Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Selasa, 23 November 2021
Sabtu, 20 November 2021
Isnin, 1 November 2021
Rabu, 27 Oktober 2021
Rabu, 13 Oktober 2021
Ahad, 26 September 2021
Sabtu, 25 September 2021
Isnin, 20 September 2021
Jumaat, 13 Ogos 2021
SEJARAH SUKU JAHUT,PAHANG
Mengikut sumber kajian Admin bukan sahaja suku kaum Orang Asli Btsisi(Mah Meri) dan Suku Semelai lari selepas kejatuhan Kesultanan negeri Johor lama seterusnya ke Muar malahan Suku kaum Jahut krau pun turut Melarikan diri ke Pahang menetap sekitar (kuala Krau/Pekan) akibat tidak tahan dengan cara pemerintah pada masa itu. Mereka melarikan diri dan kekal menetap di kuala krau dan bercampur dengan Orang Asli sekeliling.
Budaya bersunat dikalangan mereka merupakan pengaruh dari pagaruyung. Yang amat menarik adalah gambar Balai Hantu dan mungkin upacara ini sudah ketinggalan dan tidak diamalkan lagi.
Jika info dari Admin ini tidak tepat sila perbetulkan.
PERUBATAN TRADISIONAL JAHUT
Perubatan tradisional
Pengetahuan herba tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh 'bomoh' yang merupakan ahli perubatan tradisional. Jurnal Sains Perubatan India mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis ubat orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh penyelidikan saintifik termasuk Hedyotis capitellata, Melastoma malabathricum, Lycopodiella cernua, dan herba-herba berikut:
Eurycoma longifolia: Digunakan sebagai afrodisiak untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.
Morinda citrifolio: Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat bisul melalui pembubuhan topikal daun-daun dan buah-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan farmakologi yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas.
Vernonia cinerea[5]: Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan asma, penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan.
Antara ubat-ubat orang Jah Hut yang belum disahkan termasuk:
Alstonia angustiloba dan Homalanthus populneus: Orang Jah Hut mempergunakan herba ini untuk merawat sakit kepala.
Physalis minima, Pyrrosia piloselloides dan Smilax lanceifolia: Herba-herba ini sering digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan sakit.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional.
Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.
KEGIATAN EKONOMI SUKU JAHUT
Kegiatan ekonomi
Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.
PERANAN ORANG ASLI SUKU JAHUT,SEMASA PERANG
“Perang Semantan Temerloh” kalau baca dari tulisan dari Hugh Clifford dan jounal Ram Sigh (sepoy).. perang tersebut berjaya disebabkan oleh kebijaksanaan dan pertolongan dari orang Asli yang terdiri dr 100 orang bawah Dato Bahaman... Pengikut ramai dari suku Jahut krau kalau mengikut Hugh Clifford....selepas itu mereka diburu lari ke ulu tembeling membuka kg bersama Orang Asli.
Isnin, 26 Julai 2021
Isnin, 12 Julai 2021
Pengkhianat Bangsa Sakai
PENGKHIANAT BANGSA SAKAI
kenapa kerajaan BN telah menukar gelaran bangsa SAKAI yang diiktiraf oleh kerajaan British, kepada bangsa Orang Asli. Ternyata akhirnya kebenaran mula tertegak. Mereka begitu takut untuk memperakui bahawa negara ini adalah milik Orang Asal melalui "SAKAI COUNTRY" yang ditulis dalam sejarah British. Mereka juga takut dengan perjanjian kemerdekaan negara yang memberikan hak-hak keistimewaan keatas "SAKAI'S RESERVE" dan hak-hak Orang Asal yang menduduki apa-apa jenis status tanah tersebut. Sekarang ini, Mereka telah berjaya memesong pemikiran Orang Asal untuk berasa malu dan terhina terhadap gelaran bangsa SAKAI tersebut. Orang Asal lebih selesa dengan gelaran "Orang Asli" dan mendapat pembelaan kononnya, melalui Jabatan Orang Asli dalam hak-hak asasi serta WTA. "SAKAI" yang bermaksud bangsa yang suka bergotong-royong dan bersaudara-mara telah diubah dan didakyahkan sebagai bermaksud bangsa hamba abdi oleh Mereka. Maka, Orang Asal telah kehilangan status keatas SAKAI'S RESERVE dan SAKAI COUNTRY..
Namun begitu, untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis pengkhianat bangsa. Dibawah ini, beberapa jenis pengkhianat bangsa yang ada disekeliling MOA sendiri, selain daripada pemimpin-pemimpin bangsa pendatang yang mengkhianati perjanjian kemerdekaan negara dan akta 134..
1. Pengarah dan pegawai JAKOA.. Sejak negara merdeka, tidak begitu ramai Orang Asal yang dilantik sebagai pegawai JAKOA apatah lagi sebagai ketua pengarah atau pengarah. Ini dilihat sebagai satu perkara yang membuatkan beberapa kepentingan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat MOA terpinggir untuk berpuluh-puluh tahun. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, MOA telah terpilih untuk menjawat jawatan berkenaan. Malangnya, ada segelintir daripada mereka adalah tidak berkualiti dan tidak layak untuk membela nasib MOA dengan lebih baik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sikap kalangan mereka ini, yang lebih mementingkan kedudukan sendiri. Maklumat dan komunikasi atau matlamat mereka adalah kabur. Inilah yang menjadi punca MOA tidak dapat mencapai maklumat yang telus dan berfakta tentang perkara dan permasalahan mereka termasuklah hak-hak WTA..
2. Tok Batin dan AJK kampung.. Ada dikalangan kepimpinan ini tidak menyebelahi suara-suara penduduk. Apatah lagi penduduk-penduduk kampung juga adalah tidak peka terhadap hak-hak mereka. Justeru, kepimpinan ini begitu angkuh dengan kuasa dan tidak menterlibatkan penyertaan penduduk dalam membuat keputusan. Ada keputusan yang dibuat, semata-mata untuk keuntungan peribadi dan menindas hak-hak orang lain. Oleh itu, perjuangan untuk membela nasib penduduk tidak diusahakan. Mentang-mentanglah ada sedikit elaun daripada JAKOA, mulut terus tertutup untuk bangkit membawa kes-kes tuntutan wilayah tanah adat ke mahkamah. Sekiranya kepimpinan ini bergabung dengan seluruh kepimpinan yang ada dalam negara, nescaya WTA MOA akan diwartakan oleh kerajaan negeri dan pusat. Dengan itu, tidak akan ada lagi MOA yang tertindas dan miskin tegar dalam negara sendiri..
3. Talam dua muka.. Golongan ini begitu ramai disetiap perkampungan Orang Asal. Mereka berfungsi sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan, pemimpin politik, tauke-tauke syarikat penceroboh dan musuh penduduk kampung. Golongan ini kebanyakannya adalah penyokong tegar Parti Politik yang telah mendapat sedikit habuan peribadi. Terdiri daripada kalangan Urang Aseli, yang Mudah dibeli dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu atau berkepentingan. Ada yang membantu penceroboh dengan menjadi kuli dengan pendapatan lumayan. Ada yang bertungkus-lumus membantu kempen parti Politik semasa pilihanraya yang akhirnya menindas bangsa sendiri..
4. Hamba abdi Parti Politik. Tugasan mereka adalah menjadi pak pacak atau pak turut kepada arahan Parti Politik. Tidak suka kepada perubahan politik. Sokong membabi-buta walaupun WTA tidak diwartakan sehingga kini. Keberanian mereka hanya sebagai samseng kampung Dusun dan tidak reti apa itu perjuangan membela nasib bangsa sendiri. Hanya cukup diberikan sedikit imbuhan barangan dapur, gertakan dan janji-janji manis untuk dibeli undi mereka..
5. Kedekut dan pengecut.. Jangan bermimpi untuk mendapatkan sumbangan derma atau sokongan daripada golongan ini. Kebanyakannya berkecuali dan tidak suka untuk membuat bantahan. Pentingkan diri dan tembolok sendiri. Lu, lu.. gua, gua.. Sebab itulah pada acara atau mesyuarat hal-hal WTA dan sebagainya, golongan ini tidak akan hadir untuk menyokong atau bersolidariti kepada pejuang-pejuang bangsa..
SELAGI ADANYA PUAK-PUAK DAN GEROMBOLAN-GEROMBOLAN INI DALAM MOA, SELAGI ITULAH WILAYAH TANAH ADAT MASYARAKAT ORANG ASAL TIDAK AKAN DIWARTAKAN MESKIPUN TELAH BERJAYA MENANG KES TUNTUTAN WTA DALAM MAHKAMAH TINGGI.. TOLAK Parti Politik yang tidak iktiraf WTA OA PADA PRU15. HANYA ITU SAHAJA CARA UNTUK DIIKTIRAF WTA ORANG ASAL DISELURUH NEGARA..👌👍🤝💪
Warung Bah Tangeh(cerpen OA)
WARUNG BAH TANGEH
Sejak pagi tadi, Bah Tangeh runsing dan gelisah memikirkan tidak ada seorang pun pelanggan yang berminat di warungnya. Ada pun yang singgah, tidak berminat untuk membeli. Berbeza dengan warung-warung dikiri-kanannya yang begitu rancak dan meriah dengan kehadiran para pelanggan tetap dan memborong barangan yang dijual oleh mereka..
Bah Tangeh begitu hairan sekali. Kenapa barangan yang dijualnya tidak laku di mata masyarakat Orang Asal. Sedangkan, itu adalah keperluan asasi mereka. Bah Tangeh menjual padi Huma, kraftangan daripada tikar mengkuang, rotan, damar, petai, durian kampung, teras gaharu, ubi kayu, ulat dan unggas yang berprotein, daging rusa dan kijang, buah-buahan liar hutan dan herba-herba, katak dan ikan tengas dalam buluh..
Pesaing Bah Tangeh merupakan warga Orang Asal juga. Tetapi mereka menjual belacan, budu, cincalok, wantan mee, roti canai, murtabak, satay, nasi lemak, daging babi panggang, wadeh, muruku, Cina teh, bak Kut teh dan letih. Nampaknya, Orang Asal tidak menyokong hasil dan barangan sendiri. Mungkin mereka malu untuk membeli hasil barangan tradisi.maklumlah, dah moden agaknya..
Tiba-tiba, ada segerombolan bangsa asing yang merupakan pelancong dari luar negara. Nampak seperti warga Eropah, Jepun dan Arab. Ada hampir lima bas kesemuanya. Peliknya, rombongan ini terus menuju ke warung bah Tangeh dan memborong kesemua barangan yang dijual oleh beliau. Bah Tangeh amat gembira dan senang hati apabila akhirnya ada jugalah insan-insan yang bersimpati keatas nasib beliau..
Tetapi, persoalannya.. Kenapa Bah Tangeh tiba-tiba mendapat sambutan dan perhatian daripada bangsa asing tersebut?? Kenapa bangsa asing tersebut membeli barangan yang dijual oleh Bah Tangeh, sedangkan, tidak semua orang asing itu tahu dan biasa dengan keperluan tersebut..
Fikir-fikirkan sendiri wahai Urang Aseli yang terjajah Bangsa, Ajaran nenek-moyang dan Bumi sendiri..
Kalau masih tak reti.. Mai sini, aku nak lekok kepala tu dengan senduk pokok merbau..😝😝😝
Sakai reserve dan Sakai Country(cerpen OA)
BANGSA SAKAI'S RESERVE DAN SAKAI COUNTRY
Dah lama penulis bercuti menulis gara-gara jatuh cinta dengan seorang janda muda bergetah, kaum Melayu Islam. Dahlah berkulit putih melepak dan gebu, seksi lagi jelita pula. Dengan senyuman berlesung pipit dan rambut yang ikal mayang mengurai, hati siapa yang tak tahan?? kata Bah Dahan. Pulak tu, dia mengaku ada darah campuran Urang Aseli suku kaum Semai, sebelah neneknya. WADUHHH..! Hampir-hampir penulis mahu saja memeluk Islam dan berhijrah menjadi bangsa Melayu..
Namun begitu, akibat penangan Wantan Mee dan B**i Panggang Greb-greb yang garing lagi lazat dan berkhasiat, terpaksalah penulis batalkan niat yang suci dalam debu itu. Baiklah, jom kita jenguk beberapa bahagian kisah benar lagi sahih tentang apa yang berlaku kepada bangsa Sakai, setelah diubah menjadi bangsa Urang Aseli oleh pemimpin Politik.
1. "Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan daripada kerajaan. Tok Batin Jangan khuatir, hak keatas tanah rayau adalah bebas dan terpelihara. Kerajaan berjanji tidak akan mengganggu masyarakat Orang Asli untuk berburu, mendapatkan hasil-hasil hutan untuk keperluan atau jualan dan bercucuk tanam. Sekiranya kerajaan mengambil kawasan rayau, pampasan kepada Orang Asli akan dibayar keatas apa-apa juga tanaman yang diusahakan.." Ini adalah salah satu ayat yang dituturkan oleh pegawai Jabatan Orang Asli untuk memujuk Tok-tok Batin menyerahkan kembali peta dan watikah "Sakai's Reserve" yang dimiliki mereka. Sakai Reserve anugerah kerajaan British sebelum negara mencapai kemerdekaan ini begitu menakutkan kerajaan Pemerintah , kerana itu akan menjadi satu bukti yang kukuh untuk bangsa Sakai menuntut hak-hak mereka kepada mahkamah tinggi atau persekutuan sekiranya diceroboh oleh sesiapa pun termasuk kerajaan pemerintah.Kerajaan tahu keluasan setiap peta Sakais Reserve tersebut yang setiap satunya memiliki keluasan beribu ekar. Pemerintah tahu Urang Aseli akan menjadi bangsa yang terkaya dalam negara sekiranya, Urang Aseli ini celik politik, sejarah, pendidikan tinggi dan ekonomi. Dengan itu, Kerajaaan sedaya-upaya memperkudakan Jabatan Orang Asli ini supaya menarik balik peta keramat Sakai's Reserve tersebut daripada tangan seluruh Tok-tok Batin semenanjung Malaysia. Ramai jugalah Tok-tok Batin ini telah menyerahkan kembali peta itu kepada JOA kerana dijanjikan elaun bulanan dan kebajikan yang tidak seberapa. Inilah yang menjadi punca keatas kemiskinan tegar dan rampasan wilayah tanah adat pribumi Orang Asal yang rancak berlaku sekarang. Meskipun setelah Kerajaan Parti Keramat tumbang pada PRU14 lalu dan ketua pengarah JAKOA dilantik dikalangan MOA sendiri, masih tidak ada kesedaran untuk menuntut kembali peta-peta Sakai's Reserve yang ada dalam simpanan ketua pengarah JAKOA tersebut.
2. "Nasib Urang Aseli adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN semenjak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. BN tidak pernah meminggirkan Urang Aseli. Kalau pembangkang perintah negara ini, nescaya Urang Aseli akan terpinggir. Bagaimana dengan anak-anak kita yang bersekolah, adakah akan mendapat percuma? Bagaimana dengan kesihatan kita, adakah percuma seperti biasa? Jangan hancurkan masa depan kita dan negara dengan mengundi parti pembangkang. Tetapi saya sangat percaya, Urang Aseli bukanlah bodoh untuk sokong pembangkang. Urang Aseli amat setia kepada parti Keramat kita. Hanya parti Keramat sahaja yang boleh membela dan menjaga kebajikan serta keselamatan masyarakat Urang Aseli dalam negara ini. Betul tak..??" BETULLL.... HIDUP B*! HIDUP B*! HIDUP B*!.. Itulah laungan keramat Penduduk Urang Aseli yang miskin tegar dan buta berpolitik ketika mendengar ucapan kempen pemimpin Parti Politik setiap kali musim PRU. Apa yang penting, itulah hari yang terindah buat Urang Aseli ini dilayan seperti raja dan mendapat pelbagai keperluan barangan dapur serta dihidangkan dengan makanan yang lazat. Disebelah para pemimpin Parti Politik yang sedang berkempen hancing, kelihatan wajah Tok Batin berseri-seri dengan sedikit wang saku dan beberapa mesin rumput. Begitu mudah sekali untuk berkempen pilihanraya dengan Urang Aseli ini. Mereka teruja dan ghairah untuk meminta beras 5 kilo, sardin 2 tin, gula 2 kilo dan minyak masak sepeket. Ada yang minta sebuah kugiran sebagai nilai sokongan padu kepada parti Politik. Ada yang sibuk minta penajaan pertandingan bola sepak tujuh sebelah atau pesta joget lambak. Tidak pernah pun mereka sebagai pengundi ini meminta diwartakan WTA Sakai's Reserve mereka oleh parti yang bakal membentuk kerajaan.. Pekak badak lagi tengin badak punya Aseli..
Ada lagi.. Tetapi, cukuplah setakat ini dahulu. Ada yang panas telinga dan hati sedang mencuci laras Sumpit tu..😆😝
Kampung Orang Asli sungai Kering (cerpen OA)
KOA SG. JERING
Pening kepala Bah Tangeh apabila memikirkan gelagat dan pemikiran penduduk kampungnya. Nak kata penakut, tidak juga. Nak kata pemalu, bukan begitu. Nak kata bodoh, mungkin tidak.. Buktinya, muka Tok Batin lebam ditumbuk oleh Bah Pelaud ketika ditegur kerana berjoget lambak sambil merokok. Wah Rita yang terkenal dengan sifat pemalunya, tergedik-gedik membonceng motosikal beberapa orang pemuda Melayu ntah ke mana tujuan. Paling hebat, beberapa orang penduduk kampung yang dianggap bodoh, bangkit bersuara dalam setiap minit mesyuarat jawatankuasa bertindak wilayah tanah adat. Walaupun kedengaran agak pelik dan melalut-lalut ke laut serta lari daripada tajuk..
Sungguh. Seram sejuk dan tidak nyaman. Tetapi, itulah hakikatnya.. Rata-rata penduduk kampung orang Asli Sungai Jering ini agak berbeza dan luar biasa. Walaupun selenga, mereka tidak langsung mahu belajar dari pengalaman dan sejarah. Pernah sekali itu, Bah Tangeh dianggap sebagai penghasut dan menentang kerajaan UMNO-BN kesayangan penduduk. Gara-gara ingin mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli. Bah Tangeh tidak mahu rumah PPRT, jalan tar, elektrik dan air bersih. Bah Tangeh hanya minta calon yang berkempen pada pilihanraya umum, wartakan wilayah tanah adat kampung mereka. Bab perkara yang lain tidak penting kepada penduduk..
Akibat daripada tindakan itu, penduduk kampung yang berbangga dengan sogokan barangan keperluan dapur dan sedikit wang saku sempena pilihanraya, memulaukan Bah Tangeh. Di chop sebagai lupa daratan. Barua pembangkang. Pengkhianat bangsa dan negara. Tidak mengenang budi dan jasa kerajaan UMNO-BN. Tidak patuh kepada JAKOA yang banyak berbudi..
Itu dulu.. Sekarang, penduduk kampung mulai sedar peranan dan tanggungjawab Bah Tangeh. Kawasan rayau dan wilayah tanah adat mereka telah dicerobohi oleh berpuluh-puluh buah syarikat persendirian. Diluluskan oleh kerajaan negeri UMNO-BN. Penduduk kampung dipaksa untuk menerima dua ke enam ekar tanah setiap ketua isi rumah. Selebihnya menjadi tanah kerajaan negeri..
Belum terlambat lagi.. Moga menjadi pengajaran dan peringatan kepada penduduk-penduduk kampung Orang Asli diseluruh negara. Bahawasanya, parti UMNO-BN bukanlah sebuah parti politik yang boleh dipercayai dan dihormati. Pemimpin-pemimpin mereka adalah memperjuangkan kekayaan dan kepentingan peribadi dan kroni. Sanggup menindas dan menggadaikan hak-hak rakyat marhaen. Asalkan mereka puas dan kenyang dengan hasil-hasil perompakan hak-hak rakyat dan wang negara..
Ingat pesanan Bah Tangeh.. Jangan lagi minta wang saku dan barangan dapur atau kugiran. Jangan lagi minta jalan raya, rumah PPRT serta bekalan air dan elektrik pada musim pilihanraya umum nanti. Tetapi, minta diwartakan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli dari parti-parti politik yang bertanding. Ada faham..
#Kerajaangagal
Gua Batu Di Negeri Selangor
Gua di Sungai batu di Selangor (penjelajahan bersama masyarakat Orang Asli di Kawasan tersebut)
Sumber: Caves at Sungei Batu in Selangor catatan D.D Daly (terbitan Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 3 (JULY, 1879)
Satu misi penjelajahan telah dijalankan oleh Mr. Syers (Superintendent polis Selangor), Kapten B. Douglas dan pasukannya 28 rajimen, Penulis dan orang asli (sakai) ke kawasan yang masih asing kepada umum iaitu Batu Caves (mase tu tidak dikenali sebagai Batu Caves lagi). Berikut rumusan dari jurnal tersebut.
1. Perjalanan bermula dari Klang seawal 8.00 pagi melalui sungai klang sejauh 17 batu dan tiba di Damansara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dari kuala Lumpur ke gua tersebut melalui jalan hutan yang mana sepanjang perjalanan tersebut terdapat banyak pokok durian.
2. Setiba di bukit, mereka memanjat setinggi 50 kaki dan betul-betul berdiri dihadapan pintu masuk gua. Pintu gua tersebut begitu besar dan gelap dibahagian dalamnya serta didiami oleh ratusan kelawar. Gua tersebut dikenali sebagai gua Lambong. Orang Asli turut menasihati rombongan tersebut supaya tidak masuk lebih dalam.
3. Mereka juga turut menjelajah gua kedua yang dikenali sebagai gua bilah yang mana lebih rendah dan tidak jauh dari gua pertama tadi.Turut disebut juga bahawa terdapat lukisan figura orang asli di luar antara kedua-dua gua ini.
4. Gua ketiga yang mereka terokai adalah gua lada. Gua ini mendapat nama berikutan diluar gua terdapat pokok cili yang tumbuh subur. Bukan itu sahaja sebenarnya, di sekeliling Kawasan gua ini terdapat banyak tanaman seperti durian, pulasan, belimbing dan rambai. Hidupan liar pon tidak terkira.
5. Perincian anda boleh baca teks di bawah ok.
6. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai batu caves. Anda boleh merujuk peta batu caves di bawah. Tercatat juga satu gua dikenali sebagai gua Temuan. Lukisan dinding yang diperkata merupakan bukti yang kuat bahawa tempat tersebut pernah dikunjungi atau didiami. Adakah masih terdapat lagi lukisan tersebut? Banyak tanaman seperti buah2an bermaksud apa? tumbuh sendiri?
Sama-sama kita fikir-fikirkan. Saya juga berpendpat Orang asli yang mengikuti rombongan tersebut mybe org temuan.
7.terima kasih kepada penulis terdahulu kerana ada catatan mcm ni kita dpt sedikit sebanyak gmbaran masa tersebut.
Terima kasih
#perkongsian
#emimei
#bil19
Hehehe boleh saya mencelah. Saya tulis begini. Tidak jauh dari Batu Cave ada Kg Orang Temuan - apakah ada kaitan dengan jalan cerita Si Tenggang Anak Derhaka? Kerana masa itu Tengang sedag beramain atau membawa hatinya yg rusuh kerana kecewa tidak dapat berkahwin dgn anak Batin Itam. Maka Tenggang ditangkap dibawa oleh saudagar apabila Tenggang sudah kaya selepas bernikah dengan anak saudagar dan kahwin pula dengan anak raja. Satu ketika sedang Tenggang mudik ke hulu sungai berdagang dia singgah di kg asalnya. Alangkah malang si Tenggang malu melihat kedua orang tuanya. Miskin dengan membawa panggang daging kera atau lotong. Si Tengang malu mahu mengaku org tua itu ibunya. Ibunya yg merayu mengaku si Tenggang anaknya. Tengang menendang ibu jatuh ke dalam perahunya. Maka oleh kerana emaknya terlalu sedih ibu Tengang menyumpah kapal si Tenggang menjadi batu. Jadilah Batu Cave yang ada hari ini. The end.
Gua Batu Kapur di Perak
Bagaimanakah untuk mengatakan pergunungan batu kapur Kinta tiada nilai arkeologi apabila ia menjadi medan pertempuran dua etnik dalam kelompok yang sama sejak turun temurun.
Lukisan neolitik Gua Tambun terletak di Gunung Panjang yang di dalam gambar di bawah terletak di utara zon merah dalam kawasan Temiar yang juga dilalui PLUS di sebelah kanannya.
Dipercayai, banyak tinggalan neolitik terdapat di medan persengketaan dua etnik kumpulan Senoi ini yang dipercayai saki baki masyarakat yang menganggotai sistem tamadun masyarakat Gangga Negara yang lenyap menjelang abad ke 11 dan dari tamadun ini mereka mula mendiami rumah-rumah dan juga belajar berpindah randah meninggalkan gaya hidup nenek moyang mereka yang yang menjadikan gua-gua sebagai kediaman.
Ini kerana penjajahan oleh bangsa asing seperti Chola 1000 tahun lalu serta pergelutan dengan penculik-penculik dari Sumatera yang menjadikan mereka komoditi di pasaran hamba abdi membuatkan mereka mengadaptasi kehidupan berpindah randah hingga ke timur Banjaran Titiwangsa.
Hipotesis di atas adalah tanggapan semata-mata.
Untuk mengkaji, seluruh gua dan gunung batu perlu di masuki dan disiasat apatah lagi di medan rebutan dua puak ini. Tetapi pergunungan batu kapur Kinta telah dijarah sejak 1960an.
Dengan keadaan hari ini di kawasan tersebut yang semakin parah adakah anda masih merasakan batu kapur lebih berguna dari jejak sejarah silam yang mana bagi sebahagian pengkaji arkeologi mahupun susur galur tempatan, ia adalah penting?
Sejarah Melayu di Genta (Kinta), penerokaannya dan permulaan gelar Panglima Kinta sendiri berkait dengan masyarakat Temiar empat ratus tahun lalu.
Empat ratus tahun sahajalah yang boleh kita tahu.
Bila ditanya empat ribu tahun lalu, hapah tak tahu. Bagaimana hendak memperkukuh keempunyaan atas tanah air ini jika sejarah sehingga Melaka sahaja. Itupun karya entah siapa.
Melaka pun naik setelah jatuh Andalusia. Orang Sepanyol kini yang tidak lagi Muslim pun mencatat sejarah nenek moyang mereka mendirikan kerajaan Islam selama 800 tahun sebelum jatuh ke tangan Kristian.
Itupun mereka terima hakikat bahawa bangsa Rom yang mula-mula membuka tanahnya walaupun mereka utuh berpegang susur galur hampir 1200 tahun pendudukan mereka di bumi sebelah situ.
Orang Asli Biduanda Negeri Sembilan
OA Biduanda (N.Sembilan) ada sejarah tersendiri menurut buku RJ Wilkinson. History of N.Sembilan Puteri Mayang Selida berkahwin dengan Raja Johor Lama. Puteri ini dikatakan sangat jelita seperti puteri Gunung Ledang juga.
https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/12/31/nusajaya-is-now-iskandar-puteri-johor-reverts-to-its-old-name-as-it-has-historical-significance
Pangkat-pangkat di kalangan Orang Asli
Di kalangan Orang Asli,terdapat pangkat-pangkat tertentu yang diketahui umum dalam masyarakat Melayu dan Orang Asli.
Di antaranya Raja Sakai,Panglima Sakai,Pangku dan Mengkong.
Saya rasa saya pernah mendengar tentang 'Mengkong'.
Saya meneliti kajian dari Annandale,Robinson,Waterstradt dan lain-lain tentang kewujudan 'Mengkong' ini.
Juga kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang satu jawatan istimewa yang dipegang oleh seorang dari kalangan Orang Asli sebagai perantara dengan dunia luar atau sebagai penghubung antara raja-raja Melayu dan pengikutnya dengan masyarakat Orang Asli.
Noone,seorang pengkaji melaporkan pada tahun 1936,masih ada dua orang Mengkong di Kampung Temenggor di Perak dan Kuala Betis di Kelantan.
Mengkong adalah jawatan istimewa,dan gelaran ini diketahui datang dari negeri-negeri sebelah utara.Dipercayai berasal dari 'cognate' bahasa Siam kepada perkataan Melayu 'Mangku' (pangku,memangku) atau 'Mengku' yang bermaksud sebagai 'pelindung' (protector) atau 'pemilik' (possessor).
Namun di negeri Reman,Mengkong ini juga digelar sebagai 'Panglima'.
Legenda mengatakan bahawa Mengkong sebenarnya adalah dari kalangan orang Melayu yang mengahwini perempuan Orang Asli dan mempelajari segala ilmu kebatinan Orang Asli dan diangkat menjadi raja
Dalam sejarah,sememangnya banyak raja-raja Melayu yang pada masa yang sama adalah bergelar 'Mengkong'.
Contohnya,Raja Sujita dari Ligor adalah Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku bukit Nyah Kur dan Kensiu dan baginda diangkat sebagai raja mereka.
Anaknya,Suryavarman I yang menjadi emperor Angkor juga Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku Chenla Darat.
Raja Reman yang mengahwini suku Semang dan menjadi Mengkong atau 'Panglima' dan menjadi raja kepada 'tribe hills' di Segenting Kra.
Raja-raja Melayu di Perak dan Pahang juga ada mengambil anak dara suku-suku Jakun dan Temiar sebagai gundik dan mereka juga menjadi Mengkong sebagai tanda persahabatan antara Tok Batin dan raja tersebut.
Raja-raja Kedah yang mengahwini gadis-gadis Urak Lawoi (Orang Laut) juga adalah Mengkong dan begitu juga dengan emperor-emperor Srivijaya dan ini menjadikan The Orang Lauts sebagai 'Varangian Guard' bagi Kedatuan Srivijaya.
Namun bukan semua mereka yang mengambil gadis-gadis Orang Asli sebagai Mengkong.Ada ciri-cirinya dan ritualnya.
Biarlah rahsia itu saya simpan sebagai perjanjian.Cukup setakat ini saya beritahu sejarah Mengkong.
Senator-Senator dari Kalangan Orang Asli
Just for info
Diantara senarai Representative dan senator terdahulu dilantik.
1. Dato Panglima Kinta Haji Mohd Eusoff.
- Representative OA melayu keturunan temiar (kulop kinta pembukaan awal bandar Ipoh).
2. Tok Pangku Pandak Hamid bin Putih Jali
- Temiar muslim sungai siput
3. Hassan Nam.
- Semelai OA
4. Itam Wali Mawan.
- Semai OA.
5. Dato Long Jidin.
- Jakun Muslim.
6. Dato Osman Bungsu.
- Orang Kuala muslim.
7. Dato Olian Abdullah.
- Semelai muslim.
8. Isa Ab Hamid.
- Orang Kuala muslim....present(2021)
Setia Membawa Rebah (cerpen OA)
SETIA MEMBAWA REBAH
"Batin jangan bimbang. Urusan segenap perkara adalah tanggungjawab kami dipihak jabatan orang Asli. Hal-hal tanah rayau dan kebajikan orang Asli termasuklah kesihatan, pendidikan, jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih pun tanggungjawab kami juga.. Ni rumah PPRT ni, siapa yang sediakan?? Gaji Batin pun JOA yang sediakan. Apa lagi yang kurangnya.."
" Hutan balak adalah milik mutlak kerajaan negeri. Termasuk kawasan balak untuk raja. Orang Asli tidak ada hak keatas hasil-hasil hutan. Tetapi kerajaan masih longgarkan beberapa syarat kepada Orang Asli atas dasar simpati dan prihatin. Sebab itulah rotan, damar, kayu gaharu, petai hutan, madu tualang dan sebagainya boleh dikeluarkan. Jikalau tidak, orang Asli sepatutnya dikenakan denda maksimum rm500 ribu kerana tidak memiliki permit dari jabatan perhutanan mengikut akta perhutanan 313.."
" Kami terlalu prihatin terhadap nasib orang Asli. Sebab itulah kami sentiasa mengarahkan syarikat pembalakan membuat jalan merentasi setiap perkampungan orang Asli. Ini bagi memudahkan MOA ada akses kepada jalan balak menuju ke pekan terdekat. Sekiranya pihak kami di jabatan perhutanan tidak berbuat demikian, nescaya orang Asli tidak mungkin boleh keluar ke pekan berdekatan dengan mudah.."
" Tak berguna langsung pelan tanah saka British tu. Serah kembali kepada kerajaan negeri sebab negara sudah merdeka. Orang Asli boleh bercucuk tanam dalam kawasan rayau tanpa sekatan. Kalau dah tanam apa-apa, kerajaan akan bayar pampasan keatas setiap pokok yang ditanam. Itu tanggungjawab pihak kami di jabatan orang Asli.."
" Sebagai Tok Batin, saya tidak bersetuju kerajaan mewartakan atau memberikan geran kepada tanah rayau kami. Kami orang Asli tidak mampu membayar cukai tanah. Ini adalah tanah pusaka nenek moyang kami. Kami berhak keatas kebebasan dalam tanah adat kami dan kami tidak mahu dikongkong oleh kerajaan.."
" Tok Batin perlu faham. Kerajaan terpaksa mengambil balak-balak dalam kawasan tanah rayau orang Asli ini untuk membayar gaji Tok Batin dan membiayai belanjawan tahunan orang Asli sendiri seperti hospital, pendidikan dan rumah-rumah PPRT serta gaji kakitangan jabatan orang Asli.."
" Buat apa orang Asli nak kawasan tanah rayau yang begitu besar. Tidak ada keperluan atau undang-undang yang menyebut Wilayah Tanah Adat dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Kami dipihak JAKOA hanya boleh memohon untuk kawasan penempatan sahaja. Selebih itu adalah tanah hutan simpan kerajaan negeri.."
" Orang Asli adalah berhak keatas tuntutan wilayah tanah adat mereka. Kerajaan negeri seharusnya menyebelahi MOA berbanding dengan kepentingan kerajaan negeri. Hutan rayau dan wilayah tanah adat MOA adalah seperti supermarket dan farmasi buat MOA sejak zaman-berzaman. Kerajaan negeri perlu menghormati dan mewartakan wilayah tanah adat pribumi supaya tidak lagi dieksploitasi oleh pihak berkepentingan. Kami dipihak mahkamah bersetuju menolak kepentingan kerajaan negeri berdasarkan keutamaan kepada yang berhak mengikut sejarah dan tamadun manusia.."
Dialog-dialog diatas perlu MOA hadam dan tanamkan ke dalam diri sebagai pejuang bangsa. Harus ada kajian yang menyeluruh dan setara demi kepentingan dan keadilan kepada generasi orang Asal yang akan datang.. Kei ada..😜
Nama aku Michael (bahagian 2)
Namaku Michael (bah.2)
Sejak aku pulih dan berehat di rumah, otak aku sudah tidak berfungsi seperti sediakala. Aku tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif lagi. Macam OKU mental layaknya. Mujurlah aku ada tiga ekar kebun yang aku tanam pisang abu dan serai serta cabai burung sebelum jatuh sakit. Sedikit sebanyak dapat jugalah menampung kehidupan ibu dan aku. Dikala itulah aku bertemu dengan teman-teman baru yang begitu berminat dengan muzik orang Asal. Pada masa itu, kumpulan Jelmol yang diketuai oleh penyanyi Itam begitu terkenal dan meletop dipersada industri muzik tempatan. Disusuli pula oleh kumpulan Seneroi yang terkenal dengan lagu ala-ala Hindustan dan etnik orang Temiar. Maka, dengan sedikit pengalaman bermain gitar, aku telah dipaksa oleh teman-teman untuk menubuhkan sebuah group muzik. Sejak dari itu, aku sering berlatih muzik dan memberikan harapan dan semangat untuk group. Mereka yang support kerana ketika itu aku sudah jatuh terduduk dan tidak memiliki sebarang pekerjaan..
Setelah aku pulih sepenuhnya, aku ingin memulai kehidupan yang baharu. Aku bincang dengan ibu untuk memulakan perniagaan yang boleh menguntungkan iaitu, jual-beli kayu gaharu. Sungguh sedih, bila ibuku sudah tidak memiliki apa-apa untuk dibuat modal. Yang ada hanyalah beberapa rantai dan gelang pemberian arwah ayahku. Dengan berat hati, ibu langsung berikan barang pusaka itu untuk dijadikan modal. Aku berasa serba salah dan terhutang budi yang amat sangat..
Sebagai pakar dalam bidang bisnes, aku buat-buat berani dan mula membuat risikan dan kertas kerja untuk mendapatkan informasi dan strategi terkini dalam bisnes kayu gaharu. Aku siasat harga pasaran dan tauke-tauke pemborong besar dan nilai harga pasaran terkini yang ditawarkan oleh peraih. Akhirnya aku dapati, orang Asal ketika itu adalah tidak celik kepada pasaran gaharu sedunia. Mereka sering ditindas oleh peraih terutamanya, tauke Cina dan Melayu. Mereka dibayar bawah 200 peratus hingga 1,000 peratus daripada harga pasaran semasa. Contohnya, peraih bayar rm100 per kilogram tetapi menjual di pasaran luar sehingga lebih rm1,000 perkilo. Angka itu adalah tidak adil kepada orang Asal yang tidak berpelajaran dan tidak tahu tentang pasaran semasa..
Semenjak aku mula bersaing dalam pasaran gaharu, aku mula jelajah pasaran gaharu di Perak, Pahang dan Kelantan. Aku membuka harga yang tertinggi sehinggakan para pesaing aku jatuh bankrup dan mula menjadi musuh buatku. Ada juga yang berani bersaing sehingga hampir tidak mendapat apa-apa keuntungan pun. Janji aku bungkus dan berhenti berniaga. Tetapi, aku tidak pernah berhenti. Ini sesuatu yang menguntungkan dipihak bangsa aku. Malangnya, ada pihak dikalangan orang Asal sendiri yang tidak cari makan dengan hasil gaharu tetapi menyokong peniaga kaum luar atas sedikit komisen. Mereka memainkan peranan menghasut dan memfitnah supaya MOA tidak menyokong aku lagi dalam bisnes gaharu itu..
Dikala itulah aku mula menyatukan teman-teman lama untuk menubuhkan group SURVIVAL dan menerbitkan beberapa album. Setelah kumpulan Survival Meletop dipasaran dan mendapat liputan meluas di radio orang Asal 'asyik fm', aku mula membuka peluang kepada kumpulan-kumpulan yang lain termasuk kumpulan Ramsa dari Pahang. Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada penyokong dan peminat-peminat kami diseluruh negara terutamanya kem-kem PGA di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak. Malangnya, ketika zaman kegemilangan ini berlangsung, aku telah dijemput kembali untuk mengalami pengalaman yang sama seperti mula-mula aku belajar sebagai usahawan. Aku hilang dalam diri sendiri dan mulai trauma dan koma kembali..
* Pulak dah.. macam cerita Tamil la pulak.. Sambung kendian..😆😆😊😬
Nama aku Michael (cerpen OA)
Namaku Michael
Ingatkan berdikari dan bekerja sebagai buruh atau kuli kepada majikan ni perkara yang mudah. Rupa-rupanya, setelah hampir lima tahun bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan termasuk, pembinaan, kilang, ladang, security dan hotel, ternyata membuatkan aku menjadi muak dan bosan. Diawal 90'an memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang diminati kerana peluang yang terhad dan saingan yang hebat dari pendatang asing. Aku tidak suka menggunakan sijil pelajaran untuk mendapatkan sebarang kerjaya yang stabil. Aku cuma ingin mencari sebanyak mungkin pengalaman ketika itu. Walaupun aku layak memohon jawatan yang tetap dalam kerajaan, tetapi aku tidak suka terkongkong agak lama untuk mendapatkan pencen..
Ketika terkapai-kapai mencari jawapan untuk masa hadapan, aku mula terfikir, kenapa aku tidak pulang ke kampung halaman sahaja..? Aku tidak rasakan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah terbaik buatku. Walaupun setiap bulan aku mampu mengirimkan sejumlah wang untuk keperluan ibuku, tetapi jiwaku kacau disini. Pengaruh dan keghairahan hidup di kota ini amat merbahaya buatku. Aku nyaris-nyaris mengambil keputusan yang salah apabila mengenali ramai teman-teman yang baru dikenali. Ada antara mereka adalah penagih dadah, pencuri, penipu, kaki mabuk dan perempuan, kaki gaduh, gay dan sebagainya. Paling teruk, aku hampir berkahwin dengan wanita Melayu, Cina dan Sikh.. Maklum ajelah, muda-muda dulu hensem jugak la ghaann 😝.. Nasib baik aku lekas-lekas sedar diri. Aku hanya budak miskin dan tidak beragama.Dan tidak mungkin aku boleh melupakan cara serta asal-usulku. Maka, selamatlah aku dari pengaruh dan godaan semua golongan itu..
Berbekalkan sedikit modal yang aku kumpulkan selama lima tahun bekerja di KL, aku memulakan hidup baru sebagai business man kononnya. Aku fikir, mungkin bidang baru ini adalah sesuai dengan jiwaku. Aku sudah muak bergelar kuli-kuli sahaja. Kena arah, maki, ugut macam hamba abdi. Enough is enough, gesaku dalam hati sambil memanjatkan doa kepada nenek-moyang dan Tuhan pencipta segala alam.. Aku memulakan bisnes pertamaku sebagai pemborong dan pembekal produk hasil-hasil kampung. Durian, petai, jering, bunga kantan, ayam kampung, sayuran organik kampung dan berbagai-bagai lagi yang boleh dijual..
Oleh kerana sikap semulajadi yang peramah dan muka tebal, aku boleh saja berjual-beli tanpa sebarang masalah dengan para pelangganku. Pada mulanya, bisnes itu begitu lumayan dan memberangsangkan. Daripada motosikal kapcai aku bertukar pula kepada proton saga. Dari proton saga bertukar kepada Mitsubishi pajero. Daripada Pajero, berdebukk.. jalan kaki.. Biasalah. Bila dah maju, ada-ada saja orang yang dengki. Setakat nak bersaing secara sihat tu, aku okey jaa.. Tapi, siap dengan hasutan, fitnah jahat, dengki khianat malah, tok bomoh pun masuk campur. Adehh..
Hampir dua tahun juga aku terlantar sakit mystery. Hinggakan semua harta yang terkumpul habis dijual untuk berubat di segenap daerah dan negeri. Kasihan kepada ibuku yang bertungkus-lumus menjaga dan berikhtiar untuk aku terus hidup. Sehinggalah pada suatu malam, aku didatangi oleh seorang lelaki yang mengaku aku adalah anaknya, dalam mimpiku itu. Beliau terlalu rindukan aku dan meminta maaf kerana meninggalkan aku sedari kecil. Setelah itu, beliau meminta izin untuk pergi. Dengan wajah yang bersinar-sinar tersenyum padaku, beliau semakin menjauh dariku. Aku cuba menahannya, aku ingin bertanya beribu persoalan. Malangnya, beliau menghilangkan diri begitu sahaja hingga membuatkan aku kecewa dan menangis tersedu-sedan. Rupa-rupanya aku teresak-esak hingga diluar mimpiku. Ibuku menjerit gembira. Aku kehairanan setelah terjaga dari tidur. Aku bertanya kepada ibuku, kenapa aku berada di wad hospital.. Ibuku dengan linangan air mata yang tidak terhenti-henti menjawab," Nak, kamu sudah hampir sebulan koma. Ibu bersyukur akhirnya kamu telah sedar.."
*Oklah, atas permintaan rakan-rakan sekalian, aku cuba sambung di lain waktu. Aku tak nak citer panjang-panjang nanti buang masa korang semua.. 😜😊
Tanggapan Terhadap Orang Asli
Orang Asli wujud atau lahir ke dunia ini adalah atas 'kehendak' Tuhan. Sama dengan kewujudan lain-lain bangsa atau manusia, dan lain-lain makhluk di alam semesta ini.
Agama adalah satu kepercayaan. Orang Asli bukan atheis, juga bukan animisma.
Orang Asli mempercayai Tuhan, cuma approch atau cara Orang Asli mendekati Tuhan itu amat unik (berbeza); lain caranya dari lain-lain penganut agama. Orang Asli menyembah Tuhan (sembahyang) atau berdoa kepada Tuhan melalui pintu hatinya, dalaman jiwa raganya.
Berbagai persepsi dan tanggapan salah masyarakat lain terhadap kepercayaan Orang Asli dengan Tuhan.
Kehidupan dan kepercayaan lain-lain bangsa banyak mempengaruhi sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan seharian masyarakat minoriti Orang Asli.
Itulah sebabnya banyak kelihatan meniru atau suka-suka ikut cara hidup dan adatresam bangsa lain.
Khamis, 8 Julai 2021
TENTANG JAHUT
Mengikut sumber kajian Admin bukan sahaja suku kaum Orang Asli Btsisi(Mah Meri) dan Suku Semelai lari selepas kejatuhan Kesultanan negeri Johor lama seterusnya ke Muar malahan Suku kaum Jahut krau pun turut Melarikan diri ke Pahang menetap sekitar (kuala Krau/Pekan) akibat tidak tahan dengan cara pemerintah pada masa itu. Mereka melarikan diri dan kekal menetap di kuala krau dan bercampur dengan Orang Asli sekeliling.
Budaya bersunat dikalangan mereka merupakan pengaruh dari pagaruyung. Yang amat menarik adalah gambar Balai Hantu dan mungkin upacara ini sudah ketinggalan dan tidak diamalkan lagi.
Jika info dari Admin ini tidak tepat sila perbetulkan.
SEJARAH PAHANG 1936
Sejarah Pahang (W. Linehan 1936)
Sejarah Negeri Pahang Darul Makmur telah mula dicatat sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai "Pahang" sahaja. Hal ini dibuktikan dengan catatan Nagarakretagama1 yang ditulis pada tahun 1365. Dalam banyak catatan lain, Pahang merupakan kawasan yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu disebabkan keluasan kerajaan ini yang merangkumi kesemua kawasan sebelah selatan Semenanjug. Pada tahun 1225, penulis Cina bernama Chau Ju-Kua telah merekodkan nama "Pong-fong" bagi merujuk kepada Pahang iaitu salah sebuah negeri naungan San Fo-ts'i (Srivijaya). Wang Ta-Yuan pada tahun 1349 pula menyebut P'eng K'eng dan Pa-tu-ma bagi merujuk kepada Pahang dan Pulau Tioman2. Sejarah Empayar Ming (1368-1643) turut ada menyebut tentang Pahang iaitu sebagai sebuah kerajaan yang diketuai oleh Maharaja Tajau dan terletak di sebelah barat Siam. Maharaja Tajau ini telah menghantar diplomat ke Cina pada tahun 1378 (Linehan 1936). Oleh itu, telah dapat dibuktikan sebuah kerajaan telah terbina di Pahang seawal abad ke-13 iaitu mendahului Melaka.
Rajah 1. Peta Pahang dan anggaran lokasi-lokasi yang disebut dalam artikel ini
Negeri Pahang menyimpan bukti prasejarah Malaysia dengan penemuan tamadun Mesolitik yang masih menggunakan peralatan zaman Paleolitik di Gunung Senyum3. Selain Gunung Senyum, Kesan tamadun Mesolitik juga dijumpai di Sungai Lembing4. Di sini, kesan tamadun Papua-Melanesoid5 berusia kira-kira 6000 tahun dijumpai iaitu bukti migrasi prasejarah tertua di Semenanjung. Sekitar 1500 S.M., relik-relik (objek peninggalan zaman prasejarah) Neolitik telah tiba di Pahang yang dipercayai berasal dari China. Di Tembeling6 dan Tresang7 pula, relik-relik zaman Gangsa dijumpai. Linehan mengatakan tamadun Gangsa tidak sampai ke Semenanjung sehinggalah 400 S.M.. Tembeling dan Tresang juga dikaitkan dengan tamadun zaman Besi dan Emas. Hal ini dibuktikan dengan penemuan peralatan logam seperti "tulang mawas8". Selain itu, hasil kerja-kerja emas turut dijumpai di Selinsing yang terletak di Jelai9.
Suku kaum primitif yang tinggal di Pahang sebelum kebanjiran orang-orang Melayu moden adalah daripada kumpulan Semang, Sakai dan Jakun. Semang atau Pangan boleh dijumpai sehingga ke kawasan Cheka10 manakala Sakai mendiami kawasan-kawasan pedalaman Pahang. Kawasan hutan sekitar pesisir pantai dihuni pula oleh Melayu-Proto11 Jakun dan Orang Laut. Kumpulan-kumpulan ini akhirnya mengalami proses penyatuan dan penyerapan ke dalam kumpulan Melayu yang tiba kemudiannya (Linehan 1936). Begitulah ringkasan mengenai pembentukan negeri Pahang yang bermula dengan peradaban Mesolitik sehinggalah ketibaan orang-orang Melayu.
Video 1. Dokumentari ringkas mengenai Pahang Darul Makmur
Nota Kaki:
1. Sebuah kakawin (puisi Jawa) yang ditulis pada naskhah lontar (sejenis daun palma) oleh Mpu Prapanca sebagai eulogi (tulisan atau ucapan terhormat yang formal, mengandungi pujian dan doa yang tinggi untuk seseorang atau benda) kepada Hayam Wuruk (r. 1350-1389), raja Majaahit.
2. Linehan tidak dapat memastikan Pa-tu-ma sebagai Pulau Tioman.
3. Terletak di Jengka, daerah Maran.
4. Terletak di daerah Kuantan.
5. Kumpulan etnik yang dipercayai sebagai nenek moyang etnik Papua dan Melanesia.
6. Terletak di daerah Jerantut.
7. Terletak di daerah Raub.
8. Alat besi yang dipercayai digunakan oleh pelombong atau dalam kerja pembuatan kapal.
9. Terletak di daerah Kuala Lipis.
10. Terletak di daerah
11. Kumpulan Melayu asli iaitu mendahului kumpulan Melayu-Deutero. Melayu-Deutero merupakan nenek moyang kepada orang Melayu moden.
Rujukan:
Linehan, W. 1936. A History of Pahang. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Kuala Lumpur.
SEJARAH PAHANG 400SM-1900SM
SEJARAH PAHANG 400SM-1900M- PART 1.
Sejarah Ringkas Pentadbiran Negeri Pahang 400SM -1900M.
Pahang Di Zaman Bahari
Kewujudan Negeri Pahang mula di ketahui oleh Ahli Sejarah menerusi peta yang dilukis oleh Ptolemy’s yang menceritakan berkenaan kedudukan Semenanjung Emas. Gambaran dari peta tersebut jelas kelihatan Sungai Pahang.
Peta yang dilukis oleh Platomy menarik perhatian para pedagang dari seluruh Eropah dan Tanah Arab untuk datang ke blok sebelah sini untuk mendapatkan emas.
Lombong emas nabi sulaiman pun dikatakan terletak di Pahang.
Pahang mempunyai pelbagai nama, Perkataan “Pahang” di ambil dari perkataan Kemboja yang bermakna “Bijih Timah” ini kerana pada masa dahulu Negeri Pahang kaya dengan hasil bijih tersebut.
Di dalam kitab-kitab lain Negeri Pahang di panggil dengan pelbagai nama ;seperti Pong-Fong di dalam istilah orang Cina,Pan atau Pam di dalam istilah Arab, Phaung atau Pahangh di dalam buku-buku orang Eropah. Pelbagai istilah ini menunjjukkan pelbagai bangsa telah datang ke Pahang untuk berniaga atau menjelajah.
Bagi Orang Asli nama Negeri Pahang di ambil dari Pokok Mahang, iaitu sebatang pokok yang besar terletak di Kuala Pahang Tua. Negeri ini di sebut juga “Inderpura” atau “Pura” sahaja sebagaimana dinyatakan di dalam Kitab Sejarah Melayu.
Nama pura bermaksud bandar atau pekan,maka “Pekan” kekal namanya sehingga ke hari ini disebut orang “Pekan Pahang” asalnya ia nama sebuah negeri atau negara.(lihat W.Linehan- History of Pahang )
Lama sebelum itu dari jumpaan sejarah di dapati beberapa alat kegunaan masyarakat dahulu tertanam di Gunong Senyum dan di Sungai Lembing Kuantan. Alat-alat dari Zaman Mesolithic dan Noelithic.
Manusia zaman batu telah memduduki Pahang sejak awal lagi.
Dijumpai beberapa peralatan dari Negeri Cina di Pahang yang bertarikh 1500 Sebelum Masehi,seperti bekas makanan dan tempat menyimpan peralatan rumah.Dijumpai juga sebuah Gendang Gangsa di Kg Tersang Kuala Tembeling bertarikh 400 Sebelum Masehi, ini menunjukkan di Negeri Pahang pada masa itu sudah maju dan mempunyai tamadun serta bandar.
Bandar ini merupakan bandar perlombongan emas yang besar dan terkenal,di datangi oleh ramai pendatang dari seluruh dunia.
Sekitar tahun 419H / 960Masehi telah terdapat kegiatan orang Islam di Pahang dengan terjumpanya sebuah batu nesan di Pulau Tambun, di Pekan Pahang. Batu nesan itu secara jelas menceritakan tentang kematian si empunya makam tersebut;
Jika dilihat di sini maka kita dapati jumpaan ini menyamai jumpaan makam Fatimah di Leran di Jawa yang bertarikh pada tahun 475 H. Ahli sejarah berbelah bagi menerima batu nesan Pulau Tambun sebagai bukti sejarah akan tetapi sejarah tidak boleh di putar belitkan dengan begitu mudah.
Pemerintah Pahang di Zaman Majapahit (1365)
Menurut Syair Negara Kertagarma yang disusun pada tahun 1365, Syair ini menceritakan keagungan dan kebesaran pemerintahan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa.
Pemerintahan Majapahit merangkumi wilayah yang luas meliputi Tanah Jawa , Sumatera dan Tanah Melayu. Negeri-negeri di Tanah Melayu yang di tawan oleh Majapahit termasuk Pahang,Kelantan dan Terengganu.
Menurut D Ederia,seorang padri bangsa Portugis, Islam telah di amalkan secara meluas di Pahang pada ketika ini. Menurut beliau, Islam bertapak di Pahang hampir seratus tahun lebih awal dari Melaka.
Bagi kita hal ini tidak menghairankan kerana Islam telah bertapak di Terangganu lebih awal dari itu sekitar 1303 Masehi,ini kerana Batu Bersurat Terangganu bertarikh sekitar tahun yang disebutkan tadi. Terangganu dan Pahang merupakan dua buah negeri yang sangat berkait rapat dalam semua aktiviti ekonomi atau budaya.
Bagi pelombong emas dan bijih timah mereka datang ke Terengganu melalui Pahang,atau bagi pedagang dari Cina,Siam dan Kampuchea mereka datang melalui Kelantan dan Terangganu menerusi Pahang untuk ke pantai barat.
1.Pemerintahan Maharaja Tajau (1378)
Dinyatakan oleh sejarah Cina, raja yang memerintah Pahang pada tahun 1378 digelar Maharaja Tajau. Penulis percaya bahawa Maharaja Tajau ini merupakan raja dari kalangan Orang Asli tempatan,ini kerana tidak ada bukti menunjjukan bahawa raja ini berasal dari kawasan sekitar yang lain.
Tidak ada sebarag catitan yang mengatakan bahawa ini berasal dari selatan atau timur wilayah negeri-negeri Melayu. Kemungkinan besar raja ini menguasai Pahang ketika kemerosotan kerajaan Majapahit.
Maharaja Tajau mengakui kebesaran kerajaan Cina dan menghantar ufti ke sana. Di percayai saudagar Islam mempunyai tempat mereka yang tersendiri di dalam pemerintahan Maharaja Tajau, mereka tidak diganggu di dalam urusan agama mereka selama mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan kerajaan.
2.Pemerintahan Maharaja Tasik Cini (1411-1416)
Selepas pemerintahan Raja Tajau, Ahli Sejarah Cina menyebutkan pemerintah Pahang ketika itu ialah Parameswara Tasik Cini. Ibu kota pemerintahan ini dipercayai di sekitar Tasik Cini di kawasan Daerah Pekan.
Raja Cina telah mengutus Laksamana Cheng Ho untuk melawat negara tersebut. Maka utusan dari Parameswara Tasik Cini telah datang sebanyak dua kali ke Cina iaitu pada tahun 1412 dan 1414.
Penulis percaya Permaisuri Tasik Cini ada kaitan dengan Maharaja Tajau dan merupakan dari keturunan Orang Asli tempatan ,akan tetapi di masa ini serangan pihak Siam ke atas Pahang begitu kuat untuk menguasai kawasan perlombongan emas dan bijih timah.
Sebahagian besar kawasan paya sepanjang sungai Pahang mengandungi pasir dan batu batan kasar, ini menunjukkan bahawa kawasan paya ini semasa dulu merupakan lombong bijih bukan kawasan penanaman padi pada awalnya.
Ahli Sejarah Cina menceritakan bahawa istana Maharaja Tasik Cini di perbuat dari emas. Keadaan ini sudah tentu menarik minat para penguasa dari luar untuk menguasai kekayaan yang luar biasa ini.
Dalam pada itu perkembangan Islam di Pahang di percayai semakin meluas pada masa ini di sekitar kawasan pantai laut dan pendalaman pinggir pantai di Negeri Pahang.
Di percayai saudagar Arab yang menguasai aliran perdagangan di Asia juga menguasai sebahagian perdagangan di Pahang ketika itu, terutama bahan-bahan perdagangan seperti Kayu Gaharu, Gading Gajah,Kemiyan dan hasil hutan.
Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Siam (1436- 1454)
3.Maharaja Dewa Sura
Siam menguasai Pahang ketika Melaka sedang kembang mekar. Di bawah pemerintah raja-raja Melaka yang bijaksana, penguasaan Siam ke atas Pahang semakin sukar. Pemerintah Siam datang ke Pahang untuk menguasai perdagangan bijih timah dan emas.
Mereka memasuki Pahang dari kawasan Ulu Terangganu. Penguasaan Orang Siam ke atas Pahang di akui oleh beberapa sarjana dan Ahli Sejarah kerana banyak nama-nama tempat di Pahang mempunyai kaitan dengan Siam seperti Jeram Siam, Parit Siam dan di percayai nama Sungai Tembeling di beri nama oleh orang Siam dari perkataan “Tan- ma – ling” .
Di antara wakil Siam yang disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu, ialah Maharaja Dewa Sura(1454):
“Syahdan…maka diceriterakan oleh yang punya ceritera. Adalah di dalam Pahang itu sebuah negara Pura namanya….airnya sungguh tohor dengan pasirnya terlalu baik,air sungai itu tawar datang ke laut dan ada emas urai di sana. Adapun dahulu kala Negeri Pahang itu taaluk kepada Siam, Maharaja Dewa Sura nama rajanya,Keluarga juga pada Paduka Bubun”
Perkataan “ Air sungai itu tawar datang ke laut” menunjukkan kawasan yang di sebutkan itu adalah
Kuala Sungai Pahang Tua berhampiran Kuala Selangor, sebab tidak ada air di kuala sungai tawar sebagaimana sungai di Pahang Tua. yang airnya tawar sehingga masuk ke dalam laut,kawasan kuala nya sempit dan tohor, ketika air pasang barulah kapal kecil boleh masuk ke dalam kuala.
Ketika berlaku peperangan kali kedua di antara Melaka dan Siam,pihak Siam telah kalah dan berundur ke Pahang,melihat situasi ini Tun Perak tidak melepaskan peluang untuk mengekori tentera Siam lalu menyerang Pahang, Kitab Sejarah Melayu menceritakan :
“ Telah beberapa hari berjalan sampailah ke Pahang, maka orang Melaka pun berperanglah dengan orang Pahang……Maka dengan kuasa Allah Taala yang amat kuat maka dengan mudahnya juga Pahang alah kepada Melaka”
Perkataan “ maka dengan mudahnya” memberi pelbagai pertanyaan kepada kita keadaan di Pahang ketika itu Oleh kerana kedudukan wakil Siam di Negeri Pahang tidak begitu kuat kerana di percayai sudah ramai penduduk Pahang memeluk Islam,maka pasukan kecil dari Melaka begitu mudah mengalahkan Siam di Pahang. Mereka berjaya menguasai Pahang dan meletakkan wakil raja di negeri ini.
Pemerintah Pahang di Zaman Taklukan Melaka
Setelah Melaka dapat menawan, maka Sultan Mansor Shah telah melantik wakil raja di Pahang sebab pada masa itu belum ada raja muda yang layak menjadi raja sebagai wakil sultan,sehingga berlaku peristiwa pembunuhan Tuan Besar anak Tuk Perak :
“ Maka Seri Bija Diraja dititahkan oleh Sultan tinggal di Pahang,dianugerhi dengan nobat dan payung iram-iram serta diapit oleh jasanya menangkap Maharaja Dewa Sura…..setahun sekali ia menghadap ke Melaka”
Keadaan ini berjalan selama beberapa tahun sehingga berlaku peristiwa pembunuhan anak Tun Perak oleh Raja Muhammad:
“ Sekali peristiwa Raja Muhammad pergi bermain kuda di kampong Bendahara Paduka Raja. Adapun pada masa itu Tun Besar anak Bendahara sedang bermain sepak raga di lebuh bersama orang muda-muda…..
Maka Raja Muhammad pun lalu…Maka raga itu jatuh menimpa destar Raja Muhammad,jatuh ke tanah.
Maka kata Raja Muhammad: “Cis jatuh dastar kita oleh Tun Besar…..Maka berlari-lari orang membawa puan….maka ditikamnya Tun Besar kena belikat terus ke hulu hati.Maka Tun Besar pun matilah….
Setelah di dengar oleh Sultan Mansur Shah baginda memanggil Raja Muhammad,maka titah baginda”Celaka Si Muhammad….apa tah daya ku engkau ditolak bumi Melaka…………
Maka Seri Bija Diraja pun datanglah,maka Raja Muhammad diserahkan baginda pada Seri Bija Diraja disuruhkan dirajakan di Pahang.
Sejak itu Negeri Pahang mempunyai raja yang berdaulat dan mempunyai peraturan seperti lain-lain negeri yang ada raja.
4. Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475)
Sebelum Raja Muhammad memerintah Pahang, Negeri Pahang di perintah oleh wakil raja Melaka yang bernama Dato Seri Bija Diraja. Kedudukan beliau ketika itu di Pahang seperti raja.
Raja Muhammad sepatutnya mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa sepaktakraw yang mengenai kepala baginda,langsung di bunuhnya anak bendahara kerana peristiwa itu,maka baginda dihantar menjadi raja di Pahang.
Baginda dilantik menjadi raja Pahang pada tahun 1470 dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Wilayah kekuasaan baginda dari Sedili hingga ke Terengganu. Baginda bersemayang di Tanjong Langgar Pahang Tua, Pekan, terdapat banyak makam raja Melaka di Pahang Tua.
Dengan tertakluknya Pahang ke bawah kekuasaan Melaka,maka dengan resminya Pahang sudah menjadi sebuah negara Islam ketika itu. Maka rakyat jelata yang sudah ramai memeluk Islam menyambut baik kedatangan raja Melaka yang membebaskan mereka dari cengkaman Siam yang beragama Budhha.
Kedatangan orang Melaka bukan sahaja mengubah corak pemerintahan dan politik,akan tetapi membawa bersama mereka Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Laut Melaka yang berasaskan perundangan Islam dan bermazhab Syafiee.
SEJARAH ORANG KAYA PERBA JELAI
Sejarah Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Di Bukit Betong Lipis iaitu di daerah Hulu Pahang telah sekian lama bertapak satu kelompok dari keturunan Raja Pagar Ruyung juga memegang teraju Orang Besar Berempat Pahang turun temurun. Yang dimaksudkan adalah keluarga Orang Kaya Indera Perba Jelai atau Tok Raja Jelai yang mengikut catatan sejarah keluarga mereka, Seri Maharaja Perba adalah nenek moyang mereka yang pertama datang dari Pagar Ruyung ke Lipis pada Tahun 1591. Nama kampong asal Seri Maharaja Perba di Pagaruyung ialah Kabung Pagar Teras. Ikut bersama Seri Maharaja itu ialah dua saudaranya yang laki-laki iatu Maharaja Indera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak dikenal pasti namanya. Saudara beliau yang perempuan ini berkahwin denmga ulama Tun Bandan Patani dan zuriat mereka inilah menurunkan kaluarga Maharaja Perba Jelai sehingga kini kerana Seri Maharaja Perba itu tiada berzuriat. Rantau Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang di Pekan apabila tanah daerah tersebut dibeli olaeh Seri Maharaja Perba yang pertama itu daripada Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “ segantang ulang aling emas, satu dasar bali isi emas dan sesuku tangan baju isi emas” Disebabkan itulah Maharaja Perba Jelai sangat dihormati oleh rakyat Hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal dengan gelar “Raja Bukit Betong” atau Raja di Bukit “ kerana sememangnya beliau berasal dari keturunan raja Pagar Ruyung. Ketika zaman pemerintahan Maharaja Perba Jelai Ke-6, Tok Raja Wan Idris dan Tok Raja Wan Muhamad (1776-1882), sekitar tahun 1830-an atau awal 1840-an dijemput pula sekelompuk keluarga pahlawan berdarah Raja Pagaruyung dari Minangkabau untuk menjadi panglima khusus bagi mempertahankan keluarga institusi Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong. Rombongan tersebut diketuai seorang yang bergelar“pendekar mamat“ yang dipercayai salah seorang daripada kerabat diraja Pagaruyung yang membawa diri ke Tanah Semenanjung setelah kedaulatan yang dipertuan Rajo Alam Pagaruyung terakhir, Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan berdaulat dijatuhkan oleh penjajah Belanda pada tahun 1833. Gelar ‘pendekarnya” itu hanyalah untuk mengaburi mata orang ramai sahaja supaya jangan tahu asal usul beliau yang sebenarnya. Ketahui lagi baca buku Bingkisan Sejarah Raub. Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada tok Raja. Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya. Rujuk: Keterangan Wan Bidin bin Wan Idris, kampong Bukit Pampong, Hulu Dong. Beliau adalah cicit Orang Kaya Maharaja Setia Raja Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kaya Haji)1805-1889 Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakaria bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41. Bingkisan Sejarah Raub 2007.Rao dan Pagaruyung: Pertalian dengan Raub dan Pahang oleh Zaffuan Haji Manap. hlm 05 Pengikut buku-buku sejarah Orang Lipis kebanyakannya, berasal dari Sumatera Barat (Pagar Ruyung). http://jaro.com.my
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
PERJALANAN SUKU JAHUT
Rasa tertarik dengan posting mengenai gambar Tok Raja Jelai mempunyai hubungan rapat dengan Orang Asli. Mengikut Sejarah awal Pahang, orang melayu yang terawal masuk ke Negeri Pahang melalui laluan jalan air Penarikan iaitu keturunan dari Tok Bentara Kanan dari Johor yang menghwini anak Batin Sakai Ulu Muar iaitu Puteri Orang Asli (Puteri Buloh Betong).
Tok Bentara Kanan mempunyai tiga orang anak lelaki dimana kemudianya berhijrah ke Negeri Pahang seterusnya membuka penempatan di sekitar Bera, Temerloh dan Ulu Jelai. Tok Raja Jelai dipercayai keturunan dari salasilah ini.
Admin juga dapati ada persamaan dengan cerita dari masyarakat suku kaum Jahut mengenai Puteri Buloh Betong dan perkahwinan anak perempuan Batin dengan Putera Raja dari Aceh seterusnya keturunan ini berkembang di daerah Pahang.
https://lamanpahang.blogspot.com/2016/06/tok-bentara-kanan-johor-datang-bermukim.html?m=1
lagenda suku Jahut
Cerita ini merupakan cerita rakyat masyarakat suku kaum Jah Hut seakan sama dengan cerita dengan cerita Legenda suku kaum Semai mengenai cerita Kesultanan Perak dynasty dahulu iaitu mengahwini Puteri Buluh Betong (Orang Asli).Cerita lagenda ini merupakan satu simbolik digambarkan antara hubungan Jah Hut dengan orang melayu melalui hubungan perkahwinan pada masa dahulu.
Mengikut cerita putera Raja Aceh ingin memperisterikan puteri buluh betong dan meminta kebenaran dari restu dariTok Batin Jah Hut Jesteru itu Tok Batin pun memberitahu bahawa niat putera itu bukan piliihan yang tepat untuk mempersetujui kerana mereka Jah Hut adalah "Orang Darat" dan perbezaan antara budaya.
Putera Raja Aceh masih berdegil juga ingin memperisterikan puteri buluh betong dan Tok Batin memberi satu syarat iaitu dengan syarat putera Aceh sanggup makan minum bersama mereka dengan mengunakan peralatan cengkerang kura- kura sebagai pinggan dan bekas minuman. Putera Raja Aceh sanggup menyahut cabaran itu dan sanggup memenuhi syarat tersebut. Akhirnya putera Aceh mendapat restu dari Tok Batin Jah Hut dan mengahwini Puteri Buluh Betong.
Catatan ini ditulis oleh dari tesis Baharon 1964 mengenai cerita lagenda masyarakat suku kaum Jah Hut mengenai hubungan awal dengan masyarakat melayu sebelum hubungan dengan pengaruh dari budaya Pagaruyung. Gullick menyebut pengaruh dari kedua ini menyebabkan perubahan budaya suku kaum Jah Hut seperti budaya berarak untuk bersunat dikalangan masyarat Jah Hut masih diamalkan sehinga sekarang ini.
Jika cerita rakyat ini tak betul seperti diatas diharap tolong perbetulkan.-YUS YUS
“Setahu saya cerita diatas bukan kawin dengan puteri buluh Betong, tapi kawin dengan anak batin perempuan ,Selepas perang mengkarak, lokasinya area terengging”-yus jahut
PERANAN JAHUT SEMASA PERANG SEMANTAN
“Perang Semantan Temerloh” klu saya baca dr tulisan dr Hugh Clifford dan jounal Ram Sigh (sepoy).. perang tersebut berjaya disebabkan oleh kebijaksanaan dan pertolongan dari orang Asli yg terdiri dr 100 orang bawah Dato Bahaman... Pengikut ramai dr suku Jahut krau klu mengikut Hugh Clifford....selepas itu mereka diburu lari ke ulu tembeling membuka kg bersama Orang Asli.
THE LOST OF CITY PAHANG
PERKONGSIAN: LOST CITY IN PAHANG.
Perkongsian Ini diambil dari sebuah Blog..
The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time, tons of their precious metal……~Further India~.
Kata-kata Hugh Clifford tersebut telah lama menghantui saya. Beliau yakin bahawa pernah wujud satu lost civilization di Pahang yang mempunyai teknologi hebat dalam perlombongan emas. Beliau percaya bahawa bumi Pahang yang kaya dengan emas adalah penyebab mengapa Ptolemy menggelar Semenanjung Tanah Melayu ini sebagai Semenanjung Emas. Terdapat banyak lombong kuno dijumpai berselerak di Pahang. Lombong-lombong ini didapati menggunakan teknologi yang tinggi sehingga menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dikendalikan oleh orang Melayu dan diandaikan pula bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun menyebut:
The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization……..
In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. Neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state.
Sumber lain yang menguatkan hujah bahawa di Pahang menyimpan sebuah tamadun silam yang hebat dan kaya dengan emas adalah dari catatan pengembara China Wang Tai Yuan pada tahun 1349. Menurutnya di Pahang perempuan-perempuan kaya memakai beberapa buah gelang emas yang dililit di kepalanya, dan orang kebanyakan pula menghiasi rambut mereka dengan gelang-gelang manik pancawarna. Catatan daripada penulis Portugis Manuel Godinho Eredia pula menyebut Pahang adalah negeri yang mempunyai lombong emas terbesar dan yang paling baik mutunya di seluruh semenanjung. Clifford pernah menyatakan bahawa, jika catatan sejarawan Yahudi kuno Josephus yang menyebut bahawa Ophir adalah sama dengan Aurea Chersonesus, maka benarlah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah lombong emas Nabi Sulaiman atau The Mines Of Solomon seperti yang tercatat dalam Kitab Perjanjian Lama.
Kajian mengenai Pahang zaman sebelum Melaka sebenarnya adalah terhad. Jika adapun adalah kajian lama yang telah dibuat oleh Orientalis British seperti Hugh Clifford dan W. Linehan. Sejarah negeri-negeri tua yang lain seperti Kelantan dan Kedah memang banyak berbanding Pahang. Tidak seperti kebanyakan negeri Semenanjung yang lain, pusat ketamadunan masyarakat Pahang pada zaman awal tertumpu di kawasan pedalaman dan jauh daripada pantai. Menurut Geoffrey Benjamin, keunikan negeri Pahang ialah kerana ia terletak di kawasan pertembungan diantara dua rumpun bahasa iaitu Mon-Khmer dengan rumpun bahasa Malayic atau Proto-Malayic dan ia adalah wilayah yang menghubungkan kawasan pantai barat dengan pantai timur dan utara pantai timur seperti Kelantan, Pattani, Negeri-negeri Segenting Kra serta Thailand atau ‘Benua Siam’. Orang zaman dahulu kalau nak ke pantai barat pasti akan menggunakan laluan sungai sepanjang Kelantan dan Pahang sehingga ke Jalan Penarikan dan sungai Muar.
Selain lombong-lombong emas, hutan negeri Pahang juga menyimpan pelbagai misteri lain. Dalam Buku Farther India tulisan Hugh Clifford, dicatatkan bahawa banyak ekspedisi dilakukan oleh para pengkaji British malah Russia dan Itali ke Hulu Pahang seperti Tembeling, Lipis, Jelai, Semantan, dan Gunung Tahan. Malah banyak kali juga ekspedisi mendaki di kawasan Gunung Tahan dibuat dan kebanyakan ekspedisi awal tidak berjaya sehingga ada yang mati. Apa yang mereka cari di sana sehingga sanggup mati? Wallah hu a’lam, saya pun tidak tahu apakah yang menyebabkan mereka begitu tertarik dengan pedalaman Pahang. Walaupun saya sendiri sudah mendengar pelbagai cerita-cerita pelik tentang tinggalan yang mungkin ada di pedalaman Pahang, namun saya bukanlah orang yang arif tentangnya.
Gunung Tahan.
Tapi apa yang pasti hutan Pahang menyimpan satu tamadun yang sangat lama. Hal ini bukanlah aneh kerana hutan Pahang memang telah diiktiraf sebagai diantara hutan hujan khatulistiwa yang tertua didunia. Salah satu daripada tinggalannya ialah misteri penempatan kuno atau ada yang kata ‘kota’ di Tasik Chini. Apa sebenarnya yang ada disitu dan mengapa banyak kajian yang dilakukan disitu tidak disempurnakan dan menghadapi jalan buntu? Sebenarnya kajian terhadap penempatan kuno di tasik Chini bukanlah perkara baru. Sejak zaman pemerintahan British lagi para ‘Indiana Jones’ Inggeris selalu ke tasik tersebut untuk mencari ‘sesuatu’. R.G Cant pernah menyatakan bahawa berkemungkinan besar wujud kota pentadbiran bagi negeri Pahang di kawasan pedalaman.
Saya yakin aktiviti perdagangan di sepanjang laluan kuno Trans-Peninsular yang menghubungkan pantai barat dengan pantai timur melalui jalan penarikan telah mewujudkan pusat penempatan yang pesat di sepanjang lembah sungai seperti di sungai Pahang termasuk di Tasik Chini dan Bera. Apa yang pasti laluan Trans-Peninsular ini turut tercatat dalam peta yang dilukis oleh ahli geografi Yunani-Mesir Claudius Ptolemy. Sungai Tembeling adalah salah sebuah sungai terpenting yang menghubungkan laluan dagang kuno ini. Oleh sebab itulah banyak jumpaan barang purba ditemui sekitar Sungai Tembeling. Malah kegiatan pembuatan tembikar tertua di Pahang juga masih wujud di Tembeling.
Di Kampung Batu Pasir Garam (di tebing Sungai Tembeling), ahli arkeologi telah menemui satu serpihan Dram Dong Son, dram kuno yang diperbuat daripada gangsa dan digunakan oleh orang yang mengamalkan Budaya Gangsa. Linehan menyatakan bahawa Dram Dong Son ini dibuat di Indochina dan dibawa ke Ulu Tembeling dari Funan pada sekitar abad ke-3, bersama-sama dengan alat besi kuno yang lain. Menurut Clifford jumpaan artifak dari zaman Hoabinhian, Neolitik, zaman gangsa, dan zaman besi menunjukkan bahawa laluan perdagangan tersebut telah wujud dan digunakan sejak ribuan tahun!
Catatan daripada rekod imperial China menunjukkan bahawa di Pahang pernah wujud sebuah kerajaan yang kaya dan berdaulat sebelum zaman Melaka. Chau Ja Kua merekodkan pada tahun 1226 bahawa sebuah negeri yang terletak di sekitar pantai timur semenanjung bernama Pe-hang bernaung dibawah kekuasaan Srivijaya. Kerajaan tersebut dilaporkan telah menghantar hadiah ke China pada tahun 1378, 1411, 1414 dan 1416. Turut dicatatkan bahawa raja yang memerintah Pahang pada tahun 1378 digelar Maharaja Tajau. Baginda telah menghantar duta ke China yang membawakan warkah rasmi yang dipahat di atas kepingan daun emas bersama enam orang hamba dan barang-barang hasil bumi dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Maharaja China.
Rekod seterusnya menyebut pemerintah Pahang pada tahun 1411 bernama Pa la mi su la ta lo si ni atau Parameswara Teluk Chini telah menghantar ufti ke China. Kemudian Maharaja China telah mengutus Laksamana Cheng Ho untuk melawat kerajaan tersebut. Maka utusan dari Parameswara Telok Chini telah berkunjung sebanyak dua kali ke Cina iaitu pada tahun 1412 dan 1414. Daripada catatan inilah kita dapat membuat andaian bahawa memang wujud sebuah kota pemerintahan di sekitar pedalaman Pahang atau di Tasik Chini. Siapakah sebenarnya Maharaja Tajau dan Parameswara Telok Chini ini dan benarkah pernah wujud satu penempatan kuno di sekitar Tasik Chini?
W. Linehan pernah menyebut dalam catatannya mengenai sebuah tempat di Tasik Chini yang bernama Belukar Bata/Batol. Menurut beliau semasa beliau meninjau tempat tersebut beliau mendapati terdapatnya sebuah bukit yang dilitupi dengan rumput yang tebal dan besar. Daripada pemerhatian yang dibuat didapati bahawa bukit tersebut bukan semualajadi tetapi adalah sebuah binaan. Linehan percaya nama tempat tersebut mempunyai kaitan dengan tinggalan bangunan, ataupun kota yang menjadi lagenda masyarakat tempatan. Dalam catatan yang sama juga Linehan menyatakan bahawa di dasar Sungai Jeram terdapat pecahan dan serpihan tembikar dan seramik tua di beberapa tempat. Penemuan-penemuan yang disebutkan diatas menguatkan lagi hujah bahawa kawasan Chini-Jeram dan berdekatannya suatu ketika dahulu pernah menjadi laluan perdagangan mahupun penempatan yang pesat.
Menurut cerita penduduk asli yang mendiami sekitar tasik tersebut, terdapat sebuah kerajaan yang makmur di situ yang didiami oleh orang ‘SIAM ASLI’ yang menyembah patung-patung diperbuat daripada emas. Nama Chini tersebut dipercayai berasal dari perkataan Siam asli yang bermaksud ungka atau monyet. Penempatan masyarakat ini dibina di sekitar bukit yang dinamakan Bukit Balai . Menurut lagenda, bukit tersebut dinamakan Bukit Balai kerana dahulu wujudnya sebuah balai bagi menyambut orang-orang yang berkunjung atau lalu di kota tersebut. Di bahagian barat laut Bukit Balai terdapat sebuah lagi bukit yang dinamakan Bukit Berhala Besar. Bukit ini merupakan tempat pemujaan berhala yang paling besar bernama Henek/nenek bagi masyarakat kota itu. Sebuah lagi bukit bernama Bukit Ketaya yang berdekatan dengan tasik adalah tempat mereka melombong emas.
Apa yang lebih menarik, menurut lagenda tersebut masyarakat kota Tasik Chini sangat mahir dalam pembinaan sistem tadahan air dan saliran. Mereka membina sistem saliran di sekitar kawasan Chini yang mengalirkan dan menghubungkan air dari segenap arah yang bersambung dengan Sungai Chini. Mereka mengawal sistem saliran dan tadahan air ini menggunakan empangan. Namun setelah beberapa ratus tahun empangan tersebut akhirnya pecah dan mengakibatkan berlaku banjir besar dikawasan lalu membentuk Tasik Chini. Akibatnya ramai rakyat Chini yang mati kebuluran kerana sawah, ladang dan penempatan mereka dibanjiri air. Menurut lagenda itu juga akhirnya pemerintah Chini memindahkan istananya ke Belukar Batol. Sebenarnya hampir kesemua nama-nama tempat yang disebut didalam lagenda orang asli ini wujud di sekitar tasik Chini. Malah menurut seorang pengkaji K.E Southwood kisahnya adalah terlalu tepat dan boleh jadi benar.
Linehan juga pernah menyatakan yang dia telah menjumpai satu binaan yang terbuat dari batu bata di kawasan Kuala Chini dan di Pengkalan Durian. Berdekatan situ juga ditemui sebuah tempat yang dinamakan Padang Siam. Malah beliau turut menyebut tentang penemuan binaan batu bata di Langgar yang dipanggil Tambak Siam. Oleh sebab itu saya yakin sememangnya pernah wujud sebuah tamadun atau paling tidak sebuah penempatan lama di sekitar pedalaman Pahang atau Tasik Chini pada zaman dahulu.
Daripada hasil pemerhatian aerial view juga didapati sememangnya terdapat rupa bentuk saliran air atau bentuk muka bumi aneh seperti buatan manusia di sekitar lima batu ke timur Chini. Menurut pengkaji, bentuk saliran ini adalah typical bagi saliran air yang dibina oleh masyarakat Angkor ataupun Ligor. Malah turut ditemui rupa bentuk muka bumi yang dipercayai adalah bekas empangan berdekatan Sungai Tasek melalui foto udara. Di Pulau Balai pula ditemui batu bata dari tanah laterit yang sama cara buatannya seperti yang dijumpai di Tanjung Makam, Pekan. Dikawasan yang sama juga dijumpai serpihan tembikar, porselin zaman Ming, beberapa tembikar tidak bersadur serta serpihan mangkuk dari besi, mangkuk zaman Neolitik, pisau batu dan banyak lagi barang-barang purba. Namun kajian susulan yang dilaksanakan K.E Southwood telah menemui jalan buntu. Beliau menyatakan bahawa tidak ditemui sebarang bukti wujudnya binaan di kawasan yang di tunjukkan Linehan dalam catatannya. Saya yakin sememangnya wujud suatu binaan dan penempatan di tapak yang telah disebutkan Linehan. Mungkin Southwood kurang bernasib baik.
Berbalik semula kepada dua orang raja Pahang dalam catatan imperial China tersebut, penulis percaya bahawa Parameswara Telok Chini dan Maharaja Tajau merupakan orang Melayu Darat yang menguasai kawasan perlombongan emas dan bijih timah di Pahang sebelum Pahang ditakluk Melaka. Sebahagian besar kawasan paya sepanjang sungai Pahang mengandungi pasir dan batu batan kasar, ini menunjjukan bahawa kawasan paya ini dulu merupakan lombong bijih dan bukan kawasan penanaman padi pada awalnya. Apa yang pasti memang terlalu banyak nama-nama tempat di sekitar Tasik Chini dan Pahang yang memberikan kita petunjuk bahawa kota tersebut berkemungkinan besar didiami bersama oleh orang Siam asli dan Melayu dari negeri-negeri Melayu Utara atau Segenting Kra seperti Sri Dharmaraja atau Ligor yang memang mahir dalam pembuatan sistem saliran.
Linehan dalam bukunya A History of Pahang dipetik sebagai berkata:
The pre-Malaccan people of Pahang lived by mining gold, tin, and iron and planting rice. They left many traces: irrigation works, mine workings, remains of brick buildings [at Belukar Bata], specimens of Sawankalok pottery, and probably the pottery industry at Kuala Tembeling which has survived through the years to the present day. The preMalaccans occupied the Tembeling. They can be traced as far south as the Merchong. They extended into the Pahang and the Jelai; their tracks can be found along Lake Chini up to the head-waters of the Rompin; in the old Selinsing mines scoops of palas wood used by them have been discovered. They left numerous relics in gold-workings at Tresang and Sempore.
Antara tempat-tempat di Pahang yang banyak dikaitkan dengan penempatan kuno masyarakat Siam asli atau mempunyai makna dalam bahasa Siam asli adalah seperti Gunung Benom. Benom sebenarnya adalah dari bahasa Mon-Khmer yang bermaksud ‘Gunung’. Perkataan ini juga wujud dalam suku kaum berbahasa Aslian Mon yang masih wujud di Pahang hingga kini iaitu suku Jah Hut iaitu ‘Benam’ dan juga suku Che Wong ‘Banim’. Namun perkataan ini juga mempunyai kaitan dengan perkataan Melayu kuno iaitu ‘Banang’. Sungai Chenor pula dipercayai berasal dari perkataan Mon iaitu Cnor yang bermaksud kayuh. Sungai Reman dikatakan berasal daripada perkataan Mon iaitu Ramman atau Ramannadesa. Jeram Kuai dikatakan berasal dari perkataan Siam asli iaitu kuai yang bermaksud perlahan. Namun menurut pengkaji, perkataan yang lebih tepat ialah Koi yang berasal dari perkataan suku Batek yang mempunyai maksud yang sama. Selain itu Chini (ungka), Parit Siam, Tambak Siam, Lubang Siam (atau Lombong Siam), adalah nama tempat-tempat di sekitar hulu Pahang yang dikaitkan dengan Siam asli.
Kampung Senggora yang tidak jauh dari Tasik Chini juga merupakan petunjuk bahawa kota tersebut pernah didiami orang dari utara semenanjung. Malahan persamaan nama Tembeling dengan Tambralingga atau Ligor juga memberikan petunjuk yang kuat bahawa sememangnya Pahang pernah dipengaruhi atau diperintah oleh Melayu dari Sri Dharmaraja atau Ligor. Malah telah disebut dengan jelas dalam Sulalatus Salatin bahawa Maharaja Dewa Sura yang memerintah Pahang semasa serangan Melaka adalah saudara kepada Paduka bubunya Raja Siam. Malah di Tekam berdekatan Kota Gelanggi, Jerantut ada sebuah sungai yang bernama Sungai Lego yang sipercayai berasal dari perkataan Ligor. Kota Gelanggi di Jerantut itu sendiri sebenarnya dikaitkan dengan sebuah Lost City Siam asli atau Melayu darat iaitu Kota Klangkio yang dikatakan Tun Sri Lanang terletak di Hulu Johor.
Kaum asli yang tinggal di sekitar tasik Chini sekarang sebenarnya adalah Orang Jakun dan mereka ini termasuk dalam Proto-Malay dan bukan Mon-Khmer. Sebab itu saya berpendapat jika wujud kota di dasar Tasik Chini, ia adalah kota purba MELAYU yang didiami bersama dengan Siam asli dari kalangan orang Mon dan Aslian bukan Khmer seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak. Sebabnya semua mitos berkenaan Naga-naga Seri Gumum, Seri Siam, Seri Kemboja, Seri Pahang dan Kota itu adalah dari mulut Orang Jakun sendiri dan mereka tidak kenal apa itu istilah 'KHMER'. Orang Jakun di sini mempunyai perhubungan rapat dengan suku Asli lain iaitu Orang Semelai yang tinggal di sekitar Tasik Bera. Orang Semelai inilah yang berbahasa Aslian iaitu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer. Mugkin nama-nama tempat yang dikaitkan dengan Siam dan Mon tersebut diberi oleh suku-suku Aslian ini.
Linehan pernah melaporkan bahawa ketua suku Jakun di kawasan Ulu Bebar iaitu Pak Usoh dari Kuala Serai dan Pak Mehat dari Kuala Merba mengakui bahawa mereka adalah keturunan ‘Orang Siam’ yang pernah berkuasa di Pahang sebelum penaklukan Melaka. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Siam asli yang suatu ketika dahulu pernah memerintah dan memakmurkan negeri Pahang ini bukanlah terdiri daripada kaum rumpun Mon-Khmer atau Aslian sahaja tetapi juga Melayu-Proto. Dan seperti yang telah diterangkan oleh Cik Srikandi dahulu, bahawa istilah Siam asli yang digunakan oleh orang Melayu Melaka adalah merujuk kepada masyarakat Melayu dan Mon-Khmer yang beragama Buddha dan berasal dari ‘Benua Siam’ iaitu sebuah wilayah yang sekarang ini berada di Thailand.
Jadi disini Siam itu merujuk kepada nama wilayah dan bukan nama kaum, kerana suku kaum yang tinggal di wilayah tersebut terdiri daripada Melayu,Champa, Mon, Aslian, Khmer dan yang paling lewat datang ialah Thai. Kerajaan Ligor/Tambralingga/Sri Dharmaraja pula memang sebuah negeri Melayu. Rajanya orang-orang Melayu namun rakyatnya ada yang Thai, Mon dan Khmer. Sebab itu dalam Sulalatus Salatin, raja Benua Siam yang digelar Paduka Bubunya diakui oleh Sultan Melaka bahawa 'raja Benua Siam bukan orang lain bahkan saudara mereka juga'. Semasa Melaka menerima Islam, Sri Dharmaraja masih menganut ajaran Buddha Theravada. Ketika era Ligor,barulah ada rajanya yang memeluk Islam..
Oleh itu kita berbalik semula kepada persoalan pokok, benarkah wujudnya sebuah penempatan kuno di sekitar Tasik Chini? Jawapan saya ialah ya. Sememangnya wujud sejenis penempatan purba di sekitar Tasik Chini kalau tidak di dasarnya. Samaada ianya wujud sebagai sebuah kota, bandar, pyramid, binaan kuil, candi dari batu bata atau hanya petempatan biasa dari kayu, wallah hu a’lam ianya tetap misteri. Masih banyak kajian yang perlu dilaksanakan disana untuk mendapatkan jawapan yang tepat
Catatan dari sejarah Islam Pahang
Maharaja Tajau Raja Orang Asli Pahang.
(ada kaitan dengan keturunan Suku Jahut,kedatangan awal suku Jahut dari Pagar Ruyong di ketuai oleh 3 Beradik.1 ke Pekan menjadi pemerintah kerajaan Tasim Chini,1 ke Lipis menjadi Tok Raja Perba Jelai dan 1 di Temerloh(Semantan) Menjadi Batin Perempuan iaitu ketua Suku Jahut)
Tahun 1377,Maharaja Tajau dari Pahang hantar duta dan warkah yang di tulis pada daun emas dan 6 hamba serta pelbagai produk pahang kepada Maharaja Ming Dinasti.
Tahun 1411,Maharaja Parameswara Tasik Chini hantar duta beri ufti kepada Maharaja China.
Tahun 1412,Laksamana Cheng Ho atas titah Maharaja Ming Dinasti, di hantar ke Pahang atas hubungan diplomatik. Pahang berbalas ufti pada Tahun 1414 dan 1416,Pahang adalah negeri berdaulat sebelum Melaka ditubuhkan lagi.
Pemerintah Maharaja Tajau(1378)
-sejarah cina mencatatkan pemerintah Pahang pada tahun 1378 bergelar Maharaja Tajau
-Maharaja Tajau adalah pemerintah dari kalangan Orang Asli tempatan
-tiada catatan bahawa dia datang dari kerajaan Selatan atau Timur wilayah negeri2 melayu.
-Kemungkinan besar Raja ini menguasai Pahang ketika kemerosotan kerajaan Majapahit
-Maharaja Tajau mengakui kebesaran kerajaan China dan menghantar ufti ke sana.
-saudagar Islam mempunyai tempat mereka terse diri semasa pemerintahan Maharaja Tajau, mereka tidak diganggu di dalam urusan agama mereka selagi mereka tidak me campuri urusan pemerintahan kerajaan.
Selepas pemerintahan Maharaja Tajau, Parameswara Tasik Chini pula memerintah.
pada tahun 1412 dan 1414 Parameswara Tasik Chini telah hantar utusan ke negara China.
Di percayai Parameswara Tasik Chini ada kaitan dengan Maharaja Tajau dan merupakan keturunan Orang Asli tempatan. Akan tetapi pada masa ini serangan pihak Siam ke atas Pahang begitu kuat untuk menguasai kawasan lombong emas dan bijih timah. Ahli sejarah China mencatatkan bahawa istana Maharaja Tasik Chini di perbuat dari emas.
Sumber: sejarah Islam pahang, pentadbiran Pahang 400sm-1900sm.
https://sejarahislampahang.blogspot.com/2010/10/sejarah-ringkas-pentadbiran-negeri.html?m=1
Langgan:
Catatan (Atom)