Khamis, 8 Julai 2021

lagenda suku Jahut

Cerita ini merupakan cerita rakyat masyarakat suku kaum Jah Hut seakan sama dengan cerita dengan cerita Legenda suku kaum Semai mengenai cerita Kesultanan Perak dynasty dahulu iaitu mengahwini Puteri Buluh Betong (Orang Asli).Cerita lagenda ini merupakan satu simbolik digambarkan antara hubungan Jah Hut dengan orang melayu melalui hubungan perkahwinan pada masa dahulu. Mengikut cerita putera Raja Aceh ingin memperisterikan puteri buluh betong dan meminta kebenaran dari restu dariTok Batin Jah Hut Jesteru itu Tok Batin pun memberitahu bahawa niat putera itu bukan piliihan yang tepat untuk mempersetujui kerana mereka Jah Hut adalah "Orang Darat" dan perbezaan antara budaya. Putera Raja Aceh masih berdegil juga ingin memperisterikan puteri buluh betong dan Tok Batin memberi satu syarat iaitu dengan syarat putera Aceh sanggup makan minum bersama mereka dengan mengunakan peralatan cengkerang kura- kura sebagai pinggan dan bekas minuman. Putera Raja Aceh sanggup menyahut cabaran itu dan sanggup memenuhi syarat tersebut. Akhirnya putera Aceh mendapat restu dari Tok Batin Jah Hut dan mengahwini Puteri Buluh Betong. Catatan ini ditulis oleh dari tesis Baharon 1964 mengenai cerita lagenda masyarakat suku kaum Jah Hut mengenai hubungan awal dengan masyarakat melayu sebelum hubungan dengan pengaruh dari budaya Pagaruyung. Gullick menyebut pengaruh dari kedua ini menyebabkan perubahan budaya suku kaum Jah Hut seperti budaya berarak untuk bersunat dikalangan masyarat Jah Hut masih diamalkan sehinga sekarang ini. Jika cerita rakyat ini tak betul seperti diatas diharap tolong perbetulkan.-YUS YUS “Setahu saya cerita diatas bukan kawin dengan puteri buluh Betong, tapi kawin dengan anak batin perempuan ,Selepas perang mengkarak, lokasinya area terengging”-yus jahut

Tiada ulasan: