Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Rabu, 2 Disember 2020
Selasa, 1 Disember 2020
Sabtu, 14 November 2020
Ahad, 1 November 2020
Keindahan bukit Galong, sesuai untuk peminat Hiking
Keindahan serta keunikan di bukit galong...di tambahan dengan cerita mitos tersendiri...memang sesuai untuk aktiviti hiking...hari ini siap trek sampai ke puncak...next time kita ke batu asah tinggalan tentera raja Acheh...zasss
Siapa berminat nak hiking atau nak melihat keindahan pemandangan dari bukit Galong, boleh hubungi en Osman Raman melalui fb beliau, "Osman Raman"
Jumaat, 23 Oktober 2020
Jumaat, 18 September 2020
Khamis, 17 September 2020
Ahad, 13 September 2020
Rabu, 24 Jun 2020
Sabtu, 13 Jun 2020
Jumaat, 6 Mac 2020
Selasa, 3 Mac 2020
Ahad, 1 Mac 2020
Ke mana hilang suku Sakai?
Siapa Suku Sakai?
Misteri kehilangan Suku Sakai, dimana mereka sekarang?
Kita susuri Sejarah yang jarang pengkaji fokuskan adalah maksud Sakai? Kita teliti sebarang kejadian sebelum tahun 1957 merdeka sebuah negara.
Kita hairan wujud tinggalan warisan paling berharga sebagai contoh Sakai Rezab Tanjung Sepat Dan Sakai Rezab Sungai Pian. Tetapi jarang orang peduli tentang fakta kepupusan Sakai Rezab Dan semakin hari semakin mengecil saiznya. Kenapa?
Bedah pemikiran daripada konteks Orang Sakai sendiri merujuk bangsa yang bekerjasama "berderau". Bersakai kita tanam padi huma. Sungguh indah sekali.
Sakai dalam pandangan orang luar khususnya Melayu merujuk bangsa yang pakai cawat Dan bersenjata sumpit. Berdasarkan Anthropologist, Hassan Mat Nor, Melayu merujuk Orang Sakai sebagai Hamba.
Jesteru, pandangan luar ini mempengaruhi Minda Orang Sakai yang dikenali Orang Asli selepas kemerdekaan secara rasmi.
Dimana secara konduksif bahawa berlaku bentuk penjajahan minda.
Orang Asli telah mengalami proses evolusi, ketakutan, trauma dan krisis identiti serta rendah diri menyebabkan mereka tidak mahu lagi dikenali sebagai " Sakai".
Tiada salah untuk makna istilah " Sakai" tetapi Yang salah adalah "maksud kenyataan" misalnya " awk ni macam Sakai".
Label ini adalah satu Racism Dan ethnocentric yang dilakukan oleh pelampau dominant yang mengangap kebudayaan mereka terbaik bukan kerana ajaran agama. Berbangga dengan bangsa anda. Bangsa Sakai merupakan satu identities untuk pribumi asal tiada yang salah "makna" cuma anggapan mereka yang salah berbaur stereo type Dan lebih kepada negatif konatasi.

Jumaat, 28 Februari 2020
Hak Orang Asli terhadap Hutan simpan Kuala Langat Utara
Kenyataan Media oleh Badan Peguam Malaysia.
Pada 27 Feb 2020 8:45 pm
Kerajaan Selangor Seharusnya Mempertimbangkan Kesemua Hak Tanah dan Sumber Orang Asli Sebelum Mengeluarkan Tanah Daripada Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara
Badan Peguam Malaysia bimbang dengan pandangan kerajaan Negeri Selangor mengenai hak tanah dan sumber Orang Asli berhubung dengan cadangan untuk mengeluarkan sekitar 930 hektar tanah yang terletak di dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara (“HSKLU”).1
Menteri Besar Selangor (“MB”) dilaporkan telah menyatakan bahawa rekod kerajaan negeri menunjukkan bahawa “hanya” terdapat kawasan rayau untuk Orang Asli di dalam kawasan HSKLU. Walau bagaimanapun, penelitian FMS Government Gazette Notification No 2578 yang bertarikh 19 April 1927 mengenai pewartaaan HSKLU (“warta HSKLU”) mendedahkan bahawa kerajaan kolonial Selangor telah dengan nyatanya mengakui hak dan menyerahkan keistimewaan kepada Orang Asli Bukit Prah, Pulau Kempas dan Bukit Kemandol, berkenaan tempat tinggal dan penggunaan HSKLU oleh Orang Asli tersebut.
Pengakuan dan konsesi rasmi yang terkandung di dalam warta HSKLU tersebut merupakan dokumen yang kukuh mengenai sejarah penghunian, tempat tinggal dan penggunaan kawasan tersebut oleh masyarakat Orang Asli. Senario ini berpotensi untuk menimbulkan hak common law yang boleh dikuatkuasakan untuk keturunan Orang Asli yang dijelaskan di dalam warta HSKLU yang masih menghuni atau menggunakan kawasan tersebut.
Adalah menjadi suatu kesilapan dari segi undang-undang untuk MB menganggap bahawa tanah yang terletak di dalam kawasan HSKLU yang dituntut oleh Orang Asli berkenaan hanyalah tempat mencari makan atau kawasan “rayau” yang tidak mempunyai sebarang kepentingan undang-undang. Selama lebih daripada dua dekad, mahkamah tertinggi di Malaysia telah mengiktiraf hak kawasan mencari makan dan hasil hutan adat Orang Asli sebagai suatu hak terhadap harta yang dilindungi di sisi undang-undang di bawah common law dan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan (sebagai contoh, lihat Adong Bin Kuwau v Kerajaan Negeri Johor [1997] 1 MLJ 418).
Selaras dengan kewajipan fidusiari kerajaan negeri terhadap Orang Asli berkenaan dengan hak tanah adat mereka (lihat Kerajaan Negeri Selangor v Sagong Bin Tasi [2005] 6 MLJ 289], Badan Peguam Malaysia dengan tegasnya menggesa kerajaan negeri Selangor untuk berunding dengan komuniti Orang Asli yang berkaitan untuk menentukan kesemua hak mereka di dalam HSKLU, termasuklah hak common law, sebelum mempertimbangkan kuasanya untuk mengeluarkan tanah berkenaan darpada HSKLU. Setelah membuat penentuan tersebut, Badan Peguam Malaysia meminta supaya kerajaan Selangor mencapai satu penyelesaian saksama pertikaian ini yang tidak akan mencabul hak undang-undang komuniti Orang Asli yang terlibat. Kegagalan untuk berbuat demikian membawa risiko litigasi berpanjangan, perbelanjaan dan merosakkan reputasi negeri.
Malangnya, pertikaian HSKLU sekali lagi adalah kesan keengganan kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengiktiraf hak Orang Asli di sisi undang-undang untuk terus hidup dan bergantung hidup di atas tanah pusaka mereka.
Oleh yang demikian, Badan Peguam Malaysia mengulangi seruannya kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengambil tindakan berikut:
(1) Sebagai tindakan interim, mengenakan suatu moratorium ke atas pewujudan kepentingan terhadap mana-mana tanah dan sumber, dan ke atas penerusan pengeluaran sumber dan aktiviti penguatkuasaan di dalam kawasan yang didakwa sebagai kawasan adat Orang Asli, sementara menunggu penyelesaian tuntutan kawasan adat komuniti Orang Asli yang terjejas;
(2) Melaksanakan 18 syor yang terkandung di dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia 2013 oleh SUHAKAM,2 dan
(3) Melalui perundingan dan kerjasama dengan masyarakat Orang Asli, mengambil semua langkah yang berpatutan, termasuklah tindakan perundangan, untuk mencapai semangat dan niat Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli 2007 (United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007).
Abdul Fareed Abdul Gafoor
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia
27 Februari 2020
1 “Selangor MB dismisses documents ‘proving’ Orang Asli land ownership in forest reserve”, The Malaysian Insight, 20 February 2020.
2 “Report of The National Inquiry into the Land Rights of Indigenous Peoples in Malaysia”, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (“SUHAKAM”), 5 August 2013.

Sabtu, 22 Februari 2020
Khamis, 16 Januari 2020
Sejarah Teluk panglima Garang
Sedikit sedutan dari catatan blog asal usul Telok Panglima Garang. Sebagaimana sejarah tidak pernah menipu. Kawasan Nibong Dengkil adalah penempatan kaum Orang Asli yang dihalau oleh pendatang Aceh suatu ketika dulu, Sifat garang dan handal bukan moral yang baik jika ingin hidup dalam suasana harmoni dengan menghalau dan membunuh kaum asal setempat. Apapun ia sejarah yang terakam.
"Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji b. Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang memegang jawatan tersebut selama 25 tahun (1968 ~ 1994) pada 15hb Mei, 1996 menyatakan bahawa :
Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
Disebabkan kedudukannya yang strategic, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil.
Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :
“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”
Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli
di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa
mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau
oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang.
Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang
manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan
sifat pedagang Aceh."
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2011/05/sejarah-kampungku.html

Langgan:
Catatan (Atom)