Pada 9/9/2019(isnin),penduduk kg lubok WONG telah mengadakan upacara menugal atau menanam padi. Tradisi menugal ini lazimnya akan di jalan kan pada bulan sembilan sehingga hujung bulan sebelas, setiap rumah akan menanam padi untuk Sara diri mereka kerana tidak mahu bergantung 100% beras yang dibeli dari kedai, semasa menugal padi dijalan kan saudara mara telah di panggil untuk bergotong royong menanam padi, mereka akan dijamu makanan dan di bekal kan beras utk dibawa pulang selepas upara menugal selesai. Begitu lah adat tradisi suku jahut pahang, mereka masih mengekalkan adat warisan tinggalan nenek moyang Mereka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan