Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Khamis, 8 Julai 2021
THE LOST OF CITY PAHANG
PERKONGSIAN: LOST CITY IN PAHANG.
Perkongsian Ini diambil dari sebuah Blog..
The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time, tons of their precious metal……~Further India~.
Kata-kata Hugh Clifford tersebut telah lama menghantui saya. Beliau yakin bahawa pernah wujud satu lost civilization di Pahang yang mempunyai teknologi hebat dalam perlombongan emas. Beliau percaya bahawa bumi Pahang yang kaya dengan emas adalah penyebab mengapa Ptolemy menggelar Semenanjung Tanah Melayu ini sebagai Semenanjung Emas. Terdapat banyak lombong kuno dijumpai berselerak di Pahang. Lombong-lombong ini didapati menggunakan teknologi yang tinggi sehingga menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dikendalikan oleh orang Melayu dan diandaikan pula bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun menyebut:
The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization……..
In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. Neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state.
Sumber lain yang menguatkan hujah bahawa di Pahang menyimpan sebuah tamadun silam yang hebat dan kaya dengan emas adalah dari catatan pengembara China Wang Tai Yuan pada tahun 1349. Menurutnya di Pahang perempuan-perempuan kaya memakai beberapa buah gelang emas yang dililit di kepalanya, dan orang kebanyakan pula menghiasi rambut mereka dengan gelang-gelang manik pancawarna. Catatan daripada penulis Portugis Manuel Godinho Eredia pula menyebut Pahang adalah negeri yang mempunyai lombong emas terbesar dan yang paling baik mutunya di seluruh semenanjung. Clifford pernah menyatakan bahawa, jika catatan sejarawan Yahudi kuno Josephus yang menyebut bahawa Ophir adalah sama dengan Aurea Chersonesus, maka benarlah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah lombong emas Nabi Sulaiman atau The Mines Of Solomon seperti yang tercatat dalam Kitab Perjanjian Lama.
Kajian mengenai Pahang zaman sebelum Melaka sebenarnya adalah terhad. Jika adapun adalah kajian lama yang telah dibuat oleh Orientalis British seperti Hugh Clifford dan W. Linehan. Sejarah negeri-negeri tua yang lain seperti Kelantan dan Kedah memang banyak berbanding Pahang. Tidak seperti kebanyakan negeri Semenanjung yang lain, pusat ketamadunan masyarakat Pahang pada zaman awal tertumpu di kawasan pedalaman dan jauh daripada pantai. Menurut Geoffrey Benjamin, keunikan negeri Pahang ialah kerana ia terletak di kawasan pertembungan diantara dua rumpun bahasa iaitu Mon-Khmer dengan rumpun bahasa Malayic atau Proto-Malayic dan ia adalah wilayah yang menghubungkan kawasan pantai barat dengan pantai timur dan utara pantai timur seperti Kelantan, Pattani, Negeri-negeri Segenting Kra serta Thailand atau ‘Benua Siam’. Orang zaman dahulu kalau nak ke pantai barat pasti akan menggunakan laluan sungai sepanjang Kelantan dan Pahang sehingga ke Jalan Penarikan dan sungai Muar.
Selain lombong-lombong emas, hutan negeri Pahang juga menyimpan pelbagai misteri lain. Dalam Buku Farther India tulisan Hugh Clifford, dicatatkan bahawa banyak ekspedisi dilakukan oleh para pengkaji British malah Russia dan Itali ke Hulu Pahang seperti Tembeling, Lipis, Jelai, Semantan, dan Gunung Tahan. Malah banyak kali juga ekspedisi mendaki di kawasan Gunung Tahan dibuat dan kebanyakan ekspedisi awal tidak berjaya sehingga ada yang mati. Apa yang mereka cari di sana sehingga sanggup mati? Wallah hu a’lam, saya pun tidak tahu apakah yang menyebabkan mereka begitu tertarik dengan pedalaman Pahang. Walaupun saya sendiri sudah mendengar pelbagai cerita-cerita pelik tentang tinggalan yang mungkin ada di pedalaman Pahang, namun saya bukanlah orang yang arif tentangnya.
Gunung Tahan.
Tapi apa yang pasti hutan Pahang menyimpan satu tamadun yang sangat lama. Hal ini bukanlah aneh kerana hutan Pahang memang telah diiktiraf sebagai diantara hutan hujan khatulistiwa yang tertua didunia. Salah satu daripada tinggalannya ialah misteri penempatan kuno atau ada yang kata ‘kota’ di Tasik Chini. Apa sebenarnya yang ada disitu dan mengapa banyak kajian yang dilakukan disitu tidak disempurnakan dan menghadapi jalan buntu? Sebenarnya kajian terhadap penempatan kuno di tasik Chini bukanlah perkara baru. Sejak zaman pemerintahan British lagi para ‘Indiana Jones’ Inggeris selalu ke tasik tersebut untuk mencari ‘sesuatu’. R.G Cant pernah menyatakan bahawa berkemungkinan besar wujud kota pentadbiran bagi negeri Pahang di kawasan pedalaman.
Saya yakin aktiviti perdagangan di sepanjang laluan kuno Trans-Peninsular yang menghubungkan pantai barat dengan pantai timur melalui jalan penarikan telah mewujudkan pusat penempatan yang pesat di sepanjang lembah sungai seperti di sungai Pahang termasuk di Tasik Chini dan Bera. Apa yang pasti laluan Trans-Peninsular ini turut tercatat dalam peta yang dilukis oleh ahli geografi Yunani-Mesir Claudius Ptolemy. Sungai Tembeling adalah salah sebuah sungai terpenting yang menghubungkan laluan dagang kuno ini. Oleh sebab itulah banyak jumpaan barang purba ditemui sekitar Sungai Tembeling. Malah kegiatan pembuatan tembikar tertua di Pahang juga masih wujud di Tembeling.
Di Kampung Batu Pasir Garam (di tebing Sungai Tembeling), ahli arkeologi telah menemui satu serpihan Dram Dong Son, dram kuno yang diperbuat daripada gangsa dan digunakan oleh orang yang mengamalkan Budaya Gangsa. Linehan menyatakan bahawa Dram Dong Son ini dibuat di Indochina dan dibawa ke Ulu Tembeling dari Funan pada sekitar abad ke-3, bersama-sama dengan alat besi kuno yang lain. Menurut Clifford jumpaan artifak dari zaman Hoabinhian, Neolitik, zaman gangsa, dan zaman besi menunjukkan bahawa laluan perdagangan tersebut telah wujud dan digunakan sejak ribuan tahun!
Catatan daripada rekod imperial China menunjukkan bahawa di Pahang pernah wujud sebuah kerajaan yang kaya dan berdaulat sebelum zaman Melaka. Chau Ja Kua merekodkan pada tahun 1226 bahawa sebuah negeri yang terletak di sekitar pantai timur semenanjung bernama Pe-hang bernaung dibawah kekuasaan Srivijaya. Kerajaan tersebut dilaporkan telah menghantar hadiah ke China pada tahun 1378, 1411, 1414 dan 1416. Turut dicatatkan bahawa raja yang memerintah Pahang pada tahun 1378 digelar Maharaja Tajau. Baginda telah menghantar duta ke China yang membawakan warkah rasmi yang dipahat di atas kepingan daun emas bersama enam orang hamba dan barang-barang hasil bumi dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Maharaja China.
Rekod seterusnya menyebut pemerintah Pahang pada tahun 1411 bernama Pa la mi su la ta lo si ni atau Parameswara Teluk Chini telah menghantar ufti ke China. Kemudian Maharaja China telah mengutus Laksamana Cheng Ho untuk melawat kerajaan tersebut. Maka utusan dari Parameswara Telok Chini telah berkunjung sebanyak dua kali ke Cina iaitu pada tahun 1412 dan 1414. Daripada catatan inilah kita dapat membuat andaian bahawa memang wujud sebuah kota pemerintahan di sekitar pedalaman Pahang atau di Tasik Chini. Siapakah sebenarnya Maharaja Tajau dan Parameswara Telok Chini ini dan benarkah pernah wujud satu penempatan kuno di sekitar Tasik Chini?
W. Linehan pernah menyebut dalam catatannya mengenai sebuah tempat di Tasik Chini yang bernama Belukar Bata/Batol. Menurut beliau semasa beliau meninjau tempat tersebut beliau mendapati terdapatnya sebuah bukit yang dilitupi dengan rumput yang tebal dan besar. Daripada pemerhatian yang dibuat didapati bahawa bukit tersebut bukan semualajadi tetapi adalah sebuah binaan. Linehan percaya nama tempat tersebut mempunyai kaitan dengan tinggalan bangunan, ataupun kota yang menjadi lagenda masyarakat tempatan. Dalam catatan yang sama juga Linehan menyatakan bahawa di dasar Sungai Jeram terdapat pecahan dan serpihan tembikar dan seramik tua di beberapa tempat. Penemuan-penemuan yang disebutkan diatas menguatkan lagi hujah bahawa kawasan Chini-Jeram dan berdekatannya suatu ketika dahulu pernah menjadi laluan perdagangan mahupun penempatan yang pesat.
Menurut cerita penduduk asli yang mendiami sekitar tasik tersebut, terdapat sebuah kerajaan yang makmur di situ yang didiami oleh orang ‘SIAM ASLI’ yang menyembah patung-patung diperbuat daripada emas. Nama Chini tersebut dipercayai berasal dari perkataan Siam asli yang bermaksud ungka atau monyet. Penempatan masyarakat ini dibina di sekitar bukit yang dinamakan Bukit Balai . Menurut lagenda, bukit tersebut dinamakan Bukit Balai kerana dahulu wujudnya sebuah balai bagi menyambut orang-orang yang berkunjung atau lalu di kota tersebut. Di bahagian barat laut Bukit Balai terdapat sebuah lagi bukit yang dinamakan Bukit Berhala Besar. Bukit ini merupakan tempat pemujaan berhala yang paling besar bernama Henek/nenek bagi masyarakat kota itu. Sebuah lagi bukit bernama Bukit Ketaya yang berdekatan dengan tasik adalah tempat mereka melombong emas.
Apa yang lebih menarik, menurut lagenda tersebut masyarakat kota Tasik Chini sangat mahir dalam pembinaan sistem tadahan air dan saliran. Mereka membina sistem saliran di sekitar kawasan Chini yang mengalirkan dan menghubungkan air dari segenap arah yang bersambung dengan Sungai Chini. Mereka mengawal sistem saliran dan tadahan air ini menggunakan empangan. Namun setelah beberapa ratus tahun empangan tersebut akhirnya pecah dan mengakibatkan berlaku banjir besar dikawasan lalu membentuk Tasik Chini. Akibatnya ramai rakyat Chini yang mati kebuluran kerana sawah, ladang dan penempatan mereka dibanjiri air. Menurut lagenda itu juga akhirnya pemerintah Chini memindahkan istananya ke Belukar Batol. Sebenarnya hampir kesemua nama-nama tempat yang disebut didalam lagenda orang asli ini wujud di sekitar tasik Chini. Malah menurut seorang pengkaji K.E Southwood kisahnya adalah terlalu tepat dan boleh jadi benar.
Linehan juga pernah menyatakan yang dia telah menjumpai satu binaan yang terbuat dari batu bata di kawasan Kuala Chini dan di Pengkalan Durian. Berdekatan situ juga ditemui sebuah tempat yang dinamakan Padang Siam. Malah beliau turut menyebut tentang penemuan binaan batu bata di Langgar yang dipanggil Tambak Siam. Oleh sebab itu saya yakin sememangnya pernah wujud sebuah tamadun atau paling tidak sebuah penempatan lama di sekitar pedalaman Pahang atau Tasik Chini pada zaman dahulu.
Daripada hasil pemerhatian aerial view juga didapati sememangnya terdapat rupa bentuk saliran air atau bentuk muka bumi aneh seperti buatan manusia di sekitar lima batu ke timur Chini. Menurut pengkaji, bentuk saliran ini adalah typical bagi saliran air yang dibina oleh masyarakat Angkor ataupun Ligor. Malah turut ditemui rupa bentuk muka bumi yang dipercayai adalah bekas empangan berdekatan Sungai Tasek melalui foto udara. Di Pulau Balai pula ditemui batu bata dari tanah laterit yang sama cara buatannya seperti yang dijumpai di Tanjung Makam, Pekan. Dikawasan yang sama juga dijumpai serpihan tembikar, porselin zaman Ming, beberapa tembikar tidak bersadur serta serpihan mangkuk dari besi, mangkuk zaman Neolitik, pisau batu dan banyak lagi barang-barang purba. Namun kajian susulan yang dilaksanakan K.E Southwood telah menemui jalan buntu. Beliau menyatakan bahawa tidak ditemui sebarang bukti wujudnya binaan di kawasan yang di tunjukkan Linehan dalam catatannya. Saya yakin sememangnya wujud suatu binaan dan penempatan di tapak yang telah disebutkan Linehan. Mungkin Southwood kurang bernasib baik.
Berbalik semula kepada dua orang raja Pahang dalam catatan imperial China tersebut, penulis percaya bahawa Parameswara Telok Chini dan Maharaja Tajau merupakan orang Melayu Darat yang menguasai kawasan perlombongan emas dan bijih timah di Pahang sebelum Pahang ditakluk Melaka. Sebahagian besar kawasan paya sepanjang sungai Pahang mengandungi pasir dan batu batan kasar, ini menunjjukan bahawa kawasan paya ini dulu merupakan lombong bijih dan bukan kawasan penanaman padi pada awalnya. Apa yang pasti memang terlalu banyak nama-nama tempat di sekitar Tasik Chini dan Pahang yang memberikan kita petunjuk bahawa kota tersebut berkemungkinan besar didiami bersama oleh orang Siam asli dan Melayu dari negeri-negeri Melayu Utara atau Segenting Kra seperti Sri Dharmaraja atau Ligor yang memang mahir dalam pembuatan sistem saliran.
Linehan dalam bukunya A History of Pahang dipetik sebagai berkata:
The pre-Malaccan people of Pahang lived by mining gold, tin, and iron and planting rice. They left many traces: irrigation works, mine workings, remains of brick buildings [at Belukar Bata], specimens of Sawankalok pottery, and probably the pottery industry at Kuala Tembeling which has survived through the years to the present day. The preMalaccans occupied the Tembeling. They can be traced as far south as the Merchong. They extended into the Pahang and the Jelai; their tracks can be found along Lake Chini up to the head-waters of the Rompin; in the old Selinsing mines scoops of palas wood used by them have been discovered. They left numerous relics in gold-workings at Tresang and Sempore.
Antara tempat-tempat di Pahang yang banyak dikaitkan dengan penempatan kuno masyarakat Siam asli atau mempunyai makna dalam bahasa Siam asli adalah seperti Gunung Benom. Benom sebenarnya adalah dari bahasa Mon-Khmer yang bermaksud ‘Gunung’. Perkataan ini juga wujud dalam suku kaum berbahasa Aslian Mon yang masih wujud di Pahang hingga kini iaitu suku Jah Hut iaitu ‘Benam’ dan juga suku Che Wong ‘Banim’. Namun perkataan ini juga mempunyai kaitan dengan perkataan Melayu kuno iaitu ‘Banang’. Sungai Chenor pula dipercayai berasal dari perkataan Mon iaitu Cnor yang bermaksud kayuh. Sungai Reman dikatakan berasal daripada perkataan Mon iaitu Ramman atau Ramannadesa. Jeram Kuai dikatakan berasal dari perkataan Siam asli iaitu kuai yang bermaksud perlahan. Namun menurut pengkaji, perkataan yang lebih tepat ialah Koi yang berasal dari perkataan suku Batek yang mempunyai maksud yang sama. Selain itu Chini (ungka), Parit Siam, Tambak Siam, Lubang Siam (atau Lombong Siam), adalah nama tempat-tempat di sekitar hulu Pahang yang dikaitkan dengan Siam asli.
Kampung Senggora yang tidak jauh dari Tasik Chini juga merupakan petunjuk bahawa kota tersebut pernah didiami orang dari utara semenanjung. Malahan persamaan nama Tembeling dengan Tambralingga atau Ligor juga memberikan petunjuk yang kuat bahawa sememangnya Pahang pernah dipengaruhi atau diperintah oleh Melayu dari Sri Dharmaraja atau Ligor. Malah telah disebut dengan jelas dalam Sulalatus Salatin bahawa Maharaja Dewa Sura yang memerintah Pahang semasa serangan Melaka adalah saudara kepada Paduka bubunya Raja Siam. Malah di Tekam berdekatan Kota Gelanggi, Jerantut ada sebuah sungai yang bernama Sungai Lego yang sipercayai berasal dari perkataan Ligor. Kota Gelanggi di Jerantut itu sendiri sebenarnya dikaitkan dengan sebuah Lost City Siam asli atau Melayu darat iaitu Kota Klangkio yang dikatakan Tun Sri Lanang terletak di Hulu Johor.
Kaum asli yang tinggal di sekitar tasik Chini sekarang sebenarnya adalah Orang Jakun dan mereka ini termasuk dalam Proto-Malay dan bukan Mon-Khmer. Sebab itu saya berpendapat jika wujud kota di dasar Tasik Chini, ia adalah kota purba MELAYU yang didiami bersama dengan Siam asli dari kalangan orang Mon dan Aslian bukan Khmer seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak. Sebabnya semua mitos berkenaan Naga-naga Seri Gumum, Seri Siam, Seri Kemboja, Seri Pahang dan Kota itu adalah dari mulut Orang Jakun sendiri dan mereka tidak kenal apa itu istilah 'KHMER'. Orang Jakun di sini mempunyai perhubungan rapat dengan suku Asli lain iaitu Orang Semelai yang tinggal di sekitar Tasik Bera. Orang Semelai inilah yang berbahasa Aslian iaitu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer. Mugkin nama-nama tempat yang dikaitkan dengan Siam dan Mon tersebut diberi oleh suku-suku Aslian ini.
Linehan pernah melaporkan bahawa ketua suku Jakun di kawasan Ulu Bebar iaitu Pak Usoh dari Kuala Serai dan Pak Mehat dari Kuala Merba mengakui bahawa mereka adalah keturunan ‘Orang Siam’ yang pernah berkuasa di Pahang sebelum penaklukan Melaka. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Siam asli yang suatu ketika dahulu pernah memerintah dan memakmurkan negeri Pahang ini bukanlah terdiri daripada kaum rumpun Mon-Khmer atau Aslian sahaja tetapi juga Melayu-Proto. Dan seperti yang telah diterangkan oleh Cik Srikandi dahulu, bahawa istilah Siam asli yang digunakan oleh orang Melayu Melaka adalah merujuk kepada masyarakat Melayu dan Mon-Khmer yang beragama Buddha dan berasal dari ‘Benua Siam’ iaitu sebuah wilayah yang sekarang ini berada di Thailand.
Jadi disini Siam itu merujuk kepada nama wilayah dan bukan nama kaum, kerana suku kaum yang tinggal di wilayah tersebut terdiri daripada Melayu,Champa, Mon, Aslian, Khmer dan yang paling lewat datang ialah Thai. Kerajaan Ligor/Tambralingga/Sri Dharmaraja pula memang sebuah negeri Melayu. Rajanya orang-orang Melayu namun rakyatnya ada yang Thai, Mon dan Khmer. Sebab itu dalam Sulalatus Salatin, raja Benua Siam yang digelar Paduka Bubunya diakui oleh Sultan Melaka bahawa 'raja Benua Siam bukan orang lain bahkan saudara mereka juga'. Semasa Melaka menerima Islam, Sri Dharmaraja masih menganut ajaran Buddha Theravada. Ketika era Ligor,barulah ada rajanya yang memeluk Islam..
Oleh itu kita berbalik semula kepada persoalan pokok, benarkah wujudnya sebuah penempatan kuno di sekitar Tasik Chini? Jawapan saya ialah ya. Sememangnya wujud sejenis penempatan purba di sekitar Tasik Chini kalau tidak di dasarnya. Samaada ianya wujud sebagai sebuah kota, bandar, pyramid, binaan kuil, candi dari batu bata atau hanya petempatan biasa dari kayu, wallah hu a’lam ianya tetap misteri. Masih banyak kajian yang perlu dilaksanakan disana untuk mendapatkan jawapan yang tepat
Catatan dari sejarah Islam Pahang
Maharaja Tajau Raja Orang Asli Pahang.
(ada kaitan dengan keturunan Suku Jahut,kedatangan awal suku Jahut dari Pagar Ruyong di ketuai oleh 3 Beradik.1 ke Pekan menjadi pemerintah kerajaan Tasim Chini,1 ke Lipis menjadi Tok Raja Perba Jelai dan 1 di Temerloh(Semantan) Menjadi Batin Perempuan iaitu ketua Suku Jahut)
Tahun 1377,Maharaja Tajau dari Pahang hantar duta dan warkah yang di tulis pada daun emas dan 6 hamba serta pelbagai produk pahang kepada Maharaja Ming Dinasti.
Tahun 1411,Maharaja Parameswara Tasik Chini hantar duta beri ufti kepada Maharaja China.
Tahun 1412,Laksamana Cheng Ho atas titah Maharaja Ming Dinasti, di hantar ke Pahang atas hubungan diplomatik. Pahang berbalas ufti pada Tahun 1414 dan 1416,Pahang adalah negeri berdaulat sebelum Melaka ditubuhkan lagi.
Pemerintah Maharaja Tajau(1378)
-sejarah cina mencatatkan pemerintah Pahang pada tahun 1378 bergelar Maharaja Tajau
-Maharaja Tajau adalah pemerintah dari kalangan Orang Asli tempatan
-tiada catatan bahawa dia datang dari kerajaan Selatan atau Timur wilayah negeri2 melayu.
-Kemungkinan besar Raja ini menguasai Pahang ketika kemerosotan kerajaan Majapahit
-Maharaja Tajau mengakui kebesaran kerajaan China dan menghantar ufti ke sana.
-saudagar Islam mempunyai tempat mereka terse diri semasa pemerintahan Maharaja Tajau, mereka tidak diganggu di dalam urusan agama mereka selagi mereka tidak me campuri urusan pemerintahan kerajaan.
Selepas pemerintahan Maharaja Tajau, Parameswara Tasik Chini pula memerintah.
pada tahun 1412 dan 1414 Parameswara Tasik Chini telah hantar utusan ke negara China.
Di percayai Parameswara Tasik Chini ada kaitan dengan Maharaja Tajau dan merupakan keturunan Orang Asli tempatan. Akan tetapi pada masa ini serangan pihak Siam ke atas Pahang begitu kuat untuk menguasai kawasan lombong emas dan bijih timah. Ahli sejarah China mencatatkan bahawa istana Maharaja Tasik Chini di perbuat dari emas.
Sumber: sejarah Islam pahang, pentadbiran Pahang 400sm-1900sm.
https://sejarahislampahang.blogspot.com/2010/10/sejarah-ringkas-pentadbiran-negeri.html?m=1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan