Jumaat, 13 Ogos 2021

SEJARAH SUKU JAHUT,PAHANG

Mengikut sumber kajian Admin bukan sahaja suku kaum Orang Asli Btsisi(Mah Meri) dan Suku Semelai lari selepas kejatuhan Kesultanan negeri Johor lama seterusnya ke Muar malahan Suku kaum Jahut krau pun turut Melarikan diri ke Pahang menetap sekitar (kuala Krau/Pekan) akibat tidak tahan dengan cara pemerintah pada masa itu. Mereka melarikan diri dan kekal menetap di kuala krau dan bercampur dengan Orang Asli sekeliling. Budaya bersunat dikalangan mereka merupakan pengaruh dari pagaruyung. Yang amat menarik adalah gambar Balai Hantu dan mungkin upacara ini sudah ketinggalan dan tidak diamalkan lagi. Jika info dari Admin ini tidak tepat sila perbetulkan.

PERUBATAN TRADISIONAL JAHUT

Perubatan tradisional Pengetahuan herba tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh 'bomoh' yang merupakan ahli perubatan tradisional. Jurnal Sains Perubatan India mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis ubat orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh penyelidikan saintifik termasuk Hedyotis capitellata, Melastoma malabathricum, Lycopodiella cernua, dan herba-herba berikut: Eurycoma longifolia: Digunakan sebagai afrodisiak untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran. Morinda citrifolio: Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat bisul melalui pembubuhan topikal daun-daun dan buah-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan farmakologi yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas. Vernonia cinerea[5]: Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan asma, penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan. Antara ubat-ubat orang Jah Hut yang belum disahkan termasuk: Alstonia angustiloba dan Homalanthus populneus: Orang Jah Hut mempergunakan herba ini untuk merawat sakit kepala. Physalis minima, Pyrrosia piloselloides dan Smilax lanceifolia: Herba-herba ini sering digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan sakit. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional. Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.

KEGIATAN EKONOMI SUKU JAHUT

Kegiatan ekonomi Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

PERANAN ORANG ASLI SUKU JAHUT,SEMASA PERANG

“Perang Semantan Temerloh” kalau baca dari tulisan dari Hugh Clifford dan jounal Ram Sigh (sepoy).. perang tersebut berjaya disebabkan oleh kebijaksanaan dan pertolongan dari orang Asli yang terdiri dr 100 orang bawah Dato Bahaman... Pengikut ramai dari suku Jahut krau kalau mengikut Hugh Clifford....selepas itu mereka diburu lari ke ulu tembeling membuka kg bersama Orang Asli.

Tradisi Menuai Padi Huma/Padi Bukit Suku Jahut (Menuai) #jahut #menuai #...

Isnin, 12 Julai 2021

Pengkhianat Bangsa Sakai

PENGKHIANAT BANGSA SAKAI kenapa kerajaan BN telah menukar gelaran bangsa SAKAI yang diiktiraf oleh kerajaan British, kepada bangsa Orang Asli. Ternyata akhirnya kebenaran mula tertegak. Mereka begitu takut untuk memperakui bahawa negara ini adalah milik Orang Asal melalui "SAKAI COUNTRY" yang ditulis dalam sejarah British. Mereka juga takut dengan perjanjian kemerdekaan negara yang memberikan hak-hak keistimewaan keatas "SAKAI'S RESERVE" dan hak-hak Orang Asal yang menduduki apa-apa jenis status tanah tersebut. Sekarang ini, Mereka telah berjaya memesong pemikiran Orang Asal untuk berasa malu dan terhina terhadap gelaran bangsa SAKAI tersebut. Orang Asal lebih selesa dengan gelaran "Orang Asli" dan mendapat pembelaan kononnya, melalui Jabatan Orang Asli dalam hak-hak asasi serta WTA. "SAKAI" yang bermaksud bangsa yang suka bergotong-royong dan bersaudara-mara telah diubah dan didakyahkan sebagai bermaksud bangsa hamba abdi oleh Mereka. Maka, Orang Asal telah kehilangan status keatas SAKAI'S RESERVE dan SAKAI COUNTRY.. Namun begitu, untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis pengkhianat bangsa. Dibawah ini, beberapa jenis pengkhianat bangsa yang ada disekeliling MOA sendiri, selain daripada pemimpin-pemimpin bangsa pendatang yang mengkhianati perjanjian kemerdekaan negara dan akta 134.. 1. Pengarah dan pegawai JAKOA.. Sejak negara merdeka, tidak begitu ramai Orang Asal yang dilantik sebagai pegawai JAKOA apatah lagi sebagai ketua pengarah atau pengarah. Ini dilihat sebagai satu perkara yang membuatkan beberapa kepentingan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat MOA terpinggir untuk berpuluh-puluh tahun. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, MOA telah terpilih untuk menjawat jawatan berkenaan. Malangnya, ada segelintir daripada mereka adalah tidak berkualiti dan tidak layak untuk membela nasib MOA dengan lebih baik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sikap kalangan mereka ini, yang lebih mementingkan kedudukan sendiri. Maklumat dan komunikasi atau matlamat mereka adalah kabur. Inilah yang menjadi punca MOA tidak dapat mencapai maklumat yang telus dan berfakta tentang perkara dan permasalahan mereka termasuklah hak-hak WTA.. 2. Tok Batin dan AJK kampung.. Ada dikalangan kepimpinan ini tidak menyebelahi suara-suara penduduk. Apatah lagi penduduk-penduduk kampung juga adalah tidak peka terhadap hak-hak mereka. Justeru, kepimpinan ini begitu angkuh dengan kuasa dan tidak menterlibatkan penyertaan penduduk dalam membuat keputusan. Ada keputusan yang dibuat, semata-mata untuk keuntungan peribadi dan menindas hak-hak orang lain. Oleh itu, perjuangan untuk membela nasib penduduk tidak diusahakan. Mentang-mentanglah ada sedikit elaun daripada JAKOA, mulut terus tertutup untuk bangkit membawa kes-kes tuntutan wilayah tanah adat ke mahkamah. Sekiranya kepimpinan ini bergabung dengan seluruh kepimpinan yang ada dalam negara, nescaya WTA MOA akan diwartakan oleh kerajaan negeri dan pusat. Dengan itu, tidak akan ada lagi MOA yang tertindas dan miskin tegar dalam negara sendiri.. 3. Talam dua muka.. Golongan ini begitu ramai disetiap perkampungan Orang Asal. Mereka berfungsi sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan, pemimpin politik, tauke-tauke syarikat penceroboh dan musuh penduduk kampung. Golongan ini kebanyakannya adalah penyokong tegar Parti Politik yang telah mendapat sedikit habuan peribadi. Terdiri daripada kalangan Urang Aseli, yang Mudah dibeli dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu atau berkepentingan. Ada yang membantu penceroboh dengan menjadi kuli dengan pendapatan lumayan. Ada yang bertungkus-lumus membantu kempen parti Politik semasa pilihanraya yang akhirnya menindas bangsa sendiri.. 4. Hamba abdi Parti Politik. Tugasan mereka adalah menjadi pak pacak atau pak turut kepada arahan Parti Politik. Tidak suka kepada perubahan politik. Sokong membabi-buta walaupun WTA tidak diwartakan sehingga kini. Keberanian mereka hanya sebagai samseng kampung Dusun dan tidak reti apa itu perjuangan membela nasib bangsa sendiri. Hanya cukup diberikan sedikit imbuhan barangan dapur, gertakan dan janji-janji manis untuk dibeli undi mereka.. 5. Kedekut dan pengecut.. Jangan bermimpi untuk mendapatkan sumbangan derma atau sokongan daripada golongan ini. Kebanyakannya berkecuali dan tidak suka untuk membuat bantahan. Pentingkan diri dan tembolok sendiri. Lu, lu.. gua, gua.. Sebab itulah pada acara atau mesyuarat hal-hal WTA dan sebagainya, golongan ini tidak akan hadir untuk menyokong atau bersolidariti kepada pejuang-pejuang bangsa.. SELAGI ADANYA PUAK-PUAK DAN GEROMBOLAN-GEROMBOLAN INI DALAM MOA, SELAGI ITULAH WILAYAH TANAH ADAT MASYARAKAT ORANG ASAL TIDAK AKAN DIWARTAKAN MESKIPUN TELAH BERJAYA MENANG KES TUNTUTAN WTA DALAM MAHKAMAH TINGGI.. TOLAK Parti Politik yang tidak iktiraf WTA OA PADA PRU15. HANYA ITU SAHAJA CARA UNTUK DIIKTIRAF WTA ORANG ASAL DISELURUH NEGARA..👌👍🤝💪

Warung Bah Tangeh(cerpen OA)

WARUNG BAH TANGEH Sejak pagi tadi, Bah Tangeh runsing dan gelisah memikirkan tidak ada seorang pun pelanggan yang berminat di warungnya. Ada pun yang singgah, tidak berminat untuk membeli. Berbeza dengan warung-warung dikiri-kanannya yang begitu rancak dan meriah dengan kehadiran para pelanggan tetap dan memborong barangan yang dijual oleh mereka.. Bah Tangeh begitu hairan sekali. Kenapa barangan yang dijualnya tidak laku di mata masyarakat Orang Asal. Sedangkan, itu adalah keperluan asasi mereka. Bah Tangeh menjual padi Huma, kraftangan daripada tikar mengkuang, rotan, damar, petai, durian kampung, teras gaharu, ubi kayu, ulat dan unggas yang berprotein, daging rusa dan kijang, buah-buahan liar hutan dan herba-herba, katak dan ikan tengas dalam buluh.. Pesaing Bah Tangeh merupakan warga Orang Asal juga. Tetapi mereka menjual belacan, budu, cincalok, wantan mee, roti canai, murtabak, satay, nasi lemak, daging babi panggang, wadeh, muruku, Cina teh, bak Kut teh dan letih. Nampaknya, Orang Asal tidak menyokong hasil dan barangan sendiri. Mungkin mereka malu untuk membeli hasil barangan tradisi.maklumlah, dah moden agaknya.. Tiba-tiba, ada segerombolan bangsa asing yang merupakan pelancong dari luar negara. Nampak seperti warga Eropah, Jepun dan Arab. Ada hampir lima bas kesemuanya. Peliknya, rombongan ini terus menuju ke warung bah Tangeh dan memborong kesemua barangan yang dijual oleh beliau. Bah Tangeh amat gembira dan senang hati apabila akhirnya ada jugalah insan-insan yang bersimpati keatas nasib beliau.. Tetapi, persoalannya.. Kenapa Bah Tangeh tiba-tiba mendapat sambutan dan perhatian daripada bangsa asing tersebut?? Kenapa bangsa asing tersebut membeli barangan yang dijual oleh Bah Tangeh, sedangkan, tidak semua orang asing itu tahu dan biasa dengan keperluan tersebut.. Fikir-fikirkan sendiri wahai Urang Aseli yang terjajah Bangsa, Ajaran nenek-moyang dan Bumi sendiri.. Kalau masih tak reti.. Mai sini, aku nak lekok kepala tu dengan senduk pokok merbau..😝😝😝

Sakai reserve dan Sakai Country(cerpen OA)

BANGSA SAKAI'S RESERVE DAN SAKAI COUNTRY Dah lama penulis bercuti menulis gara-gara jatuh cinta dengan seorang janda muda bergetah, kaum Melayu Islam. Dahlah berkulit putih melepak dan gebu, seksi lagi jelita pula. Dengan senyuman berlesung pipit dan rambut yang ikal mayang mengurai, hati siapa yang tak tahan?? kata Bah Dahan. Pulak tu, dia mengaku ada darah campuran Urang Aseli suku kaum Semai, sebelah neneknya. WADUHHH..! Hampir-hampir penulis mahu saja memeluk Islam dan berhijrah menjadi bangsa Melayu.. Namun begitu, akibat penangan Wantan Mee dan B**i Panggang Greb-greb yang garing lagi lazat dan berkhasiat, terpaksalah penulis batalkan niat yang suci dalam debu itu. Baiklah, jom kita jenguk beberapa bahagian kisah benar lagi sahih tentang apa yang berlaku kepada bangsa Sakai, setelah diubah menjadi bangsa Urang Aseli oleh pemimpin Politik. 1. "Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan daripada kerajaan. Tok Batin Jangan khuatir, hak keatas tanah rayau adalah bebas dan terpelihara. Kerajaan berjanji tidak akan mengganggu masyarakat Orang Asli untuk berburu, mendapatkan hasil-hasil hutan untuk keperluan atau jualan dan bercucuk tanam. Sekiranya kerajaan mengambil kawasan rayau, pampasan kepada Orang Asli akan dibayar keatas apa-apa juga tanaman yang diusahakan.." Ini adalah salah satu ayat yang dituturkan oleh pegawai Jabatan Orang Asli untuk memujuk Tok-tok Batin menyerahkan kembali peta dan watikah "Sakai's Reserve" yang dimiliki mereka. Sakai Reserve anugerah kerajaan British sebelum negara mencapai kemerdekaan ini begitu menakutkan kerajaan Pemerintah , kerana itu akan menjadi satu bukti yang kukuh untuk bangsa Sakai menuntut hak-hak mereka kepada mahkamah tinggi atau persekutuan sekiranya diceroboh oleh sesiapa pun termasuk kerajaan pemerintah.Kerajaan tahu keluasan setiap peta Sakais Reserve tersebut yang setiap satunya memiliki keluasan beribu ekar. Pemerintah tahu Urang Aseli akan menjadi bangsa yang terkaya dalam negara sekiranya, Urang Aseli ini celik politik, sejarah, pendidikan tinggi dan ekonomi. Dengan itu, Kerajaaan sedaya-upaya memperkudakan Jabatan Orang Asli ini supaya menarik balik peta keramat Sakai's Reserve tersebut daripada tangan seluruh Tok-tok Batin semenanjung Malaysia. Ramai jugalah Tok-tok Batin ini telah menyerahkan kembali peta itu kepada JOA kerana dijanjikan elaun bulanan dan kebajikan yang tidak seberapa. Inilah yang menjadi punca keatas kemiskinan tegar dan rampasan wilayah tanah adat pribumi Orang Asal yang rancak berlaku sekarang. Meskipun setelah Kerajaan Parti Keramat tumbang pada PRU14 lalu dan ketua pengarah JAKOA dilantik dikalangan MOA sendiri, masih tidak ada kesedaran untuk menuntut kembali peta-peta Sakai's Reserve yang ada dalam simpanan ketua pengarah JAKOA tersebut. 2. "Nasib Urang Aseli adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN semenjak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. BN tidak pernah meminggirkan Urang Aseli. Kalau pembangkang perintah negara ini, nescaya Urang Aseli akan terpinggir. Bagaimana dengan anak-anak kita yang bersekolah, adakah akan mendapat percuma? Bagaimana dengan kesihatan kita, adakah percuma seperti biasa? Jangan hancurkan masa depan kita dan negara dengan mengundi parti pembangkang. Tetapi saya sangat percaya, Urang Aseli bukanlah bodoh untuk sokong pembangkang. Urang Aseli amat setia kepada parti Keramat kita. Hanya parti Keramat sahaja yang boleh membela dan menjaga kebajikan serta keselamatan masyarakat Urang Aseli dalam negara ini. Betul tak..??" BETULLL.... HIDUP B*! HIDUP B*! HIDUP B*!.. Itulah laungan keramat Penduduk Urang Aseli yang miskin tegar dan buta berpolitik ketika mendengar ucapan kempen pemimpin Parti Politik setiap kali musim PRU. Apa yang penting, itulah hari yang terindah buat Urang Aseli ini dilayan seperti raja dan mendapat pelbagai keperluan barangan dapur serta dihidangkan dengan makanan yang lazat. Disebelah para pemimpin Parti Politik yang sedang berkempen hancing, kelihatan wajah Tok Batin berseri-seri dengan sedikit wang saku dan beberapa mesin rumput. Begitu mudah sekali untuk berkempen pilihanraya dengan Urang Aseli ini. Mereka teruja dan ghairah untuk meminta beras 5 kilo, sardin 2 tin, gula 2 kilo dan minyak masak sepeket. Ada yang minta sebuah kugiran sebagai nilai sokongan padu kepada parti Politik. Ada yang sibuk minta penajaan pertandingan bola sepak tujuh sebelah atau pesta joget lambak. Tidak pernah pun mereka sebagai pengundi ini meminta diwartakan WTA Sakai's Reserve mereka oleh parti yang bakal membentuk kerajaan.. Pekak badak lagi tengin badak punya Aseli.. Ada lagi.. Tetapi, cukuplah setakat ini dahulu. Ada yang panas telinga dan hati sedang mencuci laras Sumpit tu..😆😝

Kampung Orang Asli sungai Kering (cerpen OA)

KOA SG. JERING Pening kepala Bah Tangeh apabila memikirkan gelagat dan pemikiran penduduk kampungnya. Nak kata penakut, tidak juga. Nak kata pemalu, bukan begitu. Nak kata bodoh, mungkin tidak.. Buktinya, muka Tok Batin lebam ditumbuk oleh Bah Pelaud ketika ditegur kerana berjoget lambak sambil merokok. Wah Rita yang terkenal dengan sifat pemalunya, tergedik-gedik membonceng motosikal beberapa orang pemuda Melayu ntah ke mana tujuan. Paling hebat, beberapa orang penduduk kampung yang dianggap bodoh, bangkit bersuara dalam setiap minit mesyuarat jawatankuasa bertindak wilayah tanah adat. Walaupun kedengaran agak pelik dan melalut-lalut ke laut serta lari daripada tajuk.. Sungguh. Seram sejuk dan tidak nyaman. Tetapi, itulah hakikatnya.. Rata-rata penduduk kampung orang Asli Sungai Jering ini agak berbeza dan luar biasa. Walaupun selenga, mereka tidak langsung mahu belajar dari pengalaman dan sejarah. Pernah sekali itu, Bah Tangeh dianggap sebagai penghasut dan menentang kerajaan UMNO-BN kesayangan penduduk. Gara-gara ingin mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli. Bah Tangeh tidak mahu rumah PPRT, jalan tar, elektrik dan air bersih. Bah Tangeh hanya minta calon yang berkempen pada pilihanraya umum, wartakan wilayah tanah adat kampung mereka. Bab perkara yang lain tidak penting kepada penduduk.. Akibat daripada tindakan itu, penduduk kampung yang berbangga dengan sogokan barangan keperluan dapur dan sedikit wang saku sempena pilihanraya, memulaukan Bah Tangeh. Di chop sebagai lupa daratan. Barua pembangkang. Pengkhianat bangsa dan negara. Tidak mengenang budi dan jasa kerajaan UMNO-BN. Tidak patuh kepada JAKOA yang banyak berbudi.. Itu dulu.. Sekarang, penduduk kampung mulai sedar peranan dan tanggungjawab Bah Tangeh. Kawasan rayau dan wilayah tanah adat mereka telah dicerobohi oleh berpuluh-puluh buah syarikat persendirian. Diluluskan oleh kerajaan negeri UMNO-BN. Penduduk kampung dipaksa untuk menerima dua ke enam ekar tanah setiap ketua isi rumah. Selebihnya menjadi tanah kerajaan negeri.. Belum terlambat lagi.. Moga menjadi pengajaran dan peringatan kepada penduduk-penduduk kampung Orang Asli diseluruh negara. Bahawasanya, parti UMNO-BN bukanlah sebuah parti politik yang boleh dipercayai dan dihormati. Pemimpin-pemimpin mereka adalah memperjuangkan kekayaan dan kepentingan peribadi dan kroni. Sanggup menindas dan menggadaikan hak-hak rakyat marhaen. Asalkan mereka puas dan kenyang dengan hasil-hasil perompakan hak-hak rakyat dan wang negara.. Ingat pesanan Bah Tangeh.. Jangan lagi minta wang saku dan barangan dapur atau kugiran. Jangan lagi minta jalan raya, rumah PPRT serta bekalan air dan elektrik pada musim pilihanraya umum nanti. Tetapi, minta diwartakan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli dari parti-parti politik yang bertanding. Ada faham.. #Kerajaangagal

Gua Batu Di Negeri Selangor

Gua di Sungai batu di Selangor (penjelajahan bersama masyarakat Orang Asli di Kawasan tersebut) Sumber: Caves at Sungei Batu in Selangor catatan D.D Daly (terbitan Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 3 (JULY, 1879) Satu misi penjelajahan telah dijalankan oleh Mr. Syers (Superintendent polis Selangor), Kapten B. Douglas dan pasukannya 28 rajimen, Penulis dan orang asli (sakai) ke kawasan yang masih asing kepada umum iaitu Batu Caves (mase tu tidak dikenali sebagai Batu Caves lagi). Berikut rumusan dari jurnal tersebut. 1. Perjalanan bermula dari Klang seawal 8.00 pagi melalui sungai klang sejauh 17 batu dan tiba di Damansara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dari kuala Lumpur ke gua tersebut melalui jalan hutan yang mana sepanjang perjalanan tersebut terdapat banyak pokok durian. 2. Setiba di bukit, mereka memanjat setinggi 50 kaki dan betul-betul berdiri dihadapan pintu masuk gua. Pintu gua tersebut begitu besar dan gelap dibahagian dalamnya serta didiami oleh ratusan kelawar. Gua tersebut dikenali sebagai gua Lambong. Orang Asli turut menasihati rombongan tersebut supaya tidak masuk lebih dalam. 3. Mereka juga turut menjelajah gua kedua yang dikenali sebagai gua bilah yang mana lebih rendah dan tidak jauh dari gua pertama tadi.Turut disebut juga bahawa terdapat lukisan figura orang asli di luar antara kedua-dua gua ini. 4. Gua ketiga yang mereka terokai adalah gua lada. Gua ini mendapat nama berikutan diluar gua terdapat pokok cili yang tumbuh subur. Bukan itu sahaja sebenarnya, di sekeliling Kawasan gua ini terdapat banyak tanaman seperti durian, pulasan, belimbing dan rambai. Hidupan liar pon tidak terkira. 5. Perincian anda boleh baca teks di bawah ok. 6. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai batu caves. Anda boleh merujuk peta batu caves di bawah. Tercatat juga satu gua dikenali sebagai gua Temuan. Lukisan dinding yang diperkata merupakan bukti yang kuat bahawa tempat tersebut pernah dikunjungi atau didiami. Adakah masih terdapat lagi lukisan tersebut? Banyak tanaman seperti buah2an bermaksud apa? tumbuh sendiri? Sama-sama kita fikir-fikirkan. Saya juga berpendpat Orang asli yang mengikuti rombongan tersebut mybe org temuan. 7.terima kasih kepada penulis terdahulu kerana ada catatan mcm ni kita dpt sedikit sebanyak gmbaran masa tersebut. Terima kasih #perkongsian #emimei #bil19 Hehehe boleh saya mencelah. Saya tulis begini. Tidak jauh dari Batu Cave ada Kg Orang Temuan - apakah ada kaitan dengan jalan cerita Si Tenggang Anak Derhaka? Kerana masa itu Tengang sedag beramain atau membawa hatinya yg rusuh kerana kecewa tidak dapat berkahwin dgn anak Batin Itam. Maka Tenggang ditangkap dibawa oleh saudagar apabila Tenggang sudah kaya selepas bernikah dengan anak saudagar dan kahwin pula dengan anak raja. Satu ketika sedang Tenggang mudik ke hulu sungai berdagang dia singgah di kg asalnya. Alangkah malang si Tenggang malu melihat kedua orang tuanya. Miskin dengan membawa panggang daging kera atau lotong. Si Tengang malu mahu mengaku org tua itu ibunya. Ibunya yg merayu mengaku si Tenggang anaknya. Tengang menendang ibu jatuh ke dalam perahunya. Maka oleh kerana emaknya terlalu sedih ibu Tengang menyumpah kapal si Tenggang menjadi batu. Jadilah Batu Cave yang ada hari ini. The end.

Gua Batu Kapur di Perak

Bagaimanakah untuk mengatakan pergunungan batu kapur Kinta tiada nilai arkeologi apabila ia menjadi medan pertempuran dua etnik dalam kelompok yang sama sejak turun temurun. Lukisan neolitik Gua Tambun terletak di Gunung Panjang yang di dalam gambar di bawah terletak di utara zon merah dalam kawasan Temiar yang juga dilalui PLUS di sebelah kanannya. Dipercayai, banyak tinggalan neolitik terdapat di medan persengketaan dua etnik kumpulan Senoi ini yang dipercayai saki baki masyarakat yang menganggotai sistem tamadun masyarakat Gangga Negara yang lenyap menjelang abad ke 11 dan dari tamadun ini mereka mula mendiami rumah-rumah dan juga belajar berpindah randah  meninggalkan gaya hidup nenek moyang mereka yang yang menjadikan gua-gua sebagai kediaman. Ini kerana penjajahan oleh bangsa asing seperti Chola 1000 tahun lalu serta pergelutan dengan penculik-penculik dari Sumatera yang menjadikan mereka komoditi di pasaran hamba abdi membuatkan mereka mengadaptasi kehidupan berpindah randah hingga ke timur Banjaran Titiwangsa. Hipotesis di atas adalah tanggapan semata-mata. Untuk mengkaji, seluruh gua dan gunung batu perlu di masuki dan disiasat apatah lagi di medan rebutan dua puak ini. Tetapi pergunungan batu kapur Kinta telah dijarah sejak 1960an. Dengan keadaan hari ini di kawasan tersebut yang semakin parah adakah anda masih merasakan batu kapur lebih berguna dari jejak sejarah silam yang mana bagi sebahagian pengkaji arkeologi mahupun susur galur tempatan, ia adalah penting? Sejarah Melayu di Genta (Kinta), penerokaannya dan permulaan gelar Panglima Kinta sendiri berkait dengan masyarakat Temiar empat ratus tahun lalu. Empat ratus tahun sahajalah yang boleh kita tahu. Bila ditanya empat ribu tahun lalu, hapah tak tahu. Bagaimana hendak memperkukuh keempunyaan atas tanah air ini jika sejarah sehingga Melaka sahaja. Itupun karya entah siapa. Melaka pun naik setelah jatuh Andalusia. Orang Sepanyol kini yang tidak lagi Muslim pun mencatat sejarah nenek moyang mereka mendirikan kerajaan Islam selama 800 tahun sebelum jatuh ke tangan Kristian. Itupun mereka terima hakikat bahawa bangsa Rom yang mula-mula membuka tanahnya walaupun mereka utuh berpegang susur galur hampir 1200 tahun pendudukan mereka di bumi sebelah situ.

Orang Asli Biduanda Negeri Sembilan

OA Biduanda (N.Sembilan) ada sejarah tersendiri menurut buku RJ Wilkinson. History of N.Sembilan Puteri Mayang Selida berkahwin dengan Raja Johor Lama. Puteri ini dikatakan sangat jelita seperti puteri Gunung Ledang juga. https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/12/31/nusajaya-is-now-iskandar-puteri-johor-reverts-to-its-old-name-as-it-has-historical-significance

Pangkat-pangkat di kalangan Orang Asli

Di kalangan Orang Asli,terdapat pangkat-pangkat tertentu yang diketahui umum dalam masyarakat Melayu dan Orang Asli. Di antaranya Raja Sakai,Panglima Sakai,Pangku dan Mengkong. Saya rasa saya pernah mendengar tentang 'Mengkong'. Saya meneliti kajian dari Annandale,Robinson,Waterstradt dan lain-lain tentang kewujudan 'Mengkong' ini. Juga kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang satu jawatan istimewa yang dipegang oleh seorang dari kalangan Orang Asli sebagai perantara dengan dunia luar atau sebagai penghubung antara raja-raja Melayu dan pengikutnya dengan masyarakat Orang Asli. Noone,seorang pengkaji melaporkan pada tahun 1936,masih ada dua orang Mengkong di Kampung Temenggor di Perak dan Kuala Betis di Kelantan. Mengkong adalah jawatan istimewa,dan gelaran ini diketahui datang dari negeri-negeri sebelah utara.Dipercayai berasal dari 'cognate' bahasa Siam kepada perkataan Melayu 'Mangku' (pangku,memangku) atau 'Mengku' yang bermaksud sebagai 'pelindung' (protector) atau 'pemilik' (possessor). Namun di negeri Reman,Mengkong ini juga digelar sebagai 'Panglima'. Legenda mengatakan bahawa Mengkong sebenarnya adalah dari kalangan orang Melayu yang mengahwini perempuan Orang Asli dan mempelajari segala ilmu kebatinan Orang Asli dan diangkat menjadi raja Dalam sejarah,sememangnya banyak raja-raja Melayu yang pada masa yang sama adalah bergelar 'Mengkong'. Contohnya,Raja Sujita dari Ligor adalah Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku bukit Nyah Kur dan Kensiu dan baginda diangkat sebagai raja mereka. Anaknya,Suryavarman I yang menjadi emperor Angkor juga Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku Chenla Darat. Raja Reman yang mengahwini suku Semang dan menjadi Mengkong atau 'Panglima' dan menjadi raja kepada 'tribe hills' di Segenting Kra. Raja-raja Melayu di Perak dan Pahang juga ada mengambil anak dara suku-suku Jakun dan Temiar sebagai gundik dan mereka juga menjadi Mengkong sebagai tanda persahabatan antara Tok Batin dan raja tersebut. Raja-raja Kedah yang mengahwini gadis-gadis Urak Lawoi (Orang Laut) juga adalah Mengkong dan begitu juga dengan emperor-emperor Srivijaya dan ini menjadikan The Orang Lauts sebagai 'Varangian Guard' bagi Kedatuan Srivijaya. Namun bukan semua mereka yang mengambil gadis-gadis Orang Asli sebagai Mengkong.Ada ciri-cirinya dan ritualnya. Biarlah rahsia itu saya simpan sebagai perjanjian.Cukup setakat ini saya beritahu sejarah Mengkong.

Senator-Senator dari Kalangan Orang Asli

Just for info Diantara senarai Representative dan senator terdahulu dilantik. 1. Dato Panglima Kinta Haji Mohd Eusoff.      - Representative OA melayu keturunan temiar (kulop kinta pembukaan awal bandar Ipoh). 2. Tok Pangku Pandak Hamid bin Putih Jali      - Temiar muslim sungai siput 3. Hassan Nam.     - Semelai OA 4. Itam Wali Mawan.     - Semai OA. 5. Dato Long Jidin.    - Jakun Muslim. 6. Dato Osman Bungsu.    - Orang Kuala muslim. 7. Dato Olian Abdullah.    - Semelai muslim. 8. Isa Ab Hamid. - Orang Kuala muslim....present(2021)

Setia Membawa Rebah (cerpen OA)

SETIA MEMBAWA REBAH "Batin jangan bimbang. Urusan segenap perkara adalah tanggungjawab kami dipihak jabatan orang Asli. Hal-hal tanah rayau dan kebajikan orang Asli termasuklah kesihatan, pendidikan, jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih pun tanggungjawab kami juga.. Ni rumah PPRT ni, siapa yang sediakan?? Gaji Batin pun JOA yang sediakan. Apa lagi yang kurangnya.." " Hutan balak adalah milik mutlak kerajaan negeri. Termasuk kawasan balak untuk raja. Orang Asli tidak ada hak keatas hasil-hasil hutan. Tetapi kerajaan masih longgarkan beberapa syarat kepada Orang Asli atas dasar simpati dan prihatin. Sebab itulah rotan, damar, kayu gaharu, petai hutan, madu tualang dan sebagainya boleh dikeluarkan. Jikalau tidak, orang Asli sepatutnya dikenakan denda maksimum rm500 ribu kerana tidak memiliki permit dari jabatan perhutanan mengikut akta perhutanan 313.." " Kami terlalu prihatin terhadap nasib orang Asli. Sebab itulah kami sentiasa mengarahkan syarikat pembalakan membuat jalan merentasi setiap perkampungan orang Asli. Ini bagi memudahkan MOA ada akses kepada jalan balak menuju ke pekan terdekat. Sekiranya pihak kami di jabatan perhutanan tidak berbuat demikian, nescaya orang Asli tidak mungkin boleh keluar ke pekan berdekatan dengan mudah.." " Tak berguna langsung pelan tanah saka British tu. Serah kembali kepada kerajaan negeri sebab negara sudah merdeka. Orang Asli boleh bercucuk tanam dalam kawasan rayau tanpa sekatan. Kalau dah tanam apa-apa, kerajaan akan bayar pampasan keatas setiap pokok yang ditanam. Itu tanggungjawab pihak kami di jabatan orang Asli.." " Sebagai Tok Batin, saya tidak bersetuju kerajaan mewartakan atau memberikan geran kepada tanah rayau kami. Kami orang Asli tidak mampu membayar cukai tanah. Ini adalah tanah pusaka nenek moyang kami. Kami berhak keatas kebebasan dalam tanah adat kami dan kami tidak mahu dikongkong oleh kerajaan.." " Tok Batin perlu faham. Kerajaan terpaksa mengambil balak-balak dalam kawasan tanah rayau orang Asli ini untuk membayar gaji Tok Batin dan membiayai belanjawan tahunan orang Asli sendiri seperti hospital, pendidikan dan rumah-rumah PPRT serta gaji kakitangan jabatan orang Asli.." " Buat apa orang Asli nak kawasan tanah rayau yang begitu besar. Tidak ada keperluan atau undang-undang yang menyebut Wilayah Tanah Adat dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Kami dipihak JAKOA hanya boleh memohon untuk kawasan penempatan sahaja. Selebih itu adalah tanah hutan simpan kerajaan negeri.." " Orang Asli adalah berhak keatas tuntutan wilayah tanah adat mereka. Kerajaan negeri seharusnya menyebelahi MOA berbanding dengan kepentingan kerajaan negeri. Hutan rayau dan wilayah tanah adat MOA adalah seperti supermarket dan farmasi buat MOA sejak zaman-berzaman. Kerajaan negeri perlu menghormati dan mewartakan wilayah tanah adat pribumi supaya tidak lagi dieksploitasi oleh pihak berkepentingan. Kami dipihak mahkamah bersetuju menolak kepentingan kerajaan negeri berdasarkan keutamaan kepada yang berhak mengikut sejarah dan tamadun manusia.." Dialog-dialog diatas perlu MOA hadam dan tanamkan ke dalam diri sebagai pejuang bangsa. Harus ada kajian yang menyeluruh dan setara demi kepentingan dan keadilan kepada generasi orang Asal yang akan datang.. Kei ada..😜

Nama aku Michael (bahagian 2)

Namaku Michael (bah.2) Sejak aku pulih dan berehat di rumah, otak aku sudah tidak berfungsi seperti sediakala. Aku tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif lagi. Macam OKU mental layaknya. Mujurlah aku ada tiga ekar kebun yang aku tanam pisang abu dan serai serta cabai burung sebelum jatuh sakit. Sedikit sebanyak dapat jugalah menampung kehidupan ibu dan aku. Dikala itulah aku bertemu dengan teman-teman baru yang begitu berminat dengan muzik orang Asal. Pada masa itu, kumpulan Jelmol yang diketuai oleh penyanyi Itam begitu terkenal dan meletop dipersada industri muzik tempatan. Disusuli pula oleh kumpulan Seneroi yang terkenal dengan lagu ala-ala Hindustan dan etnik orang Temiar. Maka, dengan sedikit pengalaman bermain gitar, aku telah dipaksa oleh teman-teman untuk menubuhkan sebuah group muzik. Sejak dari itu, aku sering berlatih muzik dan memberikan harapan dan semangat untuk group. Mereka yang support kerana ketika itu aku sudah jatuh terduduk dan tidak memiliki sebarang pekerjaan.. Setelah aku pulih sepenuhnya, aku ingin memulai kehidupan yang baharu. Aku bincang dengan ibu untuk memulakan perniagaan yang boleh menguntungkan iaitu, jual-beli kayu gaharu. Sungguh sedih, bila ibuku sudah tidak memiliki apa-apa untuk dibuat modal. Yang ada hanyalah beberapa rantai dan gelang pemberian arwah ayahku. Dengan berat hati, ibu langsung berikan barang pusaka itu untuk dijadikan modal. Aku berasa serba salah dan terhutang budi yang amat sangat.. Sebagai pakar dalam bidang bisnes, aku buat-buat berani dan mula membuat risikan dan kertas kerja untuk mendapatkan informasi dan strategi terkini dalam bisnes kayu gaharu. Aku siasat harga pasaran dan tauke-tauke pemborong besar dan nilai harga pasaran terkini yang ditawarkan oleh peraih. Akhirnya aku dapati, orang Asal ketika itu adalah tidak celik kepada pasaran gaharu sedunia. Mereka sering ditindas oleh peraih terutamanya, tauke Cina dan Melayu. Mereka dibayar bawah 200 peratus hingga 1,000 peratus daripada harga pasaran semasa. Contohnya, peraih bayar rm100 per kilogram tetapi menjual di pasaran luar sehingga lebih rm1,000 perkilo. Angka itu adalah tidak adil kepada orang Asal yang tidak berpelajaran dan tidak tahu tentang pasaran semasa.. Semenjak aku mula bersaing dalam pasaran gaharu, aku mula jelajah pasaran gaharu di Perak, Pahang dan Kelantan. Aku membuka harga yang tertinggi sehinggakan para pesaing aku jatuh bankrup dan mula menjadi musuh buatku. Ada juga yang berani bersaing sehingga hampir tidak mendapat apa-apa keuntungan pun. Janji aku bungkus dan berhenti berniaga. Tetapi, aku tidak pernah berhenti. Ini sesuatu yang menguntungkan dipihak bangsa aku. Malangnya, ada pihak dikalangan orang Asal sendiri yang tidak cari makan dengan hasil gaharu tetapi menyokong peniaga kaum luar atas sedikit komisen. Mereka memainkan peranan menghasut dan memfitnah supaya MOA tidak menyokong aku lagi dalam bisnes gaharu itu.. Dikala itulah aku mula menyatukan teman-teman lama untuk menubuhkan group SURVIVAL dan menerbitkan beberapa album. Setelah kumpulan Survival Meletop dipasaran dan mendapat liputan meluas di radio orang Asal 'asyik fm', aku mula membuka peluang kepada kumpulan-kumpulan yang lain termasuk kumpulan Ramsa dari Pahang. Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada penyokong dan peminat-peminat kami diseluruh negara terutamanya kem-kem PGA di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak. Malangnya, ketika zaman kegemilangan ini berlangsung, aku telah dijemput kembali untuk mengalami pengalaman yang sama seperti mula-mula aku belajar sebagai usahawan. Aku hilang dalam diri sendiri dan mulai trauma dan koma kembali.. * Pulak dah.. macam cerita Tamil la pulak.. Sambung kendian..😆😆😊😬