Rabu, 5 April 2023

Orang Tua di Puncak Gunung (cerpen)

Seorang tua dipuncak gunung Memang memenatkan apabila membuat kerja-kerja kebajikan, sebagai sukarelawan. Tambahan pula, apabila menjadi sukarelawan dipenempatan Orang Asal. Tetapi, itu semua tidak mematahkan semangat dan ketabahan hatiku. Kegembiraan, keterujaan dan kebahagiaan bercampur-baur diantara rasa sedih-pilu dan simpati yang mendalam, setiap kali bertemu insan-insan yang malang. Ucapan terima kasih dengan wajah yang berseri-seri, sudah cukup membuatkan hatiku berasa sebak, setiap kali menatap wajah mereka.. Aku bersama-sama rakan dari kaum Orang Asal, telah lama menubuhkan "Kelab Cinta Kasih Orang Asal Donation", yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Kami sama-sama mengeluarkan modal sendiri, disamping beberapa sumbangan daripada individu dan syarikat. Walaupun sumbangan kami tidak seberapa tetapi, amat berharga untuk masyarakat Orang Asal yang terpinggir dan memerlukan. Kami menghantar bekalan makanan, perubatan dan pakaian serta sedikit wang belanja kepada balu, janda, duda, ibubapa tunggal, anak-anak yatim serta warga emas disetiap perkampungan yang terpilih.. Hari ini, aku bersama seorang rakan yang bernama Bah Dusun, diarahkan untuk menziarahi seorang lelaki tua, dipinggir sebuah kampung Orang Asal. Diberitakan, tidak ada sesiapa yang dapat membantunya lagi memandangkan, penduduk disitu pun miskin tegar. Tambahan pula, beliau tinggal jauh disebuah puncak gunung bersendirian. Dikatakan juga, beliau sedang sakit tenat dan tidak ada saudara-mara kerana, berasal dari negeri lain. Isterinya sudah lama meninggal dan mereka hanya dikurniakan seorang anak lelaki. Tetapi, anak lelakinya telah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini.. Setelah hampir tiga jam perjalanan dengan menaiki pacuan empat roda akhirnya, kami berdua sampai dan disambut mesra oleh penduduk kampung. Setelah mengagihkan beberapa bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan, kami diiringi oleh seorang yang bernama Dhano, menuju ke sebuah gunung berhampiran perkampungan. Memandangkan pacuan empat roda pun tidak dapat mendaki bekas jalan balak yang rosak teruk itu, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki mendaki gunung tinggi itu. Kami membawa beberapa bakul makanan dan perubatan seperti biasa.. Hampir sejam mendaki, kelihatan sebuah dangau buruk buatan sendiri berada ditepi jalan balak lama. Dhano menunjukkan, itulah pondok lelaki malang tersebut. Aku dapat melihat, wajah tua yang sedang kesakitan dan menderita cuba tersenyum padaku. Keadaannya amat tidak terurus dan persekitaran pondok buruk itu sangat kotor dan busuk. Aku dah biasa berhadapan keadaan seperti itu. Tidak ada sedikit pun rasa mual atau janggal. Malah, hatiku amat tersentuh dan hampir mengalirkan air mata apabila, teringatkan kesempitan dan penderitaan yang ditanggung seumur hidupnya.. Apa?? Anjang Bintang a/l Pandak Buntal, anak pakcikk.. Terperanjat aku diatas pengakuan dan cerita oleh lelaki tua itu. Rupa-rupanya, beliau adalah ayah kepada salah seorang kenalan aku yang kini berada di Sydney, Australia. Anjang Bintang bukan calang-calang Orang Asal, beliau seorang kontraktor berjaya di Sydney. Seorang jutawan terkemuka dan memiliki seorang wanita inggeris yang jelita sebagai isteri serta tiga orang anak. Aku dapat cam apabila menatap gambar wajahnya ketika berusia 18 tahun, yang disimpan rapi oleh lelaki tua itu. Aku masih teringat, Anjang Bintang pernah mengakui bahawa, beliau anak yatim-piatu dan sebatang kara ketika bertemu denganku 20 tahun yang lalu. Kami bertemu di Kuala Lumpur, ketika dia merempat dan menjadi gelandangan. Sebagai satu bangsa, aku bawa pulang ke rumahku dan menjaga kebajikannya, sebelum dia bersetuju untuk berhijrah ke Australia. Dia benar-benar ingin berjaya dalam hidup dan akan membantu Masyarakat Orang Asal yang dalam kemiskinan. Aku percaya dan bangga dengannya, sebagai anak muda yang menghargai keturunan dan bangsanya.. Malam itu, sekembalinya aku dirumah, aku mula menalipon Anjang Bintang, di Sydney. Aku tahu apa yang akan aku sound padanya. Aku amat kecewa dengannya meskipun, dia adalah salah seorang penyumbang terbesar dalam Kelab kami. Dihujung talian, terdengar suara riang dan gembira dari Anjang Bintang seperti biasa.. karya asal-Bah Akim

Tiada ulasan: