KISAH DI SEBALIK -LAGU TOK UNDING
Oleh: nordin hock
Tok unding adalah upacara memanggil cekaciet iaitu sejenis serangga hijau yang boleh di makan,serangga ini jika dibakar bau dan rasa seperti rasa udang.cekaciet adalah serangga yang berterbangan,cekaciet suka kepada cahaya lampu atau cahaya api,rupanya macam cengkerik tetapi berwarna hijau,biasanya muncul selepas musim menuai padi huma(padi bukit).
-upacara tok unding lazimnya di jalankan selepas habis musim menuai,tok unding di jalankan Pada waktu petang sekitar pukul 7.00 hingga 8.00 malam.
Persediaan untuk upacara Tok Unding
(1)- pada pagi atau tengahari,orang yang akan jalankan upacara Tok Unding akan pergi ke pokok Jadar (sejenis pokok yang rendang lazimnya tumbuh di tepi sungai).
(2)- di pokok jadar,kita kena bercakap seolah-olah menjemput orang untuk hadir ke upacara bersawai(nik soi),bersawai adalah upacara suku kaum jahut,kalau suku kaum lain di sebut bersewang.
(3)- contoh cara menjemput cekaciet datang ke upacara bersawai,ihah jemput yon sengat dok cip nik soi,manak hak makok yon pimping,jah katox yon dukung,jah maknak,mak siet,tuhak mudak,buk jeng,kak duar las meh sengat doh. (saya jemput engkau orang datang bersawai,yang mana mengandung dipimpin,orang yang tempang didukung,orang besar,orang kecil,tua muda,anak bujang,anak dara datang lah malam ini).
(4)- pada petang sekitar pukul 4 lebih,jerami padi yang sudah kering di longgokkan di suatu tempat yang lapang.
(5)-pada pukul 7.00 – 8.00 malam,upacara tok unding di jalankan,semua orang bertit(mengetuk buluh atau kayu menggelinggi timbunan jerami),upacara tok unding dilakukan oleh golongan kanak-kanak bukannya oleh orang dewasa.
(6)- di sisi mereka di letakkan dahan atau ranting kayu,tujuannya untuk memukul cekaciet jatuh ke dalam unggun jerami semasa jerami di bakar nanti.
(7)- semasa tok unding dijalankan,dilarang sama sekali mendongak ke langit
(8)- bila serangga hijau(cekaciet) datang dan bertebangan,lagu tok unding dan bertit dinyanyaikan dan di ketuk dengan lebih kuat lagi.
(9)- kalau dibuat main-main nyanyi sambil lewa kononya harimau yang akan datang bukannya cekaciet.
(10)- bila cekaciet sudah banyak berterbangan,longgokan jerami padi akan di bakar,cekaciet akan di pukul jatuh ke tanah atau terus masuk ke dalam unggun api jerami.
Lagu tok unding
Oleh: nordin hock
Tok2 unding....
Unding2 bei kok nik sik...(unding2 jangan bermain)
Dayang bei kok nik sik...(dayang jangan bermain)
Anak raja turun mandi....
Bertit....bertit.... bertit... (bunyi buluh di ketuk2)
Tok2 unding...
Unding2 bei kok nik sik...(unding2 jangan bermain)
Dayang bei kok nik sik...(dayang jangan bermain)
Anak raja turun mandi
Tit.... tit.... nak tueh (tit...tit... dari hilir)
Tit... tit... nak puoh (tit... tit... dari hulu)
Bersamit ke dalam perah
Perah...perah banir (perah ialah nama sejenis pokok dan buah)
Menimbul ke mati kurak (kurak ialah kura2)
Bertit.... bertit.... bertit....
Bertit.... bertit..... bertit....
Oii....oii... cip gik pat (oii... nak pergi ke mana?)
Ruk rak barang jah katox (ruk rak ialah cara orang tempang berjalan,jah katox ialah orang yg tempang)
Ok jah kek dik atok eh ( ada orang duduk seorang diri @ sendirian)
nilang lautan,darah daging bok (sebelah lautan,darah daging kami)
Jah boc... jak boc pun dah paran ramei bok(buruk2 pun dah ipar kami)
Ruk rak barang jah katox
Ok jah kekdik atok eh....
Tok.... tok unding.... unding lutu kayu
datang tukang bidan nak lutu dengan kayu(maksudnya orang yang bertit (mengetuk2 buluh) nak pukul cekaciet itu jatuh ke dalam unggun api dengan dahan kayu)
bertit... bertiti... bertit....
bertiti..... bertit... bertit......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan