Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Selasa, 11 Jun 2019
Menyapu ipoh damak
Seorang lelaki OA dari Pahang sedang menyapu ipoh di damak, selepas berburu binatang gambar sekitar 1928
Orang asal relong, Pahang
Orang Asli dari Sungai Relong Pahang sekitar 1934-35
saya rasa ini lah gambar terbaik yang saya dapat paparkan disini ..lihat senjata yang digunakan
Tekan gambar untuk lebih jelas lagi
Ahad, 9 Jun 2019
Kuala koh
Perginya Seorang Pejuang
Allahyarham Hamdan bin Keladi, mantan Batin Kg. Kuala Koh, Gua Musang telah kembali kerahmatullah pada 9 Mei 2019 di rumahnya. Selamat dikebumikan secara Islam pada jam 8.30pm.
Perjuangannya amat panjang dan berliku, dalam mempertahankan kampungnya agar terus wujud walau pun dihimpit oleh penerokaan tanah yg tiada tolak ansur. Kerajaan negeri bagai tidak anggap mereka sebagai manusia, dibiarkan menggelupur hidup dalam persekitaran yg hancur rosak.
Beliau terlantar menderita lumpuh sejak 2 tahun yg lalu akibat diserang "stroke' dan hanya berkerusi roda sumbangan insan prihatin. Sejak awal tahun ini, beliau telah serahkan tanggungjawab sebagai penghulu kepada anak buahnya, Mohamad bin Pokok.
Kita doakan moga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan roh org2 soleh.
Selamat maju jaya Kg Kuala Koh di bawah pimpinan Batin Mohamad bin Pokok.
Bersahabat dengan hati
Berbakti dengan budi
Ingat sampai mati...
Jumaat, 7 Jun 2019
Sejarah sakai reversed Kuala langat
kami cukup kesal dengan kenyataan pegawai pejabat tanah daerah kuala langat menafikan tanah kubur lama kami diceroboh sehingga rata.sedangkan kami ada bukti Fakta F.M.S.GOVERNMENT GAZETTE.
dengan kenyataan hutan simpan utara adalah hutan simpan orang sakai,yang diluluskan pada tahun 1927,dan kami Pemegang hak sakai rizeb,dan hak istemewa...sakai rizeb di mungkim tanjung 12...yang diberi Tengku Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor.dengan keluasan 17,900 Hektar.
Kuala lumpur
Suatu ketika dahulu di tapak menara kl(bukit nenas) , tapak klcc,dataran merdeka Dan tapak pwtc adalah perkampungan orang asli suku temuan, oleh kerana arus kemodenan Dan dihimpit perlombongan, mereka berpindah ke bukit lanjan damansara sebagai penempatan baru mereka sehingga sekarang (desa temuan .
OA semenanjung
Kumpulan OA dari Semenanjung gambar sekitar 1890'an
sumber koleksi : [National Museum of Singapore](https://roots.sg/learn/collections/listing?colof=695a60d7188b45f0a2cfa3b4cc222285&fbclid=IwAR09X4DW_VmJu4pPIZSuDfkez47HJ8-cmIXI0FbHI5gIiDWmsouUh7KvqfA)
‘Orang Asli’ refers to the indigenous people in Malay Peninsula, they are divided into three main tribal groups: the ‘Semang’ (or ‘Negrito’), ’Senoi’ and proto-Malay (aboriginal Malay).
Rabu, 5 Jun 2019
Tradisi: kenduri bersunat suku jahut pahang
Tradisi dan adat resam bersunat suku kaum jahut di daerah Temerloh Pahang, corat coret sepanjang majlis berlangsung pada 4&5/6/19, Di kampung paya pelong, kerdau temerloh, pahang.
Isnin, 3 Jun 2019
Ahad, 2 Jun 2019
Suku jakun johor
OA (Jakun) dari Ulu Sayong Johor 1892-94
Jurufoto oleh : Louis Lapicque
apa yang menarik sekali gambar paling bawah lelaki itu memakai baju berbutang dari negeri China bererti masyarakat Jakun masa ini telah berhubung dengan dunia luar dan wanita berbaju kebaya.
Langgan:
Catatan (Atom)

















































