Pejuang tanah adat Orang Asli (Jahut) Lakum, arwah Batin Panjang (tengah) telah meninggal dunia. Lokasi: Makam Kumong dalam wilayah adat Lakum kni dikenali Kampung Berdut, Makam ini terletak dalam Ladang Jentar Estate, apabila kerajaan negeri menjualnya kepada sebuah syarikat sekitar 1984, syarikat hanya membayar saguhati harga pokok-pokok saja. Inilah nasib Orang Asli.
Rakaman peristiwa dan adat resam kaum jahut dan adat resam orang asli di malaysia,untuk tatapan generasi akan datang
Khamis, 25 April 2019
Pembalakan jejak sumber ubatan Orang Asli
RISAU SUMBER TERJEJAS
Hari ini saudara Putih a/l Yatim telah menghantar 3 bungkus harba untuk kegunaan saya apabila saya tempah mingu lepas.
Menurut Putih harba ini beliau perolehi daripada Tanah dan Wilayah Adat mereka di Kampung Terbul dekat Kuala Krau.
Namun Putih berkata, beliau dan penduduk (Orang Asli Terbul) amat merasa risau kerana sumber mereka akan terjejas apabila pembalakan daripada arah Sungai Kiol, akan melalui kawasan wilayah adat mereka (Terbul) kerana beliau difahamkan balak tersebut, penduduk di sebelah sana tidak dibenarkan melalui kawasan mereka.

Tiada hak tanah?
"Datuk Nenek Kita Duduk Atas Udara Ke?"
Ganderah Uwon, 65, Berkata, Dato' Mad, (Dato' Mhd Jaafar calon DUN Jenderak) "Orang Asli tidak ada Tanah Adat di Semenanjung yang ada hanya di Sabah dan Sarawak saja", semasa berucap dalam satu program penyampaian BR1M kepada masyarakat Orang Asli DUN Jenderak di Kg Penderas dulu.
Pakcik Ganderah mempersoalkan, "Darimana pula datuk Nenek kita datang?. dan mereka duduk dimana? di atas udara ke?
Bila saya jawab, "Pakcik, kalau ada Dato' Mad, nanti, pakcik tanya dia macam tu !',
Tapi dia jawab, "Saya harap kamu yang cakap nanti".
Kami berbual selepas kebumian anak saudaranya (Lias Parang, bekas PGA) yang meninggal dunia semalam di Kg Paya Pelong.
Credit:FB shafie dris

Kubur nenek moyang Orang Asli musnah
9 buah kubur musnah
Pada 2008 yang lalu satu pembalakan telah masuk ke dalam Wilayah dan tanah adat Orang Asli Paya Pelong Paya Rekoh dan Berdut, apabila di tanya kepada YB Dato' Mhd Jaafar DUN Jenderak, beliau menjawab, 'tak tahu apa-apa'
Menurut Abdul Wahid 56 (4 kanan) kawasan tersebut terdapat dusun lama seperti pokok durian, langsat dan lain-lain tetapi di tolak oleh pembalak untuk tujuan buat FELCRA' Generasi ke Tiga Melayu, setelah di bantah maka kawasan Tanah Adat tersebut dapat di selamatkan. ( Lokasi, bersebelahan Tanah Adat yang di ambil oleh LKPP )

Luahan hati Orang Asli kg terbol
Luahan Hati Orang Asli
Beginilah luahan Orang Asli Akar Umbi Kampung Terbul dan Kampung Pian, dekat Kuala Krau.

Sebahagian ibu-ibu Orang Asli Kampung Terbul memegang benner di Sungai Pupuwer, membantah aktiviti pembalakan di tadahan air mereka sejak bulan lalu.Foto jun 2016
Sorang penduduk Kampung Pian dikenali Tubing memeluk pokok durian dari Dusun Pera'as yang di tebang oleh pembalakan haram dengan kebenaran Batin kampungnya sendiri
Penebangan pokok-pokok durian dari dusun pera'as ini merupakan punca penduduk kampung pian menahan lori balak 30 Jun yang lalu menyebabkan ribuan tan kayu balak disita oleh Pej Hutan Daerah Temerloh kerana tidak kelulusan.
Credit:Foto dan cerita dari FB shafie dris (aktivis Orang Asli)
Waris pang Lima Hitam
Long Dung, 86, semasa di temuramah untuk video dokumentari "Kehidupan dan Cabaran" di Paya mintoh di Kg Pian, beliau merupakan cicit kepada Panglima Hitam.
panglima hitam ini pun memang pahlawan istana, menurut cucu beliau ini arwah adalah suku Jakun telah berhijerah dan berkhawin dengan perempuan suku Jahut Krau ini.
Credit:FB shafie dris (aktivis Orang Asli)

Tradisi bermain Gasing
Ik Bernas
(Biar Bernas)
Sekarang ini di dua perkampungan Orang Asli suku Jahut, Kg Penderas dan Kg Pasu Kuala Krau, anak muda aktif dengan sejenis permainan tradisi iaitu Gasing Pangkah.
Bagi kepercayaan suku Jahut permainan ini di main kan ketika ini musim padi iaitu bermula daripada musim padi Mek Ked (bunting) sehingga di musim menuai dengan harapan agar mendapat padi yang di hasilkan nanti "Ik Bernas".https://www.facebook.com/shafiedris/videos/2095736117174005/

Selasa, 23 April 2019
Isnin, 22 April 2019
Perubatan Tradisional Suku Bateq
#orangasli
Orang Asli Batek guna ubat tradisional ubati penyakit kulit
GUA MUSANG - Penyakit kulit bersisik dan gatal dialami kira-kira 120 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, di sini, beransur sembuh apabila mereka menggunakan ubat tradisional diusahakan sendiri.
Seorang penduduk Orang Asli, Ani Ong, 35, mendakwa mereka menemukan penawar apabila menggunakan kapur sireh dan pucuk lada yang ditanam sekitar rumah untuk menyembuhkan penyakit itu.
Katanya, hasil daripada berubat cara tradisional itu sebilangan besar penduduk yang dijangkiti penyakit berjangkit itu beransur sembuh.
“Kami tumbuk pucuk lada bersama kapur sireh dan sapu pada kulit yang gatal.
“Bagaimanapun, terdapat juga penduduk yang sembuh apabila menggunakan ubat tradisional itu dan tidak lama kemudian dijangkiti semula. Namun, keadaan mereka tidak serius seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Anisah Pinang, 28, pula berkata, empat anaknya yang berumur tiga hingga tujuh tahun yang dijangkiti penyakit itu juga semakin sembuh apabila menggunakan ubat ramuan kampung.
“Setakat ini, kita belum menerima sebarang rawatan daripada mana-mana pihak sejak penyakit itu merebak tiga bulan lalu hingga terpaksa berusaha sendiri mencari ubat tradisional.
“Walaupun badan anak saya masih gatal tetapi tidaklah serius seperti sebelumnya selepas disapu kapur sireh dan bersama pucuk lada," katanya.
Seorang lagi penduduk, Jamil Hendi, 23, pula berkata, sejak akhir-akhir ini penduduk yang dijangkiti penyakit kulit hampir separuh daripada 300 penduduk kampung itu.
Katanya, cara perubatan moden juga sudah digunakan sebelum ini, namun tidak berkesan.
“Kita menafikan tuduhan pihak tertentu yang menyatakan kita tidak memberi kerjasama dan lari masuk hutan kerana takut buat rawatan penyakit.
“Kita berharap supaya pihak kesihatan datang secara lebih kerap ke Kampung Kuala Koh untuk memberi rawatan kepada penduduk kerana kedudukan kampung yang jauh dari bandar,” katanya.

Komposesi Orang Asli Negeri Pahang
KOMPOSISI PENDUDUK PAHANG
1) Orang Asli: yakni penduduk asal yang mendiami negeri ini sejak lama dahulu,mereka mendiami kawasan pinggiran Sungai Pahang ,dikatakan dalam pantun-pantan lama;
“Asal Pahang empat saudara”
Yakni yang menguasai Negeri Pahang di zaman dahulu itu terdiri dari empat Raja Orang Asli iaitu Batin Saridun,Batin Kalun,BatinSukun & Batin Besar,Kawasan jajahan mereka meliputi Pelak,Cenor, Bera dan Mengkarak. Tasik Cini dan Tasik Bera merupakan kawasan yang didominasi oleh mereka sebagai kawasan penempatan.Catitan sejarah Cina yang ditulis oleh pengikut Laksamana Cheng Ho boleh dijadikan bukti kewujudan mereka pada masa itu. Golongan ini dikatakan oleh pedagang Cina sebagai satu kumpulan yang berbahaya selalu menganggu perjalanan pedagang Cina apabila mereka melalui kawasan pantai Pahang. Orang Melayu yang datang ke sini dari Sumatera dan Jawa ramai yang berkahwin dengan Orang Asli dan mengislamkan mereka. Maka tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian dari keturunan kita adalah dari Orang Asli;hampir 80% Orang Melayu yang ada di Pahang merupakan keturunan Orang Asli yang sudah memelok Islam sejak tahun 1700 lagi.
2) Orang Melayu Melaka, yakni golongan yang datang berpindah dari Melaka ke Pahang selepas berjaya menguasai kekuasaan politik di Pahang. Mereka ini terdiri dari anak cucu Parameswara dan Tun Perak yang ramai menguasai pemerintahan Melaka pada masa itu,Sebahagiannya adalah Orang Laut yang ramai mendiami Selat Melaka pada masa itu. Orang Laut menguasai bidang pertahanan dan perdagangan. Setelah kerajaan Melaka menguasai Pahang,maka mereka telah membuka beberapa kawasan penempatan baru seperti di Pekan yang asal namanya Indera pura, di Kuala Krau terutama di Lubuk Pelang ,Pulau Tawar dan Tembeling. Di dalam kitab Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang jelas menceritakan peranan meraka di dalam membangunkan Negeri Pahang.Tuk Shahibudin menyatakan bahawa datuknya berasal dari golongan ini yang beliau sebut sebagai Dato Perkasa. Seorang pembesar yang pernah menguasai Daerah Cenor sekitar akhir kurun ke 1500M.
3) Orang Arab : Mereka terdiri dari tiga golongan yang utama iaitu :
1)Golongan yang datang awal sebelum Melaka menakluki Pahang,mereka merupakan pedagang Arab yang datang ke Nusantara untuk berdakwah dan berniaga,mereka ini tidak dapat dikenal lagi kerana sudah menjadi Orang Melayu.Batu Nesan Pulau Tambun di Pekan merupakan indentiti kehadiran mereka ke Pahang.
2) Golongan Sheikh yakni golongan yang datang setelah Melaka menguasai Pahang terutama di Pekan,Perkampungan yang dibuka oleh mereka banyak terdapat di Kuala Pahang seperti Kampung Maulana, Kampung Serandu .Golongan ini hanya datang untuk mencari kekayaan sahaja mereka kurang berperanan di dalam bidang agama dan masyarakat.
3) Golongan Syed yang datang ke Pahang di kurun ke 17 & 18,mereka ini datang dengan penuh penghormatan kerana mereka adalah keturunan Rasullulah,kebanyakannya dari Yaman. Golongan ini kebanyakan terdiri dari guru-guru agama dari Negeri Yaman seperti dari Hadramaut. Kedatangan mereka di sambut dengan mesra oleh Penduduk Pahang dan mereka diberikan penempatan dan kuasa pemerintahan,dilantik menjadi orang besar raja seperti Tuk Kaya Jenderak.
4) Orang Minangkabau : Menurut W Linehan seorang penulis sejarah Pahang dari bangsa Inggeris, Orang Minangkabau masuk ke Pahang secara besar besaran melalui Negeri Sembilan yakni selepas penduduk Negeri Sembilan melantik Yamtuan Besar mereka yang pertama menjadi raja di sana. Kedudukan Orang Minangkabau semakin kukuh bila Raja Kechil Besar Berjaya menguasai takhta kerajaan Pahang kerana ibu beliau adalah Orang Minangkabau, Raja Siak yang berketurunan Minangkabau ramai menghantar pahlawannya ke Pahang bagi menguasai Negeri Pahang pada masa itu. Ini berlaku pada pertengahan kurun ke 17 dan awal kurun ke 18.Raja Kecil akhirnya kalah kepada Daeng Perani dari keturunan Bugis yang mempunyai tentera yang lebih kuat dan tersusun.Orang Minangkabau ramai tinggal di kawasan Cenor,Bera,Mengkarak,Temerloh dan Kuala Lipis.
5) Orang Bugis:Orang Bugis masuk ke Pahang awal tahun 1700. Apabila Sultan Abd Jalil mangkat dibunuh oleh panglima Raja Kechil maka anaknya telah memohon pertolongan dari Raja Bugis Lima Bersaudara, Maka dengan pertolongan Daeng Perani maka tentera Raja Kecil dapat dikalahkan.Beberapa orang anak Daeng Perani duduk di Pahang seperti Kadi Ismail yang tinggal di Kampung Bangau Tanjung, begitu juga beberapa orang lagi yang tinggal di Pedah di Jerantut. Lama sebelum iaitu sebenarnya seorang yang digelar Tuk Mengkasar telah membuka sebuah perkampungan di Pekan iaitu Kampung Mengkasar,Beliau ini keturunan Bugis yang datang ke Pahang pada masa Sultan Abdul Jalil 1 dan dipercayai beliau merupakan seorang mufti.Keturunan Tuk Mengkasar di Pekan telah bercampur dengan keturunan Tuk Uban @Tuk Tuan,sehingga keturunan Bugis di Pekan hampir tidak kelihatan lagi.Keturunan Bugis yang terdapat di Temerloh hari ini adalah datang dari Selangor iaitu Tuk Bangau Sumbing.
6) Orang Rao @ Rawa; kehadiran mereka ke Pahang sekitar awal tahun 1800,mereka datang kerana berdagang dan membuka tanah baru.Kebanyakan Orang Rao adalah datang terus dari Sumatera, Golongan ini ramai terdapat di Raub dan kawasan sekitarnya.Orang Rao kuat beragama dengan mengamalkan ajaran Martabat Tujuh Hamzah Fansuri dan juga mereka suka mengamalkan pelbagai Tarekat, Di antara yang terdapat di sini ialah Tarekat Naqsabandi.
Sumber : CariGold

Isnin, 8 April 2019
Keciciran pendidikan murid Orang Asli
Ziarah Cakna Semekar❤️Kg. Terbol (kg OA)🏡
Cikgu Mae🧕 share kisah ni sbg manusia yg mmpunyai nilai manusiawi utk kita sama2 merasai denyut kehidupan mrk. Sediakan tisu ye🤧🤧. Eh!xnak la serius sgt😆
Murid comel kami➡️Azmir👦🏻(13 thn), Azwan👦🏻 (14 thn) n Azlan👦🏻(15 thn PPKI)
Kami berbincang n pujuk semua utk tggal d asrama sek agar khidupan lebih terurus.✅✅
Taaaapiii semua sepakat taknak.❌❌❌❌❌.❌
Ayah dh lame tiada 😢
Kini ibu mrk plk pergi 😢meninggalkan mereka buat selama2nya (2 ming lps) akibat kemurungan😭😭
Mrk semua dijaga oleh kakak yg bru berusia 21 thun 👀👩🏻..awas!!dh kawin ye.😜
Semua perbelanjaan sek,mkn&mnum dtanggung oleh abg Ridhuan 🙇🏻♂️ (baju kuning)yg berusia 17 tahun (berhenti sek) dgn mengambil menoreh Rm30 sehari💶💸
Rumah bantuan mmg agak selesa.okla👍🏻
Ckgu Mae🧕ni mmg peminat setia Azmir ting 1 tu sb paling comel di Semekar ni n fotogenik n sporting sgt.🎈😍
Moga semuanya kuat smngat n tabah💪🏻💪🏻
Jomla masuk asrama🗣💐.usaha pujuk lg😀
Kami syg semua murid2 kami❤️❤️❤️

Langgan:
Catatan (Atom)