Isnin, 12 April 2021

Adat bersiram Dato Jenang

Balai yang dibina oleh Orang Asli bagi menyempurnakan istiadat bersiram Dato' Jenang. Binaan yang ringkas tetapi penuh dengan falsafah Adat Benar. Dato' Jenang asalnya adalah salah seorang daripada barisan dato adat bagi Adat Benar. Telah berlaku pertelingkahan antara beliau dengan barisan dato-dato adat di 'dalam', maka keluarlah Dato' Jenang dari rimba tanpa arah tujuan. Apabila Dato' Undang ternampak Dato' Jenang mundar mandir, lalu ditanya kenapa beliau tidak pulang ke rimba? Lalu dicerita oleh Dato' Jenang hal yang berlaku. Memandangkan Dato' Undang Johol pada ketika itu adalah perempuan dan menjadi kesukaran baginya untuk berhubung dengan abangnya Dato' Batin di rimba berkaitan hal adat, maka dilantiknya Dato' Jenang sebagai pembantu. Peristiwa yang berlaku hampir 300 tahun dahulu merupakan titik tolak kewujudan jawatan Dato' Jenang dalam struktur pentadbiran Adat Perpatih luak Johol. Sejak itu, jawatan Dato' Jenang telah dijumudkan dalam Adat Benar. Istiadat bersiram ini disempurnakan oleh Dato' Batin Luak Johol, Alam bin Suhut sebagai simbolik penurunan kuasa dari empunya gelaran.....bunga 7 jenis dari air perigi pahlawan terbilang yang ditapa dalam tempayan selama 2 hari.....