Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Ahad, 12 Februari 2023
sewang Jahut
Sewang
Sewang ialah upacara perubatan yang dilakukan dalam masyarakat Jahut . Pada masa dahulu sewang dipanggil miksoi yang bermaksud berubat orang
sakit yang menggunakan jampi dan bacaan tertentu. sewang terdiri daripada dua jenis, iaitu sewang terang
dan sewang gelap. Kedua-dua sewang ini digunakan untuk perubatan dan mencari
semangat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua
Sewang Terang
Sewang ini bertujuan untuk mengubati sakit-sakit biasa seperti demam, sakit badan
dan lain-lain lagi. Upacara ini diketuai oleh seorang bomoh dan terdapat beberapa
pengikut yang menari dan menghentak buluh. Setiap gerak tarian mempunyai maksud
yang tertentu. Sewang terang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam dengan
memasang lampu atau pelita.
Sewang Gelap
Sewang gelap hanya dilakukan pada waktu malam tanpa sebarang cahaya. Bomoh
mengetuai upacara sewang dan pengikut-pengikutnya akan menghentak buluh. Sewang ini hanya dilakukan untuk mengubati sakit teruk.
Upacara sewang hanya boleh dilakukan apabila ada orang sakit dan tidak boleh
dilakukan sewenang-wenangnya. Hal ini disebabkan dalam upacara sewang bomoh
akan berinteraksi dengan jin untuk mengubati pesakit supaya sembuh. Bomoh sebagai pengantara atau dalam bahasa Jahut disebut pengening. Semasa berubat
bomoh akan menjadi sebahagian daripada jin dan sebahagian manusia. Jin akan
duduk di belakang bomoh.
Terdapat banyak lagu sewang dalam masyarakat Jahut antaranya termasuklah
Lompat Noh, Hulubalang, Amboi-Amboi, Barau, Bertam, Palas dan lain-lain lagi.
lirik lagu sewang ini menggunakan campuran bahasa Jahut dan bahasa Melayu. Pada masa kini upacara sewang sudah tidak dilakukan lagi
kerana masyarakat Jahut telah menggunakan perkhidmatan moden di hospital dan
klinik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan