Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Khamis, 8 Julai 2021
KERAJAAN PAHANG TUA
Kerajaan Pahang Tua
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Mueang Pahang[1]
Pahang Tua[2]
Abad ke-5–1454
Ibu negara Inderapura
Bahasa lazim Malayik, Mon-Khmer
Agama Mahayana Buddhisme[3]
Kerajaan Monarki
Maharaja
• 450–?
Sri Bhadravarman
• ?–1454
Dewa Sura (terakhir)
Sejarah
• Misi diplomatik ke China pertama
Abad ke-5
• Melaka invasion
1454
Diganti oleh
Pahang Sultanate
Kingdom of Singapura
Hari ini sebahagian daripada Malaysia
Singapura
Kerajaan Pahang Tua[4] ialah sebuah pusat sejarah yang berpusat di rantau Pahang di pantai timur Semenanjung Melayu. Negerinya muncul dalam rekod asing dari seawal abad ke-5[5] dan pada kemuncaknya, ia meliputi sebahagian besar kawasan negeri Pahang moden dan seluruh kawasan selatan semenanjung.[6] Sepanjang sejarah pra-Melaka, Pahang diasaskan sebagai mueang[7] atau naksat[8] dari beberapa mandala Melayik serantau utama termasuk Langkasuka,[9] Sriwijaya [10] dan Ligor.[11] Sekitar pertengahan abad ke-15, ia dinaungi Kesultanan Melaka dan kemudiannya ditukar kepada Kesultanan Muslim pada tahun 1470, berikutan penobatan cucu bekas Maharaja sebagai Sultan Pahang yang pertama.[12]
Isi kandungan
1 Nama-nama
2 Sejarah
2.1 Prasejarah
2.2 Awal zaman
2.3 Zaman klasik
2.4 Penyerapan ke dalam Melaka
3 Pentadbiran
4 Budaya
5 Ekonomi
6 Rujukan
7 Bibliografi
Nama-nama
Penamaan negeri Pahang dikaitkan dengan amalan kuno menentukan sempadan wilayah dan pecahan tanah mengikut pecahan air.[13] Negeri 'Pahang' dipercayai dinamakan sempena nama Sungai Pahang.[14] Terdapat banyak teori tentang asal-usul nama Pahang. Menurut legenda Melayu, nama sungai Pahang dinamakan sempena pokok mahang besar yang tumbuh di seberang sungai dari Kampung Kembahang. Legenda ini konsisten dengan tradisi suku Jakun bahawa nenek moyang mereka memanggil negeri Mahang.[15]
Satu lagi teori menarik dikemukakan oleh William Linehan mengaitkan penubuhan Pahang Tua dengan kaum peneroka dari tamadun Khmer purba, di mana nama Pahang dipetik dari saamnbahang (សំណប៉ាហាំង) yang bermaksud 'timah' kerana penemuan lombong timah prasejarah dalam negeri.[16]
Terdapat banyak variasi nama Pahang dalam sejarah. Ia disebut Pohuang or Panhuang oleh Pustaka Song,[17] Pong-fong oleh pembabad Cina Zhao Rugua, Siam-lao thasi oleh Wenxian Tongkao karya Ma Duanlin. Bangsa Arab dan Eropah pula menggelarnya Pam, Pan, Paam, Paon, Phaan, Phang, Paham, Pahan, Pahaun, Phaung, Phahangh.[18]
Sejarah
Prasejarah
Hasil pencarian kaji purba membuktikan kewujudkan penempatan manusia dari seawal zaman Paleolitik di kawasan yang kini Pahang. Di Gunung Senyum ditemui bahan-bahan peninggalan tamadun Mesolitik yang menggunakan peralatan Paleolitik. Di Sungai Lembing, Kuantan pula ditemui artefak-artefak Paleolitik yang bersumbing dan tiada kesan gilap, hasil peninggalan tamadun 6,000 tahun dahulu.[19] Tapak-tapak gua batu kapur menandakan peninggalan kebudayaan Hoabinh.[20] Banyak juga tinggalan Neolitik seperti perkakas bergilap, cakera relang, including polished tools, quoit discs, tangkal rantai batu, gelang rantai batu, dan penumbuk kulit kayu and bergaris silang.[21] Menjelang 400 SM, terciptanya acuan gangsa membangunkan budaya Đông Sơn yang terkenal dengan pembuatan gendang perang gangsa.[22]
Tamadun besi purba di Pahang yang bermula sekitar awal takwim Masihi, dikaitkan dengan budaya akhir Neolitik oleh para ahli prasejarah. Banyak terdapat bahan-bahan peninggalan dari zaman ini ditemui di sepanjang sungai-sungai di Lembah Tembeling yang pernah dijadikan jalan perhubungan utama di bahagian utara. Barang emas purba di Pahang juga dipercayai datang dari awal zaman besi.[23]
Awal zaman
Kawasan sekitar Segenting Kra di utara Semenanjung Malaysia diiktiraf para sejarawan sebagai tempat bermulanya tamadun-tamadun Melayik.[24] Kerajaan-kerajaan Melayik terawal digambarkan oleh sumber Cina abad kedua sebagai negeri ufti Funan.[25]
Penempatan purba dapat dikesani dari Tembeling ke sejauh Merchong di selatan. Kesan-kesannya juga didapati di pedalaman Jelai, sepanjang Tasik Chini, dan hingga ke hulu air Rompin.[26] Pada abad ke-3 Masihi mekarnya sebuah negeri yang bergelar Koli dalam Geographia atau Kiu-Li, berpusatkan di muara Sungai Pahang di selatan negeri Langkasuka. Ia memiliki sebuah pelabuhan antarabangsa terkemuka yang disinggahi banyak kapal-kapal asing untuk berdagang secara tukar barang dan mengisi bekalan.[27] Seperti kebanyakan negeri-negeri semenanjung ketika itu, Kiu-Li menjalin hubungan dengan Funan. Catatan Cina menyebut tentang sebuah rombongan perwakilan yang dihantar ke Funan oleh Raja India Murunda berlayar dari pelabuhan Kiu-Li (dalam 240-245 M) untuk mempersembahkan empat ekor kuda dari ladang pembaka Yuezhi (Kushan) kepada Raja Funan Fan Chang.[28]
Menjelang pertengahan abad kelima, satu lagi negeri yang dipercayai Pahang Tua dihuraikan dalam Pustaka Song sebagai "Pohuang" atau "Panhuang" (婆皇). Dicatatkan bahawa Raja Pohuang, She-li- Po-luo-ba-mo ('Sri Bhadravarman') telah menghantar perwakilan ke Istana Liu Song pada 449-450 bersama 41 jenis barangan. Pada tahun 456-457, satu lagi perwakilan dari negeri sama yang diketuai oleh Senapati tiba di ibu kota Cina, Jiankang.[29] Negeri Pahang Tua ini dipercayai diasaskan kemudian sebagai mueang[30] di dalam lingkungan of Langkasuka-Kedah berpusatkan kawasan Patani yang bangkit ekoran pengunduran Funan dari abad keenam.[31] Kerajaan Langkasuka-Kedah dengan negeri-negeri kotanya yang menguasai kedua-dua pantai Semenanjung menjadi sebuah negeri terkemuka dalam rangkaian perdagangan yang melibatkan Rom, India dan China.[32] Dengan kegiatan perdagangan yang rancak ini masuklah pengaruh budaya asing ke dalam negara-negara kota tersebut. Penemuan batu bersurat mentera Buddha dan berhala-berhala Hindu yang banyak jumlahnya menandakan pengaruh India di kala ini.[33]
Menjelang awal abad kelapan, Langkasuka-Kedah ditundukkan oleh Sriwijaya, tetapi bukan secara peperangan biasa, malah tidak wujud catatan serangan tentera laut yang ketara. Sebaliknya, Langkasuka-Kedah tunduk secara rela kepada kekuasaan Sriwijaya demi kepentingan sendiri selaku pusat perdagangan yang dirasakan wajar berikat dengan negara yang cukup kuat tentera lautnya sebagai perlindungan.[34]
Zaman klasik
Pada abad-abad menjelang kemerosotan Sriwijaya, Langkasuka-Kedah merupakan antara sekutu terdekat, malah Kedah bangkit sebagai pelabuhan utama dan juga ibu negara Maharaja Srivijayan. Oleh itu, nasib Langkasuka-Kedah terkait rapat dengan Sriwijaya, dan kejatuhan Langkasuka-Kedah hanya menyusuli kejatuhan Sriwijaya akibat serangan Chola dari India Selatan pada abad ke-11.[35] Lompang kuasa yang tertinggal akibat kejatuhan Sriwijaya diisi oleh kebangkitan Kerajaan Nakhon Si Thammarat atau Ligor yang berjaya menyerap sebahagian besar Semenanjung termasuk Pahang ke dalam lingkungannya hingga abad ke-13. Ketika ini, Pahang digelar Muaeng Pahang[36] dan dijadikan salah sebuah negeri kota naksat Ligor.[37][38] Pada abad ke-14, Ligor dibayangi kebangkitan bangsa Thai beragama Buddha sehingga diserap oleh kerajaan Sukhothai di bawah pemerintahan Ram Khamhaeng.[39]
Pada abad ke-14 timbulnya bukti catatan terawal kehadiran agama Islam di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.[40][41] Pada masa yang sama, kerajaan Pahang Tua mula mengembangkan pengaruh ke selatan semenanjung. Pahang diperikan oleh sejarawan Portugis, Manuel Godinho de Erédia sebagai Pam, salah satu daripada dua kerajaan "Malayos" di semenanjung, sebagai pewaris Pattani yang mekar sebelum penubuhan Melaka pada abad ke-15. Maharaja Pahang juga dipertuankan oleh negeri-negeri "Hujung Tanah" iaitu bahagian selatan semenanjung termasuk Temasek (Singapura).[42] Malahan, babad Majapahit Nagarakretagama juga menyebut nama Pahang sebagai gelaran bagi seluruh Semenanjung, menandakan kesohoran Pahang Tua di rantau terbabit.[43]
Catatan Sejarah Ming menyebut tentang beberapa perwakilan dari Pahang ke istana Ming pada abad-abad ke-14 dan ke-15. Pada tahun 1378, Maharaja Tajau menghantar duta dengan warkah daun emas dan enam hamba asing dan hasil negara sebagai ufti. Pada tahun 1411, sewaktu pemerintahan Maharaja Pa-la-mi-so-la-ta-lo-si-ni (dialih aksara oleh sejarawan sebagai 'Parameswara Teluk Chini', jangan disamakan dengan Parameswara pengasas Melaka), baginda juga menghantar duta bersama ufti, dibalas oleh pihak Cina dengan penghantaran Laksamana Zheng He pada 1412 selaku duta ke Pahang, dan pada tahun 1414, Pahang sekali lagi menghantar ufti ke China. Pada tahun 1416, kerajaan Pahang Tua menghantar ufti bersama duta-duta Kozhikode dan Jawa, dibalas jasa dengan penghantaran semula Zheng He ke Pahang.[44]
Penyerapan ke dalam Melaka
Abad ke-15 menyaksikan kebangkitan Kesultanan Melaka di bawah wangsa Sang Sapurba yang meluaskan pengaruh secara agresif di pantai barat Semenanjung. Sebelum itu pada hujung abad ke-13, wangsa tersebut merampas sebuah kota kara perdagangan kecil di Temasek dari Pahang lalu menubuhkan Kerajaan Singapura yang tidak kekal lama dan akhirnya diserbu oleh Majapahit seabad kemudian. Raja terakhir Parameswara kemudian menubuhkan Melaka untuk menggantikan Singapura.
Muzaffar Syah, Sultan Melaka kelima yang memerintah dari tahun 1445 hingga 1458, enggan mengiktiraf ketuanan Ligor ke atas negaranya. Maka Ligor cuba menegaskan tuntutannya dengan menghantar tentera pimpinan Awi Cakri untuk menyerang Melaka melalui jalan darat. Tentera penyerang itu menerima bantuan Pahang menelusuri laluan lama sungai-sungai Tembeling, Pahang dan Bera. Mereka dikalahkan dengan mudah dan berpatah balik mengikut jalan yang sama. Sekali lagi Ligor menyerang melalui lait, itu pun dipatahkan juga.
Muzaffar Shah kemudian berikhtiar untuk membendung gugatan Ligor dengan menyerang Pahang negeri naungan Ligor. Putera Muzaffar, Raja Abdullah membentuk sebuah bala tentera penyerang untuk dipimpin Bendahara Tun Perak, dilengkapi dua ratus kapal layar kecil mahupun besar, untuk menyerang dan menawan Pahang pada tahun 1454. Maharaja Dewa Sura, pemerintah ketika itu melarikan diri ke pedalaman sementara puterinya Wanang Seri ditawan. Demi memuaskan hati Bendahara, Tentera Melaka bergegas untuk memburu Dewa Sura sehingga berjaya ditangkap dan diheret ke Melaka bersama Wanang Seri.[45]
Pada tahun tawannya Pahang, Raja Abdullah dinikahkan dengan Puteri Wanang Seri yang ditukarkan namanya sempena masuk Islam, kepada Puteri Lela Wangsa. Mereka mempunyai dua putera iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad.[46]
Pentadbiran
Tidak banyak yang diketahui tentang sistem pentadbiran Pahang Tua, namun ada beberapa gelaran pemerintah yang sempat dicatatkan dalam sejarah. Kerajaan diketuai oleh seorang raja mutlak bergelar Maharaja,[47] gelaran serupa dengan pemerintah negeri Ligor yang dipertuannya.[48] Menjelang akhir era Pahang Tua, Maharaja dicatatkan oleh de Erédia sebagai sama wangsa dengan Ligor.[49] Dalam Pustaka Song tercatatnya pembesar gelaran Senapati (ketua tentera dalam bahasa Sanskrit) yang pernah mengetuai rombongan kedutaan ke negara Cina.[50] Di samping itu, diketahui akan seorang syahbandar Pahang yang memerintah pulau Temasek sebelum dirampas oleh wangsa Sang Sapurba.[51]
Istana purba bergelar Inderapura, manakala ibu kotanya sentiasa dipanggil Pekan oleh orang Melayu setempat, Pura oleh masyarakat pra-Melaka, a Cidade oleh ̠Portugis, dan Pekan Pahang oleh masyakarat Rompin dan Bebar. Pekan ini dipercayai lebih besar daripada bandar Pekan masa kini. Selain daripada Pekan moden, ia dipercayai terdiri daripada tanah-tanah di tebing Sungai Pahang sejauh Tanjung Langgar.[52]
Budaya
Budaya Pahang Tua merupakan hasil gabungan pelbagai budaya Mon-Khmer dan Melayik.[53][54] Penduduk setempat pra-Melaka bersama dengan suku-suku tamadun Segenting di utara, semuanya sekali digelar 'Siam' dalam Sulalatus Salatin,[55] tetapi dikira orang Melayu oleh sejarawan Portugis de Erédia.[56] Sebaliknya, de Erédia menggunakan istilah 'Siam' untuk memaksudkan negara yang dipertuan oleh orang Siam tersebut, iaitu kerajaan Thai Ayutthaya.[57] Penggunaan gelaran Siam ini dilanjutkan sebagai gelaran luar bagi kerajaan-kerajaan Thai yang berikutnya oleh penulis Eropah.
Hikayat Hang Tuah menceritakan bahawa sungguhpun orang Pahang menganggap dirinya Melayu, tetapi mereka bertutur dan bernyanyi dalam suatu bahasa yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Melaka, menandakan percampuran bahasa dan kaum.[58] Orang Pahang pra-Melaka disifatkan oleh Fei Xin sebagai penganut agama Buddha Mahayana, tetapi juga mengamalkan orgi tantrik yang melibatkan upacara pengorbanan manusia. Biarpun pudar setelah kemasukan Islam, namun pengaruhnya berkekalan di Pahang sehingga awal abad ke-17.[59]
Ekonomi
Hasil pendapatan utama negeri Pahang Tua ialah emas. Terkenal dengan lombong-lombong emas yang dianggap terunggul di seluruh semenanjung, dari sinilah datangnya hubungan perdagangan dengan Iskandariah yang berteraskan hasil emas.[60] Semenanjung Melayu ketika itu dikenali sebagai sumber emas sehingga Ptolemy menggelarnya Chrysḗ Chersónēsos (semenanjung emas).[61] Menurut Fei Xin, Pahang juga menghasilkan beras, garam yang dibuat dengan mendidih air laut, dan arak yang dihasilkan dengan menapai air pokok kelapa. Fei Xin juga menyebut tentang hasil hutan yang nadir dan berharga seperti kapur barus, kemenyan, gaharu, cendana, kayu sepang, lada dan sebagainya, manakala yang diimport termasuk, sutera celup, batik, barang perak, tembaga dan besi, gong dan papan.[62]
Rujukan
Rajani 1987, halaman 87
Zakiah Hanum 1989, halaman 44
Linehan 1973, halaman 8–9
Zakiah Hanum 1989, halaman 44
Guy 2014, halaman 29
Linehan 1973, halaman 7
Rajani 1987, halaman 87
Rajani 1987, halaman 65
Farish A Noor 2011, halaman 17
Farish A Noor 2011, halaman 18
Linehan 1973
Khoo 1980, halaman 9
Linehan 1973, halaman 2
Milner 2010, halaman 19
Linehan 1973, halaman 2
Linehan 1973, halaman 2
Guy 2014, halaman 29
Linehan 1973, halaman 2–5
Linehan 1973, halaman 3
Benjamin, halaman 88–89
Linehan 1973, halaman 3
Benjamin, halaman 91
Benjamin, halaman 88–89
Barnard 2004, halaman 56–57
Jacq-Hergoualc'h 2002, halaman 101–102
Linehan 1973, halaman 11
Farish A Noor 2011, halaman 19–20
Munoz 2007, halaman 47
Guy 2014, halaman 29
Rajani 1987, halaman 87
Farish A Noor 2011, halaman 17
Mishra 2010, halaman 28
Mishra 2010, halaman 28
Farish A Noor 2011, halaman 36
Farish A Noor 2011, halaman 18–19
Rajani 1987, halaman 87
Rajani 1987, halaman 65
Linehan 1973, halaman 9–10
Farish A Noor 2011, halaman 19
Benjamin, halaman 92–93
Zakiah Hanum 1989, halaman 83
Linehan 1973, halaman 6–7
Linehan 1973, halaman 1
Linehan 1973, halaman 5
Linehan 1973, halaman 12–13
Linehan 1973, halaman 13
Linehan 1973, halaman 6
Linehan 1973, halaman 9
Linehan 1973, halaman 10
Guy 2014, halaman 29
Linehan 1973, halaman 8
Linehan 1973, halaman 2
Benjamin, halaman 83
Farish A Noor 2011, halaman 15–16
Linehan 1973, halaman 9
Linehan 1973, halaman 7
Linehan 1973, halaman 8
Benjamin, halaman 105
Linehan 1973, halaman 8–9
Linehan 1973, halaman 7
Farish A Noor 2011, halaman 16
Linehan 1973, halaman 7
Bibliografi
Ahmad Sarji Abdul Hamid (2011), The Encyclopedia of Malaysia, 16 - The Rulers of Malaysia, Editions Didier Millet, ISBN 978-981-3018-54-9
Andaya, Barbara Watson; Andaya, Leonard Yuzon (1984), A History of Malaysia, London: Palgrave Macmillan, ISBN 978-0-312-38121-9
Barnard, Timothy P. (2004), Contesting Malayness: Malay identity across boundaries, Singapore: Singapore University press, ISBN 9971-69-279-1
Benjamin, Geoffrey, Issues in the Ethnohistory of Pahang, Lembaga Muzium Negeri Pahang (Museum Authority of Pahang)
Collins, James Thomas (1989), "Malay Dialect Research in Malaysia: The Issue of Perspective" (PDF), Bijdragen tot de tool-, land- en volkenkunde, 145
Farish A Noor (2011), From Inderapura to Darul Makmur, A Deconstructive History of Pahang, Silverfish Books, ISBN 978-983-3221-30-1
Guy, John (2014), Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia, Metropolitan Museum of Art, ISBN 978-0300-204-37-7
Hood Salleh (2011), The Encyclopedia of Malaysia, 12 - Peoples and Traditions, Editions Didier Millet, ISBN 978-981-3018-53-2
Jacq-Hergoualc'h, Michel (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). BRILL. ISBN 90-04-11973-6. Jacq-Hergoualc'h, Michel (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). BRILL. ISBN 90-04-11973-6.
Khoo, Gilbert (1980), From Pre-Malaccan period to present day, New Straits Times
Linehan, William (1973), History of Pahang, Malaysian Branch Of The Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, ISBN 978-0710-101-37-2
Milner, Anthony (2010), The Malays (The Peoples of South-East Asia and the Pacific), Wiley-Blackwell, ISBN 978-1444-339-03-1
Mishra, Patit Paban (2010), The History of Thailand, Greenwood, ISBN 978-0313-340-91-8
Munoz, Paul Michel (2007), Early Kingdoms of The Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula, Didier Millet, ISBN 978-9814155670
Rajani, Chand Chirayu (1987), Towards a history of Laem Thong and Sri Vijaya (Asian studies monographs), Institute of Asian Studies, Chulalongkorn University, ISBN 978-9745-675-01-8
Zakiah Hanum (1989), Asal-usul negeri-negeri di Malaysia (The Origin of States in Malaysia), Times Books International, ISBN 978-9971-654-67-2
TRADISI BERSUNAT SUKU JAHUT,PAHANG
Umum mengetahui, masyarakat Orang Asli adalah orang asal yang menduduki Tanah Melayu dan mempunyai sekurang-kurangnya 18 suku di Semenanjung Tanah Melayu.
Senoi adalah masyarakat Orang Asli yang terbesar di negara ini berbanding Negrito dan Melayu Proto yang salah satu suku kaum dalam kumpulan itu ialah Jah Hut.
Masyarakat ini mewarisi pelbagai corak kehidupan, kebudayaan dan adat resam yang unik diamalkan sejak turun- temurun.
Antaranya ialah adat berkhatan. Kaum Jah Hut yang tinggal di Kampung Pian, Jerantut, Pahang dipercayai mempunyai keturunan darah Raja Pagar Ruyung yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
Sejarah itu bermula apabila putera bongsu Raja Pagar Ruyung tidak boleh dikhatankan kerana mengamalkan ilmu kebal menyebabkan baginda dihina kaum kerabatnya.
Oleh kerana malu, baginda melarikan diri ke Tanah Melayu dan tinggal bersama Orang Asli di kampung berkenaan.
Baginda kemudian berkahwin dengan anak gadis tok batin Orang Asli Jah Hut dan situasi itu dikatakan menjadi punca tercetusnya asimilasi budaya berkhatan di perkampungan terbabit.
Majlis berkhatan putera sulung baginda diadakan secara besar-besaran mengikut istiadat Raja Pagar Ruyung.
pelbagai persiapan perlu dilakukan sebelum acara berkhatan yang lazimnya berlangsung selama tiga hari.
acara itu bermula dengan menjahit kain berwarna merah dan putih dilakukan wanita berusia. Kain itu dijadikan bendera yang mempunyai lambang dan maksud tersendiri.
“Sehari sebelum upacara berlangsung, tuan rumah akan mewakilkan seorang juruarah yang diberi kepercayaan memastikan upacara berjalan lancar.
“Juruarah bertanggungjawab meminang atau menjemput individu yang akan ditugaskan melakukan beberapa kerja sepanjang acara berlangsung seperti meminang hakim yang berperanan memastikan tiada kesilapan atau melanggar pantang larang.
“Kemudian juruarah meminang penghulu balai yang ditugaskan menjemput roh nenek moyang dan meminang pawang gelanggang untuk membuka gelanggang bagi mengelak gangguan makhluk halus,”
langkah seterusnya ialah meminang tok mudim dengan tepak sirih. Proses itu perlu dilakukan kerana mengikut adat resam dahulu, tok mudim umpama raja.
pada hari pertama upacara itu, kanak-kanak yang akan dikhatankan bersama ibu bapa berkumpul sebelum malam untuk melaksanakan upacara pertama iaitu ‘menjemput’ roh nenek moyang.
Seterusnya ialah upacara membuka gelanggang pada sebelah petang apabila pawang gelanggang memulakan acara itu di halaman khatan dengan membaca mantera dan mengasap keris. Ia bertujuan menyeru semangat besi selain sebagai adat ketika membuka gelanggang.
pawang gelanggang akan mengasapkan bendera sebelum ia dinaikkan beberapa pembantu. Mengikut kepercayaan mereka, upacara membuka gelanggang adalah untuk keselamatan, mengelakkan bencana dan gangguan daripada jin gelanggang serta jin tanah.
pawang gelanggang akan meneruskan acara membuka balai khatan yang dimulakan dengan bacaan mantera.
“Pawang gelanggang akan menabur bertih, menepung tawar dan bersilat di sekitar kawasan tiang seri rumah sebagai tanda ‘menghormati’ tiang berkenaan, jin balai dan tuan rumah.
“Selesai acara ini, gadis bersama payung berhias dan beberapa penduduk dengan alat muzik akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan tok mudim.
“Tok mudim dipayungkan dan diarak ke balai khatan dengan iringan muzik. Cara ini seolah-olah menyambut kedatangan raja. Bagi kaum Jah Hut, ia satu cara menunjukkan rasa hormat mereka kepada tok mudiM yang akan melaksanakan tugas penting ini (mengkhatankan kanak-kanak),” katanya.
Oleh kerana Orang Asli Jah Hut daripada keturunan raja, kanak-kanak yang akan berkhatan diwajibkan memakai pakaian diraja diuruskan juruarah.
Tok mudim mula menjampi manik supaya kanak-kanak tidak berasa takut dan lemah semangat. Mereka akan diberikan makan sirih dan manik yang dijampi tok mudim berkenaan.
Pada hari kedua pula , juruarah dan tok mudim akan membawa kanak-kanak itu ke sungai berhampiran untuk berendam.
Mengikut kepercayaan komuniti berkenaan, ia bagi membuang segala keburukan yang ada dalam diri kanak-kanak dan mengurangkan kesakitan ketika berkhatan.
“Selesai berendam, kanak-kanak akan dibawa ke kawasan lapang untuk memakai lengkap pakaian diraja termasuk tengkolok dan keris bagi menandakan mereka adalah Orang Asli berketurunan Raja Pagar Ruyung.
“Kanak-kanak akan beratur masuk ke dalam ruang berkhatan dengan membawa tempurung berisi tanah yang sudah dijampi.
“Selepas dikhatankan, kanak-kanak tidak dibenarkan keluar dari ruang berkhatan hinggalah hari bercukur rambut iaitu pada hari ketiga kecuali untuk membuang air,”
pada hari ketiga bendera diturunkan bagi menandakan majlis berkhatan sudah selesai. Mengikut kepercayaan kaum Jah Hut, muzik tidak boleh dihentikan sepanjang upacara itu berlangsung bagi mengiringi roh dan jin pulang ke tempat asal.
Acara terakhir ialah jamuan makan bagi meraikan kejayaan mengadakan majlis itu. Majlis berkhatan adalah perayaan terbesar bagi suku kaum itu.
BAHASA JAHUT@ JAH HUT
Bahasa Jah Hut
Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai "bahasa Jah Hut" dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa Austro-Asia. Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Menurut kaum Jah Hut itu sendiri, 'Jah' bermaksud orang dan 'Hut' bermaksud berbeza. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya. Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Pulau Guai, Ulu Ceres (Cheres), dan Ulu Tembeling.
Jah Temuan= Orang Temuan
Jah Semai = Orang Semai
ASAL USUL TEMERLOH
Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan diantara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga terkenal dengan jolokkan Bandar Ikan Patin kerana ikan jenis ini banyak terdapat di sini, memandangkan bandar ini berhampiran dengan sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang.
Di sini diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat melayu dahulukala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru itu, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.
Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.
Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, " Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu." Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.
Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun semakin erat dan kukuh.
Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin yang tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.
Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah "mereloh". Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat "mereloh". Oleh itu, Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan "mereloh".Oleh kerana perkataan tempat "mereloh" itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah diISLAMkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah.
Sehubung dengan itu, pada 1 Julai 1889 J.P Roger, Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga telah membahagikan Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.
Isnin, 28 Jun 2021
Kenduri Bersunat Suku Jahut, diwarisi dari Anak Raja Pagar Ruyong.
Simbolik cem merah bak,umpame rakwak het suku kaum jahut nak sunat nin,lawa berhias macam cem merak,simbolik bak bulan han bintang nin umpama tahte raja,tapik raja sehari meh ngec,jah tandu jah payung het kom empac tek macam rajak,kesimpulan yeh bak,hek hibur hom rakwak bei nk bahec beh sulat,leh tak indah eh jadik kakonj suku kaun jah het,macam raja berhias,x ini meh mungkin,tanye meh gek jah hak paling arif eh.
Terjemahan dalam bahasa Melayu
Simbol burung merak,melambangkan budak yang ingin disunatkan tu lawa berhias umpama burung merak. Simbol bulan dan bintang simbolik takhta di Raja.
#travellogAnakJahut
#tradisiBersunatSukuJahut
Umum mengetahui, masyarakat Orang Asli adalah orang asal yang menduduki Tanah Melayu dan mempunyai sekurang-kurangnya 18 suku di Semenanjung Tanah Melayu.
Senoi adalah masyarakat Orang Asli yang terbesar di negara ini berbanding Negrito dan Melayu Proto yang salah satu suku kaum dalam kumpulan itu ialah Jah Hut.
Masyarakat ini mewarisi pelbagai corak kehidupan, kebudayaan dan adat resam yang unik diamalkan sejak turun- temurun.
Antaranya ialah adat berkhatan. Kaum Jah Hut yang tinggal di Pahang dipercayai mempunyai keturunan darah Raja Pagar Ruyung yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
Sejarah itu bermula apabila putera bongsu Raja Pagar Ruyung tidak boleh dikhatankan kerana mengamalkan ilmu kebal menyebabkan baginda dihina kaum kerabatnya.
Oleh kerana malu, baginda melarikan diri ke Tanah Melayu dan tinggal bersama Orang Asli di kampung berkenaan.
Baginda kemudian berkahwin dengan anak gadis tok batin Orang Asli Jah Hut dan situasi itu dikatakan menjadi punca tercetusnya asimilasi budaya berkhatan di perkampungan terbabit.
Majlis berkhatan putera sulung baginda diadakan secara besar-besaran mengikut istiadat Raja Pagar Ruyung.
pelbagai persiapan perlu dilakukan sebelum acara berkhatan yang lazimnya berlangsung selama tiga hari.
acara itu bermula dengan menjahit kain berwarna merah dan putih dilakukan wanita berusia. Kain itu dijadikan bendera yang mempunyai lambang dan maksud tersendiri.
“Sehari sebelum upacara berlangsung, tuan rumah akan mewakilkan seorang juruarah yang diberi kepercayaan memastikan upacara berjalan lancar.
“Juruarah bertanggungjawab meminang atau menjemput individu yang akan ditugaskan melakukan beberapa kerja sepanjang acara berlangsung seperti meminang hakim yang berperanan memastikan tiada kesilapan atau melanggar pantang larang.
“Kemudian juruarah meminang penghulu balai yang ditugaskan menjemput roh nenek moyang dan meminang pawang gelanggang untuk membuka gelanggang bagi mengelak gangguan makhluk halus,”
langkah seterusnya ialah meminang tok mudim dengan tepak sirih. Proses itu perlu dilakukan kerana mengikut adat resam dahulu, tok mudim umpama raja.
pada hari pertama upacara itu, kanak-kanak yang akan dikhatankan bersama ibu bapa berkumpul sebelum malam untuk melaksanakan upacara pertama iaitu ‘menjemput’ roh nenek moyang.
Seterusnya ialah upacara membuka gelanggang pada sebelah petang apabila pawang gelanggang memulakan acara itu di halaman khatan dengan membaca mantera dan mengasap keris. Ia bertujuan menyeru semangat besi selain sebagai adat ketika membuka gelanggang.
pawang gelanggang akan mengasapkan bendera sebelum ia dinaikkan beberapa pembantu. Mengikut kepercayaan mereka, upacara membuka gelanggang adalah untuk keselamatan, mengelakkan bencana dan gangguan daripada jin gelanggang serta jin tanah.
pawang gelanggang akan meneruskan acara membuka balai khatan yang dimulakan dengan bacaan mantera.
“Pawang gelanggang akan menabur bertih, menepung tawar dan bersilat di sekitar kawasan tiang seri rumah sebagai tanda ‘menghormati’ tiang berkenaan, jin balai dan tuan rumah.
“Selesai acara ini, gadis bersama payung berhias dan beberapa penduduk dengan alat muzik akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan tok mudim.
“Tok mudim dipayungkan dan diarak ke balai khatan dengan iringan muzik. Cara ini seolah-olah menyambut kedatangan raja. Bagi kaum Jah Hut, ia satu cara menunjukkan rasa hormat mereka kepada tok mudiM yang akan melaksanakan tugas penting ini (mengkhatankan kanak-kanak),” katanya.
Oleh kerana Orang Asli Jah Hut daripada keturunan raja, kanak-kanak yang akan berkhatan diwajibkan memakai pakaian diraja diuruskan juruarah.
Tok mudim mula menjampi manik supaya kanak-kanak tidak berasa takut dan lemah semangat. Mereka akan diberikan makan sirih dan manik yang dijampi tok mudim berkenaan.
Pada hari kedua pula , juruarah dan tok mudim akan membawa kanak-kanak itu ke sungai berhampiran untuk berendam.
Mengikut kepercayaan komuniti berkenaan, ia bagi membuang segala keburukan yang ada dalam diri kanak-kanak dan mengurangkan kesakitan ketika berkhatan.
“Selesai berendam, kanak-kanak akan dibawa ke kawasan lapang untuk memakai lengkap pakaian diraja termasuk tengkolok dan keris bagi menandakan mereka adalah Orang Asli berketurunan Raja Pagar Ruyung.
“Kanak-kanak akan beratur masuk ke dalam ruang berkhatan dengan membawa tempurung berisi tanah yang sudah dijampi.
“Selepas dikhatankan, kanak-kanak tidak dibenarkan keluar dari ruang berkhatan hinggalah hari bercukur rambut iaitu pada hari ketiga kecuali untuk membuang air,”
pada hari ketiga bendera diturunkan bagi menandakan majlis berkhatan sudah selesai. Mengikut kepercayaan kaum Jah Hut, muzik tidak boleh dihentikan sepanjang upacara itu berlangsung bagi mengiringi roh dan jin pulang ke tempat asal.
Acara terakhir ialah jamuan makan bagi meraikan kejayaan mengadakan majlis itu. Majlis berkhatan adalah perayaan terbesar bagi suku kaum itu.
#nordinhock
Ahad, 13 Jun 2021
Sejarah pemerintahan Pahang
PERKONGSIAN: LOST CITY IN PAHANG.
Perkongsian Ini diambil dari sebuah Blog..
The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time, tons of their precious metal……~Further India~.
Kata-kata Hugh Clifford tersebut telah lama menghantui saya. Beliau yakin bahawa pernah wujud satu lost civilization di Pahang yang mempunyai teknologi hebat dalam perlombongan emas. Beliau percaya bahawa bumi Pahang yang kaya dengan emas adalah penyebab mengapa Ptolemy menggelar Semenanjung Tanah Melayu ini sebagai Semenanjung Emas. Terdapat banyak lombong kuno dijumpai berselerak di Pahang. Lombong-lombong ini didapati menggunakan teknologi yang tinggi sehingga menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dikendalikan oleh orang Melayu dan diandaikan pula bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun menyebut:
The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization……..
In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. Neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state.
Sumber lain yang menguatkan hujah bahawa di Pahang menyimpan sebuah tamadun silam yang hebat dan kaya dengan emas adalah dari catatan pengembara China Wang Tai Yuan pada tahun 1349. Menurutnya di Pahang perempuan-perempuan kaya memakai beberapa buah gelang emas yang dililit di kepalanya, dan orang kebanyakan pula menghiasi rambut mereka dengan gelang-gelang manik pancawarna. Catatan daripada penulis Portugis Manuel Godinho Eredia pula menyebut Pahang adalah negeri yang mempunyai lombong emas terbesar dan yang paling baik mutunya di seluruh semenanjung. Clifford pernah menyatakan bahawa, jika catatan sejarawan Yahudi kuno Josephus yang menyebut bahawa Ophir adalah sama dengan Aurea Chersonesus, maka benarlah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah lombong emas Nabi Sulaiman atau The Mines Of Solomon seperti yang tercatat dalam Kitab Perjanjian Lama.

Kajian mengenai Pahang zaman sebelum Melaka sebenarnya adalah terhad. Jika adapun adalah kajian lama yang telah dibuat oleh Orientalis British seperti Hugh Clifford dan W. Linehan. Sejarah negeri-negeri tua yang lain seperti Kelantan dan Kedah memang banyak berbanding Pahang. Tidak seperti kebanyakan negeri Semenanjung yang lain, pusat ketamadunan masyarakat Pahang pada zaman awal tertumpu di kawasan pedalaman dan jauh daripada pantai. Menurut Geoffrey Benjamin, keunikan negeri Pahang ialah kerana ia terletak di kawasan pertembungan diantara dua rumpun bahasa iaitu Mon-Khmer dengan rumpun bahasa Malayic atau Proto-Malayic dan ia adalah wilayah yang menghubungkan kawasan pantai barat dengan pantai timur dan utara pantai timur seperti Kelantan, Pattani, Negeri-negeri Segenting Kra serta Thailand atau ‘Benua Siam’. Orang zaman dahulu kalau nak ke pantai barat pasti akan menggunakan laluan sungai sepanjang Kelantan dan Pahang sehingga ke Jalan Penarikan dan sungai Muar.
Selain lombong-lombong emas, hutan negeri Pahang juga menyimpan pelbagai misteri lain. Dalam Buku Farther India tulisan Hugh Clifford, dicatatkan bahawa banyak ekspedisi dilakukan oleh para pengkaji British malah Russia dan Itali ke Hulu Pahang seperti Tembeling, Lipis, Jelai, Semantan, dan Gunung Tahan. Malah banyak kali juga ekspedisi mendaki di kawasan Gunung Tahan dibuat dan kebanyakan ekspedisi awal tidak berjaya sehingga ada yang mati. Apa yang mereka cari di sana sehingga sanggup mati? Wallah hu a’lam, saya pun tidak tahu apakah yang menyebabkan mereka begitu tertarik dengan pedalaman Pahang. Walaupun saya sendiri sudah mendengar pelbagai cerita-cerita pelik tentang tinggalan yang mungkin ada di pedalaman Pahang, namun saya bukanlah orang yang arif tentangnya.

Gunung Tahan.
Tapi apa yang pasti hutan Pahang menyimpan satu tamadun yang sangat lama. Hal ini bukanlah aneh kerana hutan Pahang memang telah diiktiraf sebagai diantara hutan hujan khatulistiwa yang tertua didunia. Salah satu daripada tinggalannya ialah misteri penempatan kuno atau ada yang kata ‘kota’ di Tasik Chini. Apa sebenarnya yang ada disitu dan mengapa banyak kajian yang dilakukan disitu tidak disempurnakan dan menghadapi jalan buntu? Sebenarnya kajian terhadap penempatan kuno di tasik Chini bukanlah perkara baru. Sejak zaman pemerintahan British lagi para ‘Indiana Jones’ Inggeris selalu ke tasik tersebut untuk mencari ‘sesuatu’. R.G Cant pernah menyatakan bahawa berkemungkinan besar wujud kota pentadbiran bagi negeri Pahang di kawasan pedalaman.

Saya yakin aktiviti perdagangan di sepanjang laluan kuno Trans-Peninsular yang menghubungkan pantai barat dengan pantai timur melalui jalan penarikan telah mewujudkan pusat penempatan yang pesat di sepanjang lembah sungai seperti di sungai Pahang termasuk di Tasik Chini dan Bera. Apa yang pasti laluan Trans-Peninsular ini turut tercatat dalam peta yang dilukis oleh ahli geografi Yunani-Mesir Claudius Ptolemy. Sungai Tembeling adalah salah sebuah sungai terpenting yang menghubungkan laluan dagang kuno ini. Oleh sebab itulah banyak jumpaan barang purba ditemui sekitar Sungai Tembeling. Malah kegiatan pembuatan tembikar tertua di Pahang juga masih wujud di Tembeling.

Di Kampung Batu Pasir Garam (di tebing Sungai Tembeling), ahli arkeologi telah menemui satu serpihan Dram Dong Son, dram kuno yang diperbuat daripada gangsa dan digunakan oleh orang yang mengamalkan Budaya Gangsa. Linehan menyatakan bahawa Dram Dong Son ini dibuat di Indochina dan dibawa ke Ulu Tembeling dari Funan pada sekitar abad ke-3, bersama-sama dengan alat besi kuno yang lain. Menurut Clifford jumpaan artifak dari zaman Hoabinhian, Neolitik, zaman gangsa, dan zaman besi menunjukkan bahawa laluan perdagangan tersebut telah wujud dan digunakan sejak ribuan tahun!

Catatan daripada rekod imperial China menunjukkan bahawa di Pahang pernah wujud sebuah kerajaan yang kaya dan berdaulat sebelum zaman Melaka. Chau Ja Kua merekodkan pada tahun 1226 bahawa sebuah negeri yang terletak di sekitar pantai timur semenanjung bernama Pe-hang bernaung dibawah kekuasaan Srivijaya. Kerajaan tersebut dilaporkan telah menghantar hadiah ke China pada tahun 1378, 1411, 1414 dan 1416. Turut dicatatkan bahawa raja yang memerintah Pahang pada tahun 1378 digelar Maharaja Tajau. Baginda telah menghantar duta ke China yang membawakan warkah rasmi yang dipahat di atas kepingan daun emas bersama enam orang hamba dan barang-barang hasil bumi dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Maharaja China.
Rekod seterusnya menyebut pemerintah Pahang pada tahun 1411 bernama Pa la mi su la ta lo si ni atau Parameswara Teluk Chini telah menghantar ufti ke China. Kemudian Maharaja China telah mengutus Laksamana Cheng Ho untuk melawat kerajaan tersebut. Maka utusan dari Parameswara Telok Chini telah berkunjung sebanyak dua kali ke Cina iaitu pada tahun 1412 dan 1414. Daripada catatan inilah kita dapat membuat andaian bahawa memang wujud sebuah kota pemerintahan di sekitar pedalaman Pahang atau di Tasik Chini. Siapakah sebenarnya Maharaja Tajau dan Parameswara Telok Chini ini dan benarkah pernah wujud satu penempatan kuno di sekitar Tasik Chini?
W. Linehan pernah menyebut dalam catatannya mengenai sebuah tempat di Tasik Chini yang bernama Belukar Bata/Batol. Menurut beliau semasa beliau meninjau tempat tersebut beliau mendapati terdapatnya sebuah bukit yang dilitupi dengan rumput yang tebal dan besar. Daripada pemerhatian yang dibuat didapati bahawa bukit tersebut bukan semualajadi tetapi adalah sebuah binaan. Linehan percaya nama tempat tersebut mempunyai kaitan dengan tinggalan bangunan, ataupun kota yang menjadi lagenda masyarakat tempatan. Dalam catatan yang sama juga Linehan menyatakan bahawa di dasar Sungai Jeram terdapat pecahan dan serpihan tembikar dan seramik tua di beberapa tempat. Penemuan-penemuan yang disebutkan diatas menguatkan lagi hujah bahawa kawasan Chini-Jeram dan berdekatannya suatu ketika dahulu pernah menjadi laluan perdagangan mahupun penempatan yang pesat.
Menurut cerita penduduk asli yang mendiami sekitar tasik tersebut, terdapat sebuah kerajaan yang makmur di situ yang didiami oleh orang ‘SIAM ASLI’ yang menyembah patung-patung diperbuat daripada emas. Nama Chini tersebut dipercayai berasal dari perkataan Siam asli yang bermaksud ungka atau monyet. Penempatan masyarakat ini dibina di sekitar bukit yang dinamakan Bukit Balai . Menurut lagenda, bukit tersebut dinamakan Bukit Balai kerana dahulu wujudnya sebuah balai bagi menyambut orang-orang yang berkunjung atau lalu di kota tersebut. Di bahagian barat laut Bukit Balai terdapat sebuah lagi bukit yang dinamakan Bukit Berhala Besar. Bukit ini merupakan tempat pemujaan berhala yang paling besar bernama Henek/nenek bagi masyarakat kota itu. Sebuah lagi bukit bernama Bukit Ketaya yang berdekatan dengan tasik adalah tempat mereka melombong emas.

Apa yang lebih menarik, menurut lagenda tersebut masyarakat kota Tasik Chini sangat mahir dalam pembinaan sistem tadahan air dan saliran. Mereka membina sistem saliran di sekitar kawasan Chini yang mengalirkan dan menghubungkan air dari segenap arah yang bersambung dengan Sungai Chini. Mereka mengawal sistem saliran dan tadahan air ini menggunakan empangan. Namun setelah beberapa ratus tahun empangan tersebut akhirnya pecah dan mengakibatkan berlaku banjir besar dikawasan lalu membentuk Tasik Chini. Akibatnya ramai rakyat Chini yang mati kebuluran kerana sawah, ladang dan penempatan mereka dibanjiri air. Menurut lagenda itu juga akhirnya pemerintah Chini memindahkan istananya ke Belukar Batol. Sebenarnya hampir kesemua nama-nama tempat yang disebut didalam lagenda orang asli ini wujud di sekitar tasik Chini. Malah menurut seorang pengkaji K.E Southwood kisahnya adalah terlalu tepat dan boleh jadi benar.
Linehan juga pernah menyatakan yang dia telah menjumpai satu binaan yang terbuat dari batu bata di kawasan Kuala Chini dan di Pengkalan Durian. Berdekatan situ juga ditemui sebuah tempat yang dinamakan Padang Siam. Malah beliau turut menyebut tentang penemuan binaan batu bata di Langgar yang dipanggil Tambak Siam. Oleh sebab itu saya yakin sememangnya pernah wujud sebuah tamadun atau paling tidak sebuah penempatan lama di sekitar pedalaman Pahang atau Tasik Chini pada zaman dahulu.

Daripada hasil pemerhatian aerial view juga didapati sememangnya terdapat rupa bentuk saliran air atau bentuk muka bumi aneh seperti buatan manusia di sekitar lima batu ke timur Chini. Menurut pengkaji, bentuk saliran ini adalah typical bagi saliran air yang dibina oleh masyarakat Angkor ataupun Ligor. Malah turut ditemui rupa bentuk muka bumi yang dipercayai adalah bekas empangan berdekatan Sungai Tasek melalui foto udara. Di Pulau Balai pula ditemui batu bata dari tanah laterit yang sama cara buatannya seperti yang dijumpai di Tanjung Makam, Pekan. Dikawasan yang sama juga dijumpai serpihan tembikar, porselin zaman Ming, beberapa tembikar tidak bersadur serta serpihan mangkuk dari besi, mangkuk zaman Neolitik, pisau batu dan banyak lagi barang-barang purba. Namun kajian susulan yang dilaksanakan K.E Southwood telah menemui jalan buntu. Beliau menyatakan bahawa tidak ditemui sebarang bukti wujudnya binaan di kawasan yang di tunjukkan Linehan dalam catatannya. Saya yakin sememangnya wujud suatu binaan dan penempatan di tapak yang telah disebutkan Linehan. Mungkin Southwood kurang bernasib baik.

Berbalik semula kepada dua orang raja Pahang dalam catatan imperial China tersebut, penulis percaya bahawa Parameswara Telok Chini dan Maharaja Tajau merupakan orang Melayu Darat yang menguasai kawasan perlombongan emas dan bijih timah di Pahang sebelum Pahang ditakluk Melaka. Sebahagian besar kawasan paya sepanjang sungai Pahang mengandungi pasir dan batu batan kasar, ini menunjjukan bahawa kawasan paya ini dulu merupakan lombong bijih dan bukan kawasan penanaman padi pada awalnya. Apa yang pasti memang terlalu banyak nama-nama tempat di sekitar Tasik Chini dan Pahang yang memberikan kita petunjuk bahawa kota tersebut berkemungkinan besar didiami bersama oleh orang Siam asli dan Melayu dari negeri-negeri Melayu Utara atau Segenting Kra seperti Sri Dharmaraja atau Ligor yang memang mahir dalam pembuatan sistem saliran.
Linehan dalam bukunya A History of Pahang dipetik sebagai berkata:
The pre-Malaccan people of Pahang lived by mining gold, tin, and iron and planting rice. They left many traces: irrigation works, mine workings, remains of brick buildings [at Belukar Bata], specimens of Sawankalok pottery, and probably the pottery industry at Kuala Tembeling which has survived through the years to the present day. The preMalaccans occupied the Tembeling. They can be traced as far south as the Merchong. They extended into the Pahang and the Jelai; their tracks can be found along Lake Chini up to the head-waters of the Rompin; in the old Selinsing mines scoops of palas wood used by them have been discovered. They left numerous relics in gold-workings at Tresang and Sempore.
Antara tempat-tempat di Pahang yang banyak dikaitkan dengan penempatan kuno masyarakat Siam asli atau mempunyai makna dalam bahasa Siam asli adalah seperti Gunung Benom. Benom sebenarnya adalah dari bahasa Mon-Khmer yang bermaksud ‘Gunung’. Perkataan ini juga wujud dalam suku kaum berbahasa Aslian Mon yang masih wujud di Pahang hingga kini iaitu suku Jah Hut iaitu ‘Benam’ dan juga suku Che Wong ‘Banim’. Namun perkataan ini juga mempunyai kaitan dengan perkataan Melayu kuno iaitu ‘Banang’. Sungai Chenor pula dipercayai berasal dari perkataan Mon iaitu Cnor yang bermaksud kayuh. Sungai Reman dikatakan berasal daripada perkataan Mon iaitu Ramman atau Ramannadesa. Jeram Kuai dikatakan berasal dari perkataan Siam asli iaitu kuai yang bermaksud perlahan. Namun menurut pengkaji, perkataan yang lebih tepat ialah Koi yang berasal dari perkataan suku Batek yang mempunyai maksud yang sama. Selain itu Chini (ungka), Parit Siam, Tambak Siam, Lubang Siam (atau Lombong Siam), adalah nama tempat-tempat di sekitar hulu Pahang yang dikaitkan dengan Siam asli.
Kampung Senggora yang tidak jauh dari Tasik Chini juga merupakan petunjuk bahawa kota tersebut pernah didiami orang dari utara semenanjung. Malahan persamaan nama Tembeling dengan Tambralingga atau Ligor juga memberikan petunjuk yang kuat bahawa sememangnya Pahang pernah dipengaruhi atau diperintah oleh Melayu dari Sri Dharmaraja atau Ligor. Malah telah disebut dengan jelas dalam Sulalatus Salatin bahawa Maharaja Dewa Sura yang memerintah Pahang semasa serangan Melaka adalah saudara kepada Paduka bubunya Raja Siam. Malah di Tekam berdekatan Kota Gelanggi, Jerantut ada sebuah sungai yang bernama Sungai Lego yang sipercayai berasal dari perkataan Ligor. Kota Gelanggi di Jerantut itu sendiri sebenarnya dikaitkan dengan sebuah Lost City Siam asli atau Melayu darat iaitu Kota Klangkio yang dikatakan Tun Sri Lanang terletak di Hulu Johor.
Kaum asli yang tinggal di sekitar tasik Chini sekarang sebenarnya adalah Orang Jakun dan mereka ini termasuk dalam Proto-Malay dan bukan Mon-Khmer. Sebab itu saya berpendapat jika wujud kota di dasar Tasik Chini, ia adalah kota purba MELAYU yang didiami bersama dengan Siam asli dari kalangan orang Mon dan Aslian bukan Khmer seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak. Sebabnya semua mitos berkenaan Naga-naga Seri Gumum, Seri Siam, Seri Kemboja, Seri Pahang dan Kota itu adalah dari mulut Orang Jakun sendiri dan mereka tidak kenal apa itu istilah 'KHMER'. Orang Jakun di sini mempunyai perhubungan rapat dengan suku Asli lain iaitu Orang Semelai yang tinggal di sekitar Tasik Bera. Orang Semelai inilah yang berbahasa Aslian iaitu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer. Mugkin nama-nama tempat yang dikaitkan dengan Siam dan Mon tersebut diberi oleh suku-suku Aslian ini.
Linehan pernah melaporkan bahawa ketua suku Jakun di kawasan Ulu Bebar iaitu Pak Usoh dari Kuala Serai dan Pak Mehat dari Kuala Merba mengakui bahawa mereka adalah keturunan ‘Orang Siam’ yang pernah berkuasa di Pahang sebelum penaklukan Melaka. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Siam asli yang suatu ketika dahulu pernah memerintah dan memakmurkan negeri Pahang ini bukanlah terdiri daripada kaum rumpun Mon-Khmer atau Aslian sahaja tetapi juga Melayu-Proto. Dan seperti yang telah diterangkan oleh Cik Srikandi dahulu, bahawa istilah Siam asli yang digunakan oleh orang Melayu Melaka adalah merujuk kepada masyarakat Melayu dan Mon-Khmer yang beragama Buddha dan berasal dari ‘Benua Siam’ iaitu sebuah wilayah yang sekarang ini berada di Thailand.
Jadi disini Siam itu merujuk kepada nama wilayah dan bukan nama kaum, kerana suku kaum yang tinggal di wilayah tersebut terdiri daripada Melayu,Champa, Mon, Aslian, Khmer dan yang paling lewat datang ialah Thai. Kerajaan Ligor/Tambralingga/Sri Dharmaraja pula memang sebuah negeri Melayu. Rajanya orang-orang Melayu namun rakyatnya ada yang Thai, Mon dan Khmer. Sebab itu dalam Sulalatus Salatin, raja Benua Siam yang digelar Paduka Bubunya diakui oleh Sultan Melaka bahawa 'raja Benua Siam bukan orang lain bahkan saudara mereka juga'. Semasa Melaka menerima Islam, Sri Dharmaraja masih menganut ajaran Buddha Theravada. Ketika era Ligor,barulah ada rajanya yang memeluk Islam..
Oleh itu kita berbalik semula kepada persoalan pokok, benarkah wujudnya sebuah penempatan kuno di sekitar Tasik Chini? Jawapan saya ialah ya. Sememangnya wujud sejenis penempatan purba di sekitar Tasik Chini kalau tidak di dasarnya. Samaada ianya wujud sebagai sebuah kota, bandar, pyramid, binaan kuil, candi dari batu bata atau hanya petempatan biasa dari kayu, wallah hu a’lam ianya tetap misteri. Masih banyak kajian yang perlu dilaksanakan disana untuk mendapatkan jawapan yang tepat
Catatan dari sejarah Islam Pahang
Maharaja Tajau Raja Orang Asli Pahang.
Tahun 1377,Maharaja Tajau dari Pahang hantar duta dan warkah yang di tulis pada daun emas dan 6 hamba serta pelbagai produk pahang kepada Maharaja Ming Dinasti.
Tahun 1411,Maharaja Parameswara Tasik Chini hantar duta beri ufti kepada Maharaja China.
Tahun 1412,Laksamana Cheng Ho atas titah Maharaja Ming Dinasti, di hantar ke Pahang atas hubungan diplomatik. Pahang berbalas ufti pada Tahun 1414 dan 1416,Pahang adalah negeri berdaulat sebelum Melaka ditubuhkan lagi.
Pemerintah Maharaja Tajau(1378)
-sejarah cina mencatatkan pemerintah Pahang pada tahun 1378 bergelar Maharaja Tajau
-Maharaja Tajau adalah pemerintah dari kalangan Orang Asli tempatan
-tiada catatan bahawa dia datang dari kerajaan Selatan atau Timur wilayah negeri2 melayu.
-Kemungkinan besar Raja ini menguasai Pahang ketika kemerosotan kerajaan Majapahit
-Maharaja Tajau mengakui kebesaran kerajaan China dan menghantar ufti ke sana.
-saudagar Islam mempunyai tempat mereka terse diri semasa pemerintahan Maharaja Tajau, mereka tidak diganggu di dalam urusan agama mereka selagi mereka tidak me campuri urusan pemerintahan kerajaan.
Selepas pemerintahan Maharaja Tajau, Parameswara Tasik Chini pula memerintah.
pada tahun 1412 dan 1414 Parameswara Tasik Chini telah hantar utusan ke negara China.
Di percayai Parameswara Tasik Chini ada kaitan dengan Maharaja Tajau dan merupakan keturunan Orang Asli tempatan. Akan tetapi pada masa ini serangan pihak Siam ke atas Pahang begitu kuat untuk menguasai kawasan lombong emas dan bijih timah. Ahli sejarah China mencatatkan bahawa istana Maharaja Tasik Chini di perbuat dari emas.
Sumber: sejarah Islam pahang, pentadbiran Pahang 400sm-1900sm.
https://sejarahislampahang.blogspot.com/2010/10/sejarah-ringkas-pentadbiran-negeri.html?m=1
Semua ni ada kaitan Bnyk dgn Raja raja khmer. Raja
Jayavarman II dan Suryavarman.
Baginda berdua adalah Raja khmer. Pernah Juga kerajan Khmer Ditakluk Srivijaya, Raja Cambodia pernah bertapak Kerajaannya di Semenanjung terutama di Pahang, malah pernah menjadi sebagai salah Satu Jajahan Takluk Srivijaya . Namun Ketika Kemerosotan Srivijaya, Jayavarman II menarik "Sikap menunduk" kpd Srivijaya dan Menabalkan dirinya sendiri sbgai Raja.
mereka ni Org Khmer, Org Berbahasa dan berdarah Austroasiatik sama Macam Orang Asli semenanjung, bukan Austronesian,
dan mereka juga Beragama Hindu.
"Mereka Tidak kenal Istilah Khmer" ayat ni seolah sengaja mahu menafikan hidp hidup kewujudan Org Senoi di kawasan Sekitar Chini.
kalau tanya Org Semai temiar skrg pun..mereka tak tahu apa itu khmer, saya sendiri pun ta tahu apa itu khmer, tapi apabila didedahkan dgn Ilmu dan rumpun asal mereka, sejak itu kitakembali mengenali Khmer/MonKhmer, yg merupakan Induk Kita..
Yg pasti Kita mmg Bahasanya Sama Cognatenya dgn orang Mon dan Khmer. Malah Bukti tidak Boleh Disangkal, Bukti Bukti Kajian DNA yg mengatakan Hampir Semua orang Senoi berdarah Indochina-MonKhmer dan Semang,
Boleh juga Dianggap drpd situ Senoi juga bnyk lahir drpd Hasil Campur antara org Indochina dan Orang Semang ada .
sebab itu Induk Orang Senoi, termasuklah Orang semelai dan Temoq sendiri. Bahasa mereka tergolong dlm rumpun kita.
Terpulang kpd yg menafikan Semelai dan Temoq tergolong dalam family Senoi melalui Bahasa Dan DNA test, Kajian Saintifik tak boleh dinafikan kesahihannya, sebaliknya asumsi dan tanggapan Page page Etnocentris Ketuanan sesuatu kaum tu terus boleh disangkal melalui Kajian DNA dan segala kaedah saintifik seperti penelitian arkeologi, Pentarikhan Karbon-Carbon dating, dan Penerusan Budaya mon Khmer dan Sejarah Lisan dalam kalangan Orang Asli Merupakan Bukti kukuh..lebih tua usianya dan dengan mudah mematahkan Hujah Ahli ahli akademik yg cenderung kpd pihak sebaliknya.
Lagi pula Mmg Orang khmer purba ni bercawat dan berpakaian seperti Org Asli Semenanjung.
Sebab di Angkor Sendiri ilustrasi mereka digambarkan Oleh Orientalis Barat Yg terkejut, kerana tidak menyangkakan Lelaki lelaki bercawat yg dianggap oleh Org Barat sebagai tidak bertamadun, tapi mampu membina candi di Angkor Cambodia.
Sekadar Perkongsian pendapat dan pandangan ..
Peace.
Geeden Sen'oi mereka sangsi akan tamadun orang asli dahulu, mereka tak terfikir orang asli ada teknologi jadi tukang besi
Tukang pandai besi daripada kalangan masyarakat orang asli satu ketika dahulu.
Sumber: Aboriginal notes oleh H.D. Collings (terbitan bulletin of reffeles museum 1949)
1.gambar 'a-c'. orang semelai mengendali alat tukang besi yg disebut sebagai yahyuh. Silinder dan rasah dihasil dari kulit kayu yang tidak diikat.dua tiub silinder ini disusun secara bersama dan lubang angin/piston dihala ke bahagian buluh bawah yang dikenali sebagai loq. Gambar ini diambil di hired river berdekatan dengan sg.miheng(sebutan masa itu)
2.gambar "d" menunjukkan alat tukang besi mudah alih yang digunakan oleh masyarakat temiar/temir ulu perak-kelantan hills. Ia dihasilkan menggunakan dua buah buluh dan mempunyai dua cerucuk yang dibenam ke dalam tanah semasa penggunaannye. Gambar tersebut diambil di sungai piaq.
3. Seperti tukang2 besi lain...tukang besi oa semelai dan temiar turut menggunakan tukul/hammer untuk membentuk hasil kerja mereka.
4. Harap anda semua dapat hubungkait dgn perkongsian rakan2 dalam group ini supaya pemikiran kita lebih terbuka dan tidak menafikan ia sebahagian dr nenek moyang kita. Cz ade budaya dan amalan msyarakat terdahulu telah hilang ditelan zaman.
Terima kasih
#perkongsian
#emimei
#bil12
Si Puntum adalah Orang Asli suku Semai,(fakta detail dalam journal British)
⇝❧🇵 🇳 '🇸 ↭⇝
"Si Puntum atau Sepuntum"
Tidak banyak sejarah yang di tulis tentang si puntum dalam buku Teks, cuma dalam journal org inggeris yg banyak menulis siapa si puntum dan peranannya.
merupakan orang asli yang menjadi pengikut setia kepada Dato Maharaja Lela. Beliau menetak kepala Birch, mengakhiri nyawa lelaki Inggeris tersebut. Si Puntum kemudiannya ditangkap, dibicarakan pada 3 & 4 Mei1876 dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876 di Bandar Baru iaitu lokasi kubu utama British dan kediaman rasmi residen British.
Terlebih dahulu menyerang Birch ialah Pandak Indut yang merupakan bapa mertua kepada Dato Maharaja Lela. Beliau dikatakan pendekar paling handal di Perak. Menerima pedang daripada Dato Maharaja Lela untuk membunuh Birch yang mengarahkan menampal surat pengumuman di Pasir Salak. Beliau adalah orang pertama mengoyak surat ditampal Mat Arshad dan menikam suruhan Inggeris itu dengan lembing. Mat Arshad yg merupakan kerani dan jurubahasa Birch turut terbunuh dalam kejadian ini.
Kajian mengenai peristiwa pembunuhan Birch telah dilakukan lama dahulu dan anda bleh downloadnya di internet. Kesimpulan dari jurnal tersebut, rupanya telah berlaku rusuhan penduduk yang menyerang serta membunuh Birch dan 16 orang tali barutnya. Beberapa org termasuk Ngah Jabor, Panjang Bur, Kulup Ali merejam lembing ke arah tempat mandi Birch menyebabkan Birch cedera dan terjatuh dalam sungai. Ketika timbul di blakang rumah mandi, Birch ditikam dengan lembing oleh Se Tuah sebelum ditetak di kelapa oleh Si Puntum dengan parang panjang sebanyak 2x. Untuk lebih lanjut baca lah journal tulisan Abdullah Zakaria bin Ghazali setebal 72 m/s ni.
Rentetan dari kejadian, telah berlaku serangan tentera British ke atas Kg Gajah. Yg terlibat ditangkap dan dibicarakan. Saksi2 kejadian yg terdiri dari warga cina pendatang memberi nama2 mereka yg membunuh Birch membolehkan wira2 Melayu ini disabitkan kesalahan dan dihukum gantung. Mereka yang tiada bukti kukuh terlibat dlm kejadian pembunuhan dipercayai seramai 40 orang telah dibuang daerah ke Pulau Seychelles Utara Madagascar. Selepas 16 tahun, hanya Sultan Abdullah yg mendapat pengampunan Ratu Victoria dan dibenarkan pulang. Laks. Amin dan Ngah Ibrahim tidak dibenarkan pulang krn British bimbang dengan pengaruh mereka Mereka dipindahkan ke Sarawak dan terakhir ke Singapura.
Berikut diceritakan sedikit biografi sebahagian dari mereka yg terlibat dalam peristiwa penbunuhan Birch.
Sultan Abdullah
Sultan Perak ke-26 dengan gelaran Sultan Abdullah Mahmud Shah II. Menandatangani Perjanjian Pangkor bg mendapat tahkta sebelum menyedari beliau sebenarnya hanya menjadi boneka British. Beliau yg tidak berpuas ati dengan campur tgn dan kebiadapan Birch menitahkan Dato Maharaja lela mengetuai rancangan pembunuhan Birch. Baginda turut mempengerusikan mesyuarat gerakan sulit membunuh Birch di Kg Durian Sebatang pada 21 Jul 1875. 16 tahun hidup dalam buangan. Meninggal pada 1922 dan dikebumikan di Makan Diraja Bukit Chandan
Dato Maharaja Lela Pandak Lam
Seorang pembesar delapan Perak, berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yg berasal dari Daerah Lukut, Sulawesi. Salah seorang drpd 5 hulubalang Negeri Perak. Daeng dilantik sbg mufti Perak pada pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III dan diberi kuasa memancung sesiapa sahaja tanpa bicara. Beliau mengetuai gerakan sulit merancang pembunuhan Birch. Dibicarakan di Matang pada 14-22 Dec 1876 sebelum dihukum gantung pada 20 Jan 1877 di Taiping. Difahamkan British mengarahkan mayat beliau dikerat 3 dan ditanam berasingan di tebing Sg Perak.
Datuk Sagor (Sri Agar)
Gelaran penuh Datuk Sagor ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja yg dikurniakan sultan Perak ke 23 iaitu Sultan Jaafar. Nama beliau sebenar ialah Ngah Kamdin bin Radin lope, keturunan Bugis berdarjat Daeng. Salah seorang dari 5 hulubalang Negeri Perak iaitu Dato Maharaja Lela, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta dan Seri Adika Raja. Dilahirkan di Kampung Gajah dan berhijrah ke Larut utk mengusahakan bijih timah bersama anak saudaranya Ngah Ibrahim. Memerintah wilayah tebing Sg Perak dr Kg Gajah ke Pulau Tiga. Dalam istana, beliau bertanggungjawab menaal hal ehwal istana dan membina istana serta kapal-kapal sultan.Bersenjata sundang iaitu keris panjang yg sesuai digunakan untuk melibas. Kehadiran residen menyebabkan beliau kehilangan kuasa. Beliau menolak arahan British agar membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kg Gajah, mengibarkan bendera British dan membina balai di bukit tersebut. Terlibat dalam perancangan pembunuhan Birch dan kemudianya dihukum gantung bersama Dato Maharaja Lela.
Laksamana Mohamad Amin Alang Duakap
Pembesar Istana yg juga bapa mertua Ngah Ibrahim. Catatan British menceritakan Laks. Amin seorang yg bertubuh besar, telah memeluk, merampas keris dan kemudianya menikam Datuk Syahbandar yg mempunyai ilmu kebal. Pernah merancang utk membunuh Frank Swettenham di Bota. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles. Meninggal dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari, Singapura pada 1908 sblm jenazahnya disemadikan semula di Makam Diraja Bukit Chandan pada 2006. Namanya diabadikan pada kapal perang Malaysia F136 KD Laksmana Mohamad Amin yg dibina di Breda, Mestre, Itali pada 22 Mac 1982.
Ngah Ibrahim
Nama penuhnya ialah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar yg juga digelar Menteri Larut. Mewarisi kuasa untuk membangunkan daerah Larut Matang dr bapanya Long Jaafar. Membangunkan sebuah kota sbg pusat pentadbiran dan menggaji Kapten Speedy sbg pengurus. Beliau kehilangan hak memungut cukai dari pelombongan biji timah selepas kehadiran residen British. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles. Meninggal dan dikebumikan di Makam Aljunied Jln Kubor, Singapura. (P/s: Artikel Ngah Ibrahim akan didetailkan dlm post seterusnya)
Ngah Jabor
Nama sebenarnya Mohammad Jabar bin Bardot. Merupakan org kanan Dato Maharaja Lela. Beliau berusia 17 tahun ketika terlibat dalam pembunuhan Birch di Pasir Salak dengan merejam rumah mandi Birch dengan lembing. Beliau terlepas dari sebarang hukuman berat walaupun mengaku membunuh Birch krn hakim mahkamah ketika itu ialah Raja Idris. Raja Idris adalah saudara susuan beliau apabila keluarga Diraja menyerahkan Raja Idris utk disusui ibu Ngah Jabor iaitu Unda Punta. Raja Idris yg menjadi Sultan Perak ke-28 diceritakan bertindak melepaskan Ngah Jabor secara senyap2. Beliau kemudianya menghilangkan diri selama 10 tahun. Dipercayai Kampung Jabor, Kemaman merupakan lokasi Ngah Jabor menyembunyikan diri dari British, menuntut ilmu dan bertapa. Tahun 1894, Ngah Jabor muncul semula di Perak dan menjadi watak penting dalam pembukaan Kampar. Beliau meneroka lombong bijih timah sebelum menjadi orang kaya terkenal di Lembah Kampar. Menggunakan nama Mohamed Jabar, Ngah Jabor suka mendekati alim ulama dan pemimpin agama dari seluruh nusantara. Beliau meninggal pada 1921 dan dikebumikan di Kg Gajah.
http://syaurans-cahayamata.blogspot.com/2011/12/grave-of-si-puntum-sepuntum.html?m=1
Ini versi sejarah Melayu, tidak sebut asal usul Sipuntum dari mana.
Susur galur keturunan Batin Seri Alam
Susur galur keturunan Batin Seri Alam(yang kemudian memeluk Islam)
#Menteri AkhirulZaman(Menteri Akhirzaman) adalah anak Sultan Johor Lama dengan Puteri Mayang Selida iaitu cucu kepada Batin Seri Alam.
RUMAH DATO’ LAKSAMANA HAJJAH BOGDAD
Kampung Telaga Undang adalah salah sebuah kawasan yang terletak di Pantai, sebuah mukim di Seremban, Negeri Sembilan. Di sinilah terletaknya rumah ini. Rumah ini telah berusia kira-kira lebih daripada 200 tahun berdasarkan daripada sumber catitan sejarah yang diperolehi. Kini ia diwarisi oleh Puan Maimunah yang merupakan waris dalam Adat Perpatih.
Sejarah pemilikan adalah berasaskan waris sebelah ibu yang mempunyai perkaitannya dengan Luak Sungei Ujong, Puan Maimunah mewarisi rumah ini daripada keturunan sebelah ibu beliau. Susur galur pemerintahan pula dipegang oleh kaum lelaki dan diakhiri oleh Dato’ Haji Abdullah yang merupakan Dato’ Undang bagi Luak Jelebu. Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan ini sebahagiannya masih lagi kukuh walaupun telah berusia lebih daripada 200 tahun.
Rumah ini telah diwarisi sejak turun-temurun selama kira-kira 211 tahun.
Anggaran rumah ini dibuat berdasarkan peringkat pemerintahan Dato’-Dato’
Undang bermula daripada Dato’ Undang pertama iaitu Dato’ Mendelika Menteri Bador sehingga Dato’ Undang ketiga iaitu Dato’Mubarak.
Rumah ini telah diwarisi oleh Dato’ Laksamana Hajjah Bogdad melalui ibu beliau iaitu Puan Zainab. Menurut sejarah dalam Adat Perpatih, Puan Zainab merupakan anak tunggal yang boleh mewarisi harta. Puan Zainab mewarisi rumah ini daripada ibu beliau iaituBanon
Jika dilihat daripada salasilah yang berkaitan dengan pemerintahan yang bermula daripada Dato’ Klana yang pertama iaitu Dato’ Klana Bador hingga pemerintahan Dato’ Klana Mubarak sekarang, rumah tersebut telah berusia 211 tahun. Ini kerana pembinaannya adalah sealiran dengan sistem pemerintahan yang menggunakan gelaran Dato’ Klana
Ukiran dan hiasan yang terdapat di rumah ini adalah hasil seni rupa tradisi Melayu. Pada amnya, ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah ini terbahagi kepada dua jenis bahan. Ukiran pertama adalah ukiran kayu yang dapat dilihat dengan jelas pada papan cembungnya yang diperhalusi dengan corak bermotifkan flora Ukiran kedua pula terdiri daripada ukiran batu yang dapat dilihat pada bahagian tangga. Ukiran yang ada pada permukaan tangga ini mungkin datang daripada pengaruh Melaka yang satu ketika dahulu merupakan pusat perdagangan dunia terhadap Negeri Sembilan.
Reka bentuk dan hiasan rumah mencerminkan keperibadian dan status pemilik rumah. Seperti rumah ini, rekabentuknya sangat bercirikan rumah dalam golongan pemerintah. Maka setiap dinding sama ada pada bahagian luar serambi ataupun dalam serambi dihiasi dengan papan kembung. Penonjolan papan kembung adalah bertujuan untuk menimbulkan kesan kepentingan ruang tersebut. Antaranya untuk kegiatan rasmi yang berkaitan dengan sistem perundangan seperti membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan urusan masyarakat.
Pada kayu pengikat tiang pula ukiran bermotifkan kepada nagamelambangkan kekuatan dan kekuasaan bagi pemilik rumah yang berjawatan tinggi dalam pemerintahan di kawasan tersebut. Riak-riak sungai diambil dan diterapkan kepada reka bentuk papan cantik dengan membuat ukiran separuh bulatan. Kayu berjalur enam digunakan untuk membentuk corak dan membingkaikan bukaan seperti pintu dan tingkap diselang-selikan dengan dinding yang menggunakan papan kembung.
Ukiran batu-bata digunakan pada bahagian luar terutamanya pada bahagian tangga utama. Tangga batu yang dihiasi dengan ukiran bunga pada bahagian tepi tangga dipercayai mempunyai perkaitannya dengan pengaruh dari Melaka semasa zaman kegemilangan Empayar Melaka yang menakluki hampir keseluruhan Tanah Melayu dan Sumatera.
Ciri-ciri asal bangunan masih lagi kelihatan walaupun sebahagian besarnya telah mengalami beberapa perubahan dan sebahagian daripada dapurnya telah dibina dengan bangunan baharu daripada batu.
Di bahagian serambi, ruang ibu serta loteng masih lagi berada dalam keadaan yang baik. Ini membuktikan bahawa pihak tuan rumah telah berjaya mengekalkan keadaan asal meskipun ianya telah lama bertapak.
Di susun oleh:
Puan Norita binti Buhari,
Pembantu Muzium
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Di semak oleh:
Aziz Hj Mohd Gorip,
Kurator
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Sumber:
YM Dato Laksamana Saharuzzaman bin Hj Abd Malek
#danamemerkasakanadatperpatih
#kerajaannegerisembilan
#bersihmuafakatsejahtera
#biarmatianakjanganmatiadat
P/s : Harap pihak Muzium buat pembetulan
Harap pihak Muzium Negeri Sembilan betulkan fakta. Banyak salah tu. Rumah ni asal telapak ibu soko Dato Kelana Putera Undang Sg Ujong. Pernah jadi Balai Undang, Balai Mengadap Anak Waris Kelana Putera Sg Ujong dan Rumah Telaga Luak Sg Ujong. Pewaris rumah ini sekarang ialah anak perempuan kepada YM Ibu Soko Maimunah Ibu Soko Kelana Putera iaitu YM Ibu Soko Noraziah Ibu Soko Kelana Putera. Undang Jelebu, Dato Mendika Menteri Akhirzaman Abdullah (Singa Jelebu) ada kaitan dgn rumah ini sebab beliau berkahwin dengan Dato Laksamana Hajah Boghdad. Dato Laksamana Hajah Boghdad ni Ibu Soko Kelana Putera Sg Ujong dan adik perempuan kepada Dato Kelana Putera Maamor Undang Sg Ujong. Rumah ini juga memang rumah pusaka Dato Kelana Putera sejak zaman Dato Kelana Putera Bador (1760).
pihak muzium sebenarnya terkeliru... Mereka dah campur adukkan Jelebu dan Sg Ujong... Gelaran Dato' Mendelika Menteri adalah untuk Dato' Undang Luak Jelebu... Tetapi Dato' Undang Luak Sungei Ujong yg Pertama adalah Dato' Klana Petra Bador dalam ayat di article diatas, terang dan jelas pihak yg menulis article tersebut telah mencampurkan gelaran Dato' Undang Luak Jelebu kepada nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong.. 🤦♀️
Sejarah Nama Kajang
Asal Usul Bandar Kajang.
Sejarah asal usul nama Kajang ialah ianya dikatakan berasal dari peristiwa pergaduhan diantara masyarakat etnik Mandailing dan etnik Melayu Bugis di kawasan tersebut kerana salah faham maksud 'Berkajang'. Maksud 'Berkajang' bagi orang Mandailing ialah berpondok, sementara bagi masyarakat Melayu Bugis, ianya membawa erti bertikam atau bergaduh. Kedua-dua masyarakat ini bertembung sewaktu melarikan diri dari perang saudara yan berlaku di Kelang (1867 - 1873). Peristiwa tersebut akhirnya telah mengilhamkan nama Kajang.
Ada versi lain bagaimana Kajang mendapat nama ialah melalui peritiwa pembukaan kawasan ini oleh Raja Alang yang berketurunan Mandailing pada awal tahun 1800. Rombongan Raja Alang tiba di Tanah Melayu melalui jalan air, iaitu dengan menyusuri Sungai Langat. Rombongan ini kemudiannya berhenti di suatu kawasan lalu 'berkajang' atau berpondok. Kawasan tersebuat kemudiannya dinamakan 'Kajang' oleh Raja Alang dan tempat dimana mereka 'berkajang' pada ketika itu, kini diberi nama Jalan Mandailing.
Kajang adalah antara kawasan di Selangor yang mempunyai sejarahnya yang unik, selain terkenal dengan makanan Satay, Penjara Kajang ( antara penghuninya yang popular ialah Mona Fendey, Suhaimi Mat Hassan (Pembunuh Noor Suzailly), Imam Hoslan Hussain (baling kasut ke hakim) serta Abdul Kahar Ahmad yang mengaku 'Rasul Melayu') dan kisah Leftenan Adnan (beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang dalam tahun 1915).
Menurut pengkaji sejarah tempatan, Shahabudin Ahmad, Kajang telah diterokai sekitar tahun 1709 (namun ada sumber yang meletakkan tahun yang lebih awal, iaitu 1580) oleh sekumpulan masyarakat orang asal dari suku kaum temuan yang berasal dari Klang. Kumpulan ini diketuai oleh Batin Seri Alam, beliau mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya merupakan pemerintah yang membuka beberapa kawasan di Tanah Melayu. Anak-anak Batin Seri Alam yang dimaksudkan ialah, Nenek Kerbau (Pemerintah di Johol), Tok Jeludang (Pemerintah di Jelebu) dan Batin Berchanggi Besi (berkuku besi) yang merupakan pemerintah di Sungai Ujong. Tetapi menurut Buyong Adil, anak Batin Seri Alam ada empat orang, selain yang disebut oleh Shahabudin Ahmad, terdapat anak yang bongsu, ialitu Tok Jelondong yang tinggal di Lengggeng, yang pada masa itu berada dalam Daerah Sungai Ujong, kekandanya Batin Berchanggi Besi yang merupakan pemerintah Daerah Sungai Ujong tinggal di Baranang.
Nama Kajang diberi bersempena dengan peristiwa rombongan Batin Berchanggi Besi yang pulang dari mengadap pemerintah di Johor atas urusan menjodohkan anakandanya Puteri Mayang Selida. Sewaktu dalam perjalanan pulang di Johor ke Sungai Ujong, rombongan Batin Berchanggi Besi terpaksa berhenti di suatu kawasan kerana bimbang akan hujan ribut yang akan menimpa kerana cuaca pada ketika itu amat mendung. Rombongan tersebut telah membina beberapa buah pondok untuk berteduh dan menggunakan mengkuang hutan sebagai atap kepada pondok-pondok tersebut. Mengkuang hutan yang digunakan sebagai atap itu juga dikenali sebagai 'Kajang', maka atas peristiwa tersebut, maka kawasan itu dinamakan Kajang.
Namun tidak pasti adakah nama Kajang ini ada kaitanya dengan 'Pak Malau' melalui pantun yang dipopularkan oleh Nordin Ahmad melalui watak Demak dalam filem 'Sri Mesing' (1961) yang berbunyi 'kajang Pak Malau, kajang Berlipat, kajang hamba, mengkuang layu'.
Sejarah Orang Asli Negeri sembilan
a) Kecoh di media sosial berkenaan Negeri Sembilan disebabkan oleh seorang public figure dan digali pelbagai sumber berkenaan sejarah negeri tersebut. Menarik jugak dikupas pekara tersebut supaya memberi pendedahan umum kepada pembaca terutama dikalangan MOA. Kita tidak boleh MENGHARAPKAN orang lain menulis sejarah kita yang lampau tetapi kita sendiri perlu cari, angkat dan kongsikan kepada umum sebab tidak semua orang dapat akses maklumat tersebut. Diharapkan juga perkongsian sebegini boleh menjadi rujukan dan ilham kepada generasi akan datang yang terutama adik-adik di Universiti atau apa2 bidang yang berkaitan untuk menyelesaikan tugasan yg diberi
b) Sama2lah kita mengisi kelompangan sejarah OA dari prasejarah hingga kini dengan bahan perkongsian bahan ilmiah dan bermanfaat dari segi gambar/buku/jurnal atau apa2 pon. Jangan sempitkan pemikiran kita dengan satu sumber tapi pelbagaikanlah jika terdapat sumber bhsa melayu/inggeris/portugis atau mana yang difikir sesuai dan masuk akal (kajian DNA/Bahasa/Sosio budaya/cerita lisan). Bab penerimaan terpulang kepada individu cz benda ni xleh kita paksa disebabkan oleh pelbagai faktor n pegangan pendirian.
c) Ok berbalik kepada perkongsian hari ini, walaupon saya pernah kongsi sebelum ni… nk kongsi juga terutama pembacaan bahan yang terbaru.
SEJARAH PENGAMALAN ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN
Sumber : ROSISWANDY BIN MOHD. SALLEH Muzium Adat Jelebu, Negeri Sembilan
(boleh cari dalam bentuk PDF/ 66 ms)
1. Menurut Wilkinson memberikan tempoh di antara tahun 1450 hingga 1600 Masihi
merupakan ‘Zaman Sakai’ (Sakai Period). Menurutnya, terdapat empat buah negeri Sakai iaitu Klang, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Kesemua daerah ini terletak di bawah naungan Kerajaan Melayu Melaka dan kemudiannya kerajaan Johor. Menurut Sejarah Melayu, pada tahun 1450 Masihi daerah Kelang mempunyai seorang Penghulu bernama Tun Perak. Manakala Sungai Ujong diketuai oleh Tun Tukal. Di Jelebu dan Johol masih tidak dapat diketahui. Pada tahun 1707 Masihi, Rembau mempunyai seorang pembesar bergelar Bendahara Seri Maharaja.
2. Batin Seri Alam mengetuai satu ekspidisi ke Jelebu dan menemui sebuah dulang yang berisi makanan. Tempat tersebut dinamakan ‘Kuala Dulang’. Kemudian, Batin Seri Alam menemui orang Islam dan dipercayai memeluk agama Islam.17 Pada awal abad ke-17 Masihi, terdapat bukti kewujudan daerah-daerah seperti Sungai Ujong, Johol dan Seri Menanti yang didiami oleh orang asli.18.
3. Sekitar abad ke-16 Masihi, orang Minangkabau dari Sumatera datang dan mendiami di kawasan pesisir pantai yang terletak di selatan Negeri Sembilan (Sungai Ujong). Orang Minangkabau membawa dan memperkenalkan amalan dan adat mereka iaitu adat Perpatih. Sejak itu mereka memperkenalkan sistem sosial, politik, ekonomi dan agama kepada masyarakat orang asal. Mereka membawa sistem adat yang berteraskan kepada ‘matrilineal’. Dalam tempoh di antara abad ke-17, 18 dan 19 Masihi, orang Minangkabau bergerak atau merantau lebih dalam lagi ke Kawasan pedalaman Negeri Sembilan. Orang Minangkabau mengahwini masyarakat orang asli. Merujuk sumber penulisan beberapa orang Eropah, Negeri Sembilan adalah gabungan beberapa negeri atau daerah kecil yang dinamakan ‘Luak’ yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Undang. Daerah-daerah tradisional Negeri Sembilan terdiri daripad Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Inas, Gunung Pasir, Terachi, Ulu Muar dan Jempol.
3. Zaman pembentukan Negeri Sembilan dipercayai berlaku di antara tahun 1640 hingga 1760. Wilkinson menyatakan tempoh tersebut adalah ruang untuk orang Minangkabau menyatukan sembilan negeri yang mereka kuasai. Bermula tahun 1639, kerajaan Johor menjalinkan kerjasama erat dengan Belanda. Ketika itu Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil II. Kerjasama Johor-Belanda adalah bertujuan untuk menjatuhkan kekuasaan Portugis di Melaka. Kerajaan Johor mula menjalinkan hubungan baik dengan orang Minangkabau di pedalaman Melaka dan mula menguasai Negeri Sembilan.
4. Berikut sedikit catatan berkaitan Negeri Sembilan yang mempunyai sedikit perkaitan dengan MOA:
xtulis panjang2 cz xde sape nak baca
#perkongsian
#emimei
#bil17
ADAT BENAR(Adat Orang Asli Negeri Sembilan)
Balai yang dibina oleh Orang Asli bagi menyempurnakan istiadat bersiram Dato' Jenang. Binaan yang ringkas tetapi penuh dengan falsafah Adat Benar. Dato' Jenang asalnya adalah salah seorang daripada barisan dato adat bagi Adat Benar. Telah berlaku pertelingkahan antara beliau dengan barisan dato-dato adat di 'dalam', maka keluarlah Dato' Jenang dari rimba tanpa arah tujuan. Apabila Dato' Undang ternampak Dato' Jenang mundar mandir, lalu ditanya kenapa beliau tidak pulang ke rimba? Lalu dicerita oleh Dato' Jenang hal yang berlaku. Memandangkan Dato' Undang Johol pada ketika itu adalah perempuan dan menjadi kesukaran baginya untuk berhubung dengan abangnya Dato' Batin di rimba berkaitan hal adat, maka dilantiknya Dato' Jenang sebagai pembantu. Peristiwa yang berlaku hampir 300 tahun dahulu merupakan titik tolak kewujudan jawatan Dato' Jenang dalam struktur pentadbiran Adat Perpatih luak Johol. Sejak itu, jawatan Dato' Jenang telah dijumudkan dalam #Adat Benar. Istiadat bersiram ini disempurnakan oleh Dato' Batin Luak Johol, Alam bin Suhut sebagai simbolik penurunan kuasa dari empunya gelaran.....bunga 7 jenis dari air perigi pahlawan terbilang, Dato' Sinta yang ditapa dalam tempayan selama 2 hari.....
Jumaat, 11 Jun 2021
Orang Asli Penyewa Di Tanah air mereka sendiri
#jahut #orangAsli #nordinhock #nordinHockchannels #travellogAnakJahut
Orang Asli Sekadar Penyewa Di Tanah Sendiri
Berita Harian, 26 Oct 2016
Kita kena akui hakikat bahawa masih sukar bagi masyarakat Orang Asli mendapatkan hak milik tanah. Misalnya, pada Mac lalu, hasrat masyarakat Orang Asli (terdiri daripada 147 pekebun kecil) mendapatkan hak milik tanah seluas 124 hektar di satu kawasan tidak jauh dari Teluk Intan tidak kesampaian. Walaupun mereka sudah usahakan (mengerjakan) tanah yang mereka duduki selama lebih 30 tahun, belum ada tanda-tanda menunjukkan permohonan mereka akan diluluskan kerajaan Perak.
Menurut ketua masyarakat mereka, Apung Bah Ai, Tok Batin Kampung Baru Pahlawan: “Kami sangat berharap permohonan mendapatkan hak milik tanah itu dapat segera diselesaikan kerana sudah terlalu lama kami menunggu”.
Chuah Nago, berkata: “Apabila kami tanya Pejabat Daerah dan Tanah, mereka tuding jari kepada Jabatan Ukur. Apabila kami pergi ke Jabatan Ukur, mereka minta rujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang hingga sekarang masih tiada keputusan muktamad”. Terbaru, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru, mengingatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan mengenai ‘kewajipan’ mereka melindungi hak tanah Orang Asli. “Adalah tidak patut bagi Kerajaan Persekutuan melepaskan tanggungjawabnya dengan mengatakan bahawa ia tidak mempunyai kuasa berperlembagaan terhadap perkara berkaitan dengan tanah di Semenanjung,” katanya.
Ini susulan peristiwa sekatan didirikan sekumpulan Orang Asli Temiar yang membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Balah, berhampiran Gua Musang. Menurut masyarakat Orang Asli di situ, pembalak menceroboh tanah adat Temiar. Sekatan mereka kemudian dirobohkan syarikat balak. Satu laporan polis kemudian dibuat wakil pihak Orang Asli, mendakwa pembalak ‘melakukan ugutan jenayah’ terhadap mereka.
Khabarnya, kerajaan Kelantan menegaskan, ‘pembalakan adalah pendapatan utama negeri’ dan kerajaan berhak mengeluarkan lesen pembalakan bagi mana-mana kawasan, termasuk kawasan ‘yang bertindih dengan tanah adat Orang Asli.’
Pada peringkat antarabangsa, hak Orang Asli mengenai tanah diiktiraf satu deklarasi
(UNDRIP), dan dua Konvensyen ILO, Nombor 169 dan 107. Walaupun UNDRIP tidak mempunyai kuasa undang-undang mengikat, prinsip di dalamnya mencerminkan kedudukan undang-undang adat antarabangsa dan oleh itu hendaklah dipatuhi semua negara.
Dalam kes Sagong bin Tasi &
Ors v kerajaan Selangor [2002] 2 AMR 2028, isu yang perlu diputuskan Mahkamah Tinggi Selangor pada 2002 adalah hak masyarakat Orang Asli Temuan (plaintif) ke atas tanah yang mereka duduki sekian lama (di Kampung Bukit Tampoi, Selangor), yang diambil oleh kerajaan bagi membina jalan raya menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan (pada 12 April 2002), berdasarkan prinsip undang-undang kes Adong, plaintif hendaklah diberi pampasan kerana mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas tanah berkenaan. Kerajaan Selangor asalnya enggan menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan merayu ke Mahkamah Rayuan. Apabila rayuan ditolak (pada 19 September 2005), kerajaan Selangor merayu sekali lagi ke Mahkamah Persekutuan.
Pada hari rayuan didengar Mahkamah Persekutuan, kerajaan Selangor (pada masa itu di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim) menarik balik rayuan dan kes itu diselesaikan pada 26 Mei 2010, dengan kerajaan negeri setuju membayar pampasan RM6.5 juta.
Tidak menikmati hak
Kita difahamkan, pada 2000, jumlah Orang Asli hanya sekitar 150,000 dan kini sekitar 170,000 orang, iaitu tidak lebih 0.6 peratus warganegara Malaysia. Mereka diklasifikasi sebagai Bumiputera tetapi selama ini tidak menikmati hak memiliki tanah seperti kaum Bumiputera lain. Hanya 12 peratus daripada 869 kawasan penempatan Orang Asli diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli pada masa ini.
Mana-mana kawasan penempatan yang tidak (belum) diwartakan sentiasa dalam bahaya, kerana kerajaan negeri boleh beri lesen pembalakan di situ, menjadikannya satu perkampungan baharu atau memberi milik kawasan itu untuk maksud pembangunan atau pertanian.
Akta Orang Asli 1954, satu undang-undang pramerdeka, mempunyai objektif khusus dan sempit, antaranya melindungi masyarakat ini daripada dipengaruhi pengganas komunis. Akta ini buat anggapan (yang kini dipersoalkan) bahawa masyarakat Orang Asli ‘tidak mampu mentadbir diri dan memerlukan perlindungan pihak berkuasa untuk memelihara kepentingan dan kebajikan mereka’.
Mengenai hak Orang Asli pada tanah, ada pihak menyifatkan status mereka tidak lebih daripada tenant at will (penyewa yang boleh diusir pada bila-bila masa). Di bawah sistem Torrens negara ini (yang diamalkan sejak 1890-an), hak milik seorang itu pada tanah hanya wujud dan tidak boleh disangkal selepas namanya didaftarkan dalam surat cara hak milik tanah.
Dalam bahasa pasar, boleh kita simpulkan bahawa sistem Torrens dinikmati semua orang, kecuali masyarakat Orang Asli. Memandangkan zaman sudah berubah, dan pascamerdeka, Perkara 8 Perlembagaan menjamin hak kesamarataan, diskriminasi yang diwujudkan oleh akta 1954 ini tidak sewajarnya berterusan. Dengan lain perkataan, Akta Orang Asli 1954 boleh disifatkan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.
Pada 2016, tiga undang-undang hartanah utama kita sudah dipinda dan ditambah baik, iaitu Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Hakmilik Strata 1985. Dua undang-undang hartanah lain, iaitu tanah rizab Melayu dan Orang Asli, semacam terlepas pandang atau dipinggirkan. Kenapa?
===============================
Saya post sebab tulisan di gambar itu tak jelas. Jadi untuk memudahkan rakan baca artikel tu,jadi saya copy dan paste artikel di sini.
Pakar Tumbuhan-tumbuhan
Pakar Tumbuh-tumbuhan
Kueh Tafa, 70, menunjukan sejenis tumbuhan yang boleh merawat sejenis penyakit yang terdapat di tepi jalan ke menuju ke Kampung Senil.
Tak Kueh, nama biasa di sebut oleh tetamunya, beliau Orang Asli Suku kaum Chewong, yang menetap di Kampung Senil, kedudukan kampungnya di tengah-tengah wilayah adat mereka atau kini di kenali Hutan Simpan PERHILITAN Krau.
Beliau, merupakan pakar tumbuh-tumbuhan semula jadi membantu ramai pengkaji terkenal, pelajar-pelajar Univesiti terkemuka dan yang mengambil tahap PhD dan oleh jabatan-jabatan berkaitan tumbuhan-tumbuhan, bukan saja dalam Negara malahan oleh pengkaji antara bangsa.
Nota:
Buat masa ini saya yang mengelar beliau sebagai Pakar bukan saja tahu Tumbuhan-tumbuhan tetapi beliau tahu sejarah berlaku dalam hutan tersebut, harap selepas ini ada pihak mengiktiraf beliau sebagai Pakar kerana walaupun beliau tidak berpendidikan tetapi mempunyai pengatahuan semula (Tradisi) tapi beliau telah berbakti kepada Negara.
Catatan saudara : shafie Dris
Sejarah Batu Caves
#nordinhock #nordinHockchannels #jahut #BatuCaves
Gua di Sungai batu di Selangor (penjelajahan bersama masyarakat Orang Asli di Kawasan tersebut)
Sumber: Caves at Sungei Batu in Selangor catatan D.D Daly (terbitan Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 3 (JULY, 1879)
Satu misi penjelajahan telah dijalankan oleh Mr. Syers (Superintendent polis Selangor), Kapten B. Douglas dan pasukannya 28 rajimen, Penulis dan orang asli (sakai) ke kawasan yang masih asing kepada umum iaitu Batu Caves (mase tu tidak dikenali sebagai Batu Caves lagi). Berikut rumusan dari jurnal tersebut.
1. Perjalanan bermula dari Klang seawal 8.00 pagi melalui sungai klang sejauh 17 batu dan tiba di Damansara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dari kuala Lumpur ke gua tersebut melalui jalan hutan yang mana sepanjang perjalanan tersebut terdapat banyak pokok durian.
2. Setiba di bukit, mereka memanjat setinggi 50 kaki dan betul-betul berdiri dihadapan pintu masuk gua. Pintu gua tersebut begitu besar dan gelap dibahagian dalamnya serta didiami oleh ratusan kelawar. Gua tersebut dikenali sebagai gua Lambong. Orang Asli turut menasihati rombongan tersebut supaya tidak masuk lebih dalam.
3. Mereka juga turut menjelajah gua kedua yang dikenali sebagai gua bilah yang mana lebih rendah dan tidak jauh dari gua pertama tadi.Turut disebut juga bahawa terdapat lukisan figura orang asli di luar antara kedua-dua gua ini.
4. Gua ketiga yang mereka terokai adalah gua lada. Gua ini mendapat nama berikutan diluar gua terdapat pokok cili yang tumbuh subur. Bukan itu sahaja sebenarnya, di sekeliling Kawasan gua ini terdapat banyak tanaman seperti durian, pulasan, belimbing dan rambai. Hidupan liar pon tidak terkira.
5. Perincian anda boleh baca teks di bawah ok.
6. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai batu caves. Anda boleh merujuk peta batu caves di bawah. Tercatat juga satu gua dikenali sebagai gua Temuan. Lukisan dinding yang diperkata merupakan bukti yang kuat bahawa tempat tersebut pernah dikunjungi atau didiami. Adakah masih terdapat lagi lukisan tersebut? Banyak tanaman seperti buah2an bermaksud apa? tumbuh sendiri?
Sama-sama kita fikir-fikirkan. Saya juga berpendpat Orang asli yang mengikuti rombongan tersebut mybe org temuan.
7.terima kasih kepada penulis terdahulu kerana ada catatan mcm ni kita dpt sedikit sebanyak gmbaran masa tersebut.
Terima kasih
#perkongsian
#emimei
#bil19
Rabu, 9 Jun 2021
Khamis, 13 Mei 2021
Selasa, 4 Mei 2021
Jumaat, 16 April 2021
Isnin, 12 April 2021
Adat bersiram Dato Jenang
Balai yang dibina oleh Orang Asli bagi menyempurnakan istiadat bersiram Dato'
Jenang. Binaan yang ringkas tetapi penuh dengan falsafah Adat Benar. Dato'
Jenang asalnya adalah salah seorang daripada barisan dato adat bagi Adat Benar.
Telah berlaku pertelingkahan antara beliau dengan barisan dato-dato adat di
'dalam', maka keluarlah Dato' Jenang dari rimba tanpa arah tujuan. Apabila Dato'
Undang ternampak Dato' Jenang mundar mandir, lalu ditanya kenapa beliau tidak
pulang ke rimba? Lalu dicerita oleh Dato' Jenang hal yang berlaku. Memandangkan
Dato' Undang Johol pada ketika itu adalah perempuan dan menjadi kesukaran
baginya untuk berhubung dengan abangnya Dato' Batin di rimba berkaitan hal adat,
maka dilantiknya Dato' Jenang sebagai pembantu. Peristiwa yang berlaku hampir
300 tahun dahulu merupakan titik tolak kewujudan jawatan Dato' Jenang dalam
struktur pentadbiran Adat Perpatih luak Johol. Sejak itu, jawatan Dato' Jenang
telah dijumudkan dalam Adat Benar. Istiadat bersiram ini disempurnakan oleh
Dato' Batin Luak Johol, Alam bin Suhut sebagai simbolik penurunan kuasa dari
empunya gelaran.....bunga 7 jenis dari air perigi pahlawan terbilang yang ditapa
dalam tempayan selama 2 hari.....
Langgan:
Catatan (Atom)
















