Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Pengkhianat Bangsa Sakai
PENGKHIANAT BANGSA SAKAI
kenapa kerajaan BN telah menukar gelaran bangsa SAKAI yang diiktiraf oleh kerajaan British, kepada bangsa Orang Asli. Ternyata akhirnya kebenaran mula tertegak. Mereka begitu takut untuk memperakui bahawa negara ini adalah milik Orang Asal melalui "SAKAI COUNTRY" yang ditulis dalam sejarah British. Mereka juga takut dengan perjanjian kemerdekaan negara yang memberikan hak-hak keistimewaan keatas "SAKAI'S RESERVE" dan hak-hak Orang Asal yang menduduki apa-apa jenis status tanah tersebut. Sekarang ini, Mereka telah berjaya memesong pemikiran Orang Asal untuk berasa malu dan terhina terhadap gelaran bangsa SAKAI tersebut. Orang Asal lebih selesa dengan gelaran "Orang Asli" dan mendapat pembelaan kononnya, melalui Jabatan Orang Asli dalam hak-hak asasi serta WTA. "SAKAI" yang bermaksud bangsa yang suka bergotong-royong dan bersaudara-mara telah diubah dan didakyahkan sebagai bermaksud bangsa hamba abdi oleh Mereka. Maka, Orang Asal telah kehilangan status keatas SAKAI'S RESERVE dan SAKAI COUNTRY..
Namun begitu, untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis pengkhianat bangsa. Dibawah ini, beberapa jenis pengkhianat bangsa yang ada disekeliling MOA sendiri, selain daripada pemimpin-pemimpin bangsa pendatang yang mengkhianati perjanjian kemerdekaan negara dan akta 134..
1. Pengarah dan pegawai JAKOA.. Sejak negara merdeka, tidak begitu ramai Orang Asal yang dilantik sebagai pegawai JAKOA apatah lagi sebagai ketua pengarah atau pengarah. Ini dilihat sebagai satu perkara yang membuatkan beberapa kepentingan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat MOA terpinggir untuk berpuluh-puluh tahun. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, MOA telah terpilih untuk menjawat jawatan berkenaan. Malangnya, ada segelintir daripada mereka adalah tidak berkualiti dan tidak layak untuk membela nasib MOA dengan lebih baik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sikap kalangan mereka ini, yang lebih mementingkan kedudukan sendiri. Maklumat dan komunikasi atau matlamat mereka adalah kabur. Inilah yang menjadi punca MOA tidak dapat mencapai maklumat yang telus dan berfakta tentang perkara dan permasalahan mereka termasuklah hak-hak WTA..
2. Tok Batin dan AJK kampung.. Ada dikalangan kepimpinan ini tidak menyebelahi suara-suara penduduk. Apatah lagi penduduk-penduduk kampung juga adalah tidak peka terhadap hak-hak mereka. Justeru, kepimpinan ini begitu angkuh dengan kuasa dan tidak menterlibatkan penyertaan penduduk dalam membuat keputusan. Ada keputusan yang dibuat, semata-mata untuk keuntungan peribadi dan menindas hak-hak orang lain. Oleh itu, perjuangan untuk membela nasib penduduk tidak diusahakan. Mentang-mentanglah ada sedikit elaun daripada JAKOA, mulut terus tertutup untuk bangkit membawa kes-kes tuntutan wilayah tanah adat ke mahkamah. Sekiranya kepimpinan ini bergabung dengan seluruh kepimpinan yang ada dalam negara, nescaya WTA MOA akan diwartakan oleh kerajaan negeri dan pusat. Dengan itu, tidak akan ada lagi MOA yang tertindas dan miskin tegar dalam negara sendiri..
3. Talam dua muka.. Golongan ini begitu ramai disetiap perkampungan Orang Asal. Mereka berfungsi sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan, pemimpin politik, tauke-tauke syarikat penceroboh dan musuh penduduk kampung. Golongan ini kebanyakannya adalah penyokong tegar Parti Politik yang telah mendapat sedikit habuan peribadi. Terdiri daripada kalangan Urang Aseli, yang Mudah dibeli dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu atau berkepentingan. Ada yang membantu penceroboh dengan menjadi kuli dengan pendapatan lumayan. Ada yang bertungkus-lumus membantu kempen parti Politik semasa pilihanraya yang akhirnya menindas bangsa sendiri..
4. Hamba abdi Parti Politik. Tugasan mereka adalah menjadi pak pacak atau pak turut kepada arahan Parti Politik. Tidak suka kepada perubahan politik. Sokong membabi-buta walaupun WTA tidak diwartakan sehingga kini. Keberanian mereka hanya sebagai samseng kampung Dusun dan tidak reti apa itu perjuangan membela nasib bangsa sendiri. Hanya cukup diberikan sedikit imbuhan barangan dapur, gertakan dan janji-janji manis untuk dibeli undi mereka..
5. Kedekut dan pengecut.. Jangan bermimpi untuk mendapatkan sumbangan derma atau sokongan daripada golongan ini. Kebanyakannya berkecuali dan tidak suka untuk membuat bantahan. Pentingkan diri dan tembolok sendiri. Lu, lu.. gua, gua.. Sebab itulah pada acara atau mesyuarat hal-hal WTA dan sebagainya, golongan ini tidak akan hadir untuk menyokong atau bersolidariti kepada pejuang-pejuang bangsa..
SELAGI ADANYA PUAK-PUAK DAN GEROMBOLAN-GEROMBOLAN INI DALAM MOA, SELAGI ITULAH WILAYAH TANAH ADAT MASYARAKAT ORANG ASAL TIDAK AKAN DIWARTAKAN MESKIPUN TELAH BERJAYA MENANG KES TUNTUTAN WTA DALAM MAHKAMAH TINGGI.. TOLAK Parti Politik yang tidak iktiraf WTA OA PADA PRU15. HANYA ITU SAHAJA CARA UNTUK DIIKTIRAF WTA ORANG ASAL DISELURUH NEGARA..👌👍🤝💪
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan