Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Pangkat-pangkat di kalangan Orang Asli
Di kalangan Orang Asli,terdapat pangkat-pangkat tertentu yang diketahui umum dalam masyarakat Melayu dan Orang Asli.
Di antaranya Raja Sakai,Panglima Sakai,Pangku dan Mengkong.
Saya rasa saya pernah mendengar tentang 'Mengkong'.
Saya meneliti kajian dari Annandale,Robinson,Waterstradt dan lain-lain tentang kewujudan 'Mengkong' ini.
Juga kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang satu jawatan istimewa yang dipegang oleh seorang dari kalangan Orang Asli sebagai perantara dengan dunia luar atau sebagai penghubung antara raja-raja Melayu dan pengikutnya dengan masyarakat Orang Asli.
Noone,seorang pengkaji melaporkan pada tahun 1936,masih ada dua orang Mengkong di Kampung Temenggor di Perak dan Kuala Betis di Kelantan.
Mengkong adalah jawatan istimewa,dan gelaran ini diketahui datang dari negeri-negeri sebelah utara.Dipercayai berasal dari 'cognate' bahasa Siam kepada perkataan Melayu 'Mangku' (pangku,memangku) atau 'Mengku' yang bermaksud sebagai 'pelindung' (protector) atau 'pemilik' (possessor).
Namun di negeri Reman,Mengkong ini juga digelar sebagai 'Panglima'.
Legenda mengatakan bahawa Mengkong sebenarnya adalah dari kalangan orang Melayu yang mengahwini perempuan Orang Asli dan mempelajari segala ilmu kebatinan Orang Asli dan diangkat menjadi raja
Dalam sejarah,sememangnya banyak raja-raja Melayu yang pada masa yang sama adalah bergelar 'Mengkong'.
Contohnya,Raja Sujita dari Ligor adalah Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku bukit Nyah Kur dan Kensiu dan baginda diangkat sebagai raja mereka.
Anaknya,Suryavarman I yang menjadi emperor Angkor juga Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku Chenla Darat.
Raja Reman yang mengahwini suku Semang dan menjadi Mengkong atau 'Panglima' dan menjadi raja kepada 'tribe hills' di Segenting Kra.
Raja-raja Melayu di Perak dan Pahang juga ada mengambil anak dara suku-suku Jakun dan Temiar sebagai gundik dan mereka juga menjadi Mengkong sebagai tanda persahabatan antara Tok Batin dan raja tersebut.
Raja-raja Kedah yang mengahwini gadis-gadis Urak Lawoi (Orang Laut) juga adalah Mengkong dan begitu juga dengan emperor-emperor Srivijaya dan ini menjadikan The Orang Lauts sebagai 'Varangian Guard' bagi Kedatuan Srivijaya.
Namun bukan semua mereka yang mengambil gadis-gadis Orang Asli sebagai Mengkong.Ada ciri-cirinya dan ritualnya.
Biarlah rahsia itu saya simpan sebagai perjanjian.Cukup setakat ini saya beritahu sejarah Mengkong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan