Selasa, 22 Januari 2019


Tanggungjawab kerajaan persekutuan terhadap Kebajikan Orang Asli

ORANG ASLI

Menarik minat ambo untuk memperkatakan apa yang didakwa oleh Nik Amar bahawa tiada tanah dalam Kelantan milik orang asli kecuali yang diberi oleh kerajaan. Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

KES KERAJAAN PUSAT SAMAN KERAJAAN NEGERI

1. Tidak dapat tidak apa pun alasan yang dikemukakan kita tidak boleh memadam sejarah yang orang asli itu sendiri kaumnya wujud lebih lama dari kita semua. Perkataan orang asli itu sendiri membuktikan keadaannya.

2. Orang asli mempunyai hak sama rata di sudut undang-undang. Kedudukan istimewa masyarakat Orang Asli diiktiraf Mahkamah Tinggi, malah termaktub di bawah Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat pribumi ini di mana kebajikan Orang Asli terletak di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan persekutuan berbeza daripada kerajaan negeri (Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan No 16 Perlembagaan Persekutuan),”

Secara jelas menunjukan Kerajaan Persekutuan adalah entiti yang bertanggungjawab kepada kehidupan dan kebajikan orang asli.

3. Orang asli mempunyai ADATNYA tersendiri yang tidak terpadam sejarahnya dalam apa jua penafsiran yang ada. Hak adat yang dinikmati Orang Asli sebagai penduduk pertama di Semenanjung Malaysia terus wujud dan tidak boleh dipadamkan dengan mendakwa ia menjadi tanah negeri, penciptaan tanah rizab atau dalam hal ini, pemberian pajakan atau lesen kepada pihak ketiga atas alasan tanah berkenaan dimiliki kerajaan negeri.



Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kesamarataan dan menurut sub-perkara (5) (c) menyatakan perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang Asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi Orang Asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam.

Terbukti jelas ianya ada local standi bagi kerjaan peesekutuan mewakili orang asli menuntut haknya berasaskan undang-undang dan memperjelaskan kepada umum bagaimana sebenarnya peranan kerajaan sebagai pihak yang menyaman kerajaan negeri Kelantan bagi pihak orang asli.

Kerajaan Persekutuan menggunakan tanggungjawabnya dalam hal ini.

4. Melalui tindakan mahkamah, mahkamah akan menafsirkan berdasarkan undang-undang yang sedia ada bagi memastikan kewujudan ADAT bagi orang asli itu adalah satu fasa yang sah kewujudannya di sudut pandang undang-undang sah atau tidak.

Berdasarkan penafsiran sepihak,iaitu pihak kerajaan pusat berpandangan hak adat itu sendiri adalah suatu bentuk undang-undang tidak bertulis dan adalah tidak munasabah untuk menganggap bahawa adat tidak mempunyai kuasa undang-undang semata-mata kerana ia tidak termaktub dalam undang-undang kerajaan negeri.

“Walaupun tidak termaktub, ia tidak bermakna hak adat Orang Asli tidak wujud sama sekali,”

Akhir sekali, yang menyaman dan yang kena saman berhak mengemukakan penghujahan di mahkamah atas keupayaan dan kepakaran masing-masing.

Mahkamah adalah tempat dimana keputusan pertikaian penafsiran  undang-undang diputuskan. Jadinya tidak timbul soal politik atau soal meremehkan tindakan yang telah diambil oleh mana-mana pihak walaupun  penafsiran pihaknya bukan satu undang-undang yang diputuskan sebagai sah dan patut menjadi rujukan.



Nyamuk Menggigit
20 Januari 2019

Rabu, 16 Januari 2019

Al-kisah Orang Asli

Hubungan Melayu Dengan Orang Asli

1. Melayu dan Orang Asli merupakan dua kumpulan etnik yang sama-sama berstatus Bumiputera di semenanjung Tanah Melayu. Situasinya sama sahaja seperti kaum Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu), Melayu Sarawak dan Melanau yang sama-sama berstatus Bumiputera di Negeri Sarawak. Atau seperti kaum Kadazan-Dusun, Murut, Sama-Bajau dan etnik-etnik pribumi lain yang sama-sama berstatus Bumiputera di Sabah.

2. Hubungan antara Melayu dengan Orang Asli di semenanjung Tanah Melayu sebenarnya bukanlah satu perkara yang asing kerana mereka telah saling berhubung dan bercampur sejak sekian lama. Jadi isu mengenai siapa yang lebih pribumi tidak langsung ada keperluan untuk ditimbulkan. Sebagaimana persoalan etnik manakah yang lebih pribumi di Negeri Sabah atau Sarawak yang langsung tidak relevan untuk dibangkitkan kerana kesemuanya sama-sama berstatus Bumiputera.

3. Definisi Orang  Asli diperuntukkan di bawah Seksyen  3, Akta  Orang  Asli  1954 (Akta  134) Semakan  1974. Menurut Abdul  Ghafar  (2014), istilah ‘Orang  Asli’ berasal dari perkataan ‘Orang’ dan ‘Asli’ (dari  Bahasa  Arab  ‘Asali’) yang  bermakna ‘original’, ‘well-born’ atau ‘aristocratic’.  Ia menggantikan istilah  ‘aborigines’  yang  telah digunakan oleh penjajah British pada tahun 1955.

4. Jadi istilah ‘Orang Asli’ sebenarnya hanya diperkenalkan oleh Kerajaan pada sekitar tahun 1960-an. Jadi apakah nama panggilan yang digunakan untuk merujuk masyarakat ‘Orang Asli’ pada masa dahulu?

5. Istilah lama yang diketahui digunakan untuk merujuk masyarakat Orang Asli pada zaman silam ialah ‘Sakai’. Tetapi nama tersebut pada asalnya tidak membawa maksud yang negatif kerana menurut Couillard, istilah 'Sakai' berasal dari perkataan dalam bahasa Sanskrit iaitu ‘sakhi’, yang bermaksud ‘friend’, ‘companion’, atau ‘comrade’. Menurut Leary (2007), antara istilah lama lain yang digunakan untuk merujuk masyarakat Orang Asli ialah ‘Orang Bukit’ dan ‘Orang Darat’.

6. Antara bukti contoh penggunaan nama ‘Sakai’ pada masa dahulu adalah di dalam Undang-undang  Melaka yang menggunakan nama Sakai Bala Tentera Melaka, Sya'ir Perang Johor yang secara jelas menyebut peranan 'Sakai' (merujuk kepada Orang Laut) dalam mempertahankan kerajaan Johor lama terhadap musuh-musuhnya, serta dalam Misa Melayu, yang membuat sebilangan rujukan kepada 'sakai', yang boleh ditafsirkan sebagai Orang Asli.

7. Namun begitu, ‘Orang Asli’ sebenarnya bukanlah satu kaum tunggal yang homogenous kerana ia sebenarnya merupakan satu istilah umum yang digunakan untuk merujuk kepada hampir 18 suku kaum pribumi di semenanjung Tanah Melayu yang berlainan bahasa, budaya dan kawasan tempat tinggal. 18 kaum ini dikelaskan kepada tiga (3) kumpulan utama iaitu Semang (kadang kala disebut sebagai Negrito), Senoi, dan Melayu Asli (kadangkala disebut sebagai Proto-Malay atau Aborigine Malay). Menurut Abdul  Ghafar  (2014), setiap  kumpulan  tersebut  tidak  memahami  bahasa  etnik  atau  sub-group  yang  lain.  Justeru,  bahasa  komunikasi  yang  digunakan  oleh  mereka  ialah  Bahasa  Melayu.

8. Kaum Semang dan Senoi dikategorikan sebagai Austro-Asiatik kerana bahasa ‘Aslian’ mereka mempunyai pengaruh bahasa Mon-Khmer, mencadangkan kaitan mereka dari segi sejarah dengan kaum-kaum yang berasal dari wilayah Indo-China. Pribumi yang mirip dengan kaum Semang juga wujud di wilayah selatan Thai, pulau Andaman, dan kaum Aeta di Filipina.

9. Manakala kaum Melayu Asli pula dikategorikan sebagai Austronesia sama seperti kaum Melayu. Sebagaimana orang Melayu yang wujud di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, kaum-kaum Melayu Asli juga turut boleh dijumpai di Sumatera. Di Indonesia, suku-suku Melayu Asli yang boleh dijumpai di kepulauan Riau dan Sumatera dirujuk sebagai ‘suku terasing’ (Rujuk Andaya, 2008).

10. Menurut Leary (2007), Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada sekitar tahun 1512 higgga 1515 merupakan catatan Eropah pertama yang ada menulis mengenai Orang Laut, yang juga dikenali sebagai Orang Selitar (Celates), salah satu subetnik Melayu Asli. Orang Laut diketahui merupakan pengikut setia Sultan Kerajaan Johor lama.

11. Menurut Andaya, penghijrahan Parameswara ke semenanjung telah disusuli dengan perkahwinan dengan Permaisuri Bentan serta anak perempuan kepada Ketua Orang Laut / Orang Asli, lalu mewujudkan hubungan persaudaraan antara keduanya untuk menyokong kuasa baginda.

12. Menurut Wilkinson (1959), asimilasi masyarakat Orang Asli sebagai Melayu (bercakap bahasa Melayu, menerima budaya Melayu, dan diterima sebagai sama dengan masyarakat Melayu) telah berlaku sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan mereka digelar sebagai ‘Biduanda’.

13. Manakala menurut Masron et al (2013), pada zaman dahulu, Sultan dan Raja-raja Melayu turut melantik ketua-ketua kaum Senoi untuk mentadbir wilayah hulu. Pelbagai gelaran turut dikurniakan kepada mereka seperti Tok Maharaja, Tok Singa Merban, Tok Singa Merjan, Tok Sang Lela Pujangga, Tok Lela Perkasa dan sebagainya.

14. Tetapi teks terawal yang ada menceritakan hubungan awal penduduk Orang Asli ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat tersebut menceritakan kehadiran seorang putera, Raja Kelana Hitam, yang berusaha menjadi penguasa di Kedah yang masih tidak beraja. Justeru itu, baginda telah meminta Penghulu atau pemimpin Bangsa Semang, Wila, Orang Bukit, dan Sakai bertemu di majlis untuk membantu baginda mencari kawasan terbaik untuk didiami. Mereka melaksanakan tugas ini, dan kemudian turut berkhidmat dengan setia.

15. Orang Melayu pada masa dahulu menamakan kaum Semang mengikut kawasan penempatan mereka seperti Semang Paya, Semang Bukit, Semang Bakau, dan Semang Bila. Menurut Anderson (1965), kaum Semang Bila merupakan orang-orang yang telah meninggalkan gaya hidup Orang Asli mereka dan sering mengadakan perhubungan dengan orang Melayu lalu lebih cepat terasimilasi.

16. Begitu juga panggilan terhadap kaum Semai. Ada Mai Chenan (dari gunung), Mai Kuui Teio ('di kepala air', iaitu di atas sungai), dan Mai Bareh ('dari tanah rendah'). Disebabkan lokasi masyarakat Mai Bareh, mereka lebih mudah terasimilasi berbanding yang lain.

17. Manakala Wilkinson memetik contoh Besisi (Orang Melayu Asli) di Selangor dan Negri Sembilan yang tinggal di rumah Melayu dan meniru cara hidup Melayu. Selain bahasa, mereka tidak dapat dibezakan dari jiran Melayu mereka dan terasimilasi melalui perkahwinan dan pemelukan kepada agama Islam.

18. Menurut Toshihiro (2009), selepas British menguasai semenanjung Tanah Melayu, penjajah British memperkenalkan kategori yang membezakan antara penganut Islam dan bukan Islam. Penjajah British mengkategorikan Melayu yang beragama Islam sebagai ‘native’ manakala Orang Asli, termasuklah kaum-kaum Melayu Asli, yang umumnya belum Islam, sebagai ‘aborigines’.