Isnin, 18 November 2019

Lagenda suku temoq vs semelai

LAGENDA SEMELAI & TEMOQ

Kg Ganoh
Bukit Ibam
Muadzam Shah

Khamis
14 November 2019

Suku Temoq tidak diterima secara rasmi sebagai salah satu sub-etnik dari etnik Org Asli Proto Malay. Ia dianggap sebagai serpihan kecil dari suku Semelai. Org Temoq hidup berdampingan dgn Org Semelai sejak turun temurun di kawasan Tasik Bera dan sebahagian di Muadzam Shah. Mereka juga rapat dengan suku Jakun yang bertaburan sekitar Kratong, Bkt Ibam dan Endau-Rompin. Perkahwinan  campur antara 3 sub-etnik ini adalah lumrah...

Rata-rata Org Semelai tidak boleh berbahasa Temoq, tetapi sebaliknya Org Temoq boleh berbahasa Semelai. Kenapa?

Lagendanya begini...

Once upon a time, kisah berlaku di sebuah kampung Suku Semelai pinggir Tasik Bera yg penuh misteri. Harimau belang yg besar masuk kampung dan mengamuk, membunuh semua penduduknya. Lelaki perempuan dan kanak2 semua habis mati, kecuali 2 orang anak gadis yg bersembunyi di atas ran pokok yg tinggi. Beberapa hari mereka di atas ran kelaparan, tidak berani turun takut harimau datang lagi...

Orang Temoq yg tinggal sekitar Kratong ketika itu adalah terkenal dengan kehandalan mereka memburu sehingga ke hari ini. Mereka sering merantau jauh ke dalam hutan utk memburu? mencari makanan dan hasil hutan.

Pendekkan ceritannya... satu hari sampailah mereka ke kampung Semelai tadi dan dapati semua org mati dibaham harimau. Sambil mencari-cari mungkin ada mangsa yg terselamat, ternampaklah mereka 2 org gadis Semelai di atas ran yg kebuluran. Setelah diberi makan dan mendengar apa yg berlaku, org Temoq pun membuat perancangan utk membunuh harimau tadi...

Dua gadis Semelai tadi disuruh naik semula ke atas ran dan membuat bising supaya didengar oleh harimau. Setelah beberapa ketika, muncullah si harimau, lalu dibunuh oleh 2 pemuda Temoq dgn menggunakan lembing. Gadis2 Semelai tadi pun dikahwinkan dgn pemuda2 Temoq dan hiduplah mereka bersama membina keluarga dan perkampungan Temoq-Semelai.

Pergaulan mereka suami isteri menggunakan bahasa Semelai, jadi si isteri tidak tahu berbahasa Temoq. Manakala si suami pula tetap berbahasa Temoq apabila berurusan dgn org2 Temoq. Namun org2 Temoq lebih selesa berbahasa Semelai bila bertemu dgn org Semelai. Lama kelamaan, sudah jadi lumrah org Temoq berbahasa Semelai dan org Semelai tidak boleh berbahasa Temoq hingga kini.

Sekadar cerita rakyat...

Kredit: Batin Amir, Kg Ganoh.

Isnin, 4 November 2019

Keputusan di mahkamah kota bharu hari ini.

Permohonan injuksi oleh  ( Putrajaya / Komuniti )  dengan harapan supaya kerja-kerja oleh Musang King di berhentikan buat sementara namun keputusan mengecewakan kerana  dengan alasan mahkamah mengatakan bahawa orang asli tidak boleh menghalang sebab ini adalah kewajipan kerajaan negeri melakukan kerja berlandaskan undang-undang. Ini adalah satu kekalahan bagi pihak orang asli kelantan.

 Berita baiknya ;-
Namun begitu yang kedua(2) ada extra ( penambahan ) bagi orang asli bahawa Mahkamah  pula telah mengeluarkan satu arahan kepada pihak syarikat musang king dan kerajaan negeri, tidak boleh lagi membuka ladang baru dikawasan tersebut. Di mana hanya 4000 ekar ladang yang telah di buka sekarang ini sahaja boleh melakukan kerja-kerja mereka.

Perbicaraan selanjutnya akan menyusul tahun hadapan setelah selesai rayuan yang telah dibuat oleh musang king dan kerajaan negeri pada tahun ini.

Dan Juga celahan oleh penghulu Tohoi zainal Chali akan berlangsung pada 10hb disember 2019. Dia ini hanya pengacau yang digunakan oleh syarikat Dan Kerajaan untuk menarik Masa lebih lama.