Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Selasa, 12 Julai 2016
hari menambun kubur
kerja-kerja menambun kubur akan di jalankan setelah 3 hari selepas si mati di tanam,para waris atau saudara mara akan bergotong royong mencari kayu galang untuk membina kubur,untuk membina kubur 16 batang kayu di gunakan,binaan paling atas di gelar "galang" dan "benisan",galang ialah kayu yg telah dibelah menjadi papan,di atas permukaan papan itu akan diukir ukiran berkaitan dengan si mati,misalnya ukiran kambing berlaga,sekapur sirih,pucuk paku dan sebagainya.manakala benisan pula berbentuk bulat dan runcing di kepalanya seperti gasing.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan