Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Kampung Orang Asli sungai Kering (cerpen OA)
KOA SG. JERING
Pening kepala Bah Tangeh apabila memikirkan gelagat dan pemikiran penduduk kampungnya. Nak kata penakut, tidak juga. Nak kata pemalu, bukan begitu. Nak kata bodoh, mungkin tidak.. Buktinya, muka Tok Batin lebam ditumbuk oleh Bah Pelaud ketika ditegur kerana berjoget lambak sambil merokok. Wah Rita yang terkenal dengan sifat pemalunya, tergedik-gedik membonceng motosikal beberapa orang pemuda Melayu ntah ke mana tujuan. Paling hebat, beberapa orang penduduk kampung yang dianggap bodoh, bangkit bersuara dalam setiap minit mesyuarat jawatankuasa bertindak wilayah tanah adat. Walaupun kedengaran agak pelik dan melalut-lalut ke laut serta lari daripada tajuk..
Sungguh. Seram sejuk dan tidak nyaman. Tetapi, itulah hakikatnya.. Rata-rata penduduk kampung orang Asli Sungai Jering ini agak berbeza dan luar biasa. Walaupun selenga, mereka tidak langsung mahu belajar dari pengalaman dan sejarah. Pernah sekali itu, Bah Tangeh dianggap sebagai penghasut dan menentang kerajaan UMNO-BN kesayangan penduduk. Gara-gara ingin mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli. Bah Tangeh tidak mahu rumah PPRT, jalan tar, elektrik dan air bersih. Bah Tangeh hanya minta calon yang berkempen pada pilihanraya umum, wartakan wilayah tanah adat kampung mereka. Bab perkara yang lain tidak penting kepada penduduk..
Akibat daripada tindakan itu, penduduk kampung yang berbangga dengan sogokan barangan keperluan dapur dan sedikit wang saku sempena pilihanraya, memulaukan Bah Tangeh. Di chop sebagai lupa daratan. Barua pembangkang. Pengkhianat bangsa dan negara. Tidak mengenang budi dan jasa kerajaan UMNO-BN. Tidak patuh kepada JAKOA yang banyak berbudi..
Itu dulu.. Sekarang, penduduk kampung mulai sedar peranan dan tanggungjawab Bah Tangeh. Kawasan rayau dan wilayah tanah adat mereka telah dicerobohi oleh berpuluh-puluh buah syarikat persendirian. Diluluskan oleh kerajaan negeri UMNO-BN. Penduduk kampung dipaksa untuk menerima dua ke enam ekar tanah setiap ketua isi rumah. Selebihnya menjadi tanah kerajaan negeri..
Belum terlambat lagi.. Moga menjadi pengajaran dan peringatan kepada penduduk-penduduk kampung Orang Asli diseluruh negara. Bahawasanya, parti UMNO-BN bukanlah sebuah parti politik yang boleh dipercayai dan dihormati. Pemimpin-pemimpin mereka adalah memperjuangkan kekayaan dan kepentingan peribadi dan kroni. Sanggup menindas dan menggadaikan hak-hak rakyat marhaen. Asalkan mereka puas dan kenyang dengan hasil-hasil perompakan hak-hak rakyat dan wang negara..
Ingat pesanan Bah Tangeh.. Jangan lagi minta wang saku dan barangan dapur atau kugiran. Jangan lagi minta jalan raya, rumah PPRT serta bekalan air dan elektrik pada musim pilihanraya umum nanti. Tetapi, minta diwartakan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli dari parti-parti politik yang bertanding. Ada faham..
#Kerajaangagal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan