"SAKAI" perkataan yg sangat sensitif bagi Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia pada masa kini.ianya sering disalahgunakan utk merujuk sesuatu maksud yg buruk, sehinggakan seorang personaliti tv terkenal di rancangan live beliau telah mengunakan perkataan Sakai merujuk kpd maksud yg tidak sihat.
ketahuilah maksud "SAKAI" yg sebenar adalah " SAHABAT, KAWAN, RAKAN "
bagi masyarakat Melanau di Sarawak, ‘SAKAI’ juga bermaksud ‘kawan atau sahabat’.manakala bagi masyarakat Murut,ia bermaksud ‘orang atau manusia’.
perkataan SAKAI sebenarnya berasal drpd bahasa sanskrit yg pd awalnya berbunyi " SAKHAA, SAKHI, SAKHAIVA" yg merujuk kpd kawan.oleh kerana pelat lidah tempatan dan evolusi bahasa dan juga kurang caknanya kpd makna sebenar bahasa tersebut maka masyarakat pd masa kini menggunakan perkataan SAKAI dlm kehidupan mereka sbg merujuk kpd maksud yg negatif,mengutuk dgn bertujuan utk merendahkan orang lain.
dan yg paling menyedihkan apabila perkataan "SAKAI" dikamuskan dgn maksud yg bersifat negatif.so bila dah dikamuskan sampai cucu cicit lah makna tersebut kekal 😩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan