Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Isnin, 12 Julai 2021
Sakai reserve dan Sakai Country(cerpen OA)
BANGSA SAKAI'S RESERVE DAN SAKAI COUNTRY
Dah lama penulis bercuti menulis gara-gara jatuh cinta dengan seorang janda muda bergetah, kaum Melayu Islam. Dahlah berkulit putih melepak dan gebu, seksi lagi jelita pula. Dengan senyuman berlesung pipit dan rambut yang ikal mayang mengurai, hati siapa yang tak tahan?? kata Bah Dahan. Pulak tu, dia mengaku ada darah campuran Urang Aseli suku kaum Semai, sebelah neneknya. WADUHHH..! Hampir-hampir penulis mahu saja memeluk Islam dan berhijrah menjadi bangsa Melayu..
Namun begitu, akibat penangan Wantan Mee dan B**i Panggang Greb-greb yang garing lagi lazat dan berkhasiat, terpaksalah penulis batalkan niat yang suci dalam debu itu. Baiklah, jom kita jenguk beberapa bahagian kisah benar lagi sahih tentang apa yang berlaku kepada bangsa Sakai, setelah diubah menjadi bangsa Urang Aseli oleh pemimpin Politik.
1. "Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan daripada kerajaan. Tok Batin Jangan khuatir, hak keatas tanah rayau adalah bebas dan terpelihara. Kerajaan berjanji tidak akan mengganggu masyarakat Orang Asli untuk berburu, mendapatkan hasil-hasil hutan untuk keperluan atau jualan dan bercucuk tanam. Sekiranya kerajaan mengambil kawasan rayau, pampasan kepada Orang Asli akan dibayar keatas apa-apa juga tanaman yang diusahakan.." Ini adalah salah satu ayat yang dituturkan oleh pegawai Jabatan Orang Asli untuk memujuk Tok-tok Batin menyerahkan kembali peta dan watikah "Sakai's Reserve" yang dimiliki mereka. Sakai Reserve anugerah kerajaan British sebelum negara mencapai kemerdekaan ini begitu menakutkan kerajaan Pemerintah , kerana itu akan menjadi satu bukti yang kukuh untuk bangsa Sakai menuntut hak-hak mereka kepada mahkamah tinggi atau persekutuan sekiranya diceroboh oleh sesiapa pun termasuk kerajaan pemerintah.Kerajaan tahu keluasan setiap peta Sakais Reserve tersebut yang setiap satunya memiliki keluasan beribu ekar. Pemerintah tahu Urang Aseli akan menjadi bangsa yang terkaya dalam negara sekiranya, Urang Aseli ini celik politik, sejarah, pendidikan tinggi dan ekonomi. Dengan itu, Kerajaaan sedaya-upaya memperkudakan Jabatan Orang Asli ini supaya menarik balik peta keramat Sakai's Reserve tersebut daripada tangan seluruh Tok-tok Batin semenanjung Malaysia. Ramai jugalah Tok-tok Batin ini telah menyerahkan kembali peta itu kepada JOA kerana dijanjikan elaun bulanan dan kebajikan yang tidak seberapa. Inilah yang menjadi punca keatas kemiskinan tegar dan rampasan wilayah tanah adat pribumi Orang Asal yang rancak berlaku sekarang. Meskipun setelah Kerajaan Parti Keramat tumbang pada PRU14 lalu dan ketua pengarah JAKOA dilantik dikalangan MOA sendiri, masih tidak ada kesedaran untuk menuntut kembali peta-peta Sakai's Reserve yang ada dalam simpanan ketua pengarah JAKOA tersebut.
2. "Nasib Urang Aseli adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN semenjak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. BN tidak pernah meminggirkan Urang Aseli. Kalau pembangkang perintah negara ini, nescaya Urang Aseli akan terpinggir. Bagaimana dengan anak-anak kita yang bersekolah, adakah akan mendapat percuma? Bagaimana dengan kesihatan kita, adakah percuma seperti biasa? Jangan hancurkan masa depan kita dan negara dengan mengundi parti pembangkang. Tetapi saya sangat percaya, Urang Aseli bukanlah bodoh untuk sokong pembangkang. Urang Aseli amat setia kepada parti Keramat kita. Hanya parti Keramat sahaja yang boleh membela dan menjaga kebajikan serta keselamatan masyarakat Urang Aseli dalam negara ini. Betul tak..??" BETULLL.... HIDUP B*! HIDUP B*! HIDUP B*!.. Itulah laungan keramat Penduduk Urang Aseli yang miskin tegar dan buta berpolitik ketika mendengar ucapan kempen pemimpin Parti Politik setiap kali musim PRU. Apa yang penting, itulah hari yang terindah buat Urang Aseli ini dilayan seperti raja dan mendapat pelbagai keperluan barangan dapur serta dihidangkan dengan makanan yang lazat. Disebelah para pemimpin Parti Politik yang sedang berkempen hancing, kelihatan wajah Tok Batin berseri-seri dengan sedikit wang saku dan beberapa mesin rumput. Begitu mudah sekali untuk berkempen pilihanraya dengan Urang Aseli ini. Mereka teruja dan ghairah untuk meminta beras 5 kilo, sardin 2 tin, gula 2 kilo dan minyak masak sepeket. Ada yang minta sebuah kugiran sebagai nilai sokongan padu kepada parti Politik. Ada yang sibuk minta penajaan pertandingan bola sepak tujuh sebelah atau pesta joget lambak. Tidak pernah pun mereka sebagai pengundi ini meminta diwartakan WTA Sakai's Reserve mereka oleh parti yang bakal membentuk kerajaan.. Pekak badak lagi tengin badak punya Aseli..
Ada lagi.. Tetapi, cukuplah setakat ini dahulu. Ada yang panas telinga dan hati sedang mencuci laras Sumpit tu..😆😝
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan