Isnin, 31 Disember 2018

Jahut dan Tanah Adat

https://www.roketkini.com/2016/12/17/tanah-adat-orang-asli-jahut-heret-kerajaan-pahang-masuk-mahkamah/

Sejarah penduduk Orang Asli puchong(Ayer Hitam)

Penduduk Asli puchong (orang asli ayer hitam)


Rujukan:
Pagan races of the Malay Peninsula, vol.1 
Skeat, Walter William
London, New York, Macmillan, 1906

-Admin PRP 💋




Khamis, 27 Disember 2018

Suku Temuan

KAUM TEMUAN 

~ Kaum Temuan (Temuan: Uwang/Eang Temuan) ialah suku kaum yang mendiami di kawasan yang merangkumi negeri-negeri seperti Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan di Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan Temuan antara kaum Orang Asli paling tersebar dan paling besar jumlahnya iaitu seramai 30,000 orang. Mereka tergolong dalam kategori "Proto-Melayu" yang merupakan sebahagian daripada Orang Asli Semenanjung. 

== SEJARAH ==
Mengikut kepercayaan orang Temuan, semua kaum Temuan ini adalah dari dua orang yang terselamat dari bencana banjir yang telah meragut nyawa kaum mereka kerana telah memurkai para dewa (celau dalam bahasa Temuan). Antara dua yang terselamat itu ialah Mamak Bungsuk dan Inak Bungsuk, mereka telah melarikan diri ke Gunung Gajak (Gunung Rajah, Pahang) dan berjaya menenangkan celau tersebut dengan menggunakan mantera. Sehingga kini, Gunung Gajak ialah tempat suci bagi kaum Temuan kerana disitulah dikatakan tempat mereka berasal. 

Orang Temuan walaupun berbahasa Austronesia tetapi dari segi genetik lebih ke arah Austroasiatik/Mon-Khmer. Ini menunjukkan terdapat perkahwinan campur antara orang Senoi dan orang Malayik yang lalu melahirkan kaum Temuan seperti yang kita kenal pada hari ini.

== ADAT BUDAYA DAN AGAMA ==
Secara adat dan kebudayaan, orang Temuan mengamalkan sifat matrilineal iaitu harta akan diwariskan ke sebelah ibu dan berpegang teguh kepada adat. Terdapat 7 struktur hierarki dalam adat Temuan dan setiap hierarki itu ada tugas masing-masing, ia bermula dari Tok Batin (ketua), Mangku (pembantu Tok Batin), Jenang (ketua adat), Metenyik (penasihat Batin), Jekerah (Mengurus hal Enekbuah), Panglimak (Pembantu Jekerah), Bidan/Bomoh/Dukun dan Enekbuah (orang biasa). 

Setiap tahun, orang Temuan akan mengadakan perayaan "Aik Gayak Muyang" (Hari Raya Moyang) sebagai tanda terima kasih pada Tuhan, memperingati nenek moyang mereka serta untuk mendapat tuah bagi tahun akan datang. Walaupun majoriti orang Temuan sudahpun ikut agama lain seperti Islam, Kristian dan Buddha, namun perayaan ini masih lagi disambut atas dasar kebudayaan serta untuk merapatkan silaturrahim dengan saudara mara serta rakan-rakan.

== BAHASA == 
Bahasa Temuan (Bahasak Temuan) ialah bahasa asli bagi kaum Temuan. Ia adalah antara beberapa bahasa Orang Asli yang tidak tergolong dalam keluarga bahasa Mon-Khmer, sebaliknya ia adalah sebuah bahasa Malayo-Polinesia yang sangat rapat dengan bahasa Melayu. Walaupun pada umumnya bahasa Temuan ini tidak jauh dengan bahasa Melayu, tetapi bahasa Temuan mempunyai ciri fonologi dan kosakata yang unik dan beberapa kosakata tersebut adalah dari bahasa-bahasa Aslian. Bahasa Temuan mempunyai dua dialek utama iaitu Mantra dan Belandas. Dialek Belandas ini boleh dikatakan dialek standard bagi Temuan kerana ia selalu digunakan di dalam lagu-lagu bahasa Temuan.



Ahad, 23 Disember 2018

Pameran seni ukiran dan kraf tangan jahut

22/12/2018-23/12/2018. Hisham Boos (pengukir patung) dari Kg OA Paya Rekoh Kuala Krau sertai pameran di Kome Art Fest di Suka A pop-up Art Space di Mentakab selama 2 hari bermula jam 9:00 pagi - 6:00 ptg.




Anyaman Gila

Hisham menunjukkan 2 jenis kraf, mengikut sebutan Jahut kraf ini bernama Epuk, jenis 'Anyaman Gila'.

Epuk ini juga tidak kurang hebatnya kerana mengikut cerita yang kongsikan oleh Hisham, Epuk Anyaman jenis ini tidak ramai yang berani membuatnya kerana jika tersalah buat tukang atau pembuat tersebut akan menjadi gila!


Sabtu, 22 Disember 2018

Patung jah sumbang(patung orang sumbang )-Ukiran suku jah hut

Salah satu karya yang dihasilkan oleh saudara Hisham adalah patung Jah Sumbang (orang sumbang) 

Secara ringkasnya  patung ini berkaitan lagenda nenek moyang Orang Asli suku Jahut dahulu kala, di mana dua beradik telah mengakui sebagai suami isteri tidak lama selepas itu mereka telah menjadi ular separuh manusia, sejarah tersebut bermula di Lata Kasah dan yang terakhir mereka telah di hantar keluarga ke Kuala Sg Seboi dekat Kuala Krau.

Nota: patung ini belum siap sepenuhnya ia masih dalam proses pengukiran lagi.



Sabtu, 15 Disember 2018

Tok Batin Ali dilantik penuh beradat

Menjengah majlis pelantikan Tok Batin secara beradat kaum Temuan di Kampung Orang Asli Kolam Air Mukim Pantai dekat sini, pastinya sesuatu yang cukup unik dan istimewa.

Ini kerana, pelakuan adat itu sudah lama tidak dipertontonkan secara umum dan menjadi rakaman bersejarah kepada masyarakat Orang Asli, begitu juga bagi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri ini.

Malahan inilah kali pertama ia dilangsungkan dengan penuh adat oleh masyakat Orang Asli suku Temuan di negeri ini, lebih-lebih lagi ditampilkan 12 panglima yang menjadi pendukung kepada kekuatan Tok Batin yang baharu dilantik.

Gelaran seperti Pemangku Tok Batin, Panglima Singo, Panglima Helang, Panglina Bebas, Penglima Kencang, Panglima Putih, Panglima Angin, Tok Menteri, Panglima Tuhak, Tok Penghulu Balai, Panglima Hitam dan Tok Jenang akan menjadi ‘orang kanan’ kepada Tok Batin di kampung berkenaan selepas selesai adat pelantikan itu.

Menurut Tok Jenang, Gobak Batin Baba, 52, adat pelantikan itu banyak yang sudah dilupakan dan amat perlu hal itu kembali dipertontonkan supaya generasi pada hari ini tahu bahawa pelantikan Tok Batin yang baharu itu perlu mendapat restu ‘anak buah’, datuk lembaga adat Orang Asli serta perkenan daripada Panglima Sultan iaitu orang berpengaruh dalam majlis berkenaan.

“Ini bukan soal main-main. Dalam pelantikan Tok Batin baharu Kampung Orang Asli Kolam Air ini iaitu Ali Ngokngok, ia hendaklah disepakati oleh ‘anak buah’ lebih-lebih lagi individu itu ada hubungan kepada Tok Batin lama yang telah meninggal hampir empat tahun lalu,” ujarnya di sini baru-baru ini.

Katanya, pelantikan Ali Ngokngok, 50, itu akan hanya sah selepas dimasyhurkan oleh Panglima Sultan, Tahok Buai, 85 yang terlebih dahulu akan melaksanakan majlis penurunan hak dan kuasa keatasnya.

“Majlis itu berlangsung diawalnya dengan perarakan oleh empat wanita yang berjalan sambil menarik dengan busana Orang Asli diiringi oleh paluan ketukan kayu mahang.

“Kemudian ia diikuti oleh 12 panglima tadi di mana, Tok Batin Ali akan berada di tengah-tengah barisan panglima untuk berjalan ke arah tapak pelaksanaan adat yang digelar sebagai ‘Payung dikembangkan, Tombak ditegakkan’.

“Disitulah, Panglima Sultan membaca mentera sebelum meminta Tok Batin Ali berdiri dibawah payung dengan mukanya, kaki dan tangan disapu bedak beras, ditepung tawar dan daun ‘dingin’. Itu akan diikuti oleh semua 12 panglima yang disepakati jawatan masing-masing,” ujarnya.

Selepas itu kata Gobak, Panglima Sultan memashyurkan Tok Batin Ali sebagai Tok Batin Kampung Orang Asli Kolam Air yang baharu dan menasihatkan supaya menjaga ‘anak buah’, ketertiban adat, perihal kampung dan kemajuannya.

Tambah Gobak, pelantikan yang dibuat itu disebabkan kematian Tok Batin sebelumnya dan ia tidak boleh diperturunkan oleh anak, melainkan cucu atau anak buah yang ‘seperut’ (satu kelahiran) dengannya, selain berkemampuan menjadi rujukan dalam soal nikah kahwin, kenduri kampung, kesihatan dan perihal masyarakat.

“Manakala 12 panglima yang dipakaikan gelaran itu akan bertanggungjawab soal menjaga keharmonian kampung terutama dalam mengendalikan program dan majlis keraian, gotong royong, kematian dan sebagainya. Mereka apabila dipanggil oleh Tok Batin hendaklah bersegera hadir melaksanakan kerapatan anak buah,” ujarnya.

Kampung Orang Asli Kolam Air ini dibuka pada tahun 1945, mempunyai 194 penduduk (anak buah), dengan 41 buah rumah, di mana sebahagian besarnya bekerja sendiri (menguruskan ladang dalam kawasan rayau).

Sumber : utusan

Adat perlantikan Tok Batin Negeri Sembilan

Ahad, 21 Oktober 2018

Karnival orang asli 20.10.2018

Hari ini 20.10.2018(sabtu),saya menghadiri karnival berkaitan orang asli,anjuran kerajaan negeri selangor bersama agensi kerajaan yg lain seperti bomba,jakoa dan majlis perbandaran subang Jaya.
Sungguh meriah dan banyak aktiviti menarik,banyak info2 yg dihidangkan untuk pengunjung,selain itu ada pameran dan persembahan kebudayaan orang asli suku temuan dan orang asli suku mahmeri dari pulau Carey,kuala langat.karnival bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang,selain persembahan kebudayaan,di selitkan juga sukan rakyat seperti pertandingan tarik tali dan pertandingan trompah gergasi.

Karnival orang asli @ puchong