Selasa, 18 Jun 2019

Suku biduanda

Anda Suku Biduanda?

Emak kata, kami suku biduanda. Mana asalnya suku ni? Mari selidik sedikit sejarah NS.

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang.

Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan.

Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya.

Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Sabtu, 15 Jun 2019

NENEK MOYANG Orang MELAYU

Orang Melayu PERLU sedar siapa datuk moyang mereka

Teori Genetik Melayu Terawal
Kajian terhadap genetik bangsa  Melayu menunjukkan bahawa nenek-moyang mereka merupakan manusia terawal  yang hidup dan wujud di Alam Melayu. Menurut Ishak (2009), terdapat  kumpulan pengkaji yang menemui bukti bahawa sebahagian besar genetik  penduduk di kepulauan Asia Tenggara memang telah wujud dan membentuk di  kepulauan ini sendiri, mungkin semenjak manusia mula sampai ke Asia  Tenggara 50,000 tahun dahulu.
Kajian pakar genetik terhadap  Mitochondrial DNA (mtDNA) orang Asli di semenanjung Malaysia menunjukkan  bahawa usia genetik orang Asli Semang dan orang Asli Senoi mencecah  hampir 60,000 tahun. Terdapat juga kajian genetik bangsa Melayu lain  yang menyatakan usianya sekitar 40,000 tahun (Hill, et al., 2006). Orang  Negrito yang berasal dengan bangsa Melayu yang hidup pada zaman  kebudayaan Hoabinhians juga mempunyai mtDNA yang mencecah 60,000 tahun  (Hatin, et al., 2011).
 Mohd Zul Fahmi bin Md Bahrudin (Via  Alauddin Shah)
 Penyelidik IRIS Institute

Rabu, 12 Jun 2019


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-7045496612334161", enable_page_level_ads: true }); </script>

Bukti Orang Asli terlibat dengan peperangan zaman dahulu kala



Pencarian dari pelbagai article akhirnya didedahkan oleh John Smith seorang pegembara British bahawa OA memang terlibat dalam peperangan di Ulu Perak semasa dibawah kerajaan Reman Patani Perak dan diantaranya Ketua OA terlibat dalam beberapa peperangan adalah Toh Sang...Ba' Sa'limpal...To Saraja.... Pertalian darah OA dengan Raja Reman dulu sememangnya sudah lama terjalin mengahwini gadis OA untuk mendapat kuasa dipangil diantaranya Mikong.
Credit:fb yus yus

Selasa, 11 Jun 2019

Menyapu ipoh damak

Seorang lelaki OA dari Pahang sedang menyapu ipoh di damak, selepas berburu binatang gambar sekitar 1928

Gunung inas

Lelaki Semang dari Gunung Inas Kedah sekitar 1892-94

Wanita pahang

Seorang wanita Tua dan kanak kanak di Pahang sekitar 1934-35

Orang laut

Orang Laut di Kepulauan Riau berhampiran Singapura

Koleksi dari  Raffles Library and Museum

Orang asal relong, Pahang


Orang Asli dari Sungai Relong Pahang sekitar 1934-35

saya rasa ini lah gambar terbaik yang saya dapat paparkan disini ..lihat senjata yang digunakan

Tekan gambar untuk lebih jelas lagi

Semang kelantan

Orang Semang ni dari Kelantan gambar tahun 1933

Ahad, 9 Jun 2019

Melayu Asli


https://www.thepatriots.asia/di-manakah-melayu-asli-hari-ini/

Kuala koh


Perginya Seorang Pejuang

Allahyarham Hamdan bin Keladi, mantan Batin Kg. Kuala Koh, Gua Musang telah kembali kerahmatullah pada 9 Mei 2019 di rumahnya. Selamat dikebumikan secara Islam pada jam 8.30pm.

Perjuangannya amat panjang dan berliku, dalam mempertahankan kampungnya agar terus wujud walau pun dihimpit oleh penerokaan tanah yg tiada tolak ansur. Kerajaan negeri bagai tidak anggap mereka sebagai manusia, dibiarkan menggelupur hidup dalam persekitaran yg hancur rosak.

Beliau terlantar menderita lumpuh sejak 2 tahun yg lalu akibat diserang "stroke' dan hanya berkerusi roda sumbangan insan prihatin. Sejak awal tahun ini, beliau telah serahkan tanggungjawab sebagai penghulu kepada anak buahnya, Mohamad bin Pokok.

Kita doakan moga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan roh org2 soleh.

Selamat maju jaya Kg Kuala Koh di bawah pimpinan Batin Mohamad bin Pokok.

Bersahabat dengan hati
Berbakti dengan budi
Ingat sampai mati...



Jumaat, 7 Jun 2019

Kuala betis kelantan

Kuala Betis Kelantan 1933

Jugra banting


A group forming a "war formation" in Jugra, Kuala Langat, Selangor, Malaysia, 1906.(Wiki)

Sejarah sakai reversed Kuala langat





kami cukup kesal dengan kenyataan pegawai pejabat tanah daerah kuala langat menafikan tanah kubur lama kami diceroboh sehingga rata.sedangkan kami ada bukti Fakta F.M.S.GOVERNMENT GAZETTE.
dengan kenyataan hutan simpan utara adalah hutan simpan orang sakai,yang diluluskan pada tahun 1927,dan kami Pemegang hak sakai rizeb,dan hak istemewa...sakai rizeb di mungkim tanjung 12...yang diberi Tengku Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor.dengan keluasan 17,900 Hektar.

Kuala lumpur

Suatu ketika dahulu di tapak menara kl(bukit nenas) , tapak klcc,dataran merdeka Dan tapak pwtc adalah perkampungan orang asli suku temuan, oleh kerana arus kemodenan Dan dihimpit perlombongan, mereka berpindah ke bukit lanjan damansara sebagai penempatan baru mereka sehingga sekarang (desa temuan  .



OA semelai

Orang Asli Semelai Jakun tahun 1925 gambar di muzium negara Austria..

OA semenanjung




Kumpulan OA dari Semenanjung gambar sekitar 1890'an
sumber koleksi :  [National Museum of Singapore](https://roots.sg/learn/collections/listing?colof=695a60d7188b45f0a2cfa3b4cc222285&fbclid=IwAR09X4DW_VmJu4pPIZSuDfkez47HJ8-cmIXI0FbHI5gIiDWmsouUh7KvqfA)

 ‘Orang Asli’ refers to the indigenous people in Malay Peninsula, they are divided into three main tribal  groups: the ‘Semang’ (or ‘Negrito’), ’Senoi’ and proto-Malay (aboriginal  Malay).

Pos menson


OA dari  Pos Menson, Pahang 1934-35

Rabu, 5 Jun 2019

Tradisi: kenduri bersunat suku jahut pahang

















Tradisi dan adat resam bersunat suku kaum jahut di daerah Temerloh Pahang, corat coret sepanjang majlis berlangsung pada 4&5/6/19, Di kampung paya pelong, kerdau temerloh, pahang.