Rabu, 5 April 2023

Detik itu pergi (bahagian akhir)

Detik itu telah pergi.. (bah. Last kopek) Aku tinggal di Segambut, Kuala Lumpur, setelah sudi menerima pelawaan seorang pakcik berbangsa India. Dia beriya-iya kerana kasihankan aku yang benar-benar jadi gelandangan. Kami bertemu disebuah kedai menjual liquer atau samsu. Setelah borak-borak dan berkenalan, dia memperkenalkan diri sebagai Rajan. Aku beritahunya, aku adalah Orang Asal dari Perak. Cuba ubah nasib di Kuala Lumpur ini. Atas dasar aku adalah Orang Asal, Rajan terbuka hati kerana dia percaya, Orang Asal punyai kejujuran hati yang tinggi dan boleh dipercayai. Lagi pun, dia pernah suatu ketika dahulu berkawan baik dengan beberapa Orang Asal dari Pulau Banting, Selangor. Malah, hampir berkahwin dengan seorang gadis Mahmeri disitu tetapi, jodoh tiada.. Rajan dan keluarga, hanya tinggal disebuah rumah setinggan yang agak tidak terurus dan kotor. Dia menyewa dengan isteri serta dua orang anak lelaki yang masih bersekolah menengah. Aku tidur diruang tamu kerana hanya ada dua bilik sahaja. Aku tidak kisah yang penting, ada tempat untuk berteduh. Aku bekerja ditempat kitar semula bersama-sama Rajan. Dia sudah lebih 10 tahun bekerja disitu. Kami asingkan besi, aluminium, tembaga dan pelbagai plastik serta barangan buangan. Meskipun agak kotor dan sulit, aku gagahi juga untuk sementara waktu.. Setelah mendapat gaji bulan pertama, aku berasa sungguh gembira atas titik peluh sendiri. Aku hulurkan belanja dapur dan rumah sewa serta bil kepada, Rajan. Lepas itu, kami berdua pergi ke kedai samsu dan bersukaria untuk melepaskan sedikit keresahan dan penderitaan hidup. Malam itu, ketika kami sampai dirumah, aku terperanjat apabila melihat seorang gadis sedang duduk disofa tempat tidurku dan begitu asyik menonton tv. Aku tidak menyangka, yang Rajan mempunyai seorang anak gadis yang sungguh jelita dan putih. Sedangkan, Rajan berkulit agak gelap tetapi, isterinya kurang gelap. Memang isterinya agak cantik dan boleh dikata, tidak sepadan dengan Rajan. Malam itu, aku dan kedua anak lelaki Rajan tidur diruang tamu. Anak gadis yang bernama, Mageswari Aiswarya itu tidur dalam bilik.. Memandangkan pagi itu hari ahad dan cuti, kami buat makan besar setelah mendapat gaji dan pemberian Mageswari. Dari situ, aku lebih mengenali Mageswari dengan rapat. Ibunya sendiri memperkenalkan dan menceritakan sedikit latar belakang Mageswari. Rupanya, Mageswari Aiswarya adalah anak kacukan lelaki inggeris hasil perkahwinan terdahulunya. Lelaki inggeris itu telah meninggalkan dirinya ketika, Mageswari dalam kandungan lagi. Kemungkinan balik ke negara asalnya di, England. Aku tumpang simpati. Aku dapat melihat Rajan tidak begitu selesa dengan keramahan isterinya. Mungkin dia berasa rendah hati. Patutlah Rajan tidak pernah menceritakan padaku kisah keluarganya yang sebenar. Aku diberitakan, Mageswari akan menetap disisi kami kerana telah berhenti kerja. Dia tidak selesa dengan beberapa rakan sekerjanya yang membuli. Maklumlah, gadis muda yang ayu dan jelita yang menjadi buruan lelaki sekerja dan cemburu iri hati beberapa rakan wanita. Aku tidak berkata apa.. Setelah mendapatkan gaji bulan yang ketiga, aku meminta izin untuk berpindah tempat kerja dan rumah. Rajan dan isteri, tidak bersetuju dengan niatku. Mereka sudah anggap aku adalah sebahagian daripada keluarga mereka. Paling menyentuh perasaan, Mageswari juga tidak dapat menerima keputusan itu. Aku bingung. Sebenarnya, aku tidak mahu menganggu kebahagiaan keluarga mereka dan jauh disudut hati, aku mula terpaut rasa terhadap Mageswari. Aku mulai jatuh cinta kepadanya dan, begitu juga dengannya. Aku dapat rasakan kerana, Mageswari begitu mengambil berat akan keadaanku. Makan minumku, pakaian dan segalanya dia yang uruskan. Dia selalu menasihatiku dan memberikan semangat untuk berubah. Kami berdua selalu keluar malam ditaman berdekatan untuk berbual-bual dan bersantai. Dari situ, acap kali aku mendengar lafaz hati dan perasaannya tentang lelaki idaman. Mageswari berterus-terang, dia teringin memiliki teman hidup yang seperti aku. Peramah, pandai mengambil hati dan kelakar. Dia tidak pernah impikan yang berlebihan kerana, dibesarkan dalam persekitaran yang susah.. Aku berasa berat hati. Sebelah jiwaku, berada disisi keluargaku dikem PGA, Lapangan Terbang, Ipoh. Sebelah lagi, menjadi sebahagian daripada keluarga Mageswari, di Kuala Lumpur. Aku dapat merasakan, keluarga Mageswari seperti merestui perhubungan kami. Kami berdua diberikan kebebasan keluar bersama dan pulang lewat malam. Nasib baik aku tidak berani masuk bilik Mageswari. Walaupun sering kali dia tergedik-gedik dan seolah-olah memberi syarat lampu hijau. Aku berasakan kepalaku seperti masuk air namun, aku terpaksa mengawal dan cuba bersangka baik.. Sekuat mana hati ini cuba menolak dan menghindari, sekuat itu jugalah bisikan-bisikan cinta dan berahi menyusup jauh dilubuk hatiku. Aku seperti sudah hilang pertimbangan. Ketika sambutan hari kemerdekaan negara yang sungguh meriah di Dataran Merdeka, aku bersama-sama Mageswari bertungkus-lumus disebuah bilik hotel di Jalan Pudu. Ya, Mageswari ingin menikmati kemerdekaan hidup dan memerdekakan kegadisannya disampingku. Aku mendakap erat tubuh yang seksi dan putih gebu itu sepenuh kasih dan cinta. Aku hanya membiarkan Mageswari teresak-esak menangisi kepergian kesuciannya dibahuku. Itulah pengorbanan terbesar Mageswari terhadap diriku dan cintanya.. Semenjak peristiwa itu, aku dan Mageswari tinggal sebilik. Tidak ubah seperti suami dan isteri. Ayah dan ibunya mahu kami disatukan mengikut ajaran Hindu. Sementara itu, kami sedaya-upaya mengumpul modal untuk majlis tersebut. Biar ringkas tetapi, memenuhi istiadat agama, ujar keluarganya. Aku hanya berserah dan pasrah dengan apa jua takdir yang menentukan kerana, bunga-bunga cinta semakin mekar dan mewangi. Aku sudah melupakan segala peristiwa lalu dan kepahitan bersama Chang Foong Ling, Sharmila dan Saidatul Akmar. Aku kini telah mendapat yang terbaik dari terbaik. Mageswari bukan sahaja masih dara malah, punyai kejujuran dalam perhubungan dan menyenangkan. Paling mengujakan, wajahnya yang seakan-akan Angelina Jolie yang seksi dan jelita.. Malangnya, Mageswari telah pergi meninggalkan aku dan keluarganya buat selama-lamanya. Aku mendapat berita dari ibunya yang menalipon ke tempat kerjaku. Mageswari telah dilanggar lari ketika melintas disebuah jalanraya untuk mendapatkan barangan persiapan perkahwinan kami. Ibunya tidak mengizinkan tetapi, Mageswari berkeras. Aku tahu, dia amat teruja tentang persiapan itu.. Hatiku seperti disambar petir dan hancur terbakar. Aku berguling-guling dicelahan besi-besi buruk dan timbunan aluminium seperti dalam filem Tamil. Aku menangis tanpa henti dan terpaksa ditenangkan oleh Rajan dan beberapa rakan sekerja dan majikanku. Mataku mula berpinar dan ingatanku telah hilang.. "Bang..! Kenapa menangis ni..?" Aku lekas-lekas menyapu air mataku yang bergenang. Aku menatap wajah isteriku, Salamah. "Sudahlah bang.. Jangan dikenang peristiwa lama. Biarkanlah ianya berlalu. Hidup perlu diteruskan selagi Tuhan, masih berikan nyawa. Pergilah jemput anak kita disekolah tu, dah nak tamat waktu.." Aku bergegas menaiki motor kapcaiku menuju sekolah. Akhirnya, Tuhan memberkati hidup dan jodohku yang sebenar, bersama sesama bangsa sendiri. Aku mengenali Salamah ketika aku mengikuti seorang kawan pergi ke majlis perkahwinan rakannya, di kampung Orang Asal Batu Berangkai, Kampar, Perak. Masa itu, sudah enam bulan aku tinggalkan Kuala Lumpur dan segala kenangan pahit dan manis bersama Mageswari. Sungguh pun Salamah tidak secantik atau sejelita Mageswari, Saidatul Akmar, Sharmila dan Chang Foong Ling, aku dapat kebahagiaan dan ketenangan disini. Apatah lagi sudah memiliki sepasang kembar perempuan yang sangat petah dan comel. Sememangnya aku selalu cuba melupakan kenangan silam. Tetapi, adakalanya ia datang dengan sendiri seolah-olah, roh Mageswari masih mendampingi hidupku dimana-mana aku berada.. Ehh..! Sape plak kat luar rumah tu? Oh.. Bah Jais dan Bah Kayong rupanya. Janji tengahari nk jala ikan kt lombong Batu Gajah. Bosa-bosa ikan situ terutamanya tongsan, patin dan tilapia. Wah! Bah Kayong mengeluarkan sebotol besar samsu cap Snooker pulak. Ini nk menjala ke hapo..😅😂😇 karya asal-Bah Akim

Tiada ulasan: