Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Selasa, 9 Februari 2021
Ahad, 31 Januari 2021
Rabu, 2 Disember 2020
Selasa, 1 Disember 2020
Sabtu, 14 November 2020
Ahad, 1 November 2020
Keindahan bukit Galong, sesuai untuk peminat Hiking
Keindahan serta keunikan di bukit galong...di tambahan dengan cerita mitos tersendiri...memang sesuai untuk aktiviti hiking...hari ini siap trek sampai ke puncak...next time kita ke batu asah tinggalan tentera raja Acheh...zasss
Siapa berminat nak hiking atau nak melihat keindahan pemandangan dari bukit Galong, boleh hubungi en Osman Raman melalui fb beliau, "Osman Raman"
Jumaat, 23 Oktober 2020
Jumaat, 18 September 2020
Khamis, 17 September 2020
Ahad, 13 September 2020
Rabu, 24 Jun 2020
Sabtu, 13 Jun 2020
Jumaat, 6 Mac 2020
Selasa, 3 Mac 2020
Ahad, 1 Mac 2020
Ke mana hilang suku Sakai?
Siapa Suku Sakai?
Misteri kehilangan Suku Sakai, dimana mereka sekarang?
Kita susuri Sejarah yang jarang pengkaji fokuskan adalah maksud Sakai? Kita teliti sebarang kejadian sebelum tahun 1957 merdeka sebuah negara.
Kita hairan wujud tinggalan warisan paling berharga sebagai contoh Sakai Rezab Tanjung Sepat Dan Sakai Rezab Sungai Pian. Tetapi jarang orang peduli tentang fakta kepupusan Sakai Rezab Dan semakin hari semakin mengecil saiznya. Kenapa?
Bedah pemikiran daripada konteks Orang Sakai sendiri merujuk bangsa yang bekerjasama "berderau". Bersakai kita tanam padi huma. Sungguh indah sekali.
Sakai dalam pandangan orang luar khususnya Melayu merujuk bangsa yang pakai cawat Dan bersenjata sumpit. Berdasarkan Anthropologist, Hassan Mat Nor, Melayu merujuk Orang Sakai sebagai Hamba.
Jesteru, pandangan luar ini mempengaruhi Minda Orang Sakai yang dikenali Orang Asli selepas kemerdekaan secara rasmi.
Dimana secara konduksif bahawa berlaku bentuk penjajahan minda.
Orang Asli telah mengalami proses evolusi, ketakutan, trauma dan krisis identiti serta rendah diri menyebabkan mereka tidak mahu lagi dikenali sebagai " Sakai".
Tiada salah untuk makna istilah " Sakai" tetapi Yang salah adalah "maksud kenyataan" misalnya " awk ni macam Sakai".
Label ini adalah satu Racism Dan ethnocentric yang dilakukan oleh pelampau dominant yang mengangap kebudayaan mereka terbaik bukan kerana ajaran agama. Berbangga dengan bangsa anda. Bangsa Sakai merupakan satu identities untuk pribumi asal tiada yang salah "makna" cuma anggapan mereka yang salah berbaur stereo type Dan lebih kepada negatif konatasi.

Jumaat, 28 Februari 2020
Hak Orang Asli terhadap Hutan simpan Kuala Langat Utara
Kenyataan Media oleh Badan Peguam Malaysia.
Pada 27 Feb 2020 8:45 pm
Kerajaan Selangor Seharusnya Mempertimbangkan Kesemua Hak Tanah dan Sumber Orang Asli Sebelum Mengeluarkan Tanah Daripada Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara
Badan Peguam Malaysia bimbang dengan pandangan kerajaan Negeri Selangor mengenai hak tanah dan sumber Orang Asli berhubung dengan cadangan untuk mengeluarkan sekitar 930 hektar tanah yang terletak di dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara (“HSKLU”).1
Menteri Besar Selangor (“MB”) dilaporkan telah menyatakan bahawa rekod kerajaan negeri menunjukkan bahawa “hanya” terdapat kawasan rayau untuk Orang Asli di dalam kawasan HSKLU. Walau bagaimanapun, penelitian FMS Government Gazette Notification No 2578 yang bertarikh 19 April 1927 mengenai pewartaaan HSKLU (“warta HSKLU”) mendedahkan bahawa kerajaan kolonial Selangor telah dengan nyatanya mengakui hak dan menyerahkan keistimewaan kepada Orang Asli Bukit Prah, Pulau Kempas dan Bukit Kemandol, berkenaan tempat tinggal dan penggunaan HSKLU oleh Orang Asli tersebut.
Pengakuan dan konsesi rasmi yang terkandung di dalam warta HSKLU tersebut merupakan dokumen yang kukuh mengenai sejarah penghunian, tempat tinggal dan penggunaan kawasan tersebut oleh masyarakat Orang Asli. Senario ini berpotensi untuk menimbulkan hak common law yang boleh dikuatkuasakan untuk keturunan Orang Asli yang dijelaskan di dalam warta HSKLU yang masih menghuni atau menggunakan kawasan tersebut.
Adalah menjadi suatu kesilapan dari segi undang-undang untuk MB menganggap bahawa tanah yang terletak di dalam kawasan HSKLU yang dituntut oleh Orang Asli berkenaan hanyalah tempat mencari makan atau kawasan “rayau” yang tidak mempunyai sebarang kepentingan undang-undang. Selama lebih daripada dua dekad, mahkamah tertinggi di Malaysia telah mengiktiraf hak kawasan mencari makan dan hasil hutan adat Orang Asli sebagai suatu hak terhadap harta yang dilindungi di sisi undang-undang di bawah common law dan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan (sebagai contoh, lihat Adong Bin Kuwau v Kerajaan Negeri Johor [1997] 1 MLJ 418).
Selaras dengan kewajipan fidusiari kerajaan negeri terhadap Orang Asli berkenaan dengan hak tanah adat mereka (lihat Kerajaan Negeri Selangor v Sagong Bin Tasi [2005] 6 MLJ 289], Badan Peguam Malaysia dengan tegasnya menggesa kerajaan negeri Selangor untuk berunding dengan komuniti Orang Asli yang berkaitan untuk menentukan kesemua hak mereka di dalam HSKLU, termasuklah hak common law, sebelum mempertimbangkan kuasanya untuk mengeluarkan tanah berkenaan darpada HSKLU. Setelah membuat penentuan tersebut, Badan Peguam Malaysia meminta supaya kerajaan Selangor mencapai satu penyelesaian saksama pertikaian ini yang tidak akan mencabul hak undang-undang komuniti Orang Asli yang terlibat. Kegagalan untuk berbuat demikian membawa risiko litigasi berpanjangan, perbelanjaan dan merosakkan reputasi negeri.
Malangnya, pertikaian HSKLU sekali lagi adalah kesan keengganan kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengiktiraf hak Orang Asli di sisi undang-undang untuk terus hidup dan bergantung hidup di atas tanah pusaka mereka.
Oleh yang demikian, Badan Peguam Malaysia mengulangi seruannya kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengambil tindakan berikut:
(1) Sebagai tindakan interim, mengenakan suatu moratorium ke atas pewujudan kepentingan terhadap mana-mana tanah dan sumber, dan ke atas penerusan pengeluaran sumber dan aktiviti penguatkuasaan di dalam kawasan yang didakwa sebagai kawasan adat Orang Asli, sementara menunggu penyelesaian tuntutan kawasan adat komuniti Orang Asli yang terjejas;
(2) Melaksanakan 18 syor yang terkandung di dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia 2013 oleh SUHAKAM,2 dan
(3) Melalui perundingan dan kerjasama dengan masyarakat Orang Asli, mengambil semua langkah yang berpatutan, termasuklah tindakan perundangan, untuk mencapai semangat dan niat Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli 2007 (United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007).
Abdul Fareed Abdul Gafoor
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia
27 Februari 2020
1 “Selangor MB dismisses documents ‘proving’ Orang Asli land ownership in forest reserve”, The Malaysian Insight, 20 February 2020.
2 “Report of The National Inquiry into the Land Rights of Indigenous Peoples in Malaysia”, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (“SUHAKAM”), 5 August 2013.

Sabtu, 22 Februari 2020
Khamis, 16 Januari 2020
Sejarah Teluk panglima Garang
Sedikit sedutan dari catatan blog asal usul Telok Panglima Garang. Sebagaimana sejarah tidak pernah menipu. Kawasan Nibong Dengkil adalah penempatan kaum Orang Asli yang dihalau oleh pendatang Aceh suatu ketika dulu, Sifat garang dan handal bukan moral yang baik jika ingin hidup dalam suasana harmoni dengan menghalau dan membunuh kaum asal setempat. Apapun ia sejarah yang terakam.
"Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji b. Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang memegang jawatan tersebut selama 25 tahun (1968 ~ 1994) pada 15hb Mei, 1996 menyatakan bahawa :
Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
Disebabkan kedudukannya yang strategic, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil.
Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :
“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”
Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli
di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa
mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau
oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang.
Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang
manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan
sifat pedagang Aceh."
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2011/05/sejarah-kampungku.html

Isnin, 30 Disember 2019
Pencerobohan tanah warisan adat jahut krau
Lagi cerita semlam, lawatan ke Dusun Tak Depuk Tanah Adat yang di rosakkan oleh Pembalakkan
5 April 2014 -Lawatan hari ini di ketuai yang di kenali Tak Hindi bersama 8 orang, sebelum bergerak mereka bertanyakan kepada orang yang lebih tua iaitu Tak Kok atau dikenali Tak Ngoi salah seorang waris yang pernah menduduki Dusun Tak Depuk.
Dusun Tak Depuk merupakan sebuah tempat banyak Makam-makam yang terdapat dalam kawasan Wilayah Adat ini.
Kumpulan pementau telah menemui Jentera berat dan artipak lama iaitu serpihan pingal lama yang setebal hampir 1 inci di kawasan Makam Yang Kari (Makam Muyang Bolat) selain menemui artipak lama kumpulan pemantau semalam menemui Bukau akar Bendrak (Bunga Pak Ma) atau dikenali Rafflesia di Kuala Egul.
Ahad, 29 Disember 2019
Patung perubatan jahut (sepilih)
"Sepilih" dari patung untuk dibuang untuk menjauhkan Sial, di komersialkan kepada Patung yang sangat berseni untuk pelancong dari dalam dan luar negeri .
Jenis patung “bes” untuk pelancong dan pembeli berasal dari konsep sepili tapi diperbesarkan dan tak digunakan untuk perubatan. Jenis kayu digunakan pun berlainan. Yg ni jenis merbau atau rengas.
Namun tukang ukir Jahut sangat berkurangan sekarang kerana kekurangan kayu sesuai dan pasaran terhad. Hanya ada dua yang masih aktif.

Isnin, 23 Disember 2019
Pokok jelai
Ahmad Bah Ngav ... org Temiar panggil pokok kariel, org Temuan (kalau tak silap) panggil pokok lanchang, org Semelai panggil pokok jelai. pokok yg sama dimana bijinya dibuat rantai atau tasbih. sebab tu perkataan jelai ada di negeri sembilan, pahang dan perak
Kerchang
Kercang tu apa?
sejenis 'puzzle', alat menguji minda
dipanggil Cek Rej Noj..kiranya tersesat didalam hutan kita hendaklah mainkan benda ini, kalau lepas itu tandanya kita akan dapat jalan keluar. Sebab ada mahkok halus yang menyesatkan kita. Cerita orang tua dulu dulu.
ye betul, kisah asalnya kerchang dicipta adalah bila org kita sesat dalam hutan. kerchang diberi ilham dalam mimpi untuk diberi kepada makhluk halus yg sesatkan kita tu, supaya dia leka selesaikan kerchang tu dan kita boleh sempat cari jalan keluar

Orang Asli dalam pemerintahan beraja Silam
Dan perlantikan ketua Orang Asli watikah perlantikan dikeluarkan oleh pihak Istana dan ditandatangani oleh Tuanku Sultan sendiri.
selangor dan negeri sembilan . perak juga jika berdasarkan catatan di atas
Pahang, Perak, Selangor dan Negeri 9. Kelantan dan Johor says x pasti.

Jumaat, 20 Disember 2019
Simpai bukan sekadar hiasan(seni kraf)
Simpai bukan sekadar hiasan seni kraf orang asli, kepada yang tahu kegunaannya, simpai di katakan boleh digunakan sebagai azimat berguna di masa kesusahan.
Saudara Kana Poteh dari kg parit gong, jelebu. Menceritakan pengalaman beliau semasa masuk hutan memburu.
"..simpai 9...menurut org2 tua dulu,simpai merupakan azimat kpd si pemakai nyer,selain dpd hasil seni kraf MOA... tpi simpai yg di anyam rotan dgn resam,ada keistimewaan nyer tersendiri...saya sndiri mengalami nyer,ketika masuk hutan pd awal 2017 yg lalu,utk menyumpit..nasib kurang baik,apabila bertembung dgn langsuir...mmg amat menyeramkan...."
" Abg Zam wjh langsuir bengis..mata bsr dan rambut panjang,lbh panjang drpd badan nyer...rasa nyer sya dah tak blh buat apa pd ketika itu..sbb kwn yg sorg lagi dah seakan2 trkena pukau...mcm bodoh jerr...mujur d celah telinga sya secara tetiba mcm ada suara brbisik,yg mnyuruh bukak lengan baju belah kanan..sya terus bukak baju d lengan,rupa nyer simpai 9 yg sya pakai itu seakan bergerak...dan ia seakan mngerakkan smngat Sya utk bangkit melawan..."
Sya tetba jadi berani utk bertindak terhadap langsuir yg ada d depan..Sya juga teringat pd sumpitan,dan pd ketika itu Sya terus menyumpit langsuir tersebut..tpi,rasa nyer tdk kena langsuir anak yg d lps kn,sbb langsuir bergerak lebih pantas...terbang ke udara...mengilai ketawa...dan terus terbang lari,sungguh laju..!!
..wjh langsuir mmg dahsyatt..!! cuma taring tak nampak..kaki nyer mmg tdk jejak ke bumi,berdiri d awang2an...wjh hitam dan badan nyer seakan perang dan coklat...tangan pendek,mcm tangan kanak2 umo 5 tahun...
Rabu, 18 Disember 2019
Di mana kedudukan kita?
Kita disini dari zaman (prehistoric,zaman Neolitik, zaman besi, zaman kesultanan melayu..zaman kolonial)...Disebut sebagai the Malaysia original people.. sejarah asal kita sdh ujud beribu tahun lamanya baik di Thailand ada Sakai Cave dan disemenanjung byk juga bukti arkelogi...tapi tiba2 MB Perak dan Kelantan kita kata OA tiada tanah adat.
Dimanakah silapnya adakah kita kurang Subject Sejarah !!!
Isnin, 18 November 2019
Lagenda suku temoq vs semelai
LAGENDA SEMELAI & TEMOQ
Kg Ganoh
Bukit Ibam
Muadzam Shah
Khamis
14 November 2019
Suku Temoq tidak diterima secara rasmi sebagai salah satu sub-etnik dari etnik Org Asli Proto Malay. Ia dianggap sebagai serpihan kecil dari suku Semelai. Org Temoq hidup berdampingan dgn Org Semelai sejak turun temurun di kawasan Tasik Bera dan sebahagian di Muadzam Shah. Mereka juga rapat dengan suku Jakun yang bertaburan sekitar Kratong, Bkt Ibam dan Endau-Rompin. Perkahwinan campur antara 3 sub-etnik ini adalah lumrah...
Rata-rata Org Semelai tidak boleh berbahasa Temoq, tetapi sebaliknya Org Temoq boleh berbahasa Semelai. Kenapa?
Lagendanya begini...
Once upon a time, kisah berlaku di sebuah kampung Suku Semelai pinggir Tasik Bera yg penuh misteri. Harimau belang yg besar masuk kampung dan mengamuk, membunuh semua penduduknya. Lelaki perempuan dan kanak2 semua habis mati, kecuali 2 orang anak gadis yg bersembunyi di atas ran pokok yg tinggi. Beberapa hari mereka di atas ran kelaparan, tidak berani turun takut harimau datang lagi...
Orang Temoq yg tinggal sekitar Kratong ketika itu adalah terkenal dengan kehandalan mereka memburu sehingga ke hari ini. Mereka sering merantau jauh ke dalam hutan utk memburu? mencari makanan dan hasil hutan.
Pendekkan ceritannya... satu hari sampailah mereka ke kampung Semelai tadi dan dapati semua org mati dibaham harimau. Sambil mencari-cari mungkin ada mangsa yg terselamat, ternampaklah mereka 2 org gadis Semelai di atas ran yg kebuluran. Setelah diberi makan dan mendengar apa yg berlaku, org Temoq pun membuat perancangan utk membunuh harimau tadi...
Dua gadis Semelai tadi disuruh naik semula ke atas ran dan membuat bising supaya didengar oleh harimau. Setelah beberapa ketika, muncullah si harimau, lalu dibunuh oleh 2 pemuda Temoq dgn menggunakan lembing. Gadis2 Semelai tadi pun dikahwinkan dgn pemuda2 Temoq dan hiduplah mereka bersama membina keluarga dan perkampungan Temoq-Semelai.
Pergaulan mereka suami isteri menggunakan bahasa Semelai, jadi si isteri tidak tahu berbahasa Temoq. Manakala si suami pula tetap berbahasa Temoq apabila berurusan dgn org2 Temoq. Namun org2 Temoq lebih selesa berbahasa Semelai bila bertemu dgn org Semelai. Lama kelamaan, sudah jadi lumrah org Temoq berbahasa Semelai dan org Semelai tidak boleh berbahasa Temoq hingga kini.
Sekadar cerita rakyat...
Kredit: Batin Amir, Kg Ganoh.

Isnin, 4 November 2019
Keputusan di mahkamah kota bharu hari ini.
Permohonan injuksi oleh ( Putrajaya / Komuniti ) dengan harapan supaya kerja-kerja oleh Musang King di berhentikan buat sementara namun keputusan mengecewakan kerana dengan alasan mahkamah mengatakan bahawa orang asli tidak boleh menghalang sebab ini adalah kewajipan kerajaan negeri melakukan kerja berlandaskan undang-undang. Ini adalah satu kekalahan bagi pihak orang asli kelantan.
Berita baiknya ;-
Namun begitu yang kedua(2) ada extra ( penambahan ) bagi orang asli bahawa Mahkamah pula telah mengeluarkan satu arahan kepada pihak syarikat musang king dan kerajaan negeri, tidak boleh lagi membuka ladang baru dikawasan tersebut. Di mana hanya 4000 ekar ladang yang telah di buka sekarang ini sahaja boleh melakukan kerja-kerja mereka.
Perbicaraan selanjutnya akan menyusul tahun hadapan setelah selesai rayuan yang telah dibuat oleh musang king dan kerajaan negeri pada tahun ini.
Dan Juga celahan oleh penghulu Tohoi zainal Chali akan berlangsung pada 10hb disember 2019. Dia ini hanya pengacau yang digunakan oleh syarikat Dan Kerajaan untuk menarik Masa lebih lama.

Rabu, 23 Oktober 2019
Askar jepun takut peluru sumpit
Masa pendudukan Jepun 1942 memang zaman menakutkan...Diceritakan oleh Peter Van Der Helm..Penduduk OA Tasik Chini dipaksa membina pondok untuk tentera Jepun.
Ada seorang Bomoh marah lalu menyumpit dari seberang tasik ke arah pokok berdekatan dengan tentera Jepun. Tentera Jepun merasa ketakutan dgn sumpitan OA yg menyamai peluru Jepun. Dari kejadian tersebut tentera Jepun tidak lagi menganggu OA Tasik Chini.
Tak sangka berani juga OA kt sana.
Langgan:
Catatan (Atom)