Ahad, 17 Februari 2019

Orang Asli tahun 1880

Pictorial & Sejarah - Xavier Brau de Saint-Pol Lias di Pérak –1880 -1881.

Deskripsi :

Xavier Brau de Saint-Pol Lias (1840-1914) peneroka (Explorer) yang bernaung di bawah Société de géographie bersama John Errington de La Croix (1848-1905)  peneroka (Explorer) dan Jurutera Lombong, kedua-duanya dari Perancis tiba di negeri Perak di atas undangan Sir Hugh Low, Residen Inggeris yang menetap di Kuala Kangsar. 

Ketibaan mereka berdua ini merupakan satu detik sejarah yang penting di Perak dan Tanah Melayu berikutan bermulanya penglibatan secara langsung bangsa Perancis dalam Industri penerokaan, pelaburan serta perlombongan melalui penubuhan Société des Étains de Pérak dan  Société des Étains de  Kinta hasil dari penganugerahan konsesi lombong bijih timah bagi kawasan Kinta pada 1883.

Sebelum itu Xavier Brau de Saint-Pol Lias, sudah lama aktif dengan menjalankan aktiviti penerokaan, perladangan serta perlombongan di Sumatra dan Acheh. Berikutan berlakunya perluasan dan cubaan Belanda yang ingin menawan wilayah Acheh yang membawa kepada peperangan Belanda – Acheh 1873, mereka cuba beralih arah ke Tanah Melayu yang lebih selamat dan keadaan politiknya yang stabil.

Selain dari gemar merakam foto-foto panorama dan alam sekitar, Xavier Brau de Saint-Pol Lias  amat meminati dan banyak mengumpulkan informasi masyarakat Orang Asli (sakai) yang bermastautin di sekitar negeri Perak. foto-foto orang ‘Sakai’ ini merupakan sebahagian dari koleksinya di Perak yang kini menjadi rujukan penting dalam kajian anthropology orang-orang asli di Malaysia.

Rujukan :
1.Koleksi Foto-foto Xavier Brau de Saint-Pol Lias.
2.Bibliothèque nationale de France.
3.Nationaal Museum van Wereldculturen.
4.French Enterprise in Malaya. J. Sig D. Rawlins. 1966. JMBRAS.
5.The French in Sumatra and the Malay world, 1760-1890. A. Reid.KITLV Journal.

Sabtu, 16 Februari 2019

Catatan tentang Orang Asli perak sekitar tahun 1880-1881

Pictorial & Sejarah - Xavier Brau de Saint-Pol Lias di Pérak –1880 -1881.

Deskripsi :

Xavier Brau de Saint-Pol Lias (1840-1914) peneroka (Explorer) yang bernaung di bawah Société de géographie bersama John Errington de La Croix (1848-1905)  peneroka (Explorer) dan Jurutera Lombong, kedua-duanya dari Perancis tiba di negeri Perak di atas undangan Sir Hugh Low, Residen Inggeris yang menetap di Kuala Kangsar. 

Ketibaan mereka berdua ini merupakan satu detik sejarah yang penting di Perak dan Tanah Melayu berikutan bermulanya penglibatan secara langsung bangsa Perancis dalam Industri penerokaan, pelaburan serta perlombongan melalui penubuhan Société des Étains de Pérak dan  Société des Étains de  Kinta hasil dari penganugerahan konsesi lombong bijih timah bagi kawasan Kinta pada 1883.

Sebelum itu Xavier Brau de Saint-Pol Lias, sudah lama aktif dengan menjalankan aktiviti penerokaan, perladangan serta perlombongan di Sumatra dan Acheh. Berikutan berlakunya perluasan dan cubaan Belanda yang ingin menawan wilayah Acheh yang membawa kepada peperangan Belanda – Acheh 1873, mereka cuba beralih arah ke Tanah Melayu yang lebih selamat dan keadaan politiknya yang stabil.

Selain dari gemar merakam foto-foto panorama dan alam sekitar, Xavier Brau de Saint-Pol Lias  amat meminati dan banyak mengumpulkan informasi masyarakat Orang Asli (sakai) yang bermastautin di sekitar negeri Perak. foto-foto orang ‘Sakai’ ini merupakan sebahagian dari koleksinya di Perak yang kini menjadi rujukan penting dalam kajian anthropology orang-orang asli di Malaysia.

Rujukan :
1.Koleksi Foto-foto Xavier Brau de Saint-Pol Lias.
2.Bibliothèque nationale de France.
3.Nationaal Museum van Wereldculturen.
4.French Enterprise in Malaya. J. Sig D. Rawlins. 1966. JMBRAS.
5.The French in Sumatra and the Malay world, 1760-1890. A. Reid.KITLV Journal.

Selasa, 22 Januari 2019


Tanggungjawab kerajaan persekutuan terhadap Kebajikan Orang Asli

ORANG ASLI

Menarik minat ambo untuk memperkatakan apa yang didakwa oleh Nik Amar bahawa tiada tanah dalam Kelantan milik orang asli kecuali yang diberi oleh kerajaan. Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

KES KERAJAAN PUSAT SAMAN KERAJAAN NEGERI

1. Tidak dapat tidak apa pun alasan yang dikemukakan kita tidak boleh memadam sejarah yang orang asli itu sendiri kaumnya wujud lebih lama dari kita semua. Perkataan orang asli itu sendiri membuktikan keadaannya.

2. Orang asli mempunyai hak sama rata di sudut undang-undang. Kedudukan istimewa masyarakat Orang Asli diiktiraf Mahkamah Tinggi, malah termaktub di bawah Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat pribumi ini di mana kebajikan Orang Asli terletak di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan persekutuan berbeza daripada kerajaan negeri (Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan No 16 Perlembagaan Persekutuan),”

Secara jelas menunjukan Kerajaan Persekutuan adalah entiti yang bertanggungjawab kepada kehidupan dan kebajikan orang asli.

3. Orang asli mempunyai ADATNYA tersendiri yang tidak terpadam sejarahnya dalam apa jua penafsiran yang ada. Hak adat yang dinikmati Orang Asli sebagai penduduk pertama di Semenanjung Malaysia terus wujud dan tidak boleh dipadamkan dengan mendakwa ia menjadi tanah negeri, penciptaan tanah rizab atau dalam hal ini, pemberian pajakan atau lesen kepada pihak ketiga atas alasan tanah berkenaan dimiliki kerajaan negeri.



Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kesamarataan dan menurut sub-perkara (5) (c) menyatakan perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang Asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi Orang Asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam.

Terbukti jelas ianya ada local standi bagi kerjaan peesekutuan mewakili orang asli menuntut haknya berasaskan undang-undang dan memperjelaskan kepada umum bagaimana sebenarnya peranan kerajaan sebagai pihak yang menyaman kerajaan negeri Kelantan bagi pihak orang asli.

Kerajaan Persekutuan menggunakan tanggungjawabnya dalam hal ini.

4. Melalui tindakan mahkamah, mahkamah akan menafsirkan berdasarkan undang-undang yang sedia ada bagi memastikan kewujudan ADAT bagi orang asli itu adalah satu fasa yang sah kewujudannya di sudut pandang undang-undang sah atau tidak.

Berdasarkan penafsiran sepihak,iaitu pihak kerajaan pusat berpandangan hak adat itu sendiri adalah suatu bentuk undang-undang tidak bertulis dan adalah tidak munasabah untuk menganggap bahawa adat tidak mempunyai kuasa undang-undang semata-mata kerana ia tidak termaktub dalam undang-undang kerajaan negeri.

“Walaupun tidak termaktub, ia tidak bermakna hak adat Orang Asli tidak wujud sama sekali,”

Akhir sekali, yang menyaman dan yang kena saman berhak mengemukakan penghujahan di mahkamah atas keupayaan dan kepakaran masing-masing.

Mahkamah adalah tempat dimana keputusan pertikaian penafsiran  undang-undang diputuskan. Jadinya tidak timbul soal politik atau soal meremehkan tindakan yang telah diambil oleh mana-mana pihak walaupun  penafsiran pihaknya bukan satu undang-undang yang diputuskan sebagai sah dan patut menjadi rujukan.



Nyamuk Menggigit
20 Januari 2019

Rabu, 16 Januari 2019

Al-kisah Orang Asli

Hubungan Melayu Dengan Orang Asli

1. Melayu dan Orang Asli merupakan dua kumpulan etnik yang sama-sama berstatus Bumiputera di semenanjung Tanah Melayu. Situasinya sama sahaja seperti kaum Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu), Melayu Sarawak dan Melanau yang sama-sama berstatus Bumiputera di Negeri Sarawak. Atau seperti kaum Kadazan-Dusun, Murut, Sama-Bajau dan etnik-etnik pribumi lain yang sama-sama berstatus Bumiputera di Sabah.

2. Hubungan antara Melayu dengan Orang Asli di semenanjung Tanah Melayu sebenarnya bukanlah satu perkara yang asing kerana mereka telah saling berhubung dan bercampur sejak sekian lama. Jadi isu mengenai siapa yang lebih pribumi tidak langsung ada keperluan untuk ditimbulkan. Sebagaimana persoalan etnik manakah yang lebih pribumi di Negeri Sabah atau Sarawak yang langsung tidak relevan untuk dibangkitkan kerana kesemuanya sama-sama berstatus Bumiputera.

3. Definisi Orang  Asli diperuntukkan di bawah Seksyen  3, Akta  Orang  Asli  1954 (Akta  134) Semakan  1974. Menurut Abdul  Ghafar  (2014), istilah ‘Orang  Asli’ berasal dari perkataan ‘Orang’ dan ‘Asli’ (dari  Bahasa  Arab  ‘Asali’) yang  bermakna ‘original’, ‘well-born’ atau ‘aristocratic’.  Ia menggantikan istilah  ‘aborigines’  yang  telah digunakan oleh penjajah British pada tahun 1955.

4. Jadi istilah ‘Orang Asli’ sebenarnya hanya diperkenalkan oleh Kerajaan pada sekitar tahun 1960-an. Jadi apakah nama panggilan yang digunakan untuk merujuk masyarakat ‘Orang Asli’ pada masa dahulu?

5. Istilah lama yang diketahui digunakan untuk merujuk masyarakat Orang Asli pada zaman silam ialah ‘Sakai’. Tetapi nama tersebut pada asalnya tidak membawa maksud yang negatif kerana menurut Couillard, istilah 'Sakai' berasal dari perkataan dalam bahasa Sanskrit iaitu ‘sakhi’, yang bermaksud ‘friend’, ‘companion’, atau ‘comrade’. Menurut Leary (2007), antara istilah lama lain yang digunakan untuk merujuk masyarakat Orang Asli ialah ‘Orang Bukit’ dan ‘Orang Darat’.

6. Antara bukti contoh penggunaan nama ‘Sakai’ pada masa dahulu adalah di dalam Undang-undang  Melaka yang menggunakan nama Sakai Bala Tentera Melaka, Sya'ir Perang Johor yang secara jelas menyebut peranan 'Sakai' (merujuk kepada Orang Laut) dalam mempertahankan kerajaan Johor lama terhadap musuh-musuhnya, serta dalam Misa Melayu, yang membuat sebilangan rujukan kepada 'sakai', yang boleh ditafsirkan sebagai Orang Asli.

7. Namun begitu, ‘Orang Asli’ sebenarnya bukanlah satu kaum tunggal yang homogenous kerana ia sebenarnya merupakan satu istilah umum yang digunakan untuk merujuk kepada hampir 18 suku kaum pribumi di semenanjung Tanah Melayu yang berlainan bahasa, budaya dan kawasan tempat tinggal. 18 kaum ini dikelaskan kepada tiga (3) kumpulan utama iaitu Semang (kadang kala disebut sebagai Negrito), Senoi, dan Melayu Asli (kadangkala disebut sebagai Proto-Malay atau Aborigine Malay). Menurut Abdul  Ghafar  (2014), setiap  kumpulan  tersebut  tidak  memahami  bahasa  etnik  atau  sub-group  yang  lain.  Justeru,  bahasa  komunikasi  yang  digunakan  oleh  mereka  ialah  Bahasa  Melayu.

8. Kaum Semang dan Senoi dikategorikan sebagai Austro-Asiatik kerana bahasa ‘Aslian’ mereka mempunyai pengaruh bahasa Mon-Khmer, mencadangkan kaitan mereka dari segi sejarah dengan kaum-kaum yang berasal dari wilayah Indo-China. Pribumi yang mirip dengan kaum Semang juga wujud di wilayah selatan Thai, pulau Andaman, dan kaum Aeta di Filipina.

9. Manakala kaum Melayu Asli pula dikategorikan sebagai Austronesia sama seperti kaum Melayu. Sebagaimana orang Melayu yang wujud di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, kaum-kaum Melayu Asli juga turut boleh dijumpai di Sumatera. Di Indonesia, suku-suku Melayu Asli yang boleh dijumpai di kepulauan Riau dan Sumatera dirujuk sebagai ‘suku terasing’ (Rujuk Andaya, 2008).

10. Menurut Leary (2007), Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada sekitar tahun 1512 higgga 1515 merupakan catatan Eropah pertama yang ada menulis mengenai Orang Laut, yang juga dikenali sebagai Orang Selitar (Celates), salah satu subetnik Melayu Asli. Orang Laut diketahui merupakan pengikut setia Sultan Kerajaan Johor lama.

11. Menurut Andaya, penghijrahan Parameswara ke semenanjung telah disusuli dengan perkahwinan dengan Permaisuri Bentan serta anak perempuan kepada Ketua Orang Laut / Orang Asli, lalu mewujudkan hubungan persaudaraan antara keduanya untuk menyokong kuasa baginda.

12. Menurut Wilkinson (1959), asimilasi masyarakat Orang Asli sebagai Melayu (bercakap bahasa Melayu, menerima budaya Melayu, dan diterima sebagai sama dengan masyarakat Melayu) telah berlaku sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan mereka digelar sebagai ‘Biduanda’.

13. Manakala menurut Masron et al (2013), pada zaman dahulu, Sultan dan Raja-raja Melayu turut melantik ketua-ketua kaum Senoi untuk mentadbir wilayah hulu. Pelbagai gelaran turut dikurniakan kepada mereka seperti Tok Maharaja, Tok Singa Merban, Tok Singa Merjan, Tok Sang Lela Pujangga, Tok Lela Perkasa dan sebagainya.

14. Tetapi teks terawal yang ada menceritakan hubungan awal penduduk Orang Asli ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat tersebut menceritakan kehadiran seorang putera, Raja Kelana Hitam, yang berusaha menjadi penguasa di Kedah yang masih tidak beraja. Justeru itu, baginda telah meminta Penghulu atau pemimpin Bangsa Semang, Wila, Orang Bukit, dan Sakai bertemu di majlis untuk membantu baginda mencari kawasan terbaik untuk didiami. Mereka melaksanakan tugas ini, dan kemudian turut berkhidmat dengan setia.

15. Orang Melayu pada masa dahulu menamakan kaum Semang mengikut kawasan penempatan mereka seperti Semang Paya, Semang Bukit, Semang Bakau, dan Semang Bila. Menurut Anderson (1965), kaum Semang Bila merupakan orang-orang yang telah meninggalkan gaya hidup Orang Asli mereka dan sering mengadakan perhubungan dengan orang Melayu lalu lebih cepat terasimilasi.

16. Begitu juga panggilan terhadap kaum Semai. Ada Mai Chenan (dari gunung), Mai Kuui Teio ('di kepala air', iaitu di atas sungai), dan Mai Bareh ('dari tanah rendah'). Disebabkan lokasi masyarakat Mai Bareh, mereka lebih mudah terasimilasi berbanding yang lain.

17. Manakala Wilkinson memetik contoh Besisi (Orang Melayu Asli) di Selangor dan Negri Sembilan yang tinggal di rumah Melayu dan meniru cara hidup Melayu. Selain bahasa, mereka tidak dapat dibezakan dari jiran Melayu mereka dan terasimilasi melalui perkahwinan dan pemelukan kepada agama Islam.

18. Menurut Toshihiro (2009), selepas British menguasai semenanjung Tanah Melayu, penjajah British memperkenalkan kategori yang membezakan antara penganut Islam dan bukan Islam. Penjajah British mengkategorikan Melayu yang beragama Islam sebagai ‘native’ manakala Orang Asli, termasuklah kaum-kaum Melayu Asli, yang umumnya belum Islam, sebagai ‘aborigines’.

Khamis, 27 Disember 2018

Suku Temuan

KAUM TEMUAN 

~ Kaum Temuan (Temuan: Uwang/Eang Temuan) ialah suku kaum yang mendiami di kawasan yang merangkumi negeri-negeri seperti Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan di Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan Temuan antara kaum Orang Asli paling tersebar dan paling besar jumlahnya iaitu seramai 30,000 orang. Mereka tergolong dalam kategori "Proto-Melayu" yang merupakan sebahagian daripada Orang Asli Semenanjung. 

== SEJARAH ==
Mengikut kepercayaan orang Temuan, semua kaum Temuan ini adalah dari dua orang yang terselamat dari bencana banjir yang telah meragut nyawa kaum mereka kerana telah memurkai para dewa (celau dalam bahasa Temuan). Antara dua yang terselamat itu ialah Mamak Bungsuk dan Inak Bungsuk, mereka telah melarikan diri ke Gunung Gajak (Gunung Rajah, Pahang) dan berjaya menenangkan celau tersebut dengan menggunakan mantera. Sehingga kini, Gunung Gajak ialah tempat suci bagi kaum Temuan kerana disitulah dikatakan tempat mereka berasal. 

Orang Temuan walaupun berbahasa Austronesia tetapi dari segi genetik lebih ke arah Austroasiatik/Mon-Khmer. Ini menunjukkan terdapat perkahwinan campur antara orang Senoi dan orang Malayik yang lalu melahirkan kaum Temuan seperti yang kita kenal pada hari ini.

== ADAT BUDAYA DAN AGAMA ==
Secara adat dan kebudayaan, orang Temuan mengamalkan sifat matrilineal iaitu harta akan diwariskan ke sebelah ibu dan berpegang teguh kepada adat. Terdapat 7 struktur hierarki dalam adat Temuan dan setiap hierarki itu ada tugas masing-masing, ia bermula dari Tok Batin (ketua), Mangku (pembantu Tok Batin), Jenang (ketua adat), Metenyik (penasihat Batin), Jekerah (Mengurus hal Enekbuah), Panglimak (Pembantu Jekerah), Bidan/Bomoh/Dukun dan Enekbuah (orang biasa). 

Setiap tahun, orang Temuan akan mengadakan perayaan "Aik Gayak Muyang" (Hari Raya Moyang) sebagai tanda terima kasih pada Tuhan, memperingati nenek moyang mereka serta untuk mendapat tuah bagi tahun akan datang. Walaupun majoriti orang Temuan sudahpun ikut agama lain seperti Islam, Kristian dan Buddha, namun perayaan ini masih lagi disambut atas dasar kebudayaan serta untuk merapatkan silaturrahim dengan saudara mara serta rakan-rakan.

== BAHASA == 
Bahasa Temuan (Bahasak Temuan) ialah bahasa asli bagi kaum Temuan. Ia adalah antara beberapa bahasa Orang Asli yang tidak tergolong dalam keluarga bahasa Mon-Khmer, sebaliknya ia adalah sebuah bahasa Malayo-Polinesia yang sangat rapat dengan bahasa Melayu. Walaupun pada umumnya bahasa Temuan ini tidak jauh dengan bahasa Melayu, tetapi bahasa Temuan mempunyai ciri fonologi dan kosakata yang unik dan beberapa kosakata tersebut adalah dari bahasa-bahasa Aslian. Bahasa Temuan mempunyai dua dialek utama iaitu Mantra dan Belandas. Dialek Belandas ini boleh dikatakan dialek standard bagi Temuan kerana ia selalu digunakan di dalam lagu-lagu bahasa Temuan.



Ahad, 23 Disember 2018

Pameran seni ukiran dan kraf tangan jahut

22/12/2018-23/12/2018. Hisham Boos (pengukir patung) dari Kg OA Paya Rekoh Kuala Krau sertai pameran di Kome Art Fest di Suka A pop-up Art Space di Mentakab selama 2 hari bermula jam 9:00 pagi - 6:00 ptg.




Anyaman Gila

Hisham menunjukkan 2 jenis kraf, mengikut sebutan Jahut kraf ini bernama Epuk, jenis 'Anyaman Gila'.

Epuk ini juga tidak kurang hebatnya kerana mengikut cerita yang kongsikan oleh Hisham, Epuk Anyaman jenis ini tidak ramai yang berani membuatnya kerana jika tersalah buat tukang atau pembuat tersebut akan menjadi gila!


Sabtu, 22 Disember 2018

Patung jah sumbang(patung orang sumbang )-Ukiran suku jah hut

Salah satu karya yang dihasilkan oleh saudara Hisham adalah patung Jah Sumbang (orang sumbang) 

Secara ringkasnya  patung ini berkaitan lagenda nenek moyang Orang Asli suku Jahut dahulu kala, di mana dua beradik telah mengakui sebagai suami isteri tidak lama selepas itu mereka telah menjadi ular separuh manusia, sejarah tersebut bermula di Lata Kasah dan yang terakhir mereka telah di hantar keluarga ke Kuala Sg Seboi dekat Kuala Krau.

Nota: patung ini belum siap sepenuhnya ia masih dalam proses pengukiran lagi.



Sabtu, 15 Disember 2018

Tok Batin Ali dilantik penuh beradat

Menjengah majlis pelantikan Tok Batin secara beradat kaum Temuan di Kampung Orang Asli Kolam Air Mukim Pantai dekat sini, pastinya sesuatu yang cukup unik dan istimewa.

Ini kerana, pelakuan adat itu sudah lama tidak dipertontonkan secara umum dan menjadi rakaman bersejarah kepada masyarakat Orang Asli, begitu juga bagi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri ini.

Malahan inilah kali pertama ia dilangsungkan dengan penuh adat oleh masyakat Orang Asli suku Temuan di negeri ini, lebih-lebih lagi ditampilkan 12 panglima yang menjadi pendukung kepada kekuatan Tok Batin yang baharu dilantik.

Gelaran seperti Pemangku Tok Batin, Panglima Singo, Panglima Helang, Panglina Bebas, Penglima Kencang, Panglima Putih, Panglima Angin, Tok Menteri, Panglima Tuhak, Tok Penghulu Balai, Panglima Hitam dan Tok Jenang akan menjadi ‘orang kanan’ kepada Tok Batin di kampung berkenaan selepas selesai adat pelantikan itu.

Menurut Tok Jenang, Gobak Batin Baba, 52, adat pelantikan itu banyak yang sudah dilupakan dan amat perlu hal itu kembali dipertontonkan supaya generasi pada hari ini tahu bahawa pelantikan Tok Batin yang baharu itu perlu mendapat restu ‘anak buah’, datuk lembaga adat Orang Asli serta perkenan daripada Panglima Sultan iaitu orang berpengaruh dalam majlis berkenaan.

“Ini bukan soal main-main. Dalam pelantikan Tok Batin baharu Kampung Orang Asli Kolam Air ini iaitu Ali Ngokngok, ia hendaklah disepakati oleh ‘anak buah’ lebih-lebih lagi individu itu ada hubungan kepada Tok Batin lama yang telah meninggal hampir empat tahun lalu,” ujarnya di sini baru-baru ini.

Katanya, pelantikan Ali Ngokngok, 50, itu akan hanya sah selepas dimasyhurkan oleh Panglima Sultan, Tahok Buai, 85 yang terlebih dahulu akan melaksanakan majlis penurunan hak dan kuasa keatasnya.

“Majlis itu berlangsung diawalnya dengan perarakan oleh empat wanita yang berjalan sambil menarik dengan busana Orang Asli diiringi oleh paluan ketukan kayu mahang.

“Kemudian ia diikuti oleh 12 panglima tadi di mana, Tok Batin Ali akan berada di tengah-tengah barisan panglima untuk berjalan ke arah tapak pelaksanaan adat yang digelar sebagai ‘Payung dikembangkan, Tombak ditegakkan’.

“Disitulah, Panglima Sultan membaca mentera sebelum meminta Tok Batin Ali berdiri dibawah payung dengan mukanya, kaki dan tangan disapu bedak beras, ditepung tawar dan daun ‘dingin’. Itu akan diikuti oleh semua 12 panglima yang disepakati jawatan masing-masing,” ujarnya.

Selepas itu kata Gobak, Panglima Sultan memashyurkan Tok Batin Ali sebagai Tok Batin Kampung Orang Asli Kolam Air yang baharu dan menasihatkan supaya menjaga ‘anak buah’, ketertiban adat, perihal kampung dan kemajuannya.

Tambah Gobak, pelantikan yang dibuat itu disebabkan kematian Tok Batin sebelumnya dan ia tidak boleh diperturunkan oleh anak, melainkan cucu atau anak buah yang ‘seperut’ (satu kelahiran) dengannya, selain berkemampuan menjadi rujukan dalam soal nikah kahwin, kenduri kampung, kesihatan dan perihal masyarakat.

“Manakala 12 panglima yang dipakaikan gelaran itu akan bertanggungjawab soal menjaga keharmonian kampung terutama dalam mengendalikan program dan majlis keraian, gotong royong, kematian dan sebagainya. Mereka apabila dipanggil oleh Tok Batin hendaklah bersegera hadir melaksanakan kerapatan anak buah,” ujarnya.

Kampung Orang Asli Kolam Air ini dibuka pada tahun 1945, mempunyai 194 penduduk (anak buah), dengan 41 buah rumah, di mana sebahagian besarnya bekerja sendiri (menguruskan ladang dalam kawasan rayau).

Sumber : utusan

Adat perlantikan Tok Batin Negeri Sembilan

Ahad, 21 Oktober 2018

Karnival orang asli 20.10.2018

Hari ini 20.10.2018(sabtu),saya menghadiri karnival berkaitan orang asli,anjuran kerajaan negeri selangor bersama agensi kerajaan yg lain seperti bomba,jakoa dan majlis perbandaran subang Jaya.
Sungguh meriah dan banyak aktiviti menarik,banyak info2 yg dihidangkan untuk pengunjung,selain itu ada pameran dan persembahan kebudayaan orang asli suku temuan dan orang asli suku mahmeri dari pulau Carey,kuala langat.karnival bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang,selain persembahan kebudayaan,di selitkan juga sukan rakyat seperti pertandingan tarik tali dan pertandingan trompah gergasi.

Karnival orang asli @ puchong


Selasa, 12 Julai 2016

menambun kubur jahut


hari menambun kubur

kerja-kerja menambun kubur akan di jalankan setelah 3 hari selepas si mati di tanam,para waris atau saudara mara akan bergotong royong mencari kayu galang untuk membina kubur,untuk membina kubur 16 batang kayu di gunakan,binaan paling atas di gelar "galang" dan "benisan",galang ialah kayu yg telah dibelah menjadi papan,di atas permukaan papan itu akan diukir ukiran berkaitan dengan si mati,misalnya ukiran kambing berlaga,sekapur sirih,pucuk paku dan sebagainya.manakala benisan pula berbentuk bulat dan runcing di kepalanya seperti gasing.

Ahad, 10 Julai 2016

adat bersunat










adat bersunat telah diamalkan oleh suku kaum jahut di pahang sejak ratusan tahun dahulu,bersunat menandakan anak lelaki sudah meningkat dewasa dan sudah akil baliq,setiap remaja yg sudah bersunat perlu menjaga tingkah laku mereka,kerana mereka sudah berakal,setiap perbuatan mereka perlu difikir baik dan buruknya,itu lah simbolik upacara bersunat bagi suku kaum jahut di temerloh dan jerantut pahang.

hari batin @ hari pelantikan ajk kg ulu lakai

gambar sambutan hari batin @ hari pelantikan ajk (ahli lembaga kampung)
ahli-ahli lembaga  ialah:
1. tok batin (ketua kg)
2.tok mangku
3.cekerah @ tok inang
4.menteri
lazimnya jawatankuasa atau ahli lembaga kampung di pilih berdasarkan waris keluarga yang terdahulu,yang memegang jawatan yang sama.kecuali jawatan tok batin @ ketua kampung di pilih berdasarkan undian orang kampung,biasanya pemenang jawatan akan di tentu kan oleh Jakoa(jabatan kemajuan orang asli)

Sabtu, 9 Julai 2016

NOSTALGIA MENGAMIT KENANGAN




UNSUR TRADISIONAL DI PENGARUHI OLEH UNSUR LUAR


PALING API (PALING OS)



SEJARAH KE SULTANAN KERAJAAN MELAKA



Kesultanan Melayu Melaka

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.





Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.





Kegemilangan Kesultanan Melaka

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.


Kejayaan Melaka

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.


  


Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.