Ahad, 12 Februari 2023

sewang Jahut

Sewang Sewang ialah upacara perubatan yang dilakukan dalam masyarakat Jahut . Pada masa dahulu sewang dipanggil miksoi yang bermaksud berubat orang sakit yang menggunakan jampi dan bacaan tertentu. sewang terdiri daripada dua jenis, iaitu sewang terang dan sewang gelap. Kedua-dua sewang ini digunakan untuk perubatan dan mencari semangat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua Sewang Terang Sewang ini bertujuan untuk mengubati sakit-sakit biasa seperti demam, sakit badan dan lain-lain lagi. Upacara ini diketuai oleh seorang bomoh dan terdapat beberapa pengikut yang menari dan menghentak buluh. Setiap gerak tarian mempunyai maksud yang tertentu. Sewang terang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam dengan memasang lampu atau pelita. Sewang Gelap Sewang gelap hanya dilakukan pada waktu malam tanpa sebarang cahaya. Bomoh mengetuai upacara sewang dan pengikut-pengikutnya akan menghentak buluh. Sewang ini hanya dilakukan untuk mengubati sakit teruk. Upacara sewang hanya boleh dilakukan apabila ada orang sakit dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Hal ini disebabkan dalam upacara sewang bomoh akan berinteraksi dengan jin untuk mengubati pesakit supaya sembuh. Bomoh sebagai pengantara atau dalam bahasa Jahut disebut pengening. Semasa berubat bomoh akan menjadi sebahagian daripada jin dan sebahagian manusia. Jin akan duduk di belakang bomoh. Terdapat banyak lagu sewang dalam masyarakat Jahut antaranya termasuklah Lompat Noh, Hulubalang, Amboi-Amboi, Barau, Bertam, Palas dan lain-lain lagi. lirik lagu sewang ini menggunakan campuran bahasa Jahut dan bahasa Melayu. Pada masa kini upacara sewang sudah tidak dilakukan lagi kerana masyarakat Jahut telah menggunakan perkhidmatan moden di hospital dan klinik.

Orang Darat

Tahukah anda Zaman dahulu di Semenanjung terutama di Perak tiada perkataan "Orang Asli" jadi panggilan orang Asli untuk orang melayu di sana memanggil mereka dengan panggilan "Mai Darat" bererti lebih kurang bermaksud "Orang yang mendiami tempat berbukit" (tempat tinggi) dan orang melayu mereka panggil orang "Baroh" kerana perkampungan orang Melayu selalu di kawasan rendah. Panggilan Mai Darat merangkumi semua orang asli termasuklah orang Semai Temiar Kensiu Kintak Lanoh Jahai dan lain lain.