Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Gua Batu Kapur di Perak
Bagaimanakah untuk mengatakan pergunungan batu kapur Kinta tiada nilai arkeologi apabila ia menjadi medan pertempuran dua etnik dalam kelompok yang sama sejak turun temurun.
Lukisan neolitik Gua Tambun terletak di Gunung Panjang yang di dalam gambar di bawah terletak di utara zon merah dalam kawasan Temiar yang juga dilalui PLUS di sebelah kanannya.
Dipercayai, banyak tinggalan neolitik terdapat di medan persengketaan dua etnik kumpulan Senoi ini yang dipercayai saki baki masyarakat yang menganggotai sistem tamadun masyarakat Gangga Negara yang lenyap menjelang abad ke 11 dan dari tamadun ini mereka mula mendiami rumah-rumah dan juga belajar berpindah randah meninggalkan gaya hidup nenek moyang mereka yang yang menjadikan gua-gua sebagai kediaman.
Ini kerana penjajahan oleh bangsa asing seperti Chola 1000 tahun lalu serta pergelutan dengan penculik-penculik dari Sumatera yang menjadikan mereka komoditi di pasaran hamba abdi membuatkan mereka mengadaptasi kehidupan berpindah randah hingga ke timur Banjaran Titiwangsa.
Hipotesis di atas adalah tanggapan semata-mata.
Untuk mengkaji, seluruh gua dan gunung batu perlu di masuki dan disiasat apatah lagi di medan rebutan dua puak ini. Tetapi pergunungan batu kapur Kinta telah dijarah sejak 1960an.
Dengan keadaan hari ini di kawasan tersebut yang semakin parah adakah anda masih merasakan batu kapur lebih berguna dari jejak sejarah silam yang mana bagi sebahagian pengkaji arkeologi mahupun susur galur tempatan, ia adalah penting?
Sejarah Melayu di Genta (Kinta), penerokaannya dan permulaan gelar Panglima Kinta sendiri berkait dengan masyarakat Temiar empat ratus tahun lalu.
Empat ratus tahun sahajalah yang boleh kita tahu.
Bila ditanya empat ribu tahun lalu, hapah tak tahu. Bagaimana hendak memperkukuh keempunyaan atas tanah air ini jika sejarah sehingga Melaka sahaja. Itupun karya entah siapa.
Melaka pun naik setelah jatuh Andalusia. Orang Sepanyol kini yang tidak lagi Muslim pun mencatat sejarah nenek moyang mereka mendirikan kerajaan Islam selama 800 tahun sebelum jatuh ke tangan Kristian.
Itupun mereka terima hakikat bahawa bangsa Rom yang mula-mula membuka tanahnya walaupun mereka utuh berpegang susur galur hampir 1200 tahun pendudukan mereka di bumi sebelah situ.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan