang Asli memainkan peranan penting dan terlibat sama dalam proses perancangan tersebut dimana maklumat pihak Orang Asli diambil kira sebelum sebarang keputusan perancangan dibuat.

B, adalah bebas bermaksud Orang Asli bersetuju tanpa paksaan, bebas rahsuah, atau ancaman.

Iaitu Orang Asli harus bebas membuat pilihan sendiri tanpa tekanan.

Rabu, 7 Ogos 2019

Amanat Perdana Menteri Pertama

Perdana Menteri Pertama telah berjanji bahawa Orang Asli boleh menjalankan cara hidup mereka dengan bebas, utk memburu dan bercucuk tanam di dalam hutan, tapi sekarang banyak hutan telah di gondol oleh Pembalakan.


Kedai kraf Orang Asli









Jika berminat hasil kraf orang asli, boleh berhubung dengan fb izwan wan atau hubungi nombor telefon yang tertera di baju kedai kraft orang asli kg Wah-Wah, Pekan Pahang.
#senikraft
#orangasli
#pekan
#pahang
#izwanwan

Nilai Sejarah Orang Asli

Residen Inggeris negeri Pahang bernama Hugh Clifford telah menulis buku berkaitan dgn nilai sejarah OA seperti “The furher side of silence” dan “The fight of The Junggle Folk”  yang mengisahkan..

1) Te-U seorang gadis Orang Asli yg bertunang dgn kekasih nya Laish dan biburu oleh kumpalan Tuk Pangku muda dan tok Setia untuk dipersmbahkan kpd Sultan. Mereka akhirnya ditawan dan Laish melawan mempertahankan kekasihnya dan mati di hujung tombak  dgn cara yg mulia didepan kekasihnya. Apa yg menarik Tok Pangku Muda yg mengetuai kumpulan itu adalah keturunan orng asli juga.

2) Mengisahkan juga Kria pemuda melayu tlh berkahwin dgn gadis OA Pi-Noi yg sgt jelita kerana rindunya kpd  suku dan kampong ia telah beberapa kali meningalkan suaminya secara sembunyi utk balik ke Kg…dimana suaminya sgt cemburu telah membunuh seorang jejaka OA disangkakan kekasih isterinya rupa2nya adalah abang kandung Pi-Noi sendiri.

3) Mengisahkan juga..Pa Ah Gap seorang jejaka OA mempunyai kebatinan yg handal tlh mensihirkan seorang gadis asli yg diminati sehingga suatu hari..perempuan yg disihirkannya tlh dibangun kan oleh dukun OA sehingga membawanya kembali dan ditangkap dan disiksa dan tdk lama drpd itu perempuan itu meningal dunia.

4) Walaupun Pa Ah Gap seorang yg biadap dan ganas tetapi ia juga seorang hero OA yg telah membunuh beberapa penceroboh puak melayu pd masa itu….kejadian cerita ni berkisar dia di sakai country  sgTelom Pahang semasa perang sangkil.

Versi Orang Asli
..bunyi crita nyer seakan2 kisah " abang nibung " semasa kesultanan Melaka...beza nyer cuma,kakak kpd nibung d tangkap olh pembesar sultan...org melayu pnggil ( hang Tuah )..OA pnggil ( abg nibung )
..dlm wayat OA,hang tuah tdk wujud..yg wujud adlh abg nibung..hang tuah hanya dongengan melayu sja,utk menutup kekejaman Sultan Melaka terhadap bangsa OA...itu sbb keturunan sultan tdk ada d Melaka,semua nyer habis d bunuh olh abg nibung dgn mengunakn sejnis senjata ( d pnggil tumbuk lada,seakan2 bentuk keris sedikit,cuma sebesar daun padi dan panjang nyer sejengkal) senjata ini d kata kn pemberian tuan puteri gunung ledang dan mempunyai kesaktian...dlm wayat yg d ceritakan,anak raja yg masih dlm buaian pon habis d bunuh olh abg nibung...Smpai hari ini tdk dpt d kesan keturunan sultan Melaka...



Khamis, 1 Ogos 2019

Hak orang asli/asal terhadap TANAH

Orang Asli Sekadar Penyewa Di Tanah Sendiri

Berita Harian, 26 Oct 2016

Kita kena akui hakikat bahawa masih sukar bagi masyarakat Orang Asli mendapatkan hak milik tanah. Misalnya, pada Mac lalu, hasrat masyarakat Orang Asli (terdiri daripada 147 pekebun kecil) mendapatkan hak milik tanah seluas 124 hektar di satu kawasan tidak jauh dari Teluk Intan tidak kesampaian. Walaupun mereka sudah usahakan (mengerjakan) tanah yang mereka duduki selama lebih 30 tahun, belum ada tanda-tanda menunjukkan permohonan mereka akan diluluskan kerajaan Perak.

Menurut ketua masyarakat mereka, Apung Bah Ai, Tok Batin Kampung Baru Pahlawan: “Kami sangat berharap permohonan mendapatkan hak milik tanah itu dapat segera diselesaikan kerana sudah terlalu lama kami menunggu”.

Chuah Nago, berkata: “Apabila kami tanya Pejabat Daerah dan Tanah, mereka tuding jari kepada Jabatan Ukur. Apabila kami pergi ke Jabatan Ukur, mereka minta rujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang hingga sekarang masih tiada keputusan muktamad”.  Terbaru, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru, mengingatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan mengenai ‘kewajipan’ mereka melindungi hak tanah Orang Asli. “Adalah tidak patut bagi Kerajaan Persekutuan melepaskan tanggungjawabnya dengan mengatakan bahawa ia tidak mempunyai kuasa berperlembagaan terhadap perkara berkaitan dengan tanah di Semenanjung,” katanya.

Ini susulan peristiwa sekatan didirikan sekumpulan Orang Asli Temiar yang membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Balah, berhampiran Gua Musang. Menurut masyarakat Orang Asli di situ, pembalak menceroboh tanah adat Temiar. Sekatan mereka kemudian dirobohkan syarikat balak. Satu laporan polis kemudian dibuat wakil pihak Orang Asli, mendakwa pembalak ‘melakukan ugutan jenayah’ terhadap mereka.

Khabarnya, kerajaan Kelantan menegaskan, ‘pembalakan adalah pendapatan utama negeri’ dan kerajaan berhak mengeluarkan lesen pembalakan bagi mana-mana kawasan, termasuk kawasan ‘yang bertindih dengan tanah adat Orang Asli.’

Pada peringkat antarabangsa, hak Orang Asli mengenai tanah diiktiraf satu deklarasi
(UNDRIP), dan dua Konvensyen ILO, Nombor 169 dan 107. Walaupun UNDRIP tidak mempunyai kuasa undang-undang mengikat, prinsip di dalamnya mencerminkan kedudukan undang-undang adat antarabangsa dan oleh itu hendaklah dipatuhi semua negara.

Dalam kes Sagong bin Tasi &
Ors v kerajaan Selangor [2002] 2 AMR 2028, isu yang perlu diputuskan Mahkamah Tinggi Selangor pada 2002 adalah hak masyarakat Orang Asli Temuan (plaintif) ke atas tanah yang mereka duduki sekian lama (di Kampung Bukit Tampoi, Selangor), yang diambil oleh kerajaan bagi membina jalan raya menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan (pada 12 April 2002), berdasarkan prinsip undang-undang kes Adong, plaintif hendaklah diberi pampasan kerana mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas tanah berkenaan. Kerajaan Selangor asalnya enggan menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan merayu ke Mahkamah Rayuan. Apabila rayuan ditolak (pada 19 September 2005), kerajaan Selangor merayu sekali lagi ke Mahkamah Persekutuan.
Pada hari rayuan didengar Mahkamah Persekutuan, kerajaan Selangor (pada masa itu di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim) menarik balik rayuan dan kes itu diselesaikan pada 26 Mei 2010, dengan kerajaan negeri setuju membayar pampasan RM6.5 juta.

Tidak menikmati hak

Kita difahamkan, pada 2000, jumlah Orang Asli hanya sekitar 150,000 dan kini sekitar 170,000 orang, iaitu tidak lebih 0.6 peratus warganegara Malaysia. Mereka diklasifikasi sebagai Bumiputera tetapi selama ini tidak menikmati hak memiliki tanah seperti kaum Bumiputera lain. Hanya 12 peratus daripada 869 kawasan penempatan Orang Asli diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli pada masa ini.

Mana-mana kawasan penempatan yang tidak (belum) diwartakan sentiasa dalam bahaya, kerana kerajaan negeri boleh beri lesen pembalakan di situ, menjadikannya satu perkampungan baharu atau memberi milik kawasan itu untuk maksud pembangunan atau pertanian.

Akta Orang Asli 1954, satu undang-undang pramerdeka, mempunyai objektif khusus dan sempit, antaranya melindungi masyarakat ini daripada dipengaruhi pengganas komunis. Akta ini buat anggapan (yang kini dipersoalkan) bahawa masyarakat Orang Asli ‘tidak mampu mentadbir diri dan memerlukan perlindungan pihak berkuasa untuk memelihara kepentingan dan kebajikan mereka’.

Mengenai hak Orang Asli pada tanah, ada pihak menyifatkan status mereka tidak lebih daripada tenant at will (penyewa yang boleh diusir pada bila-bila masa). Di bawah sistem Torrens negara ini (yang diamalkan sejak 1890-an), hak milik seorang itu pada tanah hanya wujud dan tidak boleh disangkal selepas namanya didaftarkan dalam surat cara hak milik tanah.

Dalam bahasa pasar, boleh kita simpulkan bahawa sistem Torrens dinikmati semua orang, kecuali masyarakat Orang Asli. Memandangkan zaman sudah berubah, dan pascamerdeka, Perkara 8 Perlembagaan menjamin hak kesamarataan, diskriminasi yang diwujudkan oleh akta 1954 ini tidak sewajarnya berterusan. Dengan lain perkataan, Akta Orang Asli 1954 boleh disifatkan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.

Pada 2016, tiga undang-undang hartanah utama kita sudah dipinda dan ditambah baik, iaitu Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Hakmilik Strata 1985. Dua undang-undang hartanah lain, iaitu tanah rizab Melayu dan Orang Asli, semacam terlepas pandang atau dipinggirkan. Kenapa?

 ===============================

Saya post sebab tulisan di gambar itu tak jelas. Jadi untuk memudahkan rakan baca artikel tu, jadi saya post