Isnin, 12 Julai 2021

Warung Bah Tangeh(cerpen OA)

WARUNG BAH TANGEH Sejak pagi tadi, Bah Tangeh runsing dan gelisah memikirkan tidak ada seorang pun pelanggan yang berminat di warungnya. Ada pun yang singgah, tidak berminat untuk membeli. Berbeza dengan warung-warung dikiri-kanannya yang begitu rancak dan meriah dengan kehadiran para pelanggan tetap dan memborong barangan yang dijual oleh mereka.. Bah Tangeh begitu hairan sekali. Kenapa barangan yang dijualnya tidak laku di mata masyarakat Orang Asal. Sedangkan, itu adalah keperluan asasi mereka. Bah Tangeh menjual padi Huma, kraftangan daripada tikar mengkuang, rotan, damar, petai, durian kampung, teras gaharu, ubi kayu, ulat dan unggas yang berprotein, daging rusa dan kijang, buah-buahan liar hutan dan herba-herba, katak dan ikan tengas dalam buluh.. Pesaing Bah Tangeh merupakan warga Orang Asal juga. Tetapi mereka menjual belacan, budu, cincalok, wantan mee, roti canai, murtabak, satay, nasi lemak, daging babi panggang, wadeh, muruku, Cina teh, bak Kut teh dan letih. Nampaknya, Orang Asal tidak menyokong hasil dan barangan sendiri. Mungkin mereka malu untuk membeli hasil barangan tradisi.maklumlah, dah moden agaknya.. Tiba-tiba, ada segerombolan bangsa asing yang merupakan pelancong dari luar negara. Nampak seperti warga Eropah, Jepun dan Arab. Ada hampir lima bas kesemuanya. Peliknya, rombongan ini terus menuju ke warung bah Tangeh dan memborong kesemua barangan yang dijual oleh beliau. Bah Tangeh amat gembira dan senang hati apabila akhirnya ada jugalah insan-insan yang bersimpati keatas nasib beliau.. Tetapi, persoalannya.. Kenapa Bah Tangeh tiba-tiba mendapat sambutan dan perhatian daripada bangsa asing tersebut?? Kenapa bangsa asing tersebut membeli barangan yang dijual oleh Bah Tangeh, sedangkan, tidak semua orang asing itu tahu dan biasa dengan keperluan tersebut.. Fikir-fikirkan sendiri wahai Urang Aseli yang terjajah Bangsa, Ajaran nenek-moyang dan Bumi sendiri.. Kalau masih tak reti.. Mai sini, aku nak lekok kepala tu dengan senduk pokok merbau..😝😝😝

Tiada ulasan: