Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Rabu, 5 April 2023
Batu Delima ( cerpen)
BATU DELIMA MERAH
Berpeluh-peluh aku di buatnya pepagi ini. Seram sejuk pun ada. Jantungku berdenyut dengan agak kuat dan terasa hampir tercabut. Aku tidak menjangkakan bahawa, perkara begini akan terjadi dalam hidup ini. Fikiranku mula terawang-awangan dan melayang-layang jauh kepada masa silamku..
Aku memang terlahir sebagai anak terakhir arwah bapaku. Semenjak usiaku setahun lebih, bapaku telah pergi meninggalkan kami enam beradik. Kehidupan keluargaku selepas itu begitu menderita, sengsara dan dihimpit oleh kemiskinan hidup yang melampau. Benar-benar umpama kais pagi makan malam. Ibu, terpaksa memikul bebanan yang amat besar untuk membesarkan kami semua. Apa sahaja benda yang boleh mengalas perut, pasti ibu akan bawa pulang demi kelangsungan anak-anaknya..
Oleh kerana aku masih baby, ibu terpaksa serahkan aku kepada pakcikku dan isterinya sebagai anak angkat. Lagi pun, pakcik dan isterinya tidak di kurniakan anak sejak berkahwin. Maka, terlepaslah aku daripada kehidupan yang memeritkan itu. Aku ditatang seperti minyak yang penuh, sehinggalah melangkah ke alam persekolahan..
Pakcik dan makcik yang aku sangkakan sebagai ibu dan bapa kandungku, begitu sayang dan memanjakan aku. Apatah lagi kami tinggal di perkampungan yang berlainan dengan keluarga asalku. Semenjak berumah-tangga, pakcikku telah berpindah ke kampung isterinya. Itulah puncanya aku tidak mengenali ibu dan beradik kandungku sendiri..
Setelah tamat SPM, aku tidak berminat untuk teruskan pengajian diperingkat tinggi. Aku lebih berminat dengan kehidupan bersosial dan berfoya-foya. Lepak-lepak dengan kengkawan sambil engkem(minum arak), merempit serta berjoget lambak. Oleh kerana rupa parasku yang kacak dan segak, mudah sahaja gadis-gadis kaki joget lambak jatuh hati..
Suatu hari, keluarga salah seorang gadis yang pernah aku dampingi, datang ke rumah kami. Mereka mendesak aku untuk bertanggung-jawab atas kandungan anak gadis mereka yang bernama, Sarah. Ayah dan ibuku mula bertanyakan kebenaran peristiwa itu. Aku panik dan takut. Aku tidak bersedia untuk menjadi ayah kepada kandungan Sarah. Aku gusar akan kemungkinan, Sarah mengandung benih lelaki yang lain meskipun, aku yang pecah daranya. Aku tahu, Sarah adalah salah seorang gadis yang cantik dan menawan dikalangan kaum Semai di perak. Tetapi aku tidak bersedia. Aku tidak mengaku. Aku lihat Sarah dan keluarganya amat tertekan dan sedih. Akhirnya, ayahku terpaksa membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menutup malu..
Semenjak peristiwa itu, ayah mula berubah sama sekali. Dia lebih tegas dan tidak memanjakan aku lagi. Aku sudah tidak lagi mudah mendapat wang dari ayah. Ayah mahu aku berdikari dan belajar hidup susah serta belajar ilmu-ilmu kebatinan dan rohani. Aku memang tidak berminat untuk mendalami ilmu kebatinan meskipun, ayah menawarkan dirinya sendiri sebagai guruku. Aku sememangnya arif, ayah adalah bomoh dan pawang yang hebat dan disegani. Malah, atas dasar itu, beliau hidup mewah dengan kedatangan beratus-ratus pesakit serta pelanggan yang berubat pada setiap bulan. Walaubagaimana pun, aku tahu ayah amat menyayangiku. Tetapi, aku nekad untuk hidup berdikari dan memilih berhijrah ke bandaraya Ipoh. Dengan sejumlah wang yang dibekalkan oleh ibuku, aku melangkah dengan berat hati. Di kejauhan, aku dapat melihat ibuku mengesat-ngesatkan air matanya yang bercucuran..
Berbekalkan sijil SPM, aku hanya mampu melamar kerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang Omputih. Lama juga aku berkhidmat di situ. Malangnya, setelah agak stabil dan menjadi penyelia, perangai lamaku berulang kembali. Apa boleh buat, bukan mudah menjadi seorang jejaka yang kacak. Aku akhirnya tergoda dengan godaan seorang gadis Melayu yang bekerja sebagai kerani, di kilang yang sama. Gadis yang bernama Neiyana itu baru setengah tahun bekerja. Orangnya putih melepak, berwajah ayu dan comel serta seksi. Mulanya aku tidak berminat dengan gadis bangsa lain tetapi, dengan telatah manja dan berani Neiyana, aku mulai hanyut..
Lama juga aku usung Neiyana ni keluar masuk disco, pusat karaoke dan bilik-bilik hotel. Memang seronok dan mengghairahkan pabila menjelang hujung minggu. Walaupun aku menyedari Neiyana bukanlah seorang dara tetapi, layanan yang disajikan, cukup untuk membuatkan aku ketagihan. Nak dijadikan cerita, pada satu malam ketika aku dengan Neiyana sedang memadu kasih disebuah taman iaitu Taman Polo, kami telah diserbu oleh beberapa lelaki yang aku tidak kenali. Mereka mengarahkan aku keluar dari kenderaan. Salah seorang daripada beberapa lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai tunang kepada Neiyana dan baru balik setelah tamat pengajian di London. Dan seorang lagi mengaku sebagai abang kandung kepada Neiyana. Dia sudah lama memperhatikan kami dan tidak suka dengan hubungan kami. Aku hanya mampu meminta maaf dan tidak tahu tentang pertunangan Neiyana serta minta izin undur diri. Tiba-tiba, Neiyana keluar dari kenderaan dan menjerit tidak mahu berpisah denganku dan meminta diputuskan pertunangan sebab, dia terlalu mencintai aku dan kini sedang berbadan dua. Setelah itu, aku terasa ditarik ke belakang dan dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki tanpa belas kasihan. Dalam kekalutan dan haru-biru itu, pukulan demi pukulan hinggap pada seluruh tubuhku sambil kedengaran ugutan dan ancaman terhadapku agar, tidak lagi mendekati Neiyana. Sayup-sayup aku dengar jeritan dan tangisan Neiyana memanggil-manggil namaku..
Sesedar aku terlantar di hospital besar, Ipoh. Dikatakan aku telah dihantar oleh beberapa mat rempit. Aku berasa terharu dengan jasa baik mereka. Seluruh tubuhku terasa remuk-redam. Setelah tiga hari, aku dibenarkan keluar wad. Aku menghubungi manager bahawa aku alami kemalangan dan akan mula bertugas keesokan harinya. Esoknya, aku mendapat berita bahawa Neiyana telah berhenti kerja. Aku mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan kes. Neiyana pun, aku call sudah tidak dapat. Mungkin sudah bertukar nombor atau dikurung oleh keluarganya. Aku berasa kesal kerana berdosa besar kepada Neiyana. Niat asal aku hanya untuk berhibur dan melampiaskan nafsu sahaja. Aku tidak mungkin boleh berkahwin dengan Neiyana kerana, ayah dan ibuku tidak dapat menerima Islam. Tetapi, bagaimana Neiyana mengaku mengandung? Sedangkan kami mengamalkan seks selamat dan guna kondom..
Atas kesedaran dan keinsafan yang menggunung, aku nekad berhenti kerja dan pulang kepangkuan keluarga. Sudah lebih lima tahun aku tidak jejakkan kaki atau menghubungi ayah dan ibu di kampung. Rindu meluap-luap dan perasaan ingin mohon jutaan kemaafan terpahat dalam hati. Paling penting, diusia sekarang aku ingin belajar ilmu kebatinan daripada ayah. Aku sudah mula menghargai dan memerlukan kuasa-kuasa keajaiban dan mistik demi melindungi keselamatan diri dan membantu orang yang dalam kesusahan. Ya.. Aku sudah berubah. Berubah kepada insan yang berhati mulia, yang banyak menolong insan yang dalam kesulitan seperti, ayahku. Acap kali ayah menasihatkan aku supaya menitik beratkan memdalami ilmu-ilmu batin dan kuasa-kuasa kesaktian Keramat Negeri namun, aku tidak endahkan langsung. Ayah suruh aku pelajari ilmu persilatan, ilmu pertahanan diri seperti, ilmu kebal, ilmu tahan rangka, ilmu tolak bayang, ilmu perapuh dan ilmu penderas. Juga ilmu berubat orang yang sakit akibat gangguan jin dan makhluk halus. Ilmu pengasih, pemanis dan seri muka serta penerang hati. Dan termasuk ilmu untuk mencegah dan meredakan bencana alam seperti ribut taufan, tanah runtuh, petir dan guruh serta banjir lumpur..
Hampir sampai ke rumah ayah dan ibu, aku berasa hairan dan cemas. Kenapa tiada kenderaan dan pesakit yang selalu memenuhi halaman rumah seperti biasa? Apakah ayah dan ibu sudah berpindah atau tidak lagi berubat orang sakit? Setelah keluar dari kenderaan, aku hampiri dan memanggil ayah dan ibu. Tiba-tiba, pintu dibuka dan dapat aku melihat sosok wajah ibuku yang dirindui. Hatiku mula berasa lega dan mula memeluk tubuh ibuku sambil meminta ampun dan maaf berkali-kali. Air mata membasahi pipi tua ibuku. Aku bertanya, kemana ayah. Ibu hanya tertunduk dan menangis. Aku terkedu dan dalam hati mendoakan yang baik-baik sahaja..
Akhirnya, setelah semuanya reda, ibu menceritakan segala yang berlaku. Ayah telah dua tahun meninggal dunia akibat sakit tua dan merindukan aku. Ayah kesal kerana membenarkan aku hidup berdikari dan risaukan keadaan aku. Apatah lagi aku tidak mengutus khabar berita dan tidak beritahu tinggal dimana. Puas anggota keluarga serta keluarga kandungku cuba menjejaki aku sehingga ke Johor Baharu. Barulah aku tahu dan terbongkarnya salasilah sebenar diriku dan keluarga kandungku. Ibu terpaksa ceritakan perkara yang sebenar kerana, ibu merasakan hayatnya serta kesihatannya yang buruk. Hal ini kerana ibu terlalu merindui ayah dan aku, sehingga terjejas kesihatannya. Ibu harap aku boleh kembali kepada keluarga kandung sekira hayatnya tamat. Aku berjanji akan menjaga ibu dan membahagiakan hidupnya demi menebus kesalahan dan dosa-dosa silam..
Tersentak aku, tiba-tiba ibu memanggil namaku. Ibu menyuruh aku mandi dan ambil sarapan. Fikiranku mula tertumpu kepada mimpi malam tadi. Apakah mimpi semalam adalah mainan mimpi atau kenyataan? Dalam mimpi itu, ayah muncul seperti dalam dunia nyata. Dia berpakaian serba hitam dan wajahnya terpancar berseri-seri umpama malaikat. Suasana dan kediaman ayah sangat hebat dan mewah. Ayah mengucapkan terima kasih kerana kembali kepangkuan keluarga dan menjaga ibu dengan baik. Ayah minta maaf kerana tidak sempat memperturunkan segala ilmu-ilmu kebatinan kepada aku ketika hayatnya. Aku sempat memohon jutaan maaf kerana tidak mengikuti kehendak ayah dan banyak melukakan hatinya. Kami berpelukan dan ayah bisikkan sesuatu ketelinga.. " Anakku.. Ayah harap, kamu tunaikan permintaan terakhir dari ayah. Ayah tahu, keluarga kita serta masyarakat kita Orang Asal akan terjejas dengan teruk dimasa akan datang. Dimana, hak-hak kita akan dirampas dan ditindas oleh kerajaan pemerintah. Nasib bangsa kita Orang Asal akan merana dan kehilangan jati diri dan wilayah sejarah dalam negara ini. Pengislaman dan pertukaran budaya dan adat resam, akan memupuskan identiti kita. Ayah mahu kamu perjuangkan nasib anak bangsa kita. Kita harus kuat dan berani dalam berpolitik. Celikkan politik orang kita supaya bersatu menentang kebobrokan dan kezaliman. Jangan biarkan bangsa lain memperkotak-katikkan bangsa kita sehingga menyebabkan kepupusan akibat kemiskinan harta dan ilmu. Anakku.. Ayah telah memohon Raja kepada segala Raja dunia ini untuk mengizinkan dan merahmati Raja kepada Raja Batu iaitu, Batu Delima Merah untuk dianugerahkan kepada anakku. Supaya anakku dapat mengawal segala kekuasaan dan kesaktian alam maya serta alam mystery ini, demi melindungi segala hak-hak bangsa kita. Syukur, ayah telah memperolehi kebenaran untuk tujuan tersebut. Ayah mahu, kamu datang berjumpa dengan ayah di puncak gunung Teduh dalam masa terdekat ini. Ayah akan menunggu anakku. Jangan takut anakku. Lihatlah dijari manismu apabila terjaga nanti. Itulah alat pelan yang akan membantu kamu bertemu dengan ayah. Bisikkan sesuatu yang diniatkan, pasti cincin rotan itu akan membantu anakku. Jangan lupa anakku, ayah menunggumu.."
Aku terus menoleh ke jari manisku. Ternyata, cincin rotan itu tersemat rapi dijariku..
karya asal-Bah Akim
Ahad, 12 Februari 2023
sewang Jahut
Sewang
Sewang ialah upacara perubatan yang dilakukan dalam masyarakat Jahut . Pada masa dahulu sewang dipanggil miksoi yang bermaksud berubat orang
sakit yang menggunakan jampi dan bacaan tertentu. sewang terdiri daripada dua jenis, iaitu sewang terang
dan sewang gelap. Kedua-dua sewang ini digunakan untuk perubatan dan mencari
semangat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua
Sewang Terang
Sewang ini bertujuan untuk mengubati sakit-sakit biasa seperti demam, sakit badan
dan lain-lain lagi. Upacara ini diketuai oleh seorang bomoh dan terdapat beberapa
pengikut yang menari dan menghentak buluh. Setiap gerak tarian mempunyai maksud
yang tertentu. Sewang terang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam dengan
memasang lampu atau pelita.
Sewang Gelap
Sewang gelap hanya dilakukan pada waktu malam tanpa sebarang cahaya. Bomoh
mengetuai upacara sewang dan pengikut-pengikutnya akan menghentak buluh. Sewang ini hanya dilakukan untuk mengubati sakit teruk.
Upacara sewang hanya boleh dilakukan apabila ada orang sakit dan tidak boleh
dilakukan sewenang-wenangnya. Hal ini disebabkan dalam upacara sewang bomoh
akan berinteraksi dengan jin untuk mengubati pesakit supaya sembuh. Bomoh sebagai pengantara atau dalam bahasa Jahut disebut pengening. Semasa berubat
bomoh akan menjadi sebahagian daripada jin dan sebahagian manusia. Jin akan
duduk di belakang bomoh.
Terdapat banyak lagu sewang dalam masyarakat Jahut antaranya termasuklah
Lompat Noh, Hulubalang, Amboi-Amboi, Barau, Bertam, Palas dan lain-lain lagi.
lirik lagu sewang ini menggunakan campuran bahasa Jahut dan bahasa Melayu. Pada masa kini upacara sewang sudah tidak dilakukan lagi
kerana masyarakat Jahut telah menggunakan perkhidmatan moden di hospital dan
klinik.
Orang Darat
Tahukah anda
Zaman dahulu di Semenanjung terutama di Perak tiada perkataan "Orang Asli" jadi panggilan orang Asli untuk orang melayu di sana memanggil mereka dengan panggilan "Mai Darat" bererti lebih kurang bermaksud "Orang yang mendiami tempat berbukit" (tempat tinggi) dan orang melayu mereka panggil orang "Baroh" kerana perkampungan orang Melayu selalu di kawasan rendah.
Panggilan Mai Darat merangkumi semua orang asli termasuklah orang Semai Temiar Kensiu Kintak Lanoh Jahai dan lain lain.
Sabtu, 11 Februari 2023
Selasa, 27 Disember 2022
Jumaat, 2 Disember 2022
Ahad, 16 Oktober 2022
Hak Orang Asli Terhadap Tanah Adat(Semelai vs Kerajaan Negeri Pahang)
https://www.facebook.com/100064672723197/posts/pfbid033nZ1R8SeApG6kDDEdNkxX2YW2FD1iBs2EQW5xWD2XTZAH5XRCNWQfWWVVeanLJjfl/
Isnin, 3 Oktober 2022
Sabtu, 24 September 2022
Isnin, 15 Ogos 2022
Selasa, 31 Mei 2022
Sabtu, 26 Mac 2022
Isnin, 3 Januari 2022
Selasa, 23 November 2021
Sabtu, 20 November 2021
Isnin, 1 November 2021
Rabu, 27 Oktober 2021
Rabu, 13 Oktober 2021
Ahad, 26 September 2021
Sabtu, 25 September 2021
Isnin, 20 September 2021
Jumaat, 13 Ogos 2021
SEJARAH SUKU JAHUT,PAHANG
Mengikut sumber kajian Admin bukan sahaja suku kaum Orang Asli Btsisi(Mah Meri) dan Suku Semelai lari selepas kejatuhan Kesultanan negeri Johor lama seterusnya ke Muar malahan Suku kaum Jahut krau pun turut Melarikan diri ke Pahang menetap sekitar (kuala Krau/Pekan) akibat tidak tahan dengan cara pemerintah pada masa itu. Mereka melarikan diri dan kekal menetap di kuala krau dan bercampur dengan Orang Asli sekeliling.
Budaya bersunat dikalangan mereka merupakan pengaruh dari pagaruyung. Yang amat menarik adalah gambar Balai Hantu dan mungkin upacara ini sudah ketinggalan dan tidak diamalkan lagi.
Jika info dari Admin ini tidak tepat sila perbetulkan.
PERUBATAN TRADISIONAL JAHUT
Perubatan tradisional
Pengetahuan herba tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh 'bomoh' yang merupakan ahli perubatan tradisional. Jurnal Sains Perubatan India mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis ubat orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh penyelidikan saintifik termasuk Hedyotis capitellata, Melastoma malabathricum, Lycopodiella cernua, dan herba-herba berikut:
Eurycoma longifolia: Digunakan sebagai afrodisiak untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.
Morinda citrifolio: Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat bisul melalui pembubuhan topikal daun-daun dan buah-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan farmakologi yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas.
Vernonia cinerea[5]: Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan asma, penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan.
Antara ubat-ubat orang Jah Hut yang belum disahkan termasuk:
Alstonia angustiloba dan Homalanthus populneus: Orang Jah Hut mempergunakan herba ini untuk merawat sakit kepala.
Physalis minima, Pyrrosia piloselloides dan Smilax lanceifolia: Herba-herba ini sering digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan sakit.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional.
Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.
KEGIATAN EKONOMI SUKU JAHUT
Kegiatan ekonomi
Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.
PERANAN ORANG ASLI SUKU JAHUT,SEMASA PERANG
“Perang Semantan Temerloh” kalau baca dari tulisan dari Hugh Clifford dan jounal Ram Sigh (sepoy).. perang tersebut berjaya disebabkan oleh kebijaksanaan dan pertolongan dari orang Asli yang terdiri dr 100 orang bawah Dato Bahaman... Pengikut ramai dari suku Jahut krau kalau mengikut Hugh Clifford....selepas itu mereka diburu lari ke ulu tembeling membuka kg bersama Orang Asli.
Isnin, 26 Julai 2021
Isnin, 12 Julai 2021
Pengkhianat Bangsa Sakai
PENGKHIANAT BANGSA SAKAI
kenapa kerajaan BN telah menukar gelaran bangsa SAKAI yang diiktiraf oleh kerajaan British, kepada bangsa Orang Asli. Ternyata akhirnya kebenaran mula tertegak. Mereka begitu takut untuk memperakui bahawa negara ini adalah milik Orang Asal melalui "SAKAI COUNTRY" yang ditulis dalam sejarah British. Mereka juga takut dengan perjanjian kemerdekaan negara yang memberikan hak-hak keistimewaan keatas "SAKAI'S RESERVE" dan hak-hak Orang Asal yang menduduki apa-apa jenis status tanah tersebut. Sekarang ini, Mereka telah berjaya memesong pemikiran Orang Asal untuk berasa malu dan terhina terhadap gelaran bangsa SAKAI tersebut. Orang Asal lebih selesa dengan gelaran "Orang Asli" dan mendapat pembelaan kononnya, melalui Jabatan Orang Asli dalam hak-hak asasi serta WTA. "SAKAI" yang bermaksud bangsa yang suka bergotong-royong dan bersaudara-mara telah diubah dan didakyahkan sebagai bermaksud bangsa hamba abdi oleh Mereka. Maka, Orang Asal telah kehilangan status keatas SAKAI'S RESERVE dan SAKAI COUNTRY..
Namun begitu, untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis pengkhianat bangsa. Dibawah ini, beberapa jenis pengkhianat bangsa yang ada disekeliling MOA sendiri, selain daripada pemimpin-pemimpin bangsa pendatang yang mengkhianati perjanjian kemerdekaan negara dan akta 134..
1. Pengarah dan pegawai JAKOA.. Sejak negara merdeka, tidak begitu ramai Orang Asal yang dilantik sebagai pegawai JAKOA apatah lagi sebagai ketua pengarah atau pengarah. Ini dilihat sebagai satu perkara yang membuatkan beberapa kepentingan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat MOA terpinggir untuk berpuluh-puluh tahun. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, MOA telah terpilih untuk menjawat jawatan berkenaan. Malangnya, ada segelintir daripada mereka adalah tidak berkualiti dan tidak layak untuk membela nasib MOA dengan lebih baik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sikap kalangan mereka ini, yang lebih mementingkan kedudukan sendiri. Maklumat dan komunikasi atau matlamat mereka adalah kabur. Inilah yang menjadi punca MOA tidak dapat mencapai maklumat yang telus dan berfakta tentang perkara dan permasalahan mereka termasuklah hak-hak WTA..
2. Tok Batin dan AJK kampung.. Ada dikalangan kepimpinan ini tidak menyebelahi suara-suara penduduk. Apatah lagi penduduk-penduduk kampung juga adalah tidak peka terhadap hak-hak mereka. Justeru, kepimpinan ini begitu angkuh dengan kuasa dan tidak menterlibatkan penyertaan penduduk dalam membuat keputusan. Ada keputusan yang dibuat, semata-mata untuk keuntungan peribadi dan menindas hak-hak orang lain. Oleh itu, perjuangan untuk membela nasib penduduk tidak diusahakan. Mentang-mentanglah ada sedikit elaun daripada JAKOA, mulut terus tertutup untuk bangkit membawa kes-kes tuntutan wilayah tanah adat ke mahkamah. Sekiranya kepimpinan ini bergabung dengan seluruh kepimpinan yang ada dalam negara, nescaya WTA MOA akan diwartakan oleh kerajaan negeri dan pusat. Dengan itu, tidak akan ada lagi MOA yang tertindas dan miskin tegar dalam negara sendiri..
3. Talam dua muka.. Golongan ini begitu ramai disetiap perkampungan Orang Asal. Mereka berfungsi sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan, pemimpin politik, tauke-tauke syarikat penceroboh dan musuh penduduk kampung. Golongan ini kebanyakannya adalah penyokong tegar Parti Politik yang telah mendapat sedikit habuan peribadi. Terdiri daripada kalangan Urang Aseli, yang Mudah dibeli dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu atau berkepentingan. Ada yang membantu penceroboh dengan menjadi kuli dengan pendapatan lumayan. Ada yang bertungkus-lumus membantu kempen parti Politik semasa pilihanraya yang akhirnya menindas bangsa sendiri..
4. Hamba abdi Parti Politik. Tugasan mereka adalah menjadi pak pacak atau pak turut kepada arahan Parti Politik. Tidak suka kepada perubahan politik. Sokong membabi-buta walaupun WTA tidak diwartakan sehingga kini. Keberanian mereka hanya sebagai samseng kampung Dusun dan tidak reti apa itu perjuangan membela nasib bangsa sendiri. Hanya cukup diberikan sedikit imbuhan barangan dapur, gertakan dan janji-janji manis untuk dibeli undi mereka..
5. Kedekut dan pengecut.. Jangan bermimpi untuk mendapatkan sumbangan derma atau sokongan daripada golongan ini. Kebanyakannya berkecuali dan tidak suka untuk membuat bantahan. Pentingkan diri dan tembolok sendiri. Lu, lu.. gua, gua.. Sebab itulah pada acara atau mesyuarat hal-hal WTA dan sebagainya, golongan ini tidak akan hadir untuk menyokong atau bersolidariti kepada pejuang-pejuang bangsa..
SELAGI ADANYA PUAK-PUAK DAN GEROMBOLAN-GEROMBOLAN INI DALAM MOA, SELAGI ITULAH WILAYAH TANAH ADAT MASYARAKAT ORANG ASAL TIDAK AKAN DIWARTAKAN MESKIPUN TELAH BERJAYA MENANG KES TUNTUTAN WTA DALAM MAHKAMAH TINGGI.. TOLAK Parti Politik yang tidak iktiraf WTA OA PADA PRU15. HANYA ITU SAHAJA CARA UNTUK DIIKTIRAF WTA ORANG ASAL DISELURUH NEGARA..👌👍🤝💪
Warung Bah Tangeh(cerpen OA)
WARUNG BAH TANGEH
Sejak pagi tadi, Bah Tangeh runsing dan gelisah memikirkan tidak ada seorang pun pelanggan yang berminat di warungnya. Ada pun yang singgah, tidak berminat untuk membeli. Berbeza dengan warung-warung dikiri-kanannya yang begitu rancak dan meriah dengan kehadiran para pelanggan tetap dan memborong barangan yang dijual oleh mereka..
Bah Tangeh begitu hairan sekali. Kenapa barangan yang dijualnya tidak laku di mata masyarakat Orang Asal. Sedangkan, itu adalah keperluan asasi mereka. Bah Tangeh menjual padi Huma, kraftangan daripada tikar mengkuang, rotan, damar, petai, durian kampung, teras gaharu, ubi kayu, ulat dan unggas yang berprotein, daging rusa dan kijang, buah-buahan liar hutan dan herba-herba, katak dan ikan tengas dalam buluh..
Pesaing Bah Tangeh merupakan warga Orang Asal juga. Tetapi mereka menjual belacan, budu, cincalok, wantan mee, roti canai, murtabak, satay, nasi lemak, daging babi panggang, wadeh, muruku, Cina teh, bak Kut teh dan letih. Nampaknya, Orang Asal tidak menyokong hasil dan barangan sendiri. Mungkin mereka malu untuk membeli hasil barangan tradisi.maklumlah, dah moden agaknya..
Tiba-tiba, ada segerombolan bangsa asing yang merupakan pelancong dari luar negara. Nampak seperti warga Eropah, Jepun dan Arab. Ada hampir lima bas kesemuanya. Peliknya, rombongan ini terus menuju ke warung bah Tangeh dan memborong kesemua barangan yang dijual oleh beliau. Bah Tangeh amat gembira dan senang hati apabila akhirnya ada jugalah insan-insan yang bersimpati keatas nasib beliau..
Tetapi, persoalannya.. Kenapa Bah Tangeh tiba-tiba mendapat sambutan dan perhatian daripada bangsa asing tersebut?? Kenapa bangsa asing tersebut membeli barangan yang dijual oleh Bah Tangeh, sedangkan, tidak semua orang asing itu tahu dan biasa dengan keperluan tersebut..
Fikir-fikirkan sendiri wahai Urang Aseli yang terjajah Bangsa, Ajaran nenek-moyang dan Bumi sendiri..
Kalau masih tak reti.. Mai sini, aku nak lekok kepala tu dengan senduk pokok merbau..😝😝😝
Sakai reserve dan Sakai Country(cerpen OA)
BANGSA SAKAI'S RESERVE DAN SAKAI COUNTRY
Dah lama penulis bercuti menulis gara-gara jatuh cinta dengan seorang janda muda bergetah, kaum Melayu Islam. Dahlah berkulit putih melepak dan gebu, seksi lagi jelita pula. Dengan senyuman berlesung pipit dan rambut yang ikal mayang mengurai, hati siapa yang tak tahan?? kata Bah Dahan. Pulak tu, dia mengaku ada darah campuran Urang Aseli suku kaum Semai, sebelah neneknya. WADUHHH..! Hampir-hampir penulis mahu saja memeluk Islam dan berhijrah menjadi bangsa Melayu..
Namun begitu, akibat penangan Wantan Mee dan B**i Panggang Greb-greb yang garing lagi lazat dan berkhasiat, terpaksalah penulis batalkan niat yang suci dalam debu itu. Baiklah, jom kita jenguk beberapa bahagian kisah benar lagi sahih tentang apa yang berlaku kepada bangsa Sakai, setelah diubah menjadi bangsa Urang Aseli oleh pemimpin Politik.
1. "Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan daripada kerajaan. Tok Batin Jangan khuatir, hak keatas tanah rayau adalah bebas dan terpelihara. Kerajaan berjanji tidak akan mengganggu masyarakat Orang Asli untuk berburu, mendapatkan hasil-hasil hutan untuk keperluan atau jualan dan bercucuk tanam. Sekiranya kerajaan mengambil kawasan rayau, pampasan kepada Orang Asli akan dibayar keatas apa-apa juga tanaman yang diusahakan.." Ini adalah salah satu ayat yang dituturkan oleh pegawai Jabatan Orang Asli untuk memujuk Tok-tok Batin menyerahkan kembali peta dan watikah "Sakai's Reserve" yang dimiliki mereka. Sakai Reserve anugerah kerajaan British sebelum negara mencapai kemerdekaan ini begitu menakutkan kerajaan Pemerintah , kerana itu akan menjadi satu bukti yang kukuh untuk bangsa Sakai menuntut hak-hak mereka kepada mahkamah tinggi atau persekutuan sekiranya diceroboh oleh sesiapa pun termasuk kerajaan pemerintah.Kerajaan tahu keluasan setiap peta Sakais Reserve tersebut yang setiap satunya memiliki keluasan beribu ekar. Pemerintah tahu Urang Aseli akan menjadi bangsa yang terkaya dalam negara sekiranya, Urang Aseli ini celik politik, sejarah, pendidikan tinggi dan ekonomi. Dengan itu, Kerajaaan sedaya-upaya memperkudakan Jabatan Orang Asli ini supaya menarik balik peta keramat Sakai's Reserve tersebut daripada tangan seluruh Tok-tok Batin semenanjung Malaysia. Ramai jugalah Tok-tok Batin ini telah menyerahkan kembali peta itu kepada JOA kerana dijanjikan elaun bulanan dan kebajikan yang tidak seberapa. Inilah yang menjadi punca keatas kemiskinan tegar dan rampasan wilayah tanah adat pribumi Orang Asal yang rancak berlaku sekarang. Meskipun setelah Kerajaan Parti Keramat tumbang pada PRU14 lalu dan ketua pengarah JAKOA dilantik dikalangan MOA sendiri, masih tidak ada kesedaran untuk menuntut kembali peta-peta Sakai's Reserve yang ada dalam simpanan ketua pengarah JAKOA tersebut.
2. "Nasib Urang Aseli adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN semenjak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. BN tidak pernah meminggirkan Urang Aseli. Kalau pembangkang perintah negara ini, nescaya Urang Aseli akan terpinggir. Bagaimana dengan anak-anak kita yang bersekolah, adakah akan mendapat percuma? Bagaimana dengan kesihatan kita, adakah percuma seperti biasa? Jangan hancurkan masa depan kita dan negara dengan mengundi parti pembangkang. Tetapi saya sangat percaya, Urang Aseli bukanlah bodoh untuk sokong pembangkang. Urang Aseli amat setia kepada parti Keramat kita. Hanya parti Keramat sahaja yang boleh membela dan menjaga kebajikan serta keselamatan masyarakat Urang Aseli dalam negara ini. Betul tak..??" BETULLL.... HIDUP B*! HIDUP B*! HIDUP B*!.. Itulah laungan keramat Penduduk Urang Aseli yang miskin tegar dan buta berpolitik ketika mendengar ucapan kempen pemimpin Parti Politik setiap kali musim PRU. Apa yang penting, itulah hari yang terindah buat Urang Aseli ini dilayan seperti raja dan mendapat pelbagai keperluan barangan dapur serta dihidangkan dengan makanan yang lazat. Disebelah para pemimpin Parti Politik yang sedang berkempen hancing, kelihatan wajah Tok Batin berseri-seri dengan sedikit wang saku dan beberapa mesin rumput. Begitu mudah sekali untuk berkempen pilihanraya dengan Urang Aseli ini. Mereka teruja dan ghairah untuk meminta beras 5 kilo, sardin 2 tin, gula 2 kilo dan minyak masak sepeket. Ada yang minta sebuah kugiran sebagai nilai sokongan padu kepada parti Politik. Ada yang sibuk minta penajaan pertandingan bola sepak tujuh sebelah atau pesta joget lambak. Tidak pernah pun mereka sebagai pengundi ini meminta diwartakan WTA Sakai's Reserve mereka oleh parti yang bakal membentuk kerajaan.. Pekak badak lagi tengin badak punya Aseli..
Ada lagi.. Tetapi, cukuplah setakat ini dahulu. Ada yang panas telinga dan hati sedang mencuci laras Sumpit tu..😆😝
Kampung Orang Asli sungai Kering (cerpen OA)
KOA SG. JERING
Pening kepala Bah Tangeh apabila memikirkan gelagat dan pemikiran penduduk kampungnya. Nak kata penakut, tidak juga. Nak kata pemalu, bukan begitu. Nak kata bodoh, mungkin tidak.. Buktinya, muka Tok Batin lebam ditumbuk oleh Bah Pelaud ketika ditegur kerana berjoget lambak sambil merokok. Wah Rita yang terkenal dengan sifat pemalunya, tergedik-gedik membonceng motosikal beberapa orang pemuda Melayu ntah ke mana tujuan. Paling hebat, beberapa orang penduduk kampung yang dianggap bodoh, bangkit bersuara dalam setiap minit mesyuarat jawatankuasa bertindak wilayah tanah adat. Walaupun kedengaran agak pelik dan melalut-lalut ke laut serta lari daripada tajuk..
Sungguh. Seram sejuk dan tidak nyaman. Tetapi, itulah hakikatnya.. Rata-rata penduduk kampung orang Asli Sungai Jering ini agak berbeza dan luar biasa. Walaupun selenga, mereka tidak langsung mahu belajar dari pengalaman dan sejarah. Pernah sekali itu, Bah Tangeh dianggap sebagai penghasut dan menentang kerajaan UMNO-BN kesayangan penduduk. Gara-gara ingin mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak asasi dan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli. Bah Tangeh tidak mahu rumah PPRT, jalan tar, elektrik dan air bersih. Bah Tangeh hanya minta calon yang berkempen pada pilihanraya umum, wartakan wilayah tanah adat kampung mereka. Bab perkara yang lain tidak penting kepada penduduk..
Akibat daripada tindakan itu, penduduk kampung yang berbangga dengan sogokan barangan keperluan dapur dan sedikit wang saku sempena pilihanraya, memulaukan Bah Tangeh. Di chop sebagai lupa daratan. Barua pembangkang. Pengkhianat bangsa dan negara. Tidak mengenang budi dan jasa kerajaan UMNO-BN. Tidak patuh kepada JAKOA yang banyak berbudi..
Itu dulu.. Sekarang, penduduk kampung mulai sedar peranan dan tanggungjawab Bah Tangeh. Kawasan rayau dan wilayah tanah adat mereka telah dicerobohi oleh berpuluh-puluh buah syarikat persendirian. Diluluskan oleh kerajaan negeri UMNO-BN. Penduduk kampung dipaksa untuk menerima dua ke enam ekar tanah setiap ketua isi rumah. Selebihnya menjadi tanah kerajaan negeri..
Belum terlambat lagi.. Moga menjadi pengajaran dan peringatan kepada penduduk-penduduk kampung Orang Asli diseluruh negara. Bahawasanya, parti UMNO-BN bukanlah sebuah parti politik yang boleh dipercayai dan dihormati. Pemimpin-pemimpin mereka adalah memperjuangkan kekayaan dan kepentingan peribadi dan kroni. Sanggup menindas dan menggadaikan hak-hak rakyat marhaen. Asalkan mereka puas dan kenyang dengan hasil-hasil perompakan hak-hak rakyat dan wang negara..
Ingat pesanan Bah Tangeh.. Jangan lagi minta wang saku dan barangan dapur atau kugiran. Jangan lagi minta jalan raya, rumah PPRT serta bekalan air dan elektrik pada musim pilihanraya umum nanti. Tetapi, minta diwartakan wilayah tanah adat pribumi Orang Asli dari parti-parti politik yang bertanding. Ada faham..
#Kerajaangagal
Gua Batu Di Negeri Selangor
Gua di Sungai batu di Selangor (penjelajahan bersama masyarakat Orang Asli di Kawasan tersebut)
Sumber: Caves at Sungei Batu in Selangor catatan D.D Daly (terbitan Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 3 (JULY, 1879)
Satu misi penjelajahan telah dijalankan oleh Mr. Syers (Superintendent polis Selangor), Kapten B. Douglas dan pasukannya 28 rajimen, Penulis dan orang asli (sakai) ke kawasan yang masih asing kepada umum iaitu Batu Caves (mase tu tidak dikenali sebagai Batu Caves lagi). Berikut rumusan dari jurnal tersebut.
1. Perjalanan bermula dari Klang seawal 8.00 pagi melalui sungai klang sejauh 17 batu dan tiba di Damansara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dari kuala Lumpur ke gua tersebut melalui jalan hutan yang mana sepanjang perjalanan tersebut terdapat banyak pokok durian.
2. Setiba di bukit, mereka memanjat setinggi 50 kaki dan betul-betul berdiri dihadapan pintu masuk gua. Pintu gua tersebut begitu besar dan gelap dibahagian dalamnya serta didiami oleh ratusan kelawar. Gua tersebut dikenali sebagai gua Lambong. Orang Asli turut menasihati rombongan tersebut supaya tidak masuk lebih dalam.
3. Mereka juga turut menjelajah gua kedua yang dikenali sebagai gua bilah yang mana lebih rendah dan tidak jauh dari gua pertama tadi.Turut disebut juga bahawa terdapat lukisan figura orang asli di luar antara kedua-dua gua ini.
4. Gua ketiga yang mereka terokai adalah gua lada. Gua ini mendapat nama berikutan diluar gua terdapat pokok cili yang tumbuh subur. Bukan itu sahaja sebenarnya, di sekeliling Kawasan gua ini terdapat banyak tanaman seperti durian, pulasan, belimbing dan rambai. Hidupan liar pon tidak terkira.
5. Perincian anda boleh baca teks di bawah ok.
6. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai batu caves. Anda boleh merujuk peta batu caves di bawah. Tercatat juga satu gua dikenali sebagai gua Temuan. Lukisan dinding yang diperkata merupakan bukti yang kuat bahawa tempat tersebut pernah dikunjungi atau didiami. Adakah masih terdapat lagi lukisan tersebut? Banyak tanaman seperti buah2an bermaksud apa? tumbuh sendiri?
Sama-sama kita fikir-fikirkan. Saya juga berpendpat Orang asli yang mengikuti rombongan tersebut mybe org temuan.
7.terima kasih kepada penulis terdahulu kerana ada catatan mcm ni kita dpt sedikit sebanyak gmbaran masa tersebut.
Terima kasih
#perkongsian
#emimei
#bil19
Hehehe boleh saya mencelah. Saya tulis begini. Tidak jauh dari Batu Cave ada Kg Orang Temuan - apakah ada kaitan dengan jalan cerita Si Tenggang Anak Derhaka? Kerana masa itu Tengang sedag beramain atau membawa hatinya yg rusuh kerana kecewa tidak dapat berkahwin dgn anak Batin Itam. Maka Tenggang ditangkap dibawa oleh saudagar apabila Tenggang sudah kaya selepas bernikah dengan anak saudagar dan kahwin pula dengan anak raja. Satu ketika sedang Tenggang mudik ke hulu sungai berdagang dia singgah di kg asalnya. Alangkah malang si Tenggang malu melihat kedua orang tuanya. Miskin dengan membawa panggang daging kera atau lotong. Si Tengang malu mahu mengaku org tua itu ibunya. Ibunya yg merayu mengaku si Tenggang anaknya. Tengang menendang ibu jatuh ke dalam perahunya. Maka oleh kerana emaknya terlalu sedih ibu Tengang menyumpah kapal si Tenggang menjadi batu. Jadilah Batu Cave yang ada hari ini. The end.
Gua Batu Kapur di Perak
Bagaimanakah untuk mengatakan pergunungan batu kapur Kinta tiada nilai arkeologi apabila ia menjadi medan pertempuran dua etnik dalam kelompok yang sama sejak turun temurun.
Lukisan neolitik Gua Tambun terletak di Gunung Panjang yang di dalam gambar di bawah terletak di utara zon merah dalam kawasan Temiar yang juga dilalui PLUS di sebelah kanannya.
Dipercayai, banyak tinggalan neolitik terdapat di medan persengketaan dua etnik kumpulan Senoi ini yang dipercayai saki baki masyarakat yang menganggotai sistem tamadun masyarakat Gangga Negara yang lenyap menjelang abad ke 11 dan dari tamadun ini mereka mula mendiami rumah-rumah dan juga belajar berpindah randah meninggalkan gaya hidup nenek moyang mereka yang yang menjadikan gua-gua sebagai kediaman.
Ini kerana penjajahan oleh bangsa asing seperti Chola 1000 tahun lalu serta pergelutan dengan penculik-penculik dari Sumatera yang menjadikan mereka komoditi di pasaran hamba abdi membuatkan mereka mengadaptasi kehidupan berpindah randah hingga ke timur Banjaran Titiwangsa.
Hipotesis di atas adalah tanggapan semata-mata.
Untuk mengkaji, seluruh gua dan gunung batu perlu di masuki dan disiasat apatah lagi di medan rebutan dua puak ini. Tetapi pergunungan batu kapur Kinta telah dijarah sejak 1960an.
Dengan keadaan hari ini di kawasan tersebut yang semakin parah adakah anda masih merasakan batu kapur lebih berguna dari jejak sejarah silam yang mana bagi sebahagian pengkaji arkeologi mahupun susur galur tempatan, ia adalah penting?
Sejarah Melayu di Genta (Kinta), penerokaannya dan permulaan gelar Panglima Kinta sendiri berkait dengan masyarakat Temiar empat ratus tahun lalu.
Empat ratus tahun sahajalah yang boleh kita tahu.
Bila ditanya empat ribu tahun lalu, hapah tak tahu. Bagaimana hendak memperkukuh keempunyaan atas tanah air ini jika sejarah sehingga Melaka sahaja. Itupun karya entah siapa.
Melaka pun naik setelah jatuh Andalusia. Orang Sepanyol kini yang tidak lagi Muslim pun mencatat sejarah nenek moyang mereka mendirikan kerajaan Islam selama 800 tahun sebelum jatuh ke tangan Kristian.
Itupun mereka terima hakikat bahawa bangsa Rom yang mula-mula membuka tanahnya walaupun mereka utuh berpegang susur galur hampir 1200 tahun pendudukan mereka di bumi sebelah situ.
Orang Asli Biduanda Negeri Sembilan
OA Biduanda (N.Sembilan) ada sejarah tersendiri menurut buku RJ Wilkinson. History of N.Sembilan Puteri Mayang Selida berkahwin dengan Raja Johor Lama. Puteri ini dikatakan sangat jelita seperti puteri Gunung Ledang juga.
https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/12/31/nusajaya-is-now-iskandar-puteri-johor-reverts-to-its-old-name-as-it-has-historical-significance
Langgan:
Catatan (Atom)

























