Jumaat, 11 Jun 2021

Sejarah Batu Caves

#nordinhock #nordinHockchannels #jahut #BatuCaves Gua di Sungai batu di Selangor (penjelajahan bersama masyarakat Orang Asli di Kawasan tersebut) Sumber: Caves at Sungei Batu in Selangor catatan D.D Daly (terbitan Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 3 (JULY, 1879) Satu misi penjelajahan telah dijalankan oleh Mr. Syers (Superintendent polis Selangor), Kapten B. Douglas dan pasukannya 28 rajimen, Penulis dan orang asli (sakai) ke kawasan yang masih asing kepada umum iaitu Batu Caves (mase tu tidak dikenali sebagai Batu Caves lagi). Berikut rumusan dari jurnal tersebut. 1.  Perjalanan bermula dari Klang seawal 8.00 pagi melalui sungai klang sejauh 17 batu dan tiba di Damansara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dari kuala Lumpur ke gua tersebut melalui jalan hutan yang mana sepanjang perjalanan tersebut terdapat banyak pokok durian. 2.  Setiba di bukit, mereka memanjat setinggi 50 kaki dan betul-betul berdiri dihadapan pintu masuk gua. Pintu gua tersebut begitu besar dan gelap dibahagian dalamnya serta didiami oleh ratusan kelawar. Gua tersebut dikenali sebagai gua Lambong. Orang Asli turut menasihati rombongan tersebut supaya tidak masuk lebih dalam. 3.  Mereka juga turut menjelajah gua kedua yang dikenali sebagai gua bilah yang mana lebih rendah dan tidak jauh dari gua pertama tadi.Turut disebut juga bahawa terdapat lukisan figura orang asli di luar antara kedua-dua gua ini. 4.  Gua ketiga yang mereka terokai adalah gua lada. Gua ini mendapat nama berikutan diluar gua terdapat pokok cili yang tumbuh subur. Bukan itu sahaja sebenarnya, di sekeliling Kawasan gua ini terdapat banyak tanaman seperti durian, pulasan, belimbing dan rambai. Hidupan liar pon tidak terkira. 5.  Perincian anda boleh baca teks di bawah ok. 6.  Kawasan tersebut kini dikenali sebagai batu caves. Anda boleh merujuk peta batu caves di bawah. Tercatat juga satu gua dikenali sebagai gua Temuan. Lukisan dinding yang diperkata merupakan bukti yang kuat bahawa tempat tersebut pernah dikunjungi atau didiami. Adakah masih terdapat lagi lukisan tersebut? Banyak tanaman seperti buah2an bermaksud apa? tumbuh sendiri? Sama-sama kita fikir-fikirkan. Saya juga berpendpat Orang asli yang mengikuti rombongan tersebut mybe org temuan. 7.terima kasih kepada penulis terdahulu kerana ada catatan mcm ni kita dpt sedikit sebanyak gmbaran masa tersebut. Terima kasih #perkongsian #emimei #bil19

Tiada ulasan: