Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Setia Membawa Rebah (cerpen OA)
SETIA MEMBAWA REBAH
"Batin jangan bimbang. Urusan segenap perkara adalah tanggungjawab kami dipihak jabatan orang Asli. Hal-hal tanah rayau dan kebajikan orang Asli termasuklah kesihatan, pendidikan, jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih pun tanggungjawab kami juga.. Ni rumah PPRT ni, siapa yang sediakan?? Gaji Batin pun JOA yang sediakan. Apa lagi yang kurangnya.."
" Hutan balak adalah milik mutlak kerajaan negeri. Termasuk kawasan balak untuk raja. Orang Asli tidak ada hak keatas hasil-hasil hutan. Tetapi kerajaan masih longgarkan beberapa syarat kepada Orang Asli atas dasar simpati dan prihatin. Sebab itulah rotan, damar, kayu gaharu, petai hutan, madu tualang dan sebagainya boleh dikeluarkan. Jikalau tidak, orang Asli sepatutnya dikenakan denda maksimum rm500 ribu kerana tidak memiliki permit dari jabatan perhutanan mengikut akta perhutanan 313.."
" Kami terlalu prihatin terhadap nasib orang Asli. Sebab itulah kami sentiasa mengarahkan syarikat pembalakan membuat jalan merentasi setiap perkampungan orang Asli. Ini bagi memudahkan MOA ada akses kepada jalan balak menuju ke pekan terdekat. Sekiranya pihak kami di jabatan perhutanan tidak berbuat demikian, nescaya orang Asli tidak mungkin boleh keluar ke pekan berdekatan dengan mudah.."
" Tak berguna langsung pelan tanah saka British tu. Serah kembali kepada kerajaan negeri sebab negara sudah merdeka. Orang Asli boleh bercucuk tanam dalam kawasan rayau tanpa sekatan. Kalau dah tanam apa-apa, kerajaan akan bayar pampasan keatas setiap pokok yang ditanam. Itu tanggungjawab pihak kami di jabatan orang Asli.."
" Sebagai Tok Batin, saya tidak bersetuju kerajaan mewartakan atau memberikan geran kepada tanah rayau kami. Kami orang Asli tidak mampu membayar cukai tanah. Ini adalah tanah pusaka nenek moyang kami. Kami berhak keatas kebebasan dalam tanah adat kami dan kami tidak mahu dikongkong oleh kerajaan.."
" Tok Batin perlu faham. Kerajaan terpaksa mengambil balak-balak dalam kawasan tanah rayau orang Asli ini untuk membayar gaji Tok Batin dan membiayai belanjawan tahunan orang Asli sendiri seperti hospital, pendidikan dan rumah-rumah PPRT serta gaji kakitangan jabatan orang Asli.."
" Buat apa orang Asli nak kawasan tanah rayau yang begitu besar. Tidak ada keperluan atau undang-undang yang menyebut Wilayah Tanah Adat dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Kami dipihak JAKOA hanya boleh memohon untuk kawasan penempatan sahaja. Selebih itu adalah tanah hutan simpan kerajaan negeri.."
" Orang Asli adalah berhak keatas tuntutan wilayah tanah adat mereka. Kerajaan negeri seharusnya menyebelahi MOA berbanding dengan kepentingan kerajaan negeri. Hutan rayau dan wilayah tanah adat MOA adalah seperti supermarket dan farmasi buat MOA sejak zaman-berzaman. Kerajaan negeri perlu menghormati dan mewartakan wilayah tanah adat pribumi supaya tidak lagi dieksploitasi oleh pihak berkepentingan. Kami dipihak mahkamah bersetuju menolak kepentingan kerajaan negeri berdasarkan keutamaan kepada yang berhak mengikut sejarah dan tamadun manusia.."
Dialog-dialog diatas perlu MOA hadam dan tanamkan ke dalam diri sebagai pejuang bangsa. Harus ada kajian yang menyeluruh dan setara demi kepentingan dan keadilan kepada generasi orang Asal yang akan datang.. Kei ada..😜
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan