Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyatakan penghargaan dan kasih sayang terhadap ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. kebanyakan mereka akan memberi pelbagai peralatan sebagai bekalan malah tidak kurang pula yang menghias cantik keranda sebagai penghormatan untuk perjalanan yang kekal abadi.bagi suku kaum Jah Hut di Pahang,mereka membina penanda kubur berbentuk piramid yang mirip piramid tinggalan puak Mayan dan Aztec di Mexico serta Gua Temala.tidak mustahil sejarah panjang orang asli di negara ini mempunyai hubung kait dengan tamadun Mayan berdasarkan seni reka keranda yang digunakan kedua-dua etnik tersebut.keunikan dan kesamaan reka bentuk tersebut jelas kelihatan pada keranda suku Jah Hut yang menduduki kawasan di sepanjang tebing sungai Pahang di sekitar daerah Jerantut dan Temerloh.
GALANG
keranda yang di gelar Galang ini disusun secara bertingkat,pada kebiasaannya ia menggunakan 16 batang kayu utama,kerja menyiapkan keranda dan penanda kubur tersebut dilakukan selepas hari ketiga kematian.4 batang kayu di bahagian paling atas akan diukir dengan pelbagai motif yang menjadi simbol membezakan mayat lelaki dan perempuan.lazimnya,mayat lelaki akan di tanam mengikut arah matahari terbenam,manakala ukiran berbentuk selinder yang dipanggil"gunung berangkat"diukir pada kerandanya.
bagi mayat perempuan ,si mati akan di tanam menghadap matahari terbit dengan ukiran kerandanya merupakan hiasan mendatar di gelar"sekapur sirih",kayu yang diguna untuk dijadikan galang harus lah tahan lama dan lasak seperti cengal.perigi turut digali pada bahagian kaki kubur kerana ia di percayai dapat memudahkan si mati bangun untuk minum air kerana kehausan.masyarakat Jah Hut turut mengadakan kenduri buat si mati selepas tujuh hari kematian,semasa di kebumikan si mati akan di kebumikan dengan pakaian baru berwarna putih, manakala barangan peribadi dan peralatan lain diletakkan di atas para di sekeliling piramid.sebenarnya,tidak kira mayat itu lelaki atau perempuan,bergantung pada si pengukir mahu ukirkan jenis motif ukiran yang dia mahu,lazimnya kubur wanita di ukir dengan motif yang menunjukkan sifat kewanitaan atau peranan wanita,seperti ukiran motif sekapur sireh dan motif pucuk paku kerana wanita berperanan menyediakan makanan dalam keluarga.
1 ulasan:
KUBUR ORANG JAHUT
oleh :- nordin hok
Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyatakan penghargaan dan kasih sayang terhadap ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
kebanyakan mereka akan memberi pelbagai peralatan sebagai bekalan malah tidak kurang pula yang menghias cantik keranda sebagai penghormatan untuk perjalanan yang kekal abadi.bagi suku kaum Jah Hut di Pahang,mereka membina penanda kubur berbentuk piramid yang mirip piramid tinggalan puak Mayan dan Aztec di Mexico serta Gua Temala.tidak mustahil sejarah panjang orang asli di negara ini mempunyai hubung kait dengan tamadun Mayan berdasarkan seni reka keranda yang digunakan kedua-dua etnik tersebut.keunikan dan kesamaan reka bentuk tersebut jelas kelihatan pada keranda suku Jah Hut yang menduduki kawasan di sepanjang tebing sungai Pahang di sekitar daerah Jerantut dan Temerloh.

Catat Ulasan